Salam Selasa kawan-kawan,
Sebelum mood aku kelaut, baiklah aku sambung cerita trip family ke Jakarta dan Bandung ni. Tapi kali ni aku tulis ringkas je la sebab dah cerita panjang-lebar tentang tempat-tempat yang kiteorang pergi kali ni dalam entry trip ke Bandung dengan geng gegurls.
Bersambung dari sini.
Hari kedua di Bandung, aku dah susun itinerari keluarga untuk ke Lembang. Aku sewa van melalui Klook memandangkan kiteorang ada 7 orang semuanya. Seawal jam 7 pagi lagi, pak supir wassap bagitau dia dah sampai, tapi dia akan tunggu kiteorang selesai sarapan pagi baru bertolak ke Lembang.
Selepas bersarapan di hotel, kiteorang pun terus bergerak ke destinasi pertama iaitu Orchid Forest Cikole. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke sini. Sebenarnya, tempat ni takde aktiviti yang menarik sangat untuk anak-anak, tapi aku masukkan tempat ni dalam itinerari sebab my mom is a nature lover. Jadi tempat ni sangatlah sesuai dengan jiwa mak 🤭.
![]() |
| Tempat healing sesuai untuk orang-orang yang suka nature macam my mom. Ada banyak tempat OOTD yang lawa kat sini sebenarnya, tapi family aku ni jenis yang tak suka bergambar sangat 😅 |
Kiteorang menghabiskan masa lebih kurang sejam sebelum mak aku mengadu lapar. Jadi kiteorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Limasegi Dipinus untuk minum pagi sambil menikmati pemandangan hutan pine di luar. Memandangkan kafe ni aku repeat dari trip dengan geng gegurl sebelum ni, korang boleh refer di entry sebelum ni. Menu pun repeat trip hari tu jugak! 😂
![]() |
| Matcha strawberry ni sedap 👍🏻 |
Next, kiteorang singgah di Tahu Lembang. Tujuan aku bawak dieorang ke sini ialah supaya dieorang boleh mencuba tahu susu Lembang yang sedap dan lembut sangat. Lepas tu boleh shopping kek bolu bakar jugak untuk dibawa pulang. Tahu Lembang ni sayang betul tak boleh bawak balik ke Malaysia, sebab kena simpan dalam peti sejuk kalau tak cepat basi. Family aku pun suka tahu Lembang ni, sampai sekarang kakak aku dok sebut-sebut lagi tahu Lembang ni bila teringat hihi.
![]() |
| Tahu Lembang ✅ |
Destinasi seterusnya ialah ke Dusun Bambu. Tempat ni aku masukkan dalam itinerari khas untuk anak-anak sebab ada macam-macam aktiviti menarik yang sesuai dengan minat dieorang. Kat sini kiteorang berempat berpisah dengan mak, adik dan kakak aku sebab kiteorang ambik pakej aktiviti lasak dan dieorang bertiga pulak ambik pakej santai je (sebab masa ni mak dah penat). Pakej yang kiteorang ambik ni termasuk posing berlatar belakangkan wall air terjun, bermain go-kart dalam litar go-kart, bermain water coaster dan sesi berfoto atas sampan Sangkuriang.
Destinasi terakhir sebelum pulang ke hotel ialah makan malam di Kampung Daun. Mujur pak supir dah call restoran buatkan tempahan bagi pihak sebab malam tu agak ramai jugak la yang datang makan di sini. Korang jangan tanya kiteorang pesan apa sebab semua aku repeat dari trip lepas tau! 🤣 Selain dari menu sebelum ni, pak supir bagitau kena cuba bebek goreng kat sini jadi aku tambah hidangan bebek goreng (sedap, next time ke Bandung boleh repeat lagi). Khadeeja nak makan sate ayam je dan Khayla pulak pesan beef lasagna (bagus restoran ni sebab ada menu Western jugak untuk anak-anak yang jenis tak adventurous nak mencuba makanan baru 🤭.
![]() |
| Sebelum ni aku pergi ke Kampung Daun waktu siang, kali ni pergi waktu malam pulak. Vibe sebelah malam lebih cantik dengan lampu-lampu di sekeliling kawasan restoran ni |
![]() |
| Hidangan makan malam di Kampung Daun - semuanya sedap dan memenuhi tekak kiteorang 👍🏻 Wajib cuba ikan bakar kalau korang ke Kampung Daun! |
Alhamdulillah, dengan tu setel la hari kedua di Bandung. Sampai di hotel pukul 8 malam, masing-masing kepenatan tapi happy. Sempat lagi book perkhidmatan pak supir untuk hantar kiteorang ke Jakarta esoknya.






21 Comments
Repeat menu sama je senang tak payah fikir dah.
ReplyDeleteBetul2... lagipun menu sblm ni mmg sedap dan dah niat nak bagi family rasa jugak hihi
Deletefood memang nampak sedap semuanya!! i nak kena off diet selama 4 hari lah bila nak holiday nanti...
ReplyDeleteYa Allah, I mmg hancuss diet balik dari Indonesia ok 😂 dah la pergi 2x pulak tu hahaha!
Deletehahaha
ReplyDeletekalau daha smpi teringat2 tu nampaknya tak lama lg akan repeat ke bandung lg laa nampaknya tuuu
makanan kat kg daun ni mmg best
agaknya sebab tu laa diorg masih mampu bertahan smpi skrg. sy pergi 2014 dulu... kalau ada rezeki ke bandung mmg sy nak mkn kat sini lg
Hehe tak tau lagi. Tahun depan mmg tak boleh ke mana2 sbb anak sulung SPM.
DeleteIkan bakar kat Kg Daun tu mmg superb. Saya pun klu ke Bandung nak repeat ikan bakar di Kg Daun.
Kepingin pulak bila dengar tahu Lembang tu. Even tahu biasa pun sedapkan kalau di Indonesia ni.
ReplyDeleteSedap sangat tahu lembang ni sis, lain dari tauhu kat Malaysia 😋
DeleteHidangan semuanya nampak menarik dah melazatkan. Tak ada Es Jeruk ke?
ReplyDeleteAda tapi tak ambik gambar hehe
DeleteNak cari es jeruk tu tapi nak beli kat Tik Tok kalau ada.
DeleteHari tu Sislin ada tulis kat blog dia ada es jeruk jual dlm peket. Rasa sebijik macam es jeruk segar katanya.
DeleteCantik view kampung daun di waktu malam.. Sedap tgk Iran bakar tu...Anak2 suka activity di dusun bambu
ReplyDeleteBetul, mmg best suasana di Kg Daun waktu malam. Ikan bakar tu yg buat saya nak repeat bawak family ke sini sbb nak makan ikan bakar ni lagi hihi
DeleteUlang alik MAL - INDO nampaknya... Best la
ReplyDeleteHahaha! Harap2nya ada rezeki ke Bandung lagi. Tunggu anak sulung habis SPM dulu kot.
DeleteKalau ke Indonesia ni, bab makan2 ni memang suka la. Kena dengan tekak....suka....
ReplyDeleteBetul, makanan kat sana sedap2 dan harga pun murah.
DeleteRindu betul semua kenangan di Bandung..
ReplyDeleteSis masih dalam train lagi, belum sampai..
Nantilah dah sampai baru menulis hahahaha
Sedapnya ikan bakar Kg Daun tu kannnn
Kann... teringat2 kita dibuatnya. Klu ke Bandung lagi nak repeat Kg Daun semata2 ikan bakar dia hehe.
DeleteBila nak keluar dari train ni Sislin? 😝
ini betul2 kilas balik ya karni hahahahaha.... tapi yalaah, kalau bawa keluarga nih kan, kita nak pastikan mereka selesa... jadi tempat2 yang memang kita sudah tahu, itu sajalah yang kita masukkan dalam itin.. kalau ke bandung, ajak lagi anak2 untuk naik keranjang sultan.. di bandung pun ada sebenarnya tak harus ke sukabumi hahahah
ReplyDeletetahu lembang nih yang saya paling suka... tapi kalau ikan bakar, memang belum ada yang mengalahkan kampung daun... teringat2 sedapnya.... kenapalah jauh sangat dari jkt hahahahaha
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .