Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

JJCM: Mee Udang Kuala Tatau, Rain Tree Cafe & Momoyo

Salam kawan-kawan,

Macamana cuti Hari Malaysia korang? Seronok tak? Ada tak yang dah masuk kerja hari ni? Apapun, long weekend memang seronok kan, sama ada pergi bercuti-cuti di dalam / luar negara atau sekadar berehat di rumah.

Cuma dalam keseronokan menikmati cuti panjang, terselit juga berita duka di Sabah yang ditimpa bencana tanah runtuh baru-baru ni sehingga mengorbankan 13 nyawa. Salam takziah diucapkan buat mangsa-mangsa tanah runtuh yang kehilangan harta benda dan juga ahli keluarga tercinta dalam tragedi pada ambang Hari Malaysia. Semoga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ni 😢.

Berbalik kepada cerita balik kampung. Semalam kiteorang drive all the way ke Kuala Tatau semata-mata nak makan mee udang. Restorannya dah berpindah ke lokasi baru selepas jambatan Kuala Tatau. Dulu restoran ni terletak atas air / tepi sungai Kuala Tatau. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan bot nelayan yang lalu-lalang atau ikan-ikan dalam sungai. Mungkin atas faktor keselamatan, dieorang berpindah tempat, atau sebab nak luaskan lagi restoran kot.


JJCM #1: Restoran Mee Udang Kuala Tatau

Apapun, mee goreng basah udang galah dekat sini memang sedap. Aku sebenarnya nak pesan mee kuah tapi dah habis pulak. Udang galah pun tinggal yang saiz kecik dan sederhana je. Yang besar semua dah habis.


mee goreng basah udang galah
Mee goreng basah undang galah. Udang galah tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam kuah mee tu


Suami Terchenta pesan mee tomyam udang galah dan anak-anak pulak nak makan nasi goreng udang galah

JJCM #2: Momoyo

Dekat Bintulu rasanya belum ada lagi cawangan Mixue. Tapi tak jadi masalah, sebab dekat Boulevard Bintulu ada Momoya 😅 Rasa aiskrimnya lebih kurang je dengan Mixue. Aku masih tak boleh move on dengan aiskrim sundae di Chicken Delight. Sayangnya restoran tu dah tutup tengah tahun ni selepas 40+ tahun beroperasi.


aiskrim
Momoyo @ Boulevard Bintulu

JJCM #3: Rain Tree Cafe


Rain Tree Cafe Bintulu
Rain Tree Cafe & Restaurant

Sebelah malam pulak kiteorang ke Rain Tree Cafe untuk makan malam. Restoran ni terletak di Medan Jaya Bintulu, tak jauh dari Farley. Suka sangat restoran ni sebab dalamnya estetik dan makanan pun sedap-sedap semuanya.


Rain Tree Cafe Bintulu
Khadeeja posing dengan latar belakang restoran yang estetik

Rain Tree Cafe Bintulu
Suami Terchenta tengah layan Whatsapp kerja sambil tunggu makanan sampai


Servis di restoran ni cepat dan portion pun besar, berbaloi dengan harga. Aku pesan sirloin steak, Suami Terchenta pesan nasi daging blackpepper, Khayla pesan mac & cheese dan Khadeeja pulak pesan meatball spaghetti. Sambil tunggu main course sampai, kiteorang order truffle parmesan fries jugak.


Rain Tree Cafe Bintulu
Makanan semua sedap, restoran estetik dan servis pantas - sis bagi 5 🌟

Macam tu la pengisian kiteorang setiap kali balik ke Bintulu. Memang asyik makannnn je 🤣 🤣. Hmm... tolonggg camane nak diet ni??

Akhir sekali, ni pun aktiviti berkaitan makan jugak - makan angin di Tanjung Batu 😆


Malaysian beach
Petang-petang menikmati angin laut sambil tengok sunset di Tanjung Batu

Tanjung Batu Bintulu
So tenang hidup di Bintulu ni tau, hari-hari boleh healing tengok pantai 😄


Tanjung Batu Bintulu
Khayla dan Suami Terchenta duduk sambil layan view laut

Harap-harap esok pagi tak hujan sebab aku nak ajak mak cari udang galah di pasar pagi. Lepas tu nak sarapan pagi mee sapi Ahim di Jom Ngeteh. Ahaks. Amboi nafsu kemain lagi dia eyhhh. Babap karang! 😆

Makan Nasi Goreng Fuiyoh! It's Uncle Roger

Salam korang!

Aku sekarang tengah stuck nak sambung update tentang jalan-jalan kat Eropah bulan lepas haha. Mana taknya, hari ketiga je ada 100+ gambar aku nak kena filter dan pilih mana yang sesuai untuk penceritaan di blog 😜. Tu yg menjadikan mood aku pun kelaut sudahnya hehe.

Sementara aku pilih-pilih gambar hari ketiga di UK untuk blog ni, kehidupan diteruskan seperti biasa.

Minggu lepas kiteorang pergi ke Pavilion KL sebab nak tukar bateri jam tangan Khayla dekat kedai jam di situ. Dah alang-alang sampai di Pavilion KL, anak-anak ajak makan di restoran Uncle Roger. Dah lama sebenarnya dieorang teringin nak ke situ sebab dieorang suka tengok video Uncle Roger dekat Youtube, tapi masa mula-mula bukak dulu, asyik panjang je barisan depan kedai ni. Sekarang Uncle Roger pun dah bukak beberapa cawangan jadi dah kurang la orang beratur nak makan kat sini. 


egg fried rice
Dari jadi pempengaruh Youtube yang buat review nasi goreng, sekarang Uncle Roger dah bukak restoran nasi goreng sendiri


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Restoran dia macam basic je, tapi penggunaan warna terang buatkan restoran ni nampak ceria

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Ada corner photo booth untuk buat aksi macam Uncle Roger, siap dengan tuala 'Good Morning' selempang dekat bahu 🤭

Aku dan anak-anak pesan egg fried rice yang tak pedas - Khayla pesan yang kosong je, Khadeeja punya dengan garlic shrimps dan aku punya dengan smoked duck breast. Suami Terchenta pulak pesan special fried rice with grilled chicken


Fuiyoh! It's Uncle Roger
Atas: Special fried rice with grilled chicken breast; bawah kiri: egg fried rice with garlic shrimps, kanan: egg fried rice. Nasi goreng memang datang sekali dengan telur goreng.

Fuiyoh! It's Uncle Roger
Bekas minuman yang unik dan boleh bawak balik

Servis kat sini agak cepat. Pesanan dibuat menggunakan kod QR tapi masalahnya bila order guna 2 h/p, dieorang jadi keliru. Makanan dieorang bertiga dah sampai awal, tapi aku punya tunggu 10 minit tak sampai-sampai lagi. Pesanan dari meja belakang kiteorang yang sampai lambat dari kiteorang pulak yang sampai dulu. Bila aku check dengan staff, baru dieorang perasan nasi goreng aku tak sampai lagi. So kat situ macam ada slack sikit la.

Ramai yang kata nasi goreng dekat sini mahal sangat. Nasi goreng kosong je (tak pedas) RM16. Tambah garlic shrimps RM18, smoked duck breast dan special grilled chicken pulak tambah RM12. Jadi harga nasi goreng Khadeeja ialah RM34 dan nasi goreng aku dan Suami Terchenta pulak masing-masing jadi RM28.

Akhirnya... moment of truth. Dari segi rasa pulak macamana ye? Bagi kiteorang, nasi goreng kat sini sedap dan aroma asap kuali (atau wok hey) tu memang menyerlah. Smoked breast duck pulak bagi aku agak kering, tapi anak-anak aku suka rasanya sebab dieorang kata rasa macam sosej haha. Cuma nasi goreng Suami Terchenta je datang dengan sambal, kalau nak mintak sambal kena tambah RM3-RM5. Tapi atas meja ada chili oil kalau nak 'kick' rasa pedas bila makan nasi goreng.

Satu benda yang aku puji pasal Uncle Roger ni ialah since dia nak bukak restoran di Malaysia yang kebanyakan pelanggannya ialah Muslim, jadi dia dah awal-awal lagi apply untuk dapatkan sijil halal. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ialah dari pembekal sumber halal dan sekarang masih lagi tengah tunggu sijil halal JAKIM. Cuma mungkin proses ni ambik masa sikit. Syarikat premis makanan besar pun kadang-kadang makan tahun jugak nak dapat logo halal tu, bukan sebab sumber dieorang tak halal tapi sebab standard JAKIM ni memang tinggi dan merangkumi pelbagai aspek. Bagi aku kalau dia tengah usaha sijil halal tu, bermakna dia dah belajar proses sijil halal JAKIM dan dah apply dekat restoran sebab bila-bila je JAKIM boleh datang check premis dieorang. Apapun, ikut keyakinan kita. Kalau was-was, baik tunggu sampai ada sijil halal.

Tim Hortons Dah Bukak di Sunway Putra Mall

Memandangkan aku ni jarang-jarang la keluar rumah melainkan dah bosan tahap dewa atau ada keperluan je 😂, maka aku baru tau dekat Sunway Putra Mall tu dah ada beberapa kedai baru yang dibuka - Chagee, Oriental Kopi dan Tim Hortons.

Biasalah, benda baru ni wajib la try kan. Jadi aku pun singgah di Tim Hortons sebab nak tau apa bezanya dengan Krispy Kreme, Big Apple Donut dan yang sewaktu dengannya.


Sunway Putra Mall
Tim Hortons ialah rantaian kedai kopi dan donut terkenal berasal dari Kanada


Sunway Putra Mall
First time dengar perkataan 'Donwich' haha

Kedai Tim Hortons ni tak sebesar di IOI Mall sebab aku pernah tengok gambar cawangan Tim Hortons di IOI Mall dari blog sis Ezna, nampak lebih luas dan lagi banyak tempat duduk untuk lepak dalam kedai.

 
Sunway Putra Mall
Lokasi di Sunway Putra ialah di tingkat Ground berdekatan dengan pintu masuk dari PWTC

Aku tak perasan logo halal JAKIM tapi terpampang dalam kedai ni kenyataan dari syarikat yang mengesahkan semua bahan yang digunakan dalam restoran dieorang adalah dari pembekal makanan halal. Bila aku Google pulak, ada kenyataan media yang Tim Hortons Malaysia dah dapat sijil halal JAKIM. Dekat IG pun ada dieorang ada publish tentang sijil halal JAKIM dieorang.


Tim's Promise
Komitmen syarikat terhadap makanan dari sumber halal, berkualiti dan segar

Jom tengok donat yang ada di sini:


donut
Harga donat dalam lingkungan RM3.80 - RM5.50. Compare  dengan KK, aku rasa harga glaze donut tu murah sikit dekat Tim Hortons (KK dalam RM4+ kalau tak silap)

kek, pastries
Selain dari donat, ada kek dan pastries jugak

Tim Hortons Malaysia
Peminat dessert mesti suka ni

Sebenarnya aku ni bukan la peminat donat sangat pun lagi-lagi sejak ada diabetes aku dah kurangkan makanan manis, tapi anak-anak ye jadi aku pun beli la sekotak. Aku ambik glaze donut, maple glaze donut (saja buat raso2) dan cinnamon sugar donut.



Tim Hortons Malaysia
Cantik kotak donat Tim Hortons

Donat Tim Hortons ala-ala Krispy Kreme yang lembut, gebu dan sedap dicicah dengan kopi. Tapi aku rasa aku prefer Krispy Kreme kot. Maple syrup tu macam tak kena je dengan donat haha. Aku lebih suka maple syrup makan dengan pancake.

Korang dah pernah cuba Tim Hortons? Apa pulak pendapat korang? Korang team Tim Hortons atau team Krispy Kreme? Cer drop dekat komen.

Makan Tengahari di Intan Seafood Cherating dan Hampir-hampir Kemalangan!

Dah puas bermain ATV dalam cuaca panas lit-lit, masa untuk mengisi perut pulak. Kebetulan ternampak restoran ni masa ronda-ronda naik ATV jadi kiteorang pun singgah makan di sini. Kiteorang parking dekat laman restoran ni. Dari segi ambience, suasana restoran ni macam di rumah kampung dengan lantai papan, serambi luas dan betul-betul tepi pantai. Kiteorang duduk betul-betul dekat hujung serambi sebab nak ambik angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Sementara tunggu makanan sampai, boleh pulak terlelap sebab nyaman rasanya kena angin laut tau!


Intan Seafood Cherating


Kiteorang pesan menu ala carte instead of menu set sebab tekak masing-masing berbeza 😅. Seorang nak udang, seorang nak ikan, seorang nak ketam... Maka Suami Terchenta pun kata ok, pilih la lauk masing-masing. Jadi ni la lauk yang kiteorang pilih:


Aku pesan sotong masak salted egg tapi yang sampai macam masak butter je. Tak de rasa salted egg pun

Butter prawns favourite Khadeeja dan mak

Khayla request siakap steamed

Suami Terchenta teringin nak makan ketam masam manis


Sayur kailan ikan masin wajib ada

OK la, not bad jugak makan kat sini. Seafood semua fresh. Cuma masakan ketam tu je bagi kiteorang kurang menepati selera. Khadeeja siap cakap sedap lagi ketam mommy masak (kembang hidung mommy sekejap!)

Tapi udang dia... mak aih. Besar tapak tangan ye! Sedap, manis isinya. Berbaloi walaupun harga mahal. Rasanya lauk udang ni paling mahal dalam banyak-banyak lauk kiteorang pilih. Sebelum pesan, memang pekerja restoran bagitau siap-siap cuma ada udang saiz XXL je dengan harganya. Bagus betul bagitau customer upfront macam tu, takde la terkejut beruk masa nak bayar. Suami Terchenta kata order je la dah alang-alang sampai ke sini 😅.


Udang saiz XXL

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Siap bungkus bawak balik sebab tak habis. Lepas makan, Suami Terchenta kata nak lelapkan mata sekejap mengantuk sangat-sangat. Dalam kereta memang kiteorang standby khemah kecik. Dia bawak keluar khemah tu pacak dekat bawah pokok dan terlena sampai pukul 5 petang sebab angin laut yang sejuk sampai hanyut dibuai mimpi! 🤭 Mak dan anak-anak pulak lelapkan mata dalam kereta. Gara-gara tidur yang sedap sangat tu la, kiteorang terperangkap dalam jem sampai 5 jam nak balik ke KL hihi. 

Ada satu peristiwa ngeri bila kiteorang hampir-hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya 😰. Dalam perjalanan balik, hujan lebat di beberapa kawasan. Memandangkan Suami Terchenta masih mengantuk sangat-sangat, aku pun offer drive separuh jalan. Dalam hujan lebat tu, aku tak perasan air bertakung atas jalan dan bila aku tukar lane, tiba-tiba kereta bergoyang dan hampir hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan. Masa tu aku selawat kuat-kuat sambil aku kawal stereng dan brek perlahan-lahan. Kereta bergoyang ke kiri dan ke kanan sampai mak terjerit panik dekat belakang. Mujurlah kereta di belakang terus perlahankan kenderaan bila tengok kereta kiteorang hampir hilang kawalan. Alhamdulillah, mungkin asbab amalan membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan, kiteorang terpelihara dari kemalangan masa tu. Sebab masa tu aku hampir-hampir panik tapi aku berjaya kawal perasaan sambil mulut tak henti-henti berselawat. 

Bila dah selamat dari hampir-hampir kemalangan tu, baru aku perasan tangan aku terketar-ketar. Aku pun cakap dekat Suami Terchenta nak berhenti dekat R&R seterusnya sebab rasa dah tak boleh bawak kereta dalam keadaan tangan dan kaki terketar-ketar! 😂 Suami Terchenta pun terus hilang mengantuk dan setuju untuk tukar pemandu sampai la balik ke KL. Fuhh... ni kali pertama aku mengalami pengalaman yang mendebarkan masa bawak kereta. Harap-harap lepas ni dah takde la. Peringatan buat diri-sendiri - lain kali jangan tukar lane masa hujan lebat sebab memang tak nampak air bertakung atas jalan. Tunggu sampai hujan dah reda dan pastikan takde air bertakung baru tukar lane ✌🏻

Tempat wajib singgah bila balik ke kampung Suami Terchenta

Tempat wajib singgah bila balik kampung

Semalam terbaca komen Suria Amanda dekat entry balik kampung:


Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.


Mee sapi Hj Salleh


Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh 🤭.

Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.

My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh. 

Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.

Pantun Buah Keranji

buah hutan


Sorong papan tarik papan, 
Buah keranji dalam perahu, 
Suruh makan, dia makan, 
Suruh mengaji, dia tak mahu.

Buah bidara buah keranji, 
Buah kurau buah berangan, 
Hilang di mata hilang berganti,
 Lepas di tangan dikenang jangan.

Nota kaki: Addicted bila mengemam buah keranji ni 😆 Ada terbaca khasiatnya boleh menurunkan kolesterol. Wallahualam.

Gulai Nanas Ikan Masin Versi Mak Mertua

Aku belajar masak gulai nanas ikan masin ni dari mak mertua masa mula-mula kahwin dulu. Tapi style gulai nanas yang mak mertua aku ajar ni tak sama dengan gulai nanas ikan masin dekat sini, sebabnya tak guna santan, kunyit dan daun kunyit. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas.

Kat Sarawak jarang-jarang sangat kiteorang masak masakan yang bersantan. Bukan la takde langsung, tapi jarang-jarang. Kebanyakan masakan di Sarawak menggunakan belacan, udang kering atau ikan bilis.


Gulai Nanas Ikan Masin
Gulai nanas ikan masin

Gulai Nanas Ikan Masin Versi Mak Mertua

Bahan-bahan:

  • Sebiji nanas separuh masak (dihiris kecil-kecil)
  • Sejemput udang kering (direndam terlebih dahulu)
  • 2 batang cili merah (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan talang masin (dikerat dalam 3-4 inci), dibasuh dan direndam sebentar
Cara-cara:
  1. Kisar / tumbuk udang kering, cili merah, bawang merah dan bawang putih
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Tumis bahan tumbuk / kisar sampai naik bau dan wangi
  4. Masukkan nanas dan gaulkan
  5. Masukkan air anggaran 4-5 cawan
  6. Masukkan ikan talang masin
  7. Biar mendidih atas api perlahan sampai nanas lembut sikit
  8. Perasakan dengan gula & garam (biasanya aku tak tambah sebab dan masuk ikan masin dan manis dari nanas tadi)

Senang kan? Suami Terchenta kalau ada masak gulai nanas ikan masin ni dan goreng ikan bulu ayam masin tak pun masak daging masak hitam, perghh... bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Lepas tu dia mengadu dah gemuk. Tang mana dia gemuk aku pun tak tau 🤷🏻‍♀️. 

Makan Malam di Café Chef Wan

Masa kiteorang stay di Moxy Putrajaya sebab nak tengok acara perbarisan Hari Kemerdekaan yang lepas, lepas check in kiteorang semua kelaparan tapi Suami Terchenta malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan. Sudahnya kiteorang makan di Chef Wan Café sebab lokasi restoran sebelah hotel je.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Chef Wan Café di IOI City Mall Putrajaya

Mula-mula ingat nak duduk di bahagian luar tapi dah penuh pulak. So kiteorang pun duduk dekat bahagian dalam kafe.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Luar kafe

Ni kali kedua kiteorang makan di Chef Wan Café. Kali pertama rasanya 2 tahun lepas di KL East Mall. Rasanya cawangan di IOI Mall ni lebih besar dan luas dari yang di KL East Mall, tapi dekor kat dalam sama je - vibrant colours wall dan classy.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lampu chandelier yang menarik dan potret Allahyarhamah Cik Ani, ibu kepada Chef Wan

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ruang makan dalam kafe

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Wall panel divider dari material rotan yang menarik


Sebaik je masuk, kiteorang terus diberi buku menu tapi nak order, kena order melalui kod QR.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Buku menu pun berseni, nampak sangat Chef Wan ni artistic orangnya

Ni la antara menu yang kiteorang pilih untuk makan malam:


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Kerutup Lamb Shank dengan nasi bukhari (RM79) - yang ni Suami Terchenta kongsi dengan Khadeeja

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Laksa Johor (RM36), aku punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Spaghetti Beef Meatball Bolognese (RM38), Khayla punya

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Cendol CCW (RM18)

Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Lychee Rose Bandung (RM19)

Makanan of course la sedap. Owner chef tersohor di Malaysia kan, mesti la kena jaga kualiti makanan. Cuma laksa Johor tu kuahnya aku rasa agak cair. Tapi dari segi garnishing semua lengkap. Aku still prefer Pak Tam Laksa lagi kot. Harga tu jangan dipertikaikan ye, sebab kita bayar untuk makan di restoran chef terkenal, umpama kita makan di restoran chef Michelin kalau di luar negara haha. Sekali-sekala makan tempat macam ni ok la, kalau setiap bulan mau bengkok Suami Terchenta 🤭.


Café Chef Wan IOI City Mall Putrajaya
Ni pulak bahagian display pastries tapi sebab dah kenyang tengok sekali imbas je. Memang lawa giler restoran ni

Café Chef Wan
Ada jual cenderahati jugak. Sambal tu macam menarik tapi masa tu tak rasa nak beli. Lain kali la kalau singgah di Café Chef Wan lagi

Korang pernah tak makan di Café Chef Wan? Apa menu favourite korang? Cer share dekat komen.

Mendurian di Tepi Rumah

Minggu lepas balik dari grocery shopping, ternampak gerai durian ni tak jauh dari rumah kiteorang. Terus bagi hint dekat Suami Terchenta, "Dah lama la kita tak mendurian..." Tak sangka pantun dibalas, "OK, jom la makan durian..." 🤣 🤣

Durian kat sini cuma ada durian kampung. Takpe la janji durian. Harga pun tak mahal - 2 biji RM26. 


durian kampung
Kiteorang mintak tolong pilihkan durian

durian kampung
Ada durian longgok jugak

Makan berdua je sebab anak-anak tak nak ikut. Tapi sebelum balik Suami Terchenta tapaukan jugak 2 biji durian untuk anak-anak dara kat rumah tu.


durian kampung
Sedap isi duriannya, manis-pahit sikit

durian kampung
Sebiji sorang durian 😅

Alhamdulillah merasa la jugak makan durian. Kali terakhir makan durian kalau tak silap bulan lepas, beli dekat pasar malam. Sejak kena diabetes ni tak boleh makan selalu. Kalau tak habis la haywire gula dalam darah!