Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Jom Pergi ke Taman Botani Perdana!

Salam hujung minggu,

Sekarang ni aku suka beriadah di luar dari beriadah di gym sebab doktor kata kena dapatkan vitamin D secukupnya hihi. Jadi pagi-pagi aku akan keluar beriadah sama ada hiking di Taman Tugu atau berjalan di taman-taman awam. Jumaat lepas ke Taman Botani Perdana untuk brisk walk. Dari rumah, aku naik LRT dan MRT, kemudian turun di stesen MRT Muzium Negara. Dari stesen MRT, jarak ke Taman Botani Perdana tak jauh, dalam 300 meter je.


Keluar dari Pintu B dan naik escalator exit di depan Muzium Negara

Sebelum ni, nama rasmi taman ni ialah Taman Tasik Perdana sebelum ditukar ke Taman Botani Perdana pada tahun 2011

Macam biasa sambil brisk walk, aku suka ambik gambar sekitar taman:


Bangku kerusi dengan latar belakang yang cantik, sesuai untuk OOTD

Itik berenang-renang di tasik

Tenang je tengok hidupan liar di taman tasik ni

Hujung minggu, tempat ni jadi tumpuan orang ramai bawak anak-anak beriadah

Antara Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Perdana, aku prefer Taman Botani Perdana sebenarnya sebab lebih besar dengan keluasan 226 ekar keseluruhannya, lebih banyak tarikan contohnya taman rusa, taman orkid dsb., nampak lebih terjaga dan lebih redup sebab ada banyak pokok. Cuma aku lebih kerap ke Taman Tasik Titiwangsa sebab lebih dekat dengan rumah.


Sungai yang bersambung dengan Tasik Perdana

Pokok peluru meriam atau dalam Bahasa Inggeris ialah cannonball tree. Antara fakta menarik tentang pokok ni ialah ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda termasuk merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa (sumber: sini)

Air terjun buatan

Kucing ni malas nak layan aku, mungkin dia dah bosan asyik kena belai pengunjung di sini 😅

Sekitar taman ni banyak fakta menarik jadi sambil beriadah, kita boleh tambah ilmu baru tentang alam semulajadi

Kalau korang pulak, korang suka beriadah dekat mana?

Salam Tahun 2025

Apa khabar kawan-kawan yang rajin singgah di blog aku ni. Dah lama rupa-rupanya aku menyepi. Entah kenapa aku ketandusan idea dan mood nak blogging hujung tahun lepas. Walaupun dapat banyak email dari syarikat yang nak buat sponsorship iklan dan guest post, tapi aku declined sebab aku malas nak online. Sekarang ni aku blogging sebab minat dan suka-suka untuk menulis tentang kehidupan seharian. Jadi kalau tiba-tiba mood nak menulis tu menjunam, memang tak boleh paksa-paksa nak menulis huhu... Itulah yang berlaku.

Anywayyy... tahun baru, azam baru. Tahun ni kami berdua berazam nak lebih sihat. Nak ubah cara pemakanan, jadi lebih aktif dan (untuk aku) nak dapatkan BMI yang normal. Sekarang ni aku masih lagi duduk dalam kategori 'Obese'. Bila aku check berapa berat ideal aku melalui kalkulator BMI, nak nangis uwaaa! Mengikut kalkulator tu, berat aku sepatutnya tak lebih dari 53kg 🫣. Good luck la kepada diri-sendiri untuk mencapai berat tu 🥺.


hiking
Aktiviti riadah sempena tahun baru dan azam baru di Taman Tugu

Walaupun nampak agak impossible tapi Insha Allah akan diusahakan. Bermula dengan buat intermittent fasting dan berjalan 10 ribu langkah sehari. Follow IG @nutritionistkkm pun banyak jugak tips untuk mencapai berat ideal. Moh ler kita cuba!


tips berat ideal
Kredit: IG @nutritionistkkm


P/S: Apa azam tahun baru korang?

Jalan-jalan di Ekspo Kucing 2024

Ahad lepas kiteorang singgah ke Ekspo Kucing di PWTC. Dah lama giler tak jalan-jalan dalam ekspo tak kira ekspo apa pun, sebab malas nak bersesak-sesak 🤭. Tapi kali ni rajin pulak sebab nak tengok kucing dekat sini. Sepatutnya bawak sekali 2 ekor anak bulu kat rumah tu tapi sebab kiteorang naik LRT, jadi tak boleh la bawak sebab haiwan peliharaan tak dibenarkan naik pengangkutan awam.

Ekspo Kucing 2024
Ramai betul pencinta kucing yang datang ke Ekspo Kucing untuk borong makanan dan pasir kucing!


Sekarang ni rupa-rupanya nak masuk ekspo dikenakan bayaran ye. Dulu takde pun. Nasib baik cuma aku dan Suami Terchenta je kena bayar RM10 seorang, walaupun Khayla dah lebih dari 12 tahun. Mahal jugak kan? Tak beli apa-apa lagi pun dah melayang RM20.


Ekspo Kucing 2024
Belum masuk ekspo lagi anak-anak dah sangkut dekat booth Bichi Mao ni. Dieorang suka sebab ada macam-macam barang dengan design Bichi Mao yang comel ni - sticker, penanda buku, keychain, poskad dll.

OK jom masuk ekspo tengok kat dalam:


Ekspo Kucing 2024
Banyak betul booth kat dalam ekspo ni, tak sangka industri haiwan peliharaan kat Malaysia ni tumbuh macam cendawan!

Dekat ekspo ni, ada macam-macam jenis produk haiwan peliharaan yang dijual dari makanan dan pasir sampai la ubat-ubatan, aksesori kucing dan perkhidmatan macam pet hotel, pet grooming dan sebagainya. 


Ekspo Kucing 2024
Sebahagian dari booth yang ada di sini

Ekspo Kucing 2024
Makanan kucing seakan-akan nama aku hihi

Ekspo Kucing 2024
Kiteorang beli syampu, spray dan ubat titik untuk kucing sebab anak bulus dekat rumah tu asyik tergaru-garu je, takut ada fungal infection atau hama

Selain dari menjual barangan khas untuk kucing peliharaan, kucing-kucing baka pun ada dijual di sini. Harga memang kayangan la - RM2k ke atas. Aku tak tau apa jadi dengan cadangan mengharamkan penjualan binatang peliharaan yang pernah diwar-warkan satu masa dulu. Nampak macam masih banyak je bisnes menjual kucing baka ni.


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing baka yang dipamerkan

Selain dari kucing baka untuk dijual, ada jugak kucing jalanan untuk dipelihara secara percuma. 


Ekspo Kucing 2024
Ada beberapa animal rescue / shelter yang menawarkan kucing untuk dipelihara

Ekspo Kucing 2024
Kucing sebelah kiri dan belah atas kanan tu buat muka kesian sebab takde siapa nak adopt... 

Selain dari kucing ada jugak sudut untuk binatang selain dari kucing macam arnab, ular, iguana, sugar glider, dan lain-lain.

Anak-anak aku ni pantang tau nampak ular, mesti nak pegang. Aku memang tak la, berdiri jauh-jauh sambil tangkap gambar dieorang sebab aku geli dengan ular! 😖 Ambik gambar dengan ular ni kena bayar RM15. Tapi elok je ular tu memberi kerjasama, suruh pandang kamera dia pandang kamera hihi.


Ekspo Kucing 2024
Haiwan lain yang ada di ekspo kucing

Best jugak jalan-jalan dalam ekspo ni sebab dapat tengok kucing orang lain yang comel-comel. Elok pulak perangai dieorang ni kena dukung, kena pakai baju, kena bertenggek atas bahu bibik. Kalau Louis dengan Kiera ni, mau menggelupur dieorang dah la takut tengok orang lain. Orang datang servis penapis air tekan loceng rumah pun dieorang boleh lari lintang-pukang bersembunyi!


Ekspo Kucing 2024
Antara kucing-kucing yang kiteorang jumpa di ekspo ni. Owner pun baik hati bagi orang lain belai-belai kucing dieorang.

Tandas Oh Tandas!

Entry ni bukan nak cerita pasal tandas yang kotor tapi nak cerita pasal tandas kayangan yang pernah aku masuk. Yang menariknya, tandas-tandas ni tak dikenakan bayaran masuk hehe. Pendek kata, tandas awam la.

Tandas di Menara Exchange 106 sebelah TRX Mall

Masa aku keluar brunch dengan BFFs di Opera Cafe & Lounge, kiteorang singgah la masuk ke tandas kat sini. Bila tengok tandas yang canggih ni, masing-masing kecoh sebab tandas kat sini macam tandas kat Jepun wooo... Ada butang-butang canggih dekat tepi tandas ni untuk membersihkan diri lepas buang air. Bukan setakat tu, boleh adjust tekanan air, keringkan dan kalau taknak orang sebelah tau tengah buat bisnes besar, siap ada butang mainkan muzik lagi! 🤣 Member aku siap tekan butang tu lepas tu kiteorang ramai-ramai tergelak bila keluar lagu classical music mengiringi aktiviti dalam tandas 😆.


Menara Exchange 106
Tandas berteknologi tinggi

Tandas di HGH Convention Centre, Sentul

Yang ni pulak beshe-beshe je, tapi yang tak boleh tahan, mangkuk tandasnya warna gold! Siapa yang buat bisnes kat sini mesti rasa macam CEO Megah Holdings sebab mampu membuang atas mangkuk emas.


HGH Convention Centre Sentul
Tandas CEO Megah Holdings

OK tu je la perkongsian pasal tandas kayangan 🤣. Semoga semua tandas di Malaysia ni akan improve macam standard tandas-tandas ni. Tapi kalau perangai pengotor dan suka rosakkan harta benda awam segelintir rakyat Malaysia ni tak berubah, memang sampai bila-bila pun tandas kita akan jadi tandas negara dunia ketiga 😒. Buatlah tandas yang canggih dan kayangan macamana pun, yang penting sikap dan mentaliti tu kena ubah jugak. Renung-renungkan dan selamat menjaga kebersihan tandas awam!

Kedai KKV Yang Membuatkan Kami Rambang Mata!

Minggu lepas, kiteorang bawak anak-anak ke kedai KKV yang sekarang ni tengah viral di IG. KKV ialah rangkaian kedai gaya hidup (lifestyle) dari China. Konsepnya lebih kurang Miniso, Daiso dan Muji yang bergabung haa gittew... Barang-barang dalamnya memang menarik dan berwarna-warni, kalau korang masuk sini  rasanya 2 jam pun tak cukup nak belek-belek barang-barang dalam KKV 😅. Semuanya comel dan buatkan rasa geram je nak borong semua!


Lifestyle store
Dari jauh dah nampak bangunan KKV yang berwarna kuning terang. Kedainya tak jauh dari stesen MRT Bukit Bintang

Dalam kedai ni ada 4 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan dari pewangi rumah, barangan kosmetik dan kecantikan; permainan macam lego dan plush toys; alat tulis yang comel dan barangan DIY; pakaian dan peralatan rumah termasuk aksesori hiasan dan barang kemas, beg dan topi; travel essentials (e.g. botol mesra travel untuk gel mandian/syampu/ubat gigi dll.tuala muka pakai buang, dll.), dan snek.

Jom tengok apa yang menarik dalam KKV ni:


home products
Tingkat 1 ada snek, pewangi rumah dan plushies

stationeries
Tingkat kedua pulak ada alatulis dan permainan. Semestinya anak-anak aku paling lama melekat di sini sebab rambang mata tengok pen berwarna pelangi kat dinding, stickers yang comel dan notebooks (dieorang ni gila buku nota sebab suka melukis)

KKV Bukit Bintang
Permainan lego yang comel. Susun atur kedai ni memang interesting sebab pandai menggunakan warna yang terang dan menarik perhatian pelanggan

homewares
Yang ni pulak di tingkat 3 kalau tak silap. Ada bermacam-macam barangan rumah dalam pelbagai warna yang cantik 😍

bath bombs
Bath bombs ni berbentuk pastries dan cupcakes 🤤 Tetiba rasa nak cari hotel yang ada bathtub semata-mata nak cuba bath bombs!

bath bombs
Comel kan? Jangan bagi anak kecik nampak takut dieorang ingat makanan pulak 😜 Yang macam aiskrim batang tu pulak ialah sabun

snacks
Ni pulak ialah snek macam lollipop, biskut, gula-gula dan minuman. Gambar background Khadeeja posing ni ialah tempat yang paling ramai orang ambik selfie

ramen and noodles
Yang ni pun sama, dinding ni penuh dengan pelbagai jenis mee segera dan ramen

Kalau anak-anak 'melekat' di tingkat 2, emak dieorang pulak 'melekat' di tingkat 4 🤭. Apa yang menarik di sini ialah barang-barang beauty products dan penjagaan diri. 


lip gloss
Comel giler lip gloss bentuk aiskrim ni

beauty products
Antara barangan kecantikan yang ada ialah facial mask, body mask, pencuci muka, losyen badan, gel mandian, makeup sponges, barangan makeup dan macam-macam lagi

Hasil tangkapan aku pada hari tu ialah gel mandian yang baunya seakan-akan gel mandian hotel, beberapa keping facial mask (sebab murah!) dan makeup brushes (padahal pakai makeup pun jarang-jarang!). Tapi itulah sifat perempuan yang kalah bila tengok barang-barang kecantikan yang murah-murah ni 🤣. Banyak-banyak hasil tangkapan tu, aku paling suka gel mandian tu (lupa ambik gambar dah buang pun kotaknya) sebab lepas pakai kulit tak rasa kering pun. Lepas mandi wangi satu bilik air dibuatnya 👍🏻. Nama gel mandian tu ialah 'Dear Irean' - Saipan Holiday.

Siapa lagi yang pernah masuk ke kedai KKV ni? Cer kongsi apa barang yang korang beli yang paling berbaloi dan tak menyesal beli 😊.

Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa (Part 3)

Baca entri sebelum:


Petang tu, kakak aku dah tempah slot massage dan facial di Qi Forest Spa & Wellness. Bila kiteorang sampai, rupa-rupanya pihak spa tak terima info dari pihak resort pasal booking kiteorang. Sudahnya kiteorang kena tunggu 20 minit sementara staff spa prepare bilik massage dan facial. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Qi Forest Spa & Wellness

Perhentian Marriott Resort & Spa
Sampai di spa, kiteorang diberi tuala basah dan dihidangkan minuman

Kakak aku pilih untuk buat massage dan aku pulak pilih untuk buat facial sebab dah lama giler tak pergi buat facial. Kalau tak silap, kali terakhir aku pergi buat facial ialah tahun 2019 ye! 🤣


Perhentian Marriott Resort & Spa
Sementara tunggu dieorang sediakan bilik, kiteorang isi borang spa dan pilih menu massage / facial yang kiteorang nak

Perhentian Marriott Resort & Spa
Ruangan menunggu dalam spa

Dekat spa ni, produk facial yang digunakan ialah jenama Elemis. Harga pun bukan kaleng-kaleng ye 🤭. Kalau beli produk Elemis dekat situ, dapat diskaun SST kalau tak silap. Tapi aku tak beli pun sebab sebotol krim muka tu dalam RM560 kalau tak silap. Mak aih, tak pe la 😅. Setakat ni, aku suka pakai krim muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, bukan setakat melembapkan kulit, bau pun calming. Harga pun mampu milik.


Qi Forest Spa & Wellness
Produk facial dan massage yang digunakan

Bila bilik dah ready, staff yang buatkan facial untuk aku pun bawak ke bilik rawatan di bahagian belakang. Bilik rawatan facial ni menghadap hutan, so memang rasa dalam hutan semulajadi je. 


Perhentian Marriott Resort & Spa
Bilik rawatan facial



One of the reasons aku tak berapa gemar buat facial ialah bila kena steam muka dengan buang blackhead, sebab aku jenis tak tahan sakit. Tapi dekat spa ni dieorang guna scrub muka je untuk buang blackhead. Memang best je rasa muka diurut sepanjang rawatan facial tu, sampai aku tertidur masa tengah buat facial. Produk yang digunakan pun wangi je. Selesai rawatan facial yang ambik masa sejam, memang nampak perbezaan kulit muka - rasa lebih lembut dan nampak lebih cerah dan glowing gittew... Patut la harga produknya kayangan sebab baru pakai sekali dah nampak kesannya.

So kalau korang berkesempatan datang ke Perhentian Marriott Resort & Spa ni, aku memang rekemen datang ke spa ni buat facial. Best ooo... Sekali-sekala manjakan kulit yang dah berusia ni hihi. Aku bagitau kat kakak aku facial kat sini best terus kakak aku book slot esok paginya untuk dia buat facial jugak.

Lunch & Hi-Tea dengan Teman-teman Bloggers

First time jumpa Fanny tahun lepas masa dia turun ke KL dengan geng jalan-jalan dia. Tahun ni bila dia bagitau dia akan ke KL lagi, mestilah aku tak nak lepaskan peluang berjumpa dengan Fanny sekali lagi. 

Plan asalnya nak jumpa dengan Fanny dan Kak Retna masa hi-tea je sebab nak celebrate birthday kiteorang bulan ni (kiteorang bertiga June a.k.a Gemini babies!). Tapi bila Fanny bagitau tengahari tu dia jumpa dengan sis Suzi (atau nickname Mama Zharfan @ MZ) & sis Ezna, aku pun rasa nak join sekali sebab dieorang ni antara bloggers yang aku selalu lawat blog dieorang dan pernah jumpa sekali (MZ masa dia datang beraya di rumah bulan lepas, sis Ezna pulak masa sama-sama menghadiri jemputan kenduri kahwin blogger Suria Amanda). 


Lunch dengan Fanny & Sis Ezna

Awalnya, aku tak confirm kan lagi dapat join lunch sebab nak kena sediakan makanan tengahari untuk Khayla sebelum dia turun ke sekolah. Aku takut lambat dan buat orang lain tertunggu-tunggu pulak. Tapi Alhamdulillah, dapat siapkan makanan awal dan make sure Khayla makan dulu sebelum aku bersiap dan keluar.

On the way naik LRT nak ke tempat perjumpaan di KLCC, Fanny bagitau MZ tak dapat join sebab keretanya masuk bengkel. Allahu, simpati dengan dugaan MZ di hari Jumaat. Sempat jugak aku bermesej-mesej dengan MZ masa tu. Nampaknya takde rezeki jumpa MZ kali ni. 

Mula-mula Fanny bagitau nak berjumpa di O'Briens, tapi penuh pulak. So kiteorang try nasib ke Two Sons On The Park @ KLCC. Mak aih, sama jugak panjang barisan nak masuk ke Two Sons ni. Tapi kiteorang decide nak beratur je la, kalau dalam 10 minit tak dapat meja baru kiteorang fikirkan alternatif lain. KLCC masa lunch hour memang mencabar sikit nak cari tempat makan kosong 😅 Dari zaman aku bekerja kat situ lagi dah faham sangat suasana di KLCC pada tengahari Jumaat.

Tapi tak sampai 10 minit beratur, ada tempat duduk kosong. Wah, rezeki Fanny la tu, sebab teringat dia pernah komen teringin nak cuba chilli butter cream clams dekat situ. Terus Fanny update dekat sis Ezna yang kiteorang dah tukar tempat ke Two Sons sebab masa ni dia dengan anaknya Dania masih dalam perjalanan dari Putrajaya ke KLCC lagi. Katanya kelas Dania habis lewat sikit sebab tu dieorang lambat sampai. 

Bila sis Ezna dan Dania sampai, auto meriah meja kiteorang hehehe. Sis Ezna ni sangat la peramah orangnya, buatkan kiteorang rasa macam dah kenal lama bila berborak-borak dengan dia. Tak kekok langsung. Macam-macam topik keluar - dari topik travel, makanan, sekolah di Indonesia dan Malaysia, kehidupan seharian sampai la perbezaan mazhab agama di Indonesia dan Malaysia pun masuk dalam perbincangan ye 😅. Nampak tak betapa senangnya flow perbualan kiteorang walaupun baru first time duduk bersembang hehe. Dania pulak malu-malu sikit, tapi asyik senyum je. Manis betul orangnya. 


bloggers Malaysia dan Indonesia
Bersama Fanny, Dania dan sis Ezna

Since dekat Two Sons ni kebanyakan menunya for sharing, jadi tak banyak variety menu yang kiteorang pesan - macam biasa aku pesan specialty dekat sini iaitu chilli butter cream clams (big pot) untuk kongsi makan, dengan mantou goreng (order ekstra sebab 4 keping je tak cukup!). Sis Ezna dengan Dania pulak pesan margherita pizza. Fanny pulak pesan laksam sebab dia tak pernah lagi cuba laksam. To be honest ya Fanny, saya pun belum pernah makan laksam! 🤣 Tapi bila orang Indonesia tanya aku pasal laksam, terpaksalah aku buat-buat tahu berdasarkan apa yang aku dengar pasal laksam hehe. Fanny kata dekat Indonesia pun ada hidangan yang mirip rupa laksam, tapi di Palembang dikenali sebagai laksan.


Two Sons On The Park @ KLCC
Dari atas kiri ikut arah jam: Laksam, pizza margherita, mantou goreng dan chilli butter cream clams

Lepas lunch, kiteorang beralih ke Gula Cakery for dessert pulak. Biar banyak post Fanny pasal tempat makan kat KL ni hihi. Gula Cakery ni rasanya baru bukak kat KLCC. Rezeki kiteorang sekali lagi masa sampai tu ada satu meja kosong (sebelum tu memang packed betul tempat tu).


Keylime tart, berry pavlova
Keylime Tart (bawah) & Berry Pavlova (atas)

Gula Cakery KLCC
Muka kenyang tapi tak puas bersembang sebab tu cari kedai dessert pulak 🤭 (foto kredit: Sis Ezna)

Dalam pukul 3.30 petang macam tu, baru la masing-masing kena gerak (aku kena ambik Khadeeja di sekolah dan sis Ezna dan Dania pulak kena ambik KLIA transit balik ke Putrajaya). Anyway, seronok sebab dapat jumpa dan kenal rapat dengan sis Ezna dan Dania. Hopefully lepas ni ada peluang berjumpa lagi macam ni. Terima kasih buat sis Ezna sudi belanja kek di Gula Cakery, semoga murah rezeki sis sekeluarga 🤲🏻.


Hi-Tea dengan Fanny & Suami, Kak Retna dan Zuwien

Petang tu agak kelam-kabut sikit sebab hujan. Singgah solat di stesen MRT HKL dan terus ke sekolah Khadeeja. Lepas hantar dia balik ke rumah dan ambik ole-ole dan hadiah untuk Fanny dan Kak Retna, kena berkejar balik ke KLCC. End up sampai lambat di Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL, dekat-dekat pukul 6 petang baru sampai. Sebab dah sampai lambat sangat tak sempat ambik gambar makanan kecuali makanan diri-sendiri je hehe.


mushroom risotto
Mushroom & truffle risotto

Kalau tadi lunch dengan circle the mommies (sebab kiteorang bertiga ibu-ibu rumahtangga 😅), kali ni hi-tea dengan circle banking pulak (sebab dieorang ni masing-masing bekerja / pernah bekerja dalam sektor banking kecuali aku. Tapi Suami Terchenta pun pekerja bank jugak, so boleh la masuk sikit2 kan? Hehe). So topik kali ni banyak berkaitan dengan budaya kerja dalam sektor banking. Tapi ada la jugak selit-selit topik tempat-tempat menarik di Malaysia dan Indonesia.


Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Suami Fanny, Raka pun sama macam Fanny jugak, peramah dan ringan mulut. Yang belakang Uyum tu kawan Kak Retna, Zuwien. Pun first time jumpa dan kelakar jugak orangnya.

Sebelum balik, kiteorang bertiga bertukar-tukar hadiah birthday. Terima kasih Fanny dan Kak Retna atas pemberian hadiah yang menarik (lupa nak ambik gambar tote bag motif batik dari Kak Retna, siyes cantik!). Tahun lepas Fanny bagi hadiah telekung Siti Khadijah, tahun ni pulak dia bagi telekung travel 😍. Alhamdulillah, semoga pahala ibadahnya mengalir ke Fanny jugak, Ameen YRA 🤲🏻.

Suka sangat sebab telekung ni jenis kain ringan dan design ala-ala jubah hoodie. Telekung travel aku beli kat Shopee pun jenis kain ringan jugak tapi masalahnya bila solat bawah kipas angin, boleh terselak sampai tertanggal telekungnya time solat! Telekung yang Fanny bagi ni Insha Allah takde masalah telekung terselak lagi. Selain telekung travel, ada brooch yang cantik, sejadah travel, fridge magnet dan beg kait yang comel. Semuanya aku suka 🥰.


Indonesia
Hadiah / ole2 dari Fanny

Kenny Hills Bistro @ Four Seasons KL
Berfoto sekali lagi sebelum balik.

Anyway, thank you kepada siapa yang belanja hi-tea merangkap makan malam tu (boleh tak lupa nak tanya siapa gara-gara dan lewat & nak cepat balik sebelum habis waktu Maghrib 😅). Semoga murah rezeki orang yang belanja makan petang tu, Ameen YRA! 🤲🏻