Lirik Lagu 'Under The Same Moon' (Myla)

Petang semalam sendu je cuaca. Kalau cuaca sendu aku suka layan lagu yang sendu jugak. Lagu ni lagu kesukaan aku sekarang ni. Liriknya tentang seseorang yang dah break up tapi dia masih lagi dalam denial phase dan tak boleh nak move on lagi.

Jom layan...

Under The Same Moon (Myla)

Remember how that was our thing
We were laying in the field
While looking up to the sky
Our face brightened by the moonlight

On a cold late night breeze
My head sitting on your knees
I could feel the spark fade away
Like a downhearted sunset

I wish we would still shine
Maybe in another life
I am still in your arms and you're still mine

(Chorus)
We were like binary stars
Never thought we'd fall apart
Did we turn into dust
Guess I should've trusted my guts
Looking at the stars
Wondering why you'd break my heart
All alone in my room
At least we're under the same moon

And when you're light years away
I'll still be drifting into space
Recalling our last goodbyes
The way you looked into my eyes

I wish we would still shine
Maybe in another life
I am still in your arms, and you're in mine

(Chorus)
We were like binary stars
Never thought we'd fall apart
Did we turn into dust
Guess I should've trusted my guts
Looking at the stars
Wondering why you'd break my heart
All alone in my room
At least we're under the same moon
(At least we're under the same moon)


Replika Kedai Lama di Stesen LRT Masjid Jamek

Hari Isnin lepas nak ke Perpustakaan KL dengan anak-anak, tapi terlupa pulak perpustakaan di KL ni tutup setiap hari Isnin 🤦🏻‍♀️. Makanya kiteorang patah balik ke stesen LRT nak balik ke rumah. Masa lalu dekat laluan bawah tanah ni, aku ternampak ada replika kedai-kedai lama yang masih lagi "dalam pembinaan" (dieorang tak habis cat lagi).


Masjid Jamek LRT station
Replika Restoran Hong Ngek - restoran makanan Hokkien yang dah bertapak di KL sejak tahun 1940an


Masjid Jamek LRT station
Replika restoran Lakshmi Vilas - satu lagi restoran "legend" di kalangan masyarakat India dan peminat makanan vegetarian

Ada 2 lagi replika tapi masih tengah dibina masa aku lalu kat sini jadi tak nampak nama kedai tu. Bagus ada inisiatif memperkenalkan sejarah KL yang mana kedai-kedai ni dah bertahan sejak zaman sebelum merdeka lagi dan masih beroperasi sampai sekarang.

Ada tak orang KL yang membesar di KL? Apa kedai legend yang korang pernah masuk dan masih wujud sampai sekarang?

Senyum Pagi

Kadang-kadang bila bosan aku suka scroll baca perkongsian dekat Thread. Aku sendiri belum pernah post apa-apa dekat Threads tapi suka baca apa yang orang lain post dekat situ.

Ada masa post dekat Thread tu buat aku tersenyum dan tergelak pagi-pagi. Macam post seorang doktor yang tengah on call di bahagian kecemasan ni:


thread post
Tangkap layar dari Thread

Aku dapat bayangkan doktor tu panik sebab tengok pesakit rentung sampai hitam-legam tapi masih boleh berjalan sendiri masuk wad 😅. Adehh... jiran tu pun, kalau nak bagi petua agak-agak la, kesian lelaki tu tak pasal-pasal nak kena tanggung azab cuci buang serbuk kopi dari luka melecur tu.

Jadi, apa sepatutnya yang kita buat kalau ada orang melecur disambar api atau terkena minyak / air panas?

Ia bergantung dengan tahap melecur tu. Boleh tengok info di IG ni. Lepas ni jangan pulak letak ubat gigi, mentega, ais dan serbuk kopi dekat luka melecur. Silap hari bulan, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka tu. OK, semoga bermanfaat!


Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Pertama

Salam Isnin kawan-kawan,

Bersambung cerita jalan-jalan ni dari sini:


Trip ke Amsterdam ni sebenarnya tak de dalam perancangan awal kiteorang tapi disebabkan tiket penerbangan dari Amsterdam ke KL lebih murah dari tiket penerbangan London - KL, maka Amsterdam ni pun menjadi salah satu destinasi yang dilawati. And it was worth it! Sebelum ni aku ingatkan Amsterdam ni tak de apa-apa yang menarik tapi sangkaan aku meleset sama-sekali. Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik, dan vibe nya pun tak macam London dan Paris. 

Di Amsterdam, orang tempatan dan pelancong tak tergesa-gesa nak ke mana-mana (kecuali bila naik basikal je dieorang suka bawak laju2 haha), dan waktu lunch kebiasaannya dieorang beli lunch dan duduk lepak di tebing terusan. Dekat sini kiteorang merasai suasana yang lebih santai berbanding di London dan Paris.


Canals of Amsterdam
Pemandangan orang lepak di tebing terusan ni sambil menikmati makan tengahari dan melihat angsa berenang ialah sesuatu yang biasa di Amsterdam

Pemandangan yang menarik di Amsterdam semestinyalah pemandangan terusan di sekitar Amsterdam. Ke mana-mana kiteorang pergi pasti disajikan dengan pemandangan ni:


Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #1 (Canals of Amsterdam)

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #2

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #3

Bak kata kawan aku Susan, "Kita akan tengok canal hari-hari sampai nak termuntah!" 😂. Sebabnya kat mana-mana je akan jumpa jambatan 😅. Oh ya, Amsterdam ialah bandar yang mesra pejalan kaki. Jadi kiteorang jarang-jarang naik metro / tram. Sudahnya dekat Amsterdam ni kiteorang berjalan lebih dari 20 ribu langkah setiap hari. Kalau dekat Malaysia pun macam ni confirm kurus dah tahun depan 😜.


Amsterdam
Laluan pejalan kaki yang luas memudahkan kita berjalan kaki ke mana-mana

Tapi kalau malas jalan kaki, boleh je sewa basikal cuma kiteorang malas sebab: A, kiteorang geli-geleman tengok orang kat sini bawak basikal laju-laju; B, takut basikal kena curi dan kena bayar ganti rugi; C, susah nak tengok map kalau bawak basikal.


Amsterdam
Aku snap gambar basikal ni sebab comel dihiasi dengan kepingan Lego

OK, sambung cerita dari entry sebelum ni. Sementara tunggu bilik kiteorang ready, kiteorang pergi cari tempat makan yang terdekat. Kiteorang singgah makan di St. Paul's sebab ada diskaun dekat aplikasi TheFork. 


St. Paul's
St. Paul's. Aku pesan vegetarian food dekat sini


Lepas makan, kiteorang bersiar-siar di sepanjang terusan Amsterdam. Terusan Amsterdam (Canals of Amsterdam) tersenarai dalam salah satu tapak warisan UNESCO pada tahun 2010. Ianya dibina pada Zaman Keemasan Belanda (Dutch Golden Age) 400 tahun dulu. Dekat Amsterdam ni ada 100 buah terusan dan 1500 jambatan. Sebab tu la Susan kata by the time kiteorang balik, kiteorang akan naik muak tengok terusan dan jambatan sebab itu je la pemandangan trademark Amsterdam! 😂 

Pukul 3 petang hotel mesej bagitau bilik dah siap. Kiteorang balik ke hotel untuk angkut beg naik ke bilik dan aku pulak nak solat jamak. Lepas tu sepatutnya sambung jalan-jalan ke tempat yang jauh sikit dari hotel tapi end up kawan-kawan aku je yang pergi sebab aku penat dan mengantuk giler, jadi aku buat keputusan tinggal di bilik untuk berehat sementara kawan-kawan aku pulak keluar bersiar-siar.

Bila bangun dari tidur, aku tengok kawan-kawan aku masih belum pulang. Memandangkan hari masih terang lagi, aku pun buat keputusan keluar sorang-sorang bersiar-siar menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Masa ni aku banyak ambik gambar bangunan-bangunan menarik dan bersejarah di sekitar Amsterdam, antaranya:


Amsterdam
Posthoornkerk. Asalnya dibina sebagai sebuah gereja yang penting di Amsterdam pada abad ke-19 dengan rekabentuk neo-gothic oleh arkitek Pierre Cuypers, orang yang sama mereka Rijksmuseum dan Amsterdam Central Station, kini ianya diubah menjadi sebuah bangunan untuk mengadakan event / exhibition

Amsterdam
Westerkerkchurch - sebuah gereja Protestan yang dibina pada abad ke-17. Menara gereja ni ialah menara gereja tertinggi di Amsterdam dengan ketinggian 87 meter.

Magna Plaza
Magna Plaza - asalnya ialah sebuah ibu pejabat Pos Amsterdam, ianya sekarang menempatkan pusat membeli-belah

Amsterdam Tulip Museum
Amsterdam Tulip Museum yang mempamerkan pelbagai jenis bunga tulip untuk peminat-peminat tulip


tram track
Pemandangan bandar Amsterdam

Masa aku tengah berjalan-jalan tu, ternampak sebuah restoran Indonesia, iaitu Long Pura. Aku pun tanyalah pekerja kat situ sama ada restoran ni halal, dia kata ya. Jadi aku pun decide untuk makan malam di restoran tu sebelum balik ke hotel. 

indonesian restaurant
Ada macam-macam lauk yang aku dah tak ingat nama, tapi yang atas sekali tu ialah sate ayam dengan kuah kacang yang sedap.  Total dinner aku ialah €31.

Itu je la cerita jalan-jalan di Amsterdam hari pertama. Hari kedua kiteorang keluar dari bandar Amsterdam untuk ke beberapa lokasi menarik. Stay tuned!

Makan Malam di Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam

Salam Isnin kawan-kawan,

Hari ni anak-anak dicutikan memandangkan peperiksaan SPM dah bermula. All the best buat anak-anak yang menduduki SPM tahun ni! Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, Ameen YRA 🤲🏻.

Sabtu lepas kiteorang sekali lagi ke Perpustakaan Raja Tun Uda untuk teman anak-anak mengulangkaji. Balik dari perpustakaan, kiteorang singgah ke Plaza Shah Alam nak beli jam tangan untuk menggantikan jam tangan Khadeeja yang rosak pada hari sebelumnya.

Dah alang-alang di situ, kiteorang pun singgah makan malam di Kluang Railcoffee sebelum gerak balik ke KL.


Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam
Kluang RailCoffee di Plaza Shah Alam

Aku baru tau yang ni ialah satu-satunya cawangan Kluang RailCoffee di luar Johor. Jadi lepas ni kalau teringin nak minum kopi Kluang Rail Coffee ni boleh la datang ke Plaza Shah Alam.


Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam
Kluang Railcoffee mendapat pengiktirafan sebagai kopitiam stesen keretapi tertua di Malaysia dan telah beroperasi sejak tahun 1938

Ni menu yang kiteorang pilih:


ayam kam heong
Suami Terchenta ambik nasi putih dengan ayam kam heong - dia kata sedap tapi aku tak berapa gemar sangat sebab ada rasa rempah kari yang kuat

spaghetti bolognese
Anak-anak ambik spaghetti bolognese. Dieorang kata sedap

dry chilli pan mee
Aku pulak mencuba dry chilli pan mee. Rasanya ok la, aku suka sambal udang crispy tu cuma tak berapa best sebab takde telur goyang atas tu ermm... 

Overall memuaskan. Boleh repeat kalau ke sini Plaza Shah Alam ni lagi.