Pukul 11 pagi ialah masa untuk aku bersarapan selepas 16 jam berpuasa. Pagi tadi aku goreng nasi bunga kantan untuk sarapan Suami Terchenta. Alang-alang memasak nasi goreng, aku pun buka puasa dengan nasi goreng atau orang Sarawak panggil, nasi aruk.
Untuk tambah sayur-sayuran dan protein, aku makan ayam goreng kunyit yang aku masak sebelum ni dan simpan dalam peti sejuk. Aku suka buat ayam goreng kunyit sebab sekali harung masak dengan sayur-sayuran.
Di sini aku nak kongsikan resepi nasi goreng bunga kantan dan ayam goreng kunyit stail aku:
Nasi Goreng Bunga Kantan
- Sejemput ikan bilis (direndam dan toskan air untuk kurangkan masin)
- 2 ulas bawang merah
- Seulas bawang putih
- 2-3 cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
- 1-2 batang bunga kantan - dihiris halus
- 5 cawan nasi sejuk
- Garam secukup rasa
- Kisar semua bahan kecuali bunga kantan dan nasi.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Masukkan nasi dan gaul sampai sebati.
- Perasakan dengan garam dan gaul lagi.
- Tabur bunga kantan yang telah dihiris ke dalam kuali dan gaul dalam nasi goreng selama 5 minit.
- Sedia untuk dihidang.
- Dada ayam tanpa tulang (daging dipotong kecil-kecil, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam)
- Kacang panjang - dihiris serong
- Lobak merah - potongan julienne
- Brokoli / Cauliflower
- Separuh bawang holland - dihiris bulat
- 1 sudu besar serbuk perisa cendawan
- Cili padi (jumlah ikut suka pedas) - dibelah dua
- Goreng ketulan daging ayam sampai masak dan garing. Kalau nak lebih sihat, goreng dalam air fryer. Ketepikan.
- Tumis bawang sehingga wangi dan masukkan cili padi.
- Masukkan sayur-sayuran dan gaul dalam kuali sampai sedikit layu.
- Masukkan daging ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
- Perasakan dengan serbuk perisa cendawan.
- Hidangkan panas-panas.