Ni cerita masa mak masih kat KL. Balik dari Cameron Highlands, mak duduk rumah kakak di blok sebelah blok kami. Hujung minggu adik datang dari Putrajaya bermalam di rumah kakak sebelum bawak mak balik ke rumahnya.
Minggu lepas adik kata dia nak mengopi. Rupa-rupanya dia siap ada bucket list kafe yang dia aim nak pergi ye. Mula-mula dia ajak pergi ke KLCG Confectionery & Bakery @ Dataran Merdeka. Tapi sebelum tu, mak tiba-tiba bagitau sebelum balik Sarawak, dia nak la singgah ke SOGO beli handbag. Orang Sarawak dan SOGO KL berpisah tiada ye. Hehe.
Maka lepas Zohor kiteorang gerak ke SOGO naik LRT. Mak aku punyalah terkejut sebab tak sangka SOGO dekat je bila naik LRT ni hehehe! 5 stesen je, dah sampai Bandaraya. Mulalah dia pasang angan-angan nak cuci mata di SOGO tiap-tiap hari kalau dia singgah di rumah kami. Ah, ghisau, ghisauuuu...
Sebenarnya malas nak pergi menyopping di SOGO hujung minggu DAN CUTI SEKOLAH. Kalau tak sebab mak beriya-iya nak handbag, memang tak la aku nak jejak kaki ke SOGO yang penuh dengan manusia. Nak pilih barang satu hal, lepas tu nak bayar pulak satu hal lagi. Tapi mujurlah mak ni warga emas, salesman tu siap tolong bukak kaunter express untuk mak hehe. Padahal beg dia beli tu tak sampai RM200 pun. Susah la nak cakap orang hobi kumpul handbag ni, sebab nafsu aku tak ke arah handbag. Atau tudung. Atau barang kemas. Nafsu aku lebih kepada jalan-jalan, duduk hotel cantik selesa dan makan (sebab tu tak kurus-kurus). Dulu bernafsu gak dengan gajet tapi dah tua-tua ni aku slow down sikit. Tapi kalau Suami Terchenta nak bagi iPhone 14 purple, kuterima dengan hati terbuka!
Eh jap, sebenarnya tajuk utama pasal adik nak mengopi kan. Kisahnya, harapan nak mengopi di KLCG tu tak kesampaian sebab tempat tu tutup awal. Sudahnya kami melencong ke Jalan Chow Kit sebab dalam list adik ada Luckin Kopi.
|
Mak dapat handbag baru taknak lepas |
Tempat ni tak jauh dari stesen LRT Pasar Seni. Kena tukar laluan LRT di Masjid Jamek. Bila dah sampai, cari exit stesen MRT Pasar Seni sebab lebih dekat.
Dulu tempat ni namanya Luckin Kopi, tapi sekarang dikenali sebagai Luck Bros Kopi. Berkonsepkan kopitiam moden, menu kat sini bukan je memaparkan menu kopitiam biasa (roti bakar, telur separuh masak dan kopi cham), tapi menu-menu Asia lain seperti nasi lemak, nasi ayam Hainanese, rojak buah, ABC, mee siam dan lain-lain. Nasi lemaknya ada banyak pilihan lauk - rendang ayam, sambal udang, kari ayam, ayam berempah, sambal sotong, sambal petai, dan banyak lagi.
|
Sorry gambar tak cantik sebab dah petang sangat |
|
Reka bentuk dalamannya 'rustic' dengan dinding batu-bata dan rasuk kayu di siling |
|
Kami dibawa ke bahagian atas yang lebih luas dan khas untuk kumpulan besar (lebih dari 3 orang) |
Pesanan dibuat melalui kod QR yang diletakkan atas meja. Tapi setakat pesan makanan je la, bayar tetap kena turun ke bawah dan bayar di kaunter.
|
Kafe ni selesa dan mesra keluarga |
|
Aku dah Suami Terchenta kongsi rojak buah (RM10). Agak mahal tapi boleh tahan sedap |
|
Kakak pesan karipap inti kentang dan telur dan roti bakar (RM4.50). Karipap kat sini memang antara bestseller |
|
Tapi kalau tiba-tiba tekak mengada-ngada nak makan Western jugak, ada je option Western menu kat sini. Macam adik aku ni order Grilled Chicken Chop Blackpepper (RM19) |
|
Mak pulak pesan Salted Egg Chicken Chop (RM20.50) |
|
Khadeeja nak makan ABC (RM8.90) |
|
Khayla pesan chocolate milkshake |
Bagi aku semuanya sedap-sedap belaka. Kena datang petang sikit kot baru tak ramai orang. Biasa nampak orang beratur nak masuk dalam, tapi sebab kami datang pukul 6 petang, jadi tak ramai orang.
Last sekali ni la adik bongsu aku yang sibuk nak mengopi hahaha! Dia masih single dan sedang mencari jodoh yang single jugak hihi. Semoga bertemu jodoh di kedai kopi ye adik.