Masih ingat tak teka-teki matematik semalam? Soalan macam ni sebenarnya tahap sekolah rendah zaman sekarang. Agaknya ini yang dikatakan soalan KBAT. Dalam flight aku pun dok ralit mengira dan mencongak jawapan. Selepas disemak dengan jawapan yang memang sedia ditampal dekat belakang meja tu jugak, ternyata kemahiran matematik aku masih lagi tersimpan rapi dalam otak 😜. Hehe. Tapi zaman sekolah dulu, Matematik dan Prinsip Akaun antara subjek kegemaran aku berbanding subjek menghafal macam Sejarah atau subjek sains (serius, aku memang blur je bila masuk kelas Fizik, Biologi dengan Kimia sepatah apa pun aku tak faham tapi mujur tak fail masa SPM). Tapi Add Maths aku benci pulak hahaha!
OK, tanpa membuang masa meh aku kongsikan jawapannya:
Untuk dapatkan nilai ⛑️:
- ⛑️ + ⛑️ + ⛑️ = 12 (yang ni senang je, 12 bahagi 3) = 4
Untuk dapatkan nilai 🔑:
- 🔑 + 🔑 x ⛑️ = 50 👉🏻 untuk yang ni kita kena gunakan ilmu algebra sikit. Tukarkan ⛑️ = 4;
- 🔑 + 🔑 x 4 = 50
- 🔑 + 4🔑 = 50
- 5🔑 = 50
- 🔑 = 50 / 5 = 10
Untuk dapatkan nilai 🛞:
- 🛞 x 🛞 + 🔑 = 35
- 🛞² = 35 - 10 (tukarkan kepada nilai 🔑 =10)
- 🛞² = 25
- 🛞 = √25 (punca kuasa dua) = 5
Jadi, ⛑️ = 4, 🔑 = 10, 🛞 = 5:
Bila minat subjek Matematik, sekali-sekala jawab trivia matematik ni seronok jugak. Korang pulak masa zaman sekolah dulu suka subjek apa? Cer komen sikit.