Sempena Hari Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pada hari Sabtu lepas, kiteorang keluar mencari sarapan pagi makanan dari Johor. Tapi kali ni tekak tak rasa nak makan laksa Johor sebaliknya kiteorang gigih naik motor jauh nun ke Ara Damansra mencari kedai Kacang Pool Haji Larkin.
Kacang Pool Haji ialah antara tempat wajib singgah kalau aku ke JB. Gigih tau paksa Suami Terchenta keluar sesudah Subuh semata-mata nak sarapan kacang pool Haji di Larkin / Taman Dato Onn, sebab kalau lambat memang penuh la kedainya.
Bila dapat tau ada cawangan Kacang Pool Haji ni di Ara Damansara, rasa nak lompat bintang sebab dah tak payah tunggu trip ke JB, pergi ke Ara Damansara je dah boleh makan kacang pool kesukaan aku ni. Aku dah try tempat lain semua tak sesedap Kacang Pool Haji ni. Sebenarnya bila aku Google tempat ni rupa-rupanya dah lama bukak, aku je yang baru tau ðŸ¤.
|
Gigih la laki bini naik motor dari Sentul ke Ara Damansara semata-mata nak breakfast kacang pool Haji di Ara Damansara |
Masa kiteorang sampai penuh kedai ni. Tapi nasib baik kali ni anak-anak taknak ikut, jadi senang sikit nak dapat meja untuk dua orang. Mana yang datang angkut satu family tu kena tunggu giliran sampai pelanggan yang datang awal dah habis makan.
|
Kedainya memanjang ke belakang |
|
Kalau tak silap ni tuan punya cawangan restoran kacang pool Haji sebab muka sama dengan muka dekat bunting depan kedai hehe. Nampak dia tengah sibuk menyiapkan pesanan kacang pool dengan roti bakar |
Kali ni aku melanggar pantang doktor sebab kacang pool ni ada daging kisar. Ampunnnn Dr Sakinah! Sekali ni je, sebab dah terlalu excited bila dapat tau kacang pool Haji ada cawangan dekat dengan KL.
|
Kacang pool kambing ni sentiasa jadi pilihan. Perah limau lepas tu cicah dengan roti bakar tebal yang lembut tu, Masya Allah, sedapnya! |
Dah jauh-jauh duduk atas motor tu, takkan pesan hidangan kacang pool je kan. Maka aku pun order la sekali nasi ambeng untuk kongsi dengan Suami Terchenta. Ni pun my favourite juadah. Tapi aku rasa so-so je la. Nasi ambeng yang aku biasa makan ada mee goreng berkicap dan ayam kicap. Tapi yang ni dia bagi ayam masak rendang kot. Lepas tu sambal goreng jawa nya macam tak cukup sifat sebab takde kacang panjang, carrot dan tauhu kering. Sambal jawa la biasanya aku paling suka dalam nasi ambeng.
|
Nasi ambeng yang aku pesan untuk kongsi makan dengan Suami Terchenta |
Walaupun pelanggan ramai, tapi masa menunggu pesanan tak terlalu lama. Cuma lain kali aku nak datang lewat sikit dalam pukul 11 pagi atau lepas waktu lunch sebab aku perasan time tu dah tak berapa orang. Tapi kena tunggu result buah pinggang bulan depan baru boleh pergi sini lagi! Korang yang tak pernah try lagi kacang pool Haji kena try tau.
Kacang Pool Haji Larkin JB (Cawangan Ara Damansara)Alamat: Taipan 2 Damansara Block J, Taipan 2 Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Masa Operasi: 7 pagi - 12 malam
Waze: Kacang Pool Haji (Jalan PJU 14/1, Petaling Jaya)