Salam.

Seharian jadual kerja penuh. Hari bermula dengan majlis pelancaran. Bingit. Bawak kamera ke sana sini. Maklumlah, photographer tak bergaji. Dapat goodies bag, tapi aku berikan kepada Pn. Nora. Aku tak perlu kuih dalam tu, aku on diet. Jen dapat bunga ros daripada singa.

Macha buat aku moody lagi. Berkali2 aku terangkan, tapi dia suruh buat benda yang aku dah buat. And manager tu buat aku bengang. Akhirnya dari ceria menjadi masam mencuka. Macha dah faham bila dia cakap ngan aku n aku cuma diam n mengangguk. Tak lagi suruh aku buat kerja 2x.

Projek. Bila diberitahukan water meter tak masuk lagi, sekali lagi mood keruh. Bosan disindir klien. Water inlet tak de. D.B. box tak de. Gas piping baru nak kuarkan quotation besok. Hah. There is such thing as gas flushing rupa2nya. Diaorang akan flush out udara dari paip gas guna nitrogen. Baper lama agaknya? Operation start Isnin depan. Aku berbisik kat Macha. Meeting ngan Big Boss petang nih. Mustahak. Dia setuju.

Big Boss tetapkan Ahad nih sebagai penghabisan. Projek akan tamat. Akupun akan beralih arah. Petang. Programmer datang bentangkan sistem. Foxpro lagi. Aku dah tak amik peduli system requirements. Asalkan within the budget, aku akan terima. Biar mereka fikirkan pasal data integration dengan Oracle db, asalkan aku siapkan kertas kerjanya.

Jen dapat berita buruk. Housematenya akan keluar rumah. Tak de angin or ribut. Terus dia bergegas balik. Kesian Jen. Kena pujuk dia lepas ni. Jen, please don't be sad. You can always come over to my house if you're feeling lonely.

Akhir sekali dia. Aku tak bermaksud nak stalk dia. Cuma nak tau perkembangan semasa. Rasanya dia ok. Hobi terus berjalan lancar. Kawan baru pun dah bertambah. Baguslah kalau dia dah melupakan semuanya. He has moved on. I should move on too. Hmm. But when is that going to be?

Buat masa sekarang. Aku perlu lebih banyak masa lagi.

Salam.

Teringatkan seseorang. Sihat ke dia? Dah makan? Dah solat? Gembira?

Kenapa? Hmm. Aku saja nak tau. Kalau dia gembira, akupun gembira. Walaupun dah berakhir, tak semestinya aku tak boleh nak amik tau. Cuma. Mungkin kasih sudah terbatas. Kasih pada saudara seagama.

Bagi aku sudah memadai.

Salam.

Kertas bertaburan kat atas lantai. Tasks completed. Termangu2 kat depan pc. Tak tau nak tulis apa. Logged out email. Hati tak terlintas nak balik lagi. Mungkin setahun. Mungkin 2 tahun. Mungkin jauh lagi.

Hmm. Renovation kat atas masih tak terjengah. Projek akan selesai hujung bulan ni. Akupun akan beralih arah lagi. Tak kisah. Tak marah jugak. Takde emosi lagi. Belajar redha dengan semuanya. Walau apapun, masih tersenyum lagi. Masih mengangguk kepala. Asal bukan dengan diaorang. Sebab kerja dengan diaorang cuma membuang masa dan tenaga. Akhirnya terbengkalai separuh jalan.

Mata dah kering. Kepala dah berat. Masa utk balik.

Salam.

Ainie ngan Jen tengah buat lawak kat tepi. Aku tengah siapkan timeline projek. Aku tergelak. Diaorang terus buat lawak.

Lagu Ferhad 'Pernah' tengah bermain kat pc. Dah dengar beratus2 kali pun tak boring. Tadi Trump lalu. Aku tengah main lagu tu. Nasib baik tak kuat2 macam yang Jen suruh.

Ainie tengah dok atas tong sampah. Timeline dah siap. Masuk bilik manager jap, hapdet status tasks aku. Renovation, ok. System, ok. Fuh, lega. Time to go back.

Nak lepak rumah Jen la malam nih.

Salam.

Beberapa kali dah teringin nak menulis sesuatu kat blog. Tapi sejak hari tu, mood tu tak de. Pernah gak terlintas kat fikiran nak tutup je blog nih. Tapi, ah. Sayanglah. Penat je dia create layout nih.

Banyak perkara yang dah berlaku sejak kali terakhir aku tulis something. Aku dah pindah rumah dekat2 sket ngan tempat kerja. Jimat sey, duit. Sewa RM25 je sebulan. Petrol pun jimat. Tapi sunyi. Ada aku, housemate yang selalu tak de, &... kucing.

Konsentrasi sepenuhnya dihabiskan kat kerja. Semakin kerap berjalan2 dari duduk kat depan pc. Bawak kontraktor melawat site. Pastikan water inlet / outlet, electrical DB, renovation, etc. dah dipasang. Mula2 penat gak. Tapi dah dua minggu berlalu, dah biasa. Badan pun dah makin ringan. Turun 2 kg maah, macam berat masa aku masih bergelar student dulu. Berjalan2, tak makan lunch, makan dinner yang ringan2 je. Tapi pipi je tak kurus2. Still chubby macam dulu. Aku berazam nak turunkan berat badan to 47 kg :) That's another 2 kg to lose.

Kesian Ainie. Kucing dier kena langgar kereta. Ainie paling sayang kat kucing tu. Bila aku call dier, dier tengah sedih giler. Aku cuma boleh bagitau dier supaya bersabar, and semuanya dah ditakdirkan. Ainie, if you need a hug and a shoulder to cry on (not to say, plenty of Kleenex), I'm always here for you. So's Jen. And Chairman.

Hmm. Lastly, kalau ada sesapa yang tau pasal program MBA yang best and affordable, tolong cakap ye? Aku tengah wat preparation nak sambung study. Tengah mensasarkan KL as the location sebab kat KL banyak sket choice. Of course teringin gak nak further kat overseas, tapi rasanya tak mampu.

Lepas tu, apa ek? Hmm. Tak fikir lagi. Yang penting nak sambung study je la. Sayang la kalau tak sambung. Sememangnya aku suka ilmu. Aku penah baca kisah Imam Syafiee & macamana gigihnya dier menuntut ilmu. Dulu bukan macam sekarang. Dulu kene merentas padang pasir, bekerja tanpa upah untuk dapatkan satu2 ilmu pelajaran, dsb. Kira macam kisah Imam Syafiee tu jadi sumber inspirasi kat aku sebab aku kagum kat dia.

Ada satu citer nih dia tak de pena nak tulis apa yang
tengah disampaikan oleh cikgu dier. Jadi Imam Syafiee pun amik batang lidi and
guna air liur dier, dier tulis kat tapak tangan. Cikgu tu pun ingat dier
main-main ngan lidi masa ceramah. So dier pun kena marah. Imam Syafiee bagitau
kat cikgu tu yang dier tengah tulis apa yang tengah diceramahkan. Bila dier
citer balik kat cikgu tu apa yang dah disampaikan dari pagi tu, cikgu tu
terkejut. Rupa2nya Imam Syafiee betul2 tengah tulis semua yang diajar oleh cikgu
tu. Betapa bersemangatnya Imam Syafiee.


Jadi aku pun kena gak mencontohi Imam Syafiee yang mana aku berpegang pada mazhab dier. Erm. Dah pukul 2. Nak sambung kerja. Bubbye.

-nak kena upgrade gak ilmu fardhu ain (agama), selain ilmu fardhu kifayah (dunia).-