Monday Celoteh

I received my name card today.

With a jolt, I suddenly realized that - 'Hey. I'm an executive!'

In my misery to still find myself stuck in this place, I forgot that we have been given different positions and titles.

Not that I'm overly happy with being an exec., what with everything remains unchanged. Plus, now we are expected to perform. No more whatever-you-do-your-boss-gets-the-muck. Now, whatever I do, I get the muck. So.

Malam semalam gi solat terawih kat Masjid Tmn U. Lepas bukak puasa kat rumah ngan Yana & Kak Za, aku pinjam kain batik Kak Za untuk solat Maghrib sebab aku tak bawak track bottom ke aper selain dari seluar jeans yang aku pakai.

Lepas solat, Yana tanya,

'Dah siap, Mek?'
'Lor... takkan aku nak pakai macam ni gi solat terawih?' aku tunjuk kat kain batik yg aku pakai.
'Naper plak tak bley. Sekarang orang pakai kebaya pun pakai kain batik. Ko ikat kuat2 la. Jangan sampai terburai.'
'... Aku terasa ayu sangat.'
'Sudah la! Malas aku nak layan ko, Mek.'

Kak Za terkocoh2 pakai telekung.
'Jap, Kak Za amik kunci motor.'
'Kak Za!!!! TAKKAN NAK NAIK MOTOR!'
Minah dua orang tu dah terkekeh2 gelak.
'Kak Za gurau je la. Meh, naik keta Yana.'

Huhu... Buat pertama kalinya aku gi solat terawih ngan anggunnya.

BonusLink Points & Mega Sales... and Terawih

Semalam hujan lebat. Tak dapat balik awal. Kena bukak puasa kat opis dengan Jen. Jen baru belajar makan nasi kerabu. Kesian Jen. Hari kedua berbuka pun makan nasi kerabu jugak :p Nasi faveret aku tu. Dah terbiasa dok ngan gewe2 Kelate, makanan kegemaran pun dah terikut2 dari pantai timur gak.

Lepas bukak puasa, gi solat Maghrib. Waktu tu hujan masih renyai2. Balik dari solat Maghrib, hujan dah lebat & diikuti ngan kilat & petir. Lepak la kat opis ngan Jen. Cukup2 nak masuk waktu Isya', aku pun mintak diri nak ke surau sekali lagi. Kali nih aku cakap lama sket la kat surau, pasal alang2 dah Isya', nak terawih terus la. Time nilah Jen buat ralat.

'Jen, I'm going to stay at surau for quite some time tau.'
'Why?'
'Got solat terawih.'
'What's that?' Jen bersungguh2 nak tau.

Aku duduk balik untuk terangkan konsep solat terawih kat Jen. Tapi baru nak bukak mulut, aku mati akal.

Jen tau orang Islam kene solat 5 waktu (Jen memang garang, kalau sapa2 tak gi semayang, dia yang tolong sound! :p hehe. Sorry Jen!). Jen faham konsep pahala ni macam mata ganjaran Bonuslink (mana dia dapat idea nih pun aku tak sure). Makin banyak buat baik, makin banyak mata ganjaran, at the end of the day, boleh tuntut hadiah (masuk syurga).

'It's like...' aku memulakan ngan teragak2.
Jen terus menanti sebuah jawapan (cey, macam lagu kumpulan Padi la plak).
'It's like you're having a Mega Sales Carnival once in a year & you can accummulate more Bonuslink points, Jen!' akhirnya terhambur jugak analogi aku tu kat Jen.
Jen terlopong, lepas tu tergelak.
'I see....'

Aku bangun ngan lega. Nasib baik la minah ni kaki shopping. Tak susah nak bagi dia faham apa itu terawih. Hehe.

3 pagi?

'Eh, you CC department. You'll be there, kan?' Ricky tanya masa aku lalu kat belakang dia.
Aku berdiri sambil menggosok dagu. Macam la ada janggut.

'You? Ur gonna be there jugak ke?' Aku pusing & tengok Chairman.
'A'ah la.'
'Ainie?'
Ainie jenguk kat dalam bilik, ke arah bos dier. 'I dun have to go kan?' Lepas tu dia buat muka monyok.
'Of course la I have to be there. I'm in PR kan?'

Nak buat camane? Ni bukan first time kena terlibat dalam aktiviti paranormal nih (macam citer the X-Files la plak kan?)

'So? Pastu you guys nak balik rumah, bukak puasa & then balik sini lagi?' aku tanya Ainie & Chairman.
'Tak la. Gi main bowling...' Chairman jawab selamba.
Aku baru je nak bukak ceramah agama ngan Chairman, bila dia sambung,
'Lepas semayang terawih la. Ikut sunnah Nabi. 8 rakaat je.' Tak jadi nak berleter kat dia, aku terus tergelak. 'Poyos!'

Nampaknya malam nih lepas terawih & tadarus, tak leh terus tido. Pukul 11 malam dah nak kena ada kat opis. Bawak kamera. Biasalah, jurugambar kompeni. So lepas abis menjalankan tugas, sahur & tido! Nasib baik esok bos kasi cuti. Orait la tu.

Balik Raya tahun kedua...

Sinopsis posting nih --> klu pose, mestilah nak raya. Nak raya kene balik kampung. Balik kampung kene beli tiket :p tu je.

Lokasi sekarang: Johor Bahru (JHB)
Destinasi : Sibu (SBW) --> bukan Bintulu yek (BTU). Tak penah plak aku balik beraya kat hometown aku sbb kampung aku dekat2 ngan Sibu ;)
Transport: AirAsia (AK) + MAS (MH).

Laluan mungkin:

1. JHB - SBW (AK) --> P.M. Harga tiket. RM309.99 (termasuk tax & whatnots) ONE WAY.
2. JHB - KCH (AK) - SBW (MH) --> A.M. Harga tiket RM209.99 + RM90 = 299.99 ONE WAY.
Status: Transaksi akaun sebanyak - RM299.99 :(

Lepas raya:
Lokasi: SBW
Destinasi: JHB
Transport: AK + MH

Laluan mungkin:

1. SBW - JHB (AK) --> Flight penuh sampai 8 Nov.
2. SBW - KCH - JHB --> Flight KCH - JHB (AK) pukul 8.50 pagi. KCH - JHB (MH) dah abis. Laluan alternatif melalui KLIA tapi mahal giler. Means kena gi KCH sehari sebelum tu (5 Nov.) tapi tak de tempat nak stay kat Kuching (huhu...). The next flight is 8 Nov. jugak.
Status: Tak beli lagi. Tak tanya mak lagi. Tak tau camane lagi.

Pose First Day

Aku nak menyambut pose tahun nih ngan serba sederhana. Penat aku nak kuruskan badan jadi aku tak nak la usaha aku tu sia2 je time bulan pose yang terkenal sbg bulan makan :p Kalau tak caya, gi la mana2 Bazar Ramadhan. Berlambak makanan dijual, lebih banyak dari bulan-bulan biasa. Tahun lepas, berat aku naik mendadak time bulan pose la. Lepas tu terus naik & naik... & naik lagi... (efek gema suara kat sini)

Petang semalam, aku bukak pose kat opis dengan ditemani oleh Jen. Mula2 bercadang nak gi Taman U nak beli stok makanan utk sahur arinih, then tukar fikiran nak gi IOI plak (kononnya dekat sket). Last2 malas + letih punyer pasal, aku pun tak gi langsung! Balik je dari beli nasi kerabu & air milo, aku terus terduduk kat opis sambil teman Jen wat keje. Then borak2. Then tup, tup, azan. Lepas makan, borak2 lagi. Agak2 dah nak tergelincir Maghrib, baru la gi surau :p (hehe...) Jen abis je hapdet blog dier, ajak dier gi beli roti + susu (sihat tulang & gigi aku tetiap ari minum susu) utk sahur. Barulah balik rumah bahagia aku selalu.

Begitulah pengalaman first day aku berpuasa tahun ni ;) Malamnya, lepas setel apa2 yang patut disetelkan, aku tak tau nak wat pe. Just jahit butang kat baju kebaya aku. Dah lama butang kancing tu tanggal, tapi malas punyer pasal, tak jahit2 pun sampai la ada mood nak jahit balik malam semalam :p Klu mak aku tau, mesti kena marah. Hehe.