Di tasik lagi...

Aku terjaga dalam pukul 4 petang. Buat kesekian kali kesunyian rumah begitu mendamaikan. Nak sambung tidur tapi mata dah tak mengantuk. Aku bangkit.
Lepas mandi, aku terasa segar. Aku ke dapur, menuangkan air ke dalam mug dan berdiri di depan sinki sambil termenung ke luar tingkap. Cuaca mendung, macam dalam hati aku jugak. What a perfect day, desis hati. It reminds me of a world far away.
I knew exactly what I wanted to do. Aku nak bagi ikan di tasik makan. Macam suatu masa dulu. Ada satu ketenangan abadi bila duduk di jambatan sambil bagi ikan makan. Sebelum keluar rumah, aku sempat pegi buang sampah. Walaupun bukan rumah aku, tapi aku rasa prihatin tentang kebersihan rumah.
Melalui jalan ke gerbang UTM, aku begitu rindu pada tempat yang mengajar aku tentang kehidupan. Pohon-pohon rendang di kiri dan kanan tunduk memayungi jalan. Begitu cantik UTM, dan begitu sepi hati aku.
Cebisan roti yang aku lempar ke tasik disambar ngan cepat oleh ikan2 yg lapar. Kali nih ada ikan sembilang. Mesti tak lama lagi ada pertandingan memancing. Memancing mengingatkan aku ngan seseorang. Sedih. Sedih.
Ya Allah, I felt like plunging my hand inside me and pulled out my heart. Here God, please make it pure again! I have sinned, and I have lost myself. I beg of You, kembalikan cahaya iman itu!
Aku telah berdosa dan aku tidak tahu bagaimana menebus dosa itu.

Pelaburan dalam ASB

Aku bercadang nak melabur dalam ASB memandangkan dividen ASB tinggi & menguntungkan. Daripada duit aku dok dlm bank cam tu je, baik la aku melaburkannya secara selamat. Tapi, baru2 nih member aku cakap pelaburan ASB diragui sebab mungkin bercampur ngan pelaburan haram. So aku pun gi lah portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan ke'halal'an ASB.

Soklan:
Assalamualaikum, ustaz saya keliru dengan hukum melabur di dalam ASB. Ada pihak yang mengatakannya halal dan ada pihak yang mengatakannya haram. Bolehkah ustaz tolong huraikan mengenai pertelagahan ini ?
Jawapan:
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.
Insya Allah, lepas ni boleh la aku gi POS Malaysia amik borang ASB. To all my Muslim friends, kalau ada apa2 kemusykilan tentang hukum-hakam agama, boleh la melawat portal JAKIM :)

Yang Paling Aku Sayang...

Di tengah2 kesibukan aku semenjak kebelakangan ni, hampir terlupa nak citer pasal benda yang boleh merehatkan otak. Mana tak, projek aku sokmo postponed. Tensen betul. Tapi nak wat camane, itulah asam garam keja ngan orang. Kalau keja tu boleh disetelkan sendiri, Insya Allah boleh deliver on time. Tapi kalau dah memerlukan kerjasama orang, kena pulak tunggu dia ada masa nak setelkan projek tu. Sabar ajelah.

So kali nih aku nak citer pasal insan2 yang paling aku sayang :)

My sisters. These gorgeous ladies flanking me are my lovely sisters. Sorang masih belajar kat sekolah asrama, sorang lagi keje kat Miri. Sekarang ni aku cuma jumpa dieorang tetiap kali raya je. Huhu..! Sebab tu kakak aku selalu mintak aku keja kat sana tapi aku degil. Memang macam tulah pe'el anak ke-2. Degil benor...

P/S: Both my sisters are very much available... ;) Muahaha!


The apple of my eyes, my sweet, little cousins & sisters. Balik kampung je, mesti nak main kat jambatan. Ada2 aje aktiviti dieorang. Bosan2, gi la teman dieorang kat tepi sungai. Hobi dieorang memancing. Hari raya ke-3 tu, adik sedara aku, Min & Zarif dapat 5 ekor ikan sembilang! Excited giler la sumer dieorang. Malam tu, ikan2 tu jadi lauk ikan sembilang masak lemak. Bukan main berselera dieorang makan. Tau ajelah, budak2 kan tak suka makan.

Then, there's cute little Nana. Masa kecik2 dulu, takut ngan orang. Tapi bila dah besar nih, dier manja pulak. Kalau nampak aku, dia lari kat aku dan peluk pinggang. Tengoklah posing manja Nana. Comel, kan? :)

Rasanya, korang mesti dah agak aku sayang kat budak2 kecik :p Dieorang tak complicated macam orang besar, lebih2 lagi cam aku. Muahaha! Kalau kat opis, tak de orang sangka the other side of me (me!) ialah yang lagu nih. Hehe. Masa outstation arituh, sempat lepak rumah Bib. Bib ada anak sedara baru. Nama dia Athirah, 8 bulan. Mula2 aku sampai, Athirah tengok aku ngan mata besar (mata dier memang besar macam mata Bib). Bib angkat anak sedara dier, letak kat pangku aku. Lepas acah2 dier, terus dier tak nak ngan Bib lagi dah! :p Best la gak dapat main ngan baby last week. Cuma nak ada baby sendiri tu yang tak bersedia lagi. Muahaha! Cukup la main ngan baby orang...

Pastu, minggu nih, adik Survivor bawak baby dia, Hariz gi opis. Dah lama tak jumpa Hariz! Kali terakhir, masa dia baru lahir. This time, dier dah besar. Tak takut pulak bila aku dukung dia :) Hariz macam mak sedara dia gak, muka senyum sokmo. Mesti encem bila besar nanti...

Hehe. Harap2 aku pun dapat baby yang cute gak, cam Athirah & Hariz.

'Ainie, kalau u jadik ngan Chairman, nanti mesti anak u cute giler. Mata besar, pipi chubby, rambut ikal, kulit putih...'

... :p

Sibuks!

I'm barking mad. Mad to stay at the office until the wee hour last nite. Needless to say, I'm going to KL again later today. Nasib baik everything dah setel malam tadi. Meeting material. Printed e-mails. Et cetera, et cetera.

Aku rasa dah nak time la. Sebab angin aku pun macam angin kus-kus. Sekejap sejuk, sekejap panas. Mintak maaf, yang. Terkasar bahasa pulak petang semalam :( Nasib baik dia dah semakin memahami. Selera makan pun bertambah jugak. Pantang-larang, diet sumer redah aje. Yang penting nafsu makan tu puas. Itulah petandanya aku akan dilanda... (dot, dot, dot.)

Mungkin jugak sebab aku tensen. Aku betul2 nak tengok projek aku 'live' on time. Kalau boleh, comes New Year 2006 je, dah launch la projek aku nih. Amin. At the same time, aku nak kena setelkan urusan berpindah-randah ni. Maklumlah, nomad. Ke mana2pun bawak segulung tikar buruk aku tu je (best la pulak guna ayat 'segulung tikar buruk'. Next entry nak buat 'Carneyz & Segulung Tikar Buruknya'. Haha! >gelak evil<).

Then nak kena attend meeting kat KL. Sabtu nih dah dapat assignment baru pulak. Boleh tak kalau aku propose kat bos aku supaya keja aku blogging je?? Boleh tak??

Antara nak setelkan projek nih, bos suruh revise design signage yang aku buat tu. Nasib baik minor changes je. Cuma bila discuss ngan Chairman on my design, dia propose buat something yang even better. Chairman nih nak kene cekik jugak! Cakap last minute, haku jugak yang, 'Ala... naper u tak bagitau awal2??! Kalau tak I dah revise awal2 cam idea u tu...' Tau tak dia jawab aper??

'You tak tanya pun.'

Uish Chairman. Gigit karang! Kenapalah ke'poyo'sanmu itu cukup menguji kesabaran aku. Nasib baik ur one of my good friends. Sudah, sudah. Daripada aku makan orang, baik aku revise design sebelum tunjuk kat Trump, Inc.

... kisah seorang graphic designer tak bertauliah. Sekian.