• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, October 11, 2024

Nasi Ayam Michelin Rated

Ahad lepas, macam biasa kiteorang pergi jalan-jalan cari makan hehe. Destinasi kali ni ialah sebuah restoran nasi ayam yang mendapat pengiktirafan Bib Gourmand oleh Michelin Guide selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2022 dan 2023. 

Michelin Guide ni ada beberapa kategori sebenarnya - Michelin Star (untuk restoran fine dining), Bib Gourmand untuk restoran bukan fine dining yang menawarkan makanan yang sedap pada harga sederhana dan Michelin Recommended iaitu restoran yang memenuhi kriteria tertentu tapi belum mencapai tahap Michelin Star atau Bib Gourmand.

Kat KL ni tak banyak restoran halal yang dapat pengiktirafan Bib Gourmand, salah satunya ialah Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Jalan Klang Lama. Kalau ikutkan website dieorang, Nasi Ayam Hainan Chee Meng ni ada 3 cawangan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Klang Lama dan di Shah Alam. Tapi cawangan yang dapat pengiktirafan Michelin Guide ni ialah cawangan di Jalan Klang Lama.


Jalan Klang Lama
Nasi ayam Chee Meng, Jalan Klang Lama

Kedainya old school, macam kedai zaman 70an

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Zoom in dekat label Michelin 2023 ni hehe

Kiteorang sampai pukul 2 petang. Saja datang lewat sikit dengan harapan kedai tak penuh sangat tapi nan hadooo... kena tunggu 10 minit jugak baru ada meja kosong.


Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Memang tak putus-putus orang datang makan kat kedai ni!

Walaupun ramai pelanggan, tapi servis cepat dan terbaik. Duduk je terus dapat menu dan kiteorang pun tak ambik masa yang lama nak pesan sebab perut dah lapar - aku pesan nasi dengan ayam kukus bahagian dada (RM12) dan yang lain-lain pesan nasi dengan roasted chicken bahagian kepak (RM12) dan bahagian dada (RM12). Sebenarnya aku nak ayam kukus bahagian thigh (RM13) tapi dah habis. 

Lepas tu kiteorang tambah sayur tauge ikan masin (RM10) dan sotong telur masin (RM20).


Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Nasi ayam wangi, isi ayam tak kering dan rasa segar dan the star of the dish ialah sos cili dan ginger-garlic dia yang cukup rasa masam, masin dan pedas 👍🏻 Cuma sup je aku rasa kurang menyerlah dan tawar. 

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Sayur tauge ikan masin ni so sedap! Tauge segar, manis dan rangup, ada rasa 'wok hey' dan tak masin sangat

Nasi Ayam Hainan Chee Meng
Sotong telur masin ni terpaling recommended 👍🏻 Sotong lembut dan tak liat, kuah salted egg tu seimbang rasa masin dan manisnya sampai aku rasa bersalah pulak menyudu kuahnya sampai habis 😂 (haha, ingat sikit ada darah tinggi tu!)

Overall, aku rasa memang berbaloi la menunggu meja kosong sampai 10 minit semata-mata nak makan kat sini. Semua yang kiteorang pesan licin habis menandakan betapa sedapnya makanan kat kedai ni 🤭. 


Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Klang Lama)
Alamat: Sub Lot A-1, Batu 4 1/4, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 7 petang (setiap hari)

Read more »
on Friday, October 11, 2024 9
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 10, 2024

Hari Kesihatan Mental Sedunia

World Mental Health Day 2024
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Korang tau tak, menurut Prudential Malaysia, 1 dalam 3 rakyat Malaysia pada masa sekarang ni mengalami masalah kesihatan mental? Masalah kesihatan mental ialah suatu penyakit yang sukar didiagnosis dan kadang-kadang dianggap sebagai remeh tapi sekiranya seseorang mengalami tekanan perasaan yang melampau dan berpanjangan (atau disebut tekanan kronik atau chronic stress), ianya juga mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan keupayaan seseorang untuk berfikir. Stress yang tak terkawal ialah salah satu punca utama seseorang menghidap tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.

Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental, WHO telah menetapkan 10 Oktober sebagai Hari Kesihatan Mental sedunia. Tahun ni temanya ialah Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Zaman pandemik menyebabkan tahap kesihatan mental pekerja merosot dengan teruk - kebimbangan tentang status pekerjaan dan kewangan, tekanan menguruskan keluarga dan bekerja di rumah pada masa yang sama, beban kerja yang melampaui keupayaan pekerja dan kes buli (majikan meletakkan work expectation yang tak masuk akal, diskriminasi kerja dsb.) menjadikan masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang tak boleh dipandang ringan lagi. Masalah ni berlarutan sampai la ke sekarang.

Aku sedih bila dengar kawan-kawan di tempat kerja yang terpaksa ambik cuti sakit berpanjangan sebab mengalami masalah depresi, lagi-lagi disebabkan tekanan kerja. Tekanan kerja ni banyak puncanya - selalunya dari hubungan tak baik dengan boss atau rakan sekerja, budaya kerja yang toksik, bebanan kerja yang melampau, skop kerja tak sepadan dengan keupayaan dan kelayakan pekerja dan banyak lagi. Yang selalu aku dengar ialah masalah kerja ni berpunca dari tak ngam dengan bos sendiri atau dengan skop posisi kerja sekarang. Kadang-kadang bila boss atas dengan boss sendiri tak ngam, staff pun tersepit di tengah-tengah. Yang sakitnya staff la sebab kena layan expectation berbeza dua-dua boss yang tak ngam ni.

So, buat kawan-kawan yang masih bekerja dan mengalami tekanan kerja, please take care of your mental health ya. Ya, kerja tu penting untuk kelangsungan hidup tapi tak la sampai kena mengorbankan kesihatan mental dan fizikal kita. Take the time to do self-care; salah satunya dengan membaca dan menghayati Al-Quran, bermeditasi/ berzikir/ journaling (blogging salah satu caranya), melakukan aktiviti hobi atau kesukaan, keluar berjalan-jalan dan YES, AMBIK CUTI untuk berehat! (Hehe, yang last ni ditujukan buat Suami Terchenta).

Dekat sini aku nak sertakan pautan video teknik-teknik menangani tekanan perasaan. Semoga ianya bermanfaat untuk kawan-kawan.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia!

Read more »
on Thursday, October 10, 2024 14
Share this!
Tags
Celebrations
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 10, 2024

Makan Tengahari di Paku & Pontianak

Haa... seram tak nama restoran ni? Masa mula-mula Suami Terchenta ajak makan kat sini, aku berkali-kali tanya, "Hah! Biar betik abang nak makan kat situ? Nanti kak ponti ikut balik macamana?" 🤣 Memang serius seram dengar nama restoran ni. Padahal takde apa-apa pun 🤭.

Berbekalkan hati yang sedikit gentar dan perut yang berkoroncong, kiteorang pun menuju ke Jalan Gurney untuk ke restoran ni. Lokasi restoran ni dalam kawasan perumahan iaitu sebuah rumah banglo yang dijadikan restoran. Kawasan tempat letak kereta dalam pagar agak terhad, tapi masa kiteorang sampai ada satu tempat kosong so dapat la parking dekat dalam. Kalau tak kena la parking dekat bahu jalan.


Paku & Pontianak
In case korang tak percaya ada restoran nama Paku & Pontianak. Memang wujud ye 🤣

Masa nak bukak pintu restoran pun dah suspense ok. Berkeriut bunyi pintu 'kreeekkkk...' Wah, betul-betul mencipta suasana seram ye restoran ni 🤭. Melangkah masuk dalam restoran ni, kiteorang rasa terpegun sebab walaupun tema warnanya nampak 'seram' (merah & hitam), tapi cantik dan unik je hiasan dalam restoran ni. Ada a few spots yang kita boleh ambik gambar menarik di sini.


Paku & Pontianak
Bahagian restoran tingkat bawah. Ada penerangan tentang asal-usul pontianak jugak.

Paku & Pontianak
Yang ni pulak dekat bahagian atas. Ada ruang makan, sudut untuk bergambar dan surau

Paku & Pontianak
Sudut hiasan dengan perabot antik

Paku & Pontianak
Kiri: Buku menu. Kanan: Staff restoran bagi bunga mawar hidup ni dekat setiap meja. Besar dan cantik bunganya, elok je mekar 😍

Paku & Pontianak ni sebenarnya dibuka dari pagi sampai ke malam, iaitu menu sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Untuk makan tengahari, kiteorang order set nasi berlauk, namanya 'Set Talam Qaseh' (RM85.90). Set ni sebenarnya untuk 3 orang makan, tapi kiteorang mintak tambah pinggan je sebab rasa untuk 4 orang makan pun cukup ni.


Paku & Pontianak
Set Talam Qaseh - ada ikan siakap bakar dengan pelbagai pilihan sambal cicah, sayur kacang buncis tumis, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin gelama, telur dadar dan yang terakhir ni ada 3 option yang kita boleh pilih salah satu - daging salai masak lemak, daging salai masak asam pedas / kari ikan kembung. Kiteorang pilih daging salai masak lemak

Lauk-pauk ni ialah my favourite menu:


Paku & Pontianak
Daging salai masak lemak ni memang cukup power! Rasa salai tu memang kuat sangat, kuah pun pekat dan secukup rasa. Rasa pedas tu pun just nice 👍🏻 Makan pulak dengan ikan gelama masin dengan telur dadar yang rangup, sampai bertambah 2 pinggan nasi ye 😂 Manalah nak kurus...

Paku & Pontianak
Ikan siakap bakar yang mantap! Dibakar dalam daun pisang, jadi isi ikan kekal lembap dan manis. Perapan ikan bakar pun sedap sangat. My favourite sambal ialah air asam dan sambal cili kicap. Anak-anak pun suka, sampai licin ke tulang kiteorang makan 😅

Paku & Pontianak
Sambal belacan yang ada kick! Pedasnya sampai meleleh air hidung 🤣 tapi sedap! Lagi-lagi ada hirisan mangga muda tu. Memang layan sangat sambal belacan ni.

Paku & Pontianak
Curious dengan nama air ni iaitu 'Bloody Ponti' (RM10.90) 😆 . Sebenarnya air sirap bandung cincau je, tapi presentation tu menarik. Sis kasi 5 ⭐️ untuk kreativiti hehe

Overall, walaupun nama tempat ni menyeramkan dan pelik, tapi aku sangat rekemen restoran ni sebab set nasi berlauk ni sedap sangat, memang kena betul dengan tekak aku. Padanan lauk tu memang mengancam, awas ya kalau nak diet lupakan je hasrat tu 🤣. Lain kali nak try sarapan pagi kat sini pulak. Selain dari set nasi dan lauk, ada jugak menu ala carte yang lain. Selain masakan Melayu, ada masakan Western, Thai, Cina dan mamak jugak. Jadi kalau tekak tak rasa nak makan lauk Melayu, boleh je cuba menu lain pulak.


Paku & Pontianak
Alamat: 21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 7.30 pagi - 10 malam (setiap hari)
Read more »
on Thursday, October 10, 2024 21
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 09, 2024

Keluar Breakfast Dengan Suami Terchenta

roti canai
Sarapan di kedai mamak


Hari ni Suami Terchenta akhirnyaaaaa ambik cuti. Korang tau tak baki cuti dia ada 20 hari lagi? Ni dah masuk bulan Oktober dan berbaki 2 bulan je lagi sebelum masuk tahun baru. Setiap hari la aku membebel suruh ambik cuti sebab kalau tak ambik burn je cuti tu. Kerja tunggang-terbalik macamana sekalipun, kena ambik cuti sebab badan dan otak pun perlu rehat jugak. Cuti tahunan ni ialah cuti berbayar, kalau tak ambik rugi beb! Sepanjang aku bekerja memang tak pernah la aku nak sedekahkan cuti berbayar aku dekat company, jadi aku akan habiskan sebelum tahun baru. 

Akhirnya selepas diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan, "Bila nak ambik cuti, abang?" setiap hari, dia pun apply cuti 😆. Aku cakap kat dia bulan ni kena ambik 6 hari cuti, bulan depan 6 hari lagi dan bulan Disember sebab special sikit (birthday anak-anak dan anniversary kiteorang) ambik 8 hari cuti.

Since dia ambik cuti jadi pagi tadi kiteorang pun pergi sarapan pagi sama-sama di restoran mamak tempat biasa. Kalau ke restoran mamak, biasanya kiteorang order roti kosong dengan kuah kari ikan dan teh tarik kurang manis. Kuah kari ikan tu wajib, tak tau kenapa lagi sedap bila pekena kuah kari ikan dari kari lain.

Tapi walaupun cuti, tak boleh kemana-mana pun sebab dia still kena join meeting online jugak 😑. Tahap workaholic dia ni memang tak boleh bawak bincang. Tapi aku tak kira, esok petang aku nak ajak dia gi dating jugak hahaha! Kat mana? Tunggu lepas publish kat blog ye hehe.

Read more »
on Wednesday, October 09, 2024 37
Share this!
Tags
Daily Life, Marriage
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 09, 2024

Katil Baru

Dah lama anak bujang seekor ni tak bersiaran di blog ni. Dia ada je, macam biasa tengah bermalas-malasan di ruang tamu. Kali ni makin malas si Louis ni, sejak bapak dia belikan katil baru merangkap scratcher dekat Shopee. Pagi-pagi masuk rumah je dia akan landing dekat katil ni. Dia cuma akan bangun kalau makanan dah keluar atau nak ke toilet. Selebihnya, macam ni la keadaan dia.


pet scratcher bed
Seronok jadi kucing, lagi-lagi kucing yang dimanjakan macam Louis dan Kiera!

Read more »
on Wednesday, October 09, 2024 18
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    6 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    22 minutes ago
  • Syazni Rahim Blog
    41 minutes ago
  • KasihkuAmani
    1 hour ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • mrhanafi.com
    3 hours ago
  • Miles of smiles
    3 hours ago
  • a m m i
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    11 hours ago
  • Aku Sis Lin
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    15 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    20 hours ago
  • Travel My Way
    23 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    3 days ago
  • KakmimDotCom
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    4 days ago
  • Mreneyoo
    5 days ago
  • Warisan Petani
    5 days ago
  • Krabat Kramat
    6 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • My Small World
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.