Sedih la. Hampir 2 tahun kiteorang mengharungi suka-duka, pahit manis bersama. Dari tamat universiti, sampai la sekarang. Kiteorang menghadapi semuanya ngan sabar. Adakala ngan tangisan. Tapi selalunya dengan gelak tawa. Sebab dia selalu menceriakan hidup aku.

Dulu aku, dia & yang lain hidup susah. Gaji kiteorang tak seberapa. Pergi keja awal pagi, balik lewat petang. Tapi kiteorang ceria je. Tiap2 hari kiteorang makan sesama. Lauk nasi & sayur sawi, & sardin goreng. Simple je, & kongsi bersama. Seorang cuma keluarkan tak sampai RM1 utk makan sehari. Tapi rasanya istimewa. Sekarang hidup dah alhamdulillah, agak mewah. Gaji dah 4 angka. Tapi sunyi. Tak de gelak tawa macam dulu. Tak de kemesraan.

Dulu aku, dia & yang lain tido beralas comforter. Bersempit2. Sebelum tido, kiteorang bercerita tentang kehidupan kiteorang, kerja, harapan, impian. Hidup aku terasa penuh ngan kehadiran dia & yang lain. Tapi sekarang, bila tido di bilik sendiri, berseorangan, atas tilam empuk yang luas, aku tak terasa bahagia.

Dulu & sekarang, aku & dia tetap rapat. Cuma mungkin rezeki dia tak semurah rezeki aku. Dia masih bergaji tiga angka sedangkan dia pun lulusan universiti macam aku. Sebab tu dia buat keputusan nak balik ke kampung. Aku sedih! Aku sayang dia macam adik-beradik sendiri. Dia dah berada di samping aku, menceriakan hidup aku. Aku tau kalau aku sedih, aku ada dia untuk menghiburkan aku. Tapi sekarang. Dia dah nak pergi.

Aku rasa hidup aku akan kosong tanpa dia. Aku dah tak nak tinggal di Johor lagi. Johor dah tak bermakna bagi aku.

Bakpo kak za nak kelik? Saya dah tokse dok Johor lagi...

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .