Ziarah Madinah al-Munawwarah (Bahagian 2)

Entry kali ni aku nak cerita pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari, 1195). Raudhah dianggap istimewa sebab di sini tempat Rasulullah SAW selalu mengerjakan solat sunat dan para sahabat Nabi SAW suka berkumpul dan beribadah dalam kawasan Raudhah. Disebabkan Raudhah disebut sebagai taman syurga, ramai yang yakin berdoa dalam kawasan Raudhah akan lebih mudah dikabulkan, walaupun takde dalil dan hadis yang khusus dan jelas menyebutkan bahawa Raudhah merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa.

Berbalik kepada pengalaman masuk ke Raudhah. Sebelah malam selepas kiteorang balik dari ziarah ke sekitar kota Madinah, jemaah wanita dibawa oleh ustazah pembimbing untuk masuk ke Raudhah.

Masuk ke Raudhah secara berkumpulan ialah satu pengalaman yang menarik dan agak mencabar πŸ˜…. Ustazah berkali-kali mengingatkan supaya kumpulan kiteorang tak terputus untuk mengelakkan jemaah dari negara lain tiba-tiba masuk kumpulan kiteorang (kes nak potong giliran la biasanya). Dan benda ni berlaku depan mata aku sendiri.

Tapi sebelum tu, aku ceritakan serba ringkas peraturan nak masuk ke Raudhah. Sekarang ni nak masuk ke Raudhah, kena mohon permit masuk melalui aplikasi Nusuk terlebih dulu sebelum berangkat ke Madinah. Caranya ialah dengan mendaftar di aplikasi Nusuk dan hanya mereka yang mendaftar dan mendapat kod QR je dibenarkan masuk ke Raudhah pada tarikh dan masa yang dipilih.


Permit masuk ke kawasan Raudhah melalui aplikasi Nusuk

OK, now cerita part pengalaman nak masuk ke Raudhah pulak. Bila diingatkan rasa kelakar pun ye jugak. Macam nak masuk medan peperangan uolls! Malam tu, kawasan luar pekarangan masuk ke Raudhah sesak dengan jemaah yang menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. Kebanyakan kumpulan dari pelbagai negara. Masing-masing muka tegang dan fokus dengan arahan dari mutawif kumpulan masing-masing πŸ˜…. Bila dah hampir waktu untuk kumpulan kiteorang masuk, ustazah pembimbing tu sekali lagi mengingatkan jangan sampai kumpulan kiteorang terputus masa nak berbaris masuk ke pekarangan Raudhah. Sebabnya tempat sangat-sangat terhad dekat dalam Raudhah jadi kalau kuota penuh kesian siapa yang kena cantas dengan jemaah lain tu. Kiteorang ni punyalah cemas takut terpisah dari kumpulan sampai kena berlari-lari anak dan pegang bahu orang kat depan takut terlepas! πŸ˜‚ Kesian mak, sebab dia dah la tak boleh jalan laju, tapi malam tu kena berlari-lari. Beristighfar panjang mak berlari dalam keadaan cemas.

Alhamdulillah kumpulan kiteorang semuanya selamat dan berjaya masuk ke pekarangan Raudhah. Lepas tu kiteorang beratur pulak untuk masuk ke Raudhah. Sementara menunggu giliran, ustazah suruh kiteorang menunaikan solat sunat. Selesai solat sunat, kiteorang pun menunggu dengan penuh sabar giliran barisan kiteorang masuk ke Raudhah. Sedikit gambaran, dekat ruang menunggu tu ada 3-4 barisan yang beratur macam dalam perhimpunan sekolah. Sebelah kiri kiteorang jemaah dari Malaysia, tapi dari travel agent yang lain. Sebelah kanan pulak barisan jemaah dari XXX (taknak sebut kat sini, takut buka aib). Setiap barisan dipisahkan dengan tali penghadang.

Tengah-tengah tunggu giliran barisan kiteorang masuk, tiba-tiba seorang makcik dari negara XXX ni melangkah atas tali tu dan masuk ke barisan kiteorang, which is antara aku dan mak! Terpinga-pinga la kiteorang kenapa dia tiba-tiba masuk ke barisan kiteorang. Barulah kiteorang faham kenapa Ustazah suruh jaga supaya jangan bagi orang lain masuk ke barisan kiteorang. Akak yang berdiri belakang mak aku terus sergah dan tolak makcik tu masuk balik ke barisan dia. Mak aku yang sebelum ni semput sebab lepas berlari pun hangin jugak. "Go back! Go back!" kiteorang cakap dengan suara lantang. Ustazah yang jaga barisan kiteorang toleh dan terus jerit kat makcik tu supaya jangan masuk barisan Malaysia. Nak tak nak dengan muka tak puas hatinya, makcik tu pun terpaksa masuk balik ke barisan dia. Dah la buat salah, dia pergi marah kat kiteorang balik sambil sebut-sebut nama Rasulullah SAW. Agaknya dia bebel 'macam ni ke umat Nabi Muhammad?' Ish, dasar penunggang agama! 

Bila giliran kiteorang masuk je, Ustazah suruh kiteorang cepat-cepat ambik tempat kosong dan terus solat sunat sebab setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit je berada dalam Raudhah. Alhamdulillah sekali lagi rezeki kiteorang dapat tempat paling depan di antara tiang Siti Aishah dan dinding hijau yang memisahkan kawasan Raudhah wanita dengan makam Rasulullah SAW.

Selepas 10 minit, pengawal keselamatan bertugas terus suruh jemaah untuk berhenti solat dan bergerak keluar dari kawasan Raudhah untuk memberi laluan kumpulan seterusnya. Masa bergerak keluar dari Raudhah, baru la aku sempat ambik gambar tempat kiteorang solat dalam Raudhah ni sebagai kenangan:


Tiang belakang tu ialah tiang Siti Aishah dan di sebalik dinding hijau tu ialah makam Rasulullah SAW. Sebelum meninggalkan kawasan Raudhah, kiteorang toleh dan beri salam dekat Rasulullah SAW

Semoga diberi kesempatan lagi untuk solat dalam kawasan Raudhah dan di belakang tiang Siti Aishah 🀲🏻


Aku dan mak 🫢🏻 Sepanjang nak masuk ke Raudhah, aku pegang tangan mak takut terlepas masa berlari-lari anak 🀭

Muka lega selepas 'berperang' untuk masuk dan solat dalam Raudhah!

Tu la pengalaman pahit manis nak masuk ke kawasan Raudhah. Aku tak pasti macamana orang lain boleh spend masa lebih dari 10 minit dalam Raudhah ni sebab pengawal keselamatan dalam tu memang tegas dan garang menghalau jemaah keluar. Disebabkan masa kiteorang pergi ni ramai giler orang yang datang ke Madinah (mungkin sebab cuaca masa tu tak sejuk sangat, lebih kurang macam kat Cameron Highlands je), jadi aku memang faham kenapa setiap kumpulan diberi tempoh masa yang singkat je untuk solat dekat dalam Raudhah. Satu lagi askar kat sana kena tegas sebab macam-macam pe'el jemaah yang cuba nak menyelinap masuk ke Raudhah walaupun takde permit masuk. Sampai ada yang sanggup panjat penghadang yang memisahkan kawasan luar dengan pekarangan masuk ke Raudhah! Aku pernah terbaca kat Thread, jemaah Malaysia pun ada yang buat perangai macam ni ye. Siap ajar orang lain lagi tips dan helah nak masuk ke Raudhah dengan cara macam ni. Perbuatan ni tak adil bagi jemaah yang dah daftar permit masuk ke Raudhah sebab setiap slot masa yang diberi dah ada kuota maksimum jemaah yang boleh masuk ke Raudhah.

Sekian pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Bahagian 3 akan menyusul besok. Stay tuned!

Ziarah Madinah Al-Munawwarah (Bahagian 1)

Salam semua,

Dah lama bebenor meninggalkan blog ni senyap dan sepi... Sorry korang, mood blogging aku lately memang kelaut. Tapi hari ni aku tetiba rasa rajin pulak hehe. Lagipun aku dah janji nak update pasal trip umrah bulan 2 hari tu. So, get ready nak hadap banyakkkkk gambar ok! 

Entry aku ni cuma fokus dekat beberapa tempat yang kiteorang ziarah sepanjang di Madinah sebab kalau nak cerita detailed aktiviti setiap hari di sana, panjang sangat pulak. Aku sendiri pun bosan nak baca nanti haha. So here goes:

#1: Pengalaman menaiki penerbangan AMAL by Malaysia Airlines

Kiteorang bertolak pada 28 Januari 2025 dari KL ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 10 jam 45 minit, dan tiba di Madinah lebih kurang pukul 10 malam waktu tempatan. 

Alhamdulillah, suasana dalam flight cukup selesa. Kiteorang dapat seat 2 orang - kakak aku duduk dengan mak dan aku pulak duduk dengan adik.


Selfie sebelum flight berlepas

Setiap penumpang diberi beg pouch berisi kelengkapan ibadah percuma. Jadi aku sarankan kalau naik flight AMAL nak ke Mekah untuk ibadah umrah, korang tak payah cari botol wudu', sejadah travel dan beg untuk letak kasut sebab akan dapat percuma dalam flight nanti.


Dapat beg pouch percuma berisi kelengkapan ibadah

In-flight entertainment sangat membantu untuk jemaah mengulangkaji cara-cara menunaikan ibadah umrah melalui panduan ibadah umrah, cara-cara berwudu' menggunakan air dalam botol wudu', cara menunaikan solat dalam penerbangan dan sebagainya. Selain tu ada bacaan Quran dan ceramah agama untuk mengisi masa sepanjang penerbangan.


Refresh apa yang dipelajari masa kursus umrah dalam flight

Makanan dalam flight dihidangkan sebanyak dua kali iaitu makan tengahari dan makan malam. Dua-dua not bad di tekak aku.


Makanan yang dihidangkan dalam flight


Selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammed Bin Abdulaziz di Madinah

#2: Penginapan di Hotel Ruve Al-Madinah

Aku tak tau kenapa aku tak ambik gambar bilik kiteorang langsung haha. Mungkin sebab bila sampai tu, dah penat dan mengantuk. Plus, bilik yang kiteorang sepatutnya masuk tak boleh nak masuk malam tu sebab jemaah dari Turkiye belum daftar keluar lagi. Part ni mutawif dah siap-siap bagitau memang ada kemungkinan akan berlaku bila sampai di Madinah. Kita akan bertemu pelbagai ragam orang di sana, jadi hadap je la. End up dapat bilik untuk 4 orang tapi kecik sikit. Kiteorang tak kisah sangat, janji ada tempat nak letak kepala atas bantal je πŸ˜….  Sepanjang berada di sana kiteorang banyak menghabiskan masa di Masjid Nabawi. Yang penting jarak hotel ni memang dekat sangat dengan pintu pagar 338 Masjid Nabawi, kira-kira 200m dan 5 minit je jalan kaki.

Ada orang kata Hotel Ruve ni dulu dimiliki oleh orang Malaysia sebab tu nama restoran hotel ni dalam bahasa Melayu (Restoran Cempaka). Makanan pun makanan Malaysia dan Indonesia - sup tomyam, kari ayam, ayam masak merah etc.


Nak ke Masjid Nabawi, lintas jalan dan lalu celah-celah bangunan tu dan jalan straight je dah sampai

Dari celah-celah ni dah nampak payung masjid. Convenient masuk dari pintu gate 338 ni sebab dekat dengan pintu masuk masjid untuk jemaah wanita

#3: Lawatan ke Masjid Quba

Keesokan harinya, lepas solat Subuh di Masjid Nabawi dan sarapan pagi, kiteorang dibawa ke sekitar kota Madinah menaiki bas. Sepanjang perjalanan tu, mutawif kiteorang, Ustaz Amir tunjukkan beberapa landmark di sekitar Madinah dari dalam bas. Tempat pertama yang kiteorang berhenti ialah di Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang dibina di Madinah dan Rasulullah SAW sendiri yang membina masjid ni dengan tangan baginda. Dekat sini kiteorang berpeluang menunaikan solat sunat. Masjid ni tak besar sangat, sebab tu tak digalakkan nak berlama-lama dalam masjid untuk bagi laluan dekat jemaah lain menunaikan solat di sini.


Masjid Quba, masjid pertama dibina umat Islam

Bergambar kenangan depan Masjid Quba

Di masjid ni ada banyak kucing, cantik-cantik pulak tu! Geram tengok, rasa nak bawak balik hihi...

#4: Lawatan ke Ladang Kurma

Dari Masjid Quba, kiteorang dibawa pulak ke ladang kurma. Tapi yang ni aku agak disappointed sikit la sebab aku ingatkan boleh la tengok buah kurma atas pokok kurma tapi tidak yaaa πŸ˜…. Tempat ni rupa-rupanya pasar membeli buah kurma. Selain dari kurma, ada coklat dan pelbagai barangan cenderahati dijual di sini.


Dari pintu masuk lagi penjual dah memanggil-manggil suruh beli barang kat pasar ni 🀭


Suasana di dalam. Kat mana-mana penjual offer kurma / coklat sambil sebut, "Hajjah, halal!" maksudnya halal untuk kita makan percuma hihi

Macam-macam jenis kurma boleh dapat dekat sini

Ini je laaa pokok kurmanya... Yang belakang kiteorang tu ialah kawasan lepak untuk siapa yang nak merasa lepak bawah pokok kurma πŸ˜„

#5: Lawatan ke Bukit Uhud (Jabal Uhud)

Dari ladang kurma, kiteorang ke destinasi seterusnya iaitu salah satu tempat di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud. Masa Ustaz Amir cerita balik peristiwa Perang Uhud ni, rasa sedih sangat sampai mengalir air mata. Bayangkan masa ni Rasulullah SAW cedera parah sampai orang kafir Quraisy dan sebahagian tentera Islam menyangka baginda telah terkorban, tapi baginda berusaha supaya darah baginda tak menitik ke tanah sebab kalau darah baginda jatuh ke tanah, para malaikat akan turun dan membinasakan Uhud. Bukan setakat tu, ramai sahabat yang terkorban dalam perang Uhud termasuk pakcik Rasulullah SAW sendiri iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib yang terkena tombakan lembing yang dilemparkan oleh seorang hamba iaitu Wahsyi. Selepas perang Uhud, Wahsyi dibebaskan tuannya sebab berjaya bunuh Hamzah RA dan beliau memeluk Islam. Tapi walaupun Rasulullah SAW memaafkan Wahsyi, akibat terlalu sedih dengan kehilangan pakcik baginda, baginda berkata, "Bolehkah kamu sembunyikan wajahmu dari pandanganku?" sebab bila pandang Wahsyi je, baginda teringat macamana pakciknya syahid di medan perang. Bayangkan kita kalau berada di tempat Wahsyi, nak sangat jumpa Rasulullah SAW tapi Rasulullah SAW tak sanggup nak tengok wajah kita 😭.

Bukit Uhud di mana berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera kafir Quraisy

Masjid Sayyid al-Shuhada

Makam 70 sahabat Nabi SAW yang gugur dalam perang Uhud

#5: Melawat The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Muzium ni memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW dari salasilah baginda, peristiwa penting dalam hidup baginda, perwatakan dan ciri-ciri fizikal baginda dan gaya hidup Rasulullah SAW. Lokasi muzium terletak dalam pekarangan Masjid Nabawi. Harga tiket masuk ialah SAR40. Vibe dalam muzium ni moden dan canggih, dengan kebanyakan pameran yang ditunjukkan bersifat interaktif, siap ada teknologi AR (augmented reality).


The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization

Boleh beli tiket online atau dari kaunter. Kiteorang pilih tour bahasa Inggeris

Salasilah Rasulullah SAW dari Nabi Adam SA

Ni video salah satu paparan menggunakan teknologi AR dalam muzium yang aku rakam:


#6: Makam Rasulullah SAW

Ni la tempat yang paling dirindui bila di Madinah... makam Rasulullah SAW. Bila ke sini, perasaan nak jumpa Rasulullah SAW tu lebih terasa bila pandang kubah hijau ni.


Dari luar makam Rasulullah SAW. Rindu nak berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah berkesempatan beri salam dekat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar al-Khattab RA di sini.

Dipetik dari hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, diceritakan oleh Abu Hurairah RA yang baginda Nabi SAW pernah bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memberi salam kepadaku, Allah akan mengembalikan jiwaku kepadaku dan aku menjawab salam itu." (Hadis riwayat Abu Dawud). Dari hadis ni, pendapat Imam Nawawi bahawa Rasulullah SAW menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepada baginda dari makam baginda. Wallahualam.

Sampai sini je dulu bahagian 1. Bersambung di bahagian 2 nanti πŸ˜„.