Entry kali ni aku nak cerita pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari, 1195). Raudhah dianggap istimewa sebab di sini tempat Rasulullah SAW selalu mengerjakan solat sunat dan para sahabat Nabi SAW suka berkumpul dan beribadah dalam kawasan Raudhah. Disebabkan Raudhah disebut sebagai taman syurga, ramai yang yakin berdoa dalam kawasan Raudhah akan lebih mudah dikabulkan, walaupun takde dalil dan hadis yang khusus dan jelas menyebutkan bahawa Raudhah merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa.

Berbalik kepada pengalaman masuk ke Raudhah. Sebelah malam selepas kiteorang balik dari ziarah ke sekitar kota Madinah, jemaah wanita dibawa oleh ustazah pembimbing untuk masuk ke Raudhah.

Masuk ke Raudhah secara berkumpulan ialah satu pengalaman yang menarik dan agak mencabar 😅. Ustazah berkali-kali mengingatkan supaya kumpulan kiteorang tak terputus untuk mengelakkan jemaah dari negara lain tiba-tiba masuk kumpulan kiteorang (kes nak potong giliran la biasanya). Dan benda ni berlaku depan mata aku sendiri.

Tapi sebelum tu, aku ceritakan serba ringkas peraturan nak masuk ke Raudhah. Sekarang ni nak masuk ke Raudhah, kena mohon permit masuk melalui aplikasi Nusuk terlebih dulu sebelum berangkat ke Madinah. Caranya ialah dengan mendaftar di aplikasi Nusuk dan hanya mereka yang mendaftar dan mendapat kod QR je dibenarkan masuk ke Raudhah pada tarikh dan masa yang dipilih.


Permit masuk ke kawasan Raudhah melalui aplikasi Nusuk

OK, now cerita part pengalaman nak masuk ke Raudhah pulak. Bila diingatkan rasa kelakar pun ye jugak. Macam nak masuk medan peperangan uolls! Malam tu, kawasan luar pekarangan masuk ke Raudhah sesak dengan jemaah yang menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah. Kebanyakan kumpulan dari pelbagai negara. Masing-masing muka tegang dan fokus dengan arahan dari mutawif kumpulan masing-masing 😅. Bila dah hampir waktu untuk kumpulan kiteorang masuk, ustazah pembimbing tu sekali lagi mengingatkan jangan sampai kumpulan kiteorang terputus masa nak berbaris masuk ke pekarangan Raudhah. Sebabnya tempat sangat-sangat terhad dekat dalam Raudhah jadi kalau kuota penuh kesian siapa yang kena cantas dengan jemaah lain tu. Kiteorang ni punyalah cemas takut terpisah dari kumpulan sampai kena berlari-lari anak dan pegang bahu orang kat depan takut terlepas! 😂 Kesian mak, sebab dia dah la tak boleh jalan laju, tapi malam tu kena berlari-lari. Beristighfar panjang mak berlari dalam keadaan cemas.

Alhamdulillah kumpulan kiteorang semuanya selamat dan berjaya masuk ke pekarangan Raudhah. Lepas tu kiteorang beratur pulak untuk masuk ke Raudhah. Sementara menunggu giliran, ustazah suruh kiteorang menunaikan solat sunat. Selesai solat sunat, kiteorang pun menunggu dengan penuh sabar giliran barisan kiteorang masuk ke Raudhah. Sedikit gambaran, dekat ruang menunggu tu ada 3-4 barisan yang beratur macam dalam perhimpunan sekolah. Sebelah kiri kiteorang jemaah dari Malaysia, tapi dari travel agent yang lain. Sebelah kanan pulak barisan jemaah dari XXX (taknak sebut kat sini, takut buka aib). Setiap barisan dipisahkan dengan tali penghadang.

Tengah-tengah tunggu giliran barisan kiteorang masuk, tiba-tiba seorang makcik dari negara XXX ni melangkah atas tali tu dan masuk ke barisan kiteorang, which is antara aku dan mak! Terpinga-pinga la kiteorang kenapa dia tiba-tiba masuk ke barisan kiteorang. Barulah kiteorang faham kenapa Ustazah suruh jaga supaya jangan bagi orang lain masuk ke barisan kiteorang. Akak yang berdiri belakang mak aku terus sergah dan tolak makcik tu masuk balik ke barisan dia. Mak aku yang sebelum ni semput sebab lepas berlari pun hangin jugak. "Go back! Go back!" kiteorang cakap dengan suara lantang. Ustazah yang jaga barisan kiteorang toleh dan terus jerit kat makcik tu supaya jangan masuk barisan Malaysia. Nak tak nak dengan muka tak puas hatinya, makcik tu pun terpaksa masuk balik ke barisan dia. Dah la buat salah, dia pergi marah kat kiteorang balik sambil sebut-sebut nama Rasulullah SAW. Agaknya dia bebel 'macam ni ke umat Nabi Muhammad?' Ish, dasar penunggang agama! 

Bila giliran kiteorang masuk je, Ustazah suruh kiteorang cepat-cepat ambik tempat kosong dan terus solat sunat sebab setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit je berada dalam Raudhah. Alhamdulillah sekali lagi rezeki kiteorang dapat tempat paling depan di antara tiang Siti Aishah dan dinding hijau yang memisahkan kawasan Raudhah wanita dengan makam Rasulullah SAW.

Selepas 10 minit, pengawal keselamatan bertugas terus suruh jemaah untuk berhenti solat dan bergerak keluar dari kawasan Raudhah untuk memberi laluan kumpulan seterusnya. Masa bergerak keluar dari Raudhah, baru la aku sempat ambik gambar tempat kiteorang solat dalam Raudhah ni sebagai kenangan:


Tiang belakang tu ialah tiang Siti Aishah dan di sebalik dinding hijau tu ialah makam Rasulullah SAW. Sebelum meninggalkan kawasan Raudhah, kiteorang toleh dan beri salam dekat Rasulullah SAW

Semoga diberi kesempatan lagi untuk solat dalam kawasan Raudhah dan di belakang tiang Siti Aishah 🤲🏻


Aku dan mak 🫶🏻 Sepanjang nak masuk ke Raudhah, aku pegang tangan mak takut terlepas masa berlari-lari anak 🤭

Muka lega selepas 'berperang' untuk masuk dan solat dalam Raudhah!

Tu la pengalaman pahit manis nak masuk ke kawasan Raudhah. Aku tak pasti macamana orang lain boleh spend masa lebih dari 10 minit dalam Raudhah ni sebab pengawal keselamatan dalam tu memang tegas dan garang menghalau jemaah keluar. Disebabkan masa kiteorang pergi ni ramai giler orang yang datang ke Madinah (mungkin sebab cuaca masa tu tak sejuk sangat, lebih kurang macam kat Cameron Highlands je), jadi aku memang faham kenapa setiap kumpulan diberi tempoh masa yang singkat je untuk solat dekat dalam Raudhah. Satu lagi askar kat sana kena tegas sebab macam-macam pe'el jemaah yang cuba nak menyelinap masuk ke Raudhah walaupun takde permit masuk. Sampai ada yang sanggup panjat penghadang yang memisahkan kawasan luar dengan pekarangan masuk ke Raudhah! Aku pernah terbaca kat Thread, jemaah Malaysia pun ada yang buat perangai macam ni ye. Siap ajar orang lain lagi tips dan helah nak masuk ke Raudhah dengan cara macam ni. Perbuatan ni tak adil bagi jemaah yang dah daftar permit masuk ke Raudhah sebab setiap slot masa yang diberi dah ada kuota maksimum jemaah yang boleh masuk ke Raudhah.

Sekian pengalaman kiteorang masuk ke Raudhah. Bahagian 3 akan menyusul besok. Stay tuned!

4 comments:

  1. thanks for sharing. lama betul tak baca entries dari carneyz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 MZ. Tu la lama betul tak masuk blog sendiri & blog kawan2 huhu...

      Delete
  2. Alhamdulillah,diberi rezeki masuk Raudhah...moga Linda pun direzekikan ke tanah suci juga..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .