Lepas keje

Pagi nih aku masuk opis lambat sebab motor tak nak idup. Macam tuan dier gak, malas nak gi keje. Hehe. Apa tak nyer, ari nih Trump ada kat opis. Tapi tuan punye motor itu terpaksa gak mengerahkan motor tu ngan tersenggut2 nyer berlari ke opis. Tak sampai pun kat parking lot, motor tu pun terus 'pancit'. Aku pun terus free gear, tolak motor ke parking, dan masuk opis ngan selamba nyer. Dah la lama menghilangkan diri, pas tu datang lambat plak. Huhu...Ader berita baik n berita buruk. Aku tukaq bos lagi. Berita baik. Bos baru tu member gak so ok la tu kot. At least kalau tak puas hati bley jerit2 kat dier supaya jangan bagi keje lagi. Berita buruk, Network admin habaq internet connection akan di 'restrict' kan so kiteorang nyer internet connection pun akan terminated jugak. Ainie tak puas hati. Aku pun sama, tapi aku dah agak dah mesti akan terjadi gak bendalah nih.

So, apa lagi yg aku nak citer aa? Tak de lagi kot. Sebab aku nak balik la. Baik aku gi jogging ke haper. Badan pun dah macam badak mini nih. Muehahahaha!! Orang tu musti heart attack nengok aku yang sehat sejahtera nih nanti. Terus carik awek lain ;p.

Kek batik yang aku buat tuh dapat sambutan hangat di pasaran. Sampai ada pakcik tu komplen ader orang lain dah abiskan kuih tu, tak sempat dier rasa. Suruh aku buat lagi. Hehehe. Mintak resepi bley tahan lagi, mintak buat lagi tuh yang haru... Aper pun, tima kaseh bebanyak! N tolong basuh bekas kuih tu sekali ek? Erk. Jen on the way nak merasa kuih tu. Aku luper nak bagitau dah abish. Sorry Jen! :p

Ho-li-day.

There is something magical about the town where I grew up. It's the feeling I get whenever I walk down the road leading to my house, how the trees that lined up the road bent forward to invent an arch 'tunnel' for me to pass. One of these days, I would take the opportunity to sit down in the middle of the road and just enjoy the scene of perfect serenity. Away, away from life's confusion. Back to where my memory is stored of my carefree days. Of childhood laughter, childhood adventure, and childhood best friend.

I spent the first few days not really 'home', the after-effect of work I guess. I even dreamed that I ended my hols 3 days before I was supposed to come back for work. I would talk and laugh, but there's a somehow faraway, dazed look on my face. My mother complained that I wasn't being attentive enough. I wasn't paying attention because I was confused of the sudden transition of life.

Then there are the screams of laughter from my sisters. I have no choice but to join in their childish games. To run around, to tickle each other into roars of laughter, to feed them before they run off to school and school, never really changed.

Then in between time, I would spend endless hours in the kitchen with my mom. Believe me, I was brought up in the kitchen. When I was two, my mom dropped something that scarred my scalp coz I was lying at her feet, drinking milk out of my bottle. The kitchen means more than the blending of flavours and herbs and spices, but a place where stories and memories blended together as well. Where I learned my ancestry, my surroundings, and also, of course, mom's recipes.

I honestly confess that I don't know how to cook (Yes Jen, don't give me that disbelief look. I don't know how to cook). I know how to heat the wok, and to put in what ingredients at what time, but to know how to cook, is the ability beyond my knowledge. You know how to cook when you know what to do if something goes wrong, or how to adjust the flavor, or how to come up with something new for the tastebuds. Best still, when you know what ingredients are put into the dish to make up the flavor. I don't know any of these.

So I help mom in the kitchen while trying to sort out how future looks like. I find cooking time as thinking time. This is when my mind is neatly divided into two - to concentrate on my next action whether my hand hovers for the soy ketchup, or for the chilli paste; and to sort out my confused thoughts. Confusion, is how I live life. In the kitchen, I would debate life philosophy with my mother.

'See mom, what is the purpose of life? What is it that I need to do in order to find the path to heaven?'

The path to heaven is a phrase that Jen coined some time ago. It made me think hard of my life direction, and I swear to God, I still feel clueless. I don't think that this holiday alone would help me to find the answers.

I am going to Miri tomorrow to meet my sister. My lucky, lucky sister whose boyfriend has just moved to Miri to be near her. Some people have no need to figure out what to do. It's already laid out in front of their eyes. Maybe, I philosophically think, I am just too busy pondering on it to notice how life scheme is spread in front of me too.

Hikmah Dijadikan Sebagai Wanita

Islam sangat memuliakan darjat seorang wanita. Bertuahnya aku dilahirkan sebagai seorang wanita...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sebenarnya, kekuatan lelaki adalah disebabkan kasih sayang wanita. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Allah berfirman di dalam Surah An-Nisaa' ayat 34:

"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. "

Jadi terbukti kaum lelaki memikul tanggungjawab yang besar sebagai suami dan pemimpin. Disebabkan lelakilah yang diiktiraf sebagai pemimpin, maka Allah melarang wanita Islam daripada berkahwin dengan lelaki Yahudi / Nasrani (tetapi lelaki Islam dibolehkan berkahwin dengan wanita dari golongan ahli kitab). Mungkin ayat ini bertujuan memelihara akidah wanita daripada mentaati suami yang berlainan pegangan.

Oleh sebab suami ialah pemimpin kepada isterinya yang wajib ditaati, therefore lelaki hendaklah mempunyai sifat-sifat kepimpinan atau mempelajari sifat-sifat tersebut. Hal ini penting untuk kesejahteraan dan terpeliharanya iman dan akidah keluarganya.

Akhir sekali, Allah berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 23,

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka merekalah orang yang zalim. "

Wallahu'alam. Pesanan kepada para suami, jadilah suami yang soleh, menjaga akidahnya dan menyuruh anak dan isteri menjaga akidah mereka kerana keluargamu ialah tanggungjawab dan amanahmu yang paling besar :)

-Untuk terjemahan Al-Quran & hadis yang lain, sila kunjungi laman web http://quranjakim.islam.gov.my -

Kingdom of Heaven

Image hosted by Photobucket.com

Synopsis:
The Crusades were one of the bloodiest conflicts waged between the West and the Middle East. It is in the time of the Crusades of the 12th Century that Jerusalem comes under attack. Balian of Ibelin (Orlando Bloom), a blacksmith, must now rise and lead his people in an effort to protect themselves from the crusading invaders.

More reviews: Cinema Online

- citer nih macam best la. Some more, pelakon dier Orlando Bloom yg aku minat giler dalam citer 'Lord of The Rings' (hehe. Aku suke citer2 epik nih!) Nak gi tengok... sapa nak ikut?-

Membebel lagi

Rabu. 2 hari lagi. Khamis. 1 hari lagi. Jumaat. Besoknya. Sabtu. Balik kampung!

Gumbira ke tak gumbira? Gumbira la :) Peluang melarikan diri dari penjara keja nih sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya. Aktiviti balik kampung akan diisi dengan bersembang2 ngan mak aku, bermain ngan adik-adik aku, and bersiar2 ngan kakak aku ngan keta Kelisanya tu. Huhu... Kakak dah bagi green light aku bawak keta dier nanti, so tak sabar2 nak cuba try test keta dier :)

Abby, kawan Chipsmore aku (bukannya sebab dier kejap ada kejap tak de, tapi sebab dulu kitaorang penah try wat biskut chocolate chips yg sedap) dah sibuk nak buat plan nak jumpa. Yelah, dah hampir dua tahun tak jumpa maa. Aku balik Swak bukan balik kat hometown, tapi balik kampung. N dah lama gak la aku menghilangkan diri dari Bumi Kenyalang tuh. Memang tak patut...

Sebenarnya, bila sebut pasal balik nih, aku mesti jadi fening2 sket. Satu, duit abis giler2 la nak beli tiket. Kedua, bila aku dah bersemangat sampai kat tanah pusaka tercinta, soklan pertama orang tanya,

'Waah, orang Johor dah sampai...'

Moi? Johorean? Excuse moi?? Tapi begitulah hakikatnya. Bila aku di sini, orang gelar aku 'budak Sarawak'. Kalau aku dah kat sana, orang gelar aku 'orang Johor'. Hinhs. Masing2 tak nak mengaku aku nih warganegara depa. Hampeh la.

OK la. Arinih angin lagi kat Chairman. Sejak akhir2 nih, Chairman selalu buat aku naik angin. Semalam sebab dier sepatutnya fax layout plan kat satu kompeni plasma tv nih hari Isnin lepas, tapi dier tak buat. Bila aku mintak dier fax cepat2 sket coz depa dah mintak, sorang exec nih plak naik angin sebab dier cakap aku ganggu Chairman siapkan keja depa. Hampeh. Takkan aku suka2 suruh Chairman buat kalau tak kerana tu keja dier?? Last2 aku tarik muka masam, aku cakap, 'Yelah, I buat.' Chairman tak bersuara pun. Walhal tu keja dier. Bengang tak? Nak wat camane. Nilah 'teamwork'. (Teamwork sangat la....)

Arinih plak, Chairman tak buat lagi minit meeting hari Isnin jugak. Manager dah suruh antor arinih. Bila aku tanya,

'Chairman, dah buat tak minit tu?'
'Tak lagi. Kena hantar arinih ke?'

Aku dah malas nak layan. 'Biar I je buat.' Aku jawab ringkas. Lepas nih aku tak nak wat keja 'teamwork' lagi. Banyak energy terbuang tensen ngan team mate tak wat keja. Besa la, macam wat assignment kat uni dulu. Aku memang pantang teammate tak buat keja assignment. Sama ada aku sound masa meeting, or aku blacklist nama dier dari group assgt aku seterusnya. Quality control maah. Satu lagi nak jaga persahabatan. Jangan sebab assignment dah tak bertegur-sapa lagi lepas tuh. That's why aku ngan kawan baik aku, Agath jarang sama group assignment. Kitaorang ada different style of tackling our assignments.

Lastly, tak sabar nye nak balik!!!