Rabu. 2 hari lagi. Khamis. 1 hari lagi. Jumaat. Besoknya. Sabtu. Balik kampung!

Gumbira ke tak gumbira? Gumbira la :) Peluang melarikan diri dari penjara keja nih sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya. Aktiviti balik kampung akan diisi dengan bersembang2 ngan mak aku, bermain ngan adik-adik aku, and bersiar2 ngan kakak aku ngan keta Kelisanya tu. Huhu... Kakak dah bagi green light aku bawak keta dier nanti, so tak sabar2 nak cuba try test keta dier :)

Abby, kawan Chipsmore aku (bukannya sebab dier kejap ada kejap tak de, tapi sebab dulu kitaorang penah try wat biskut chocolate chips yg sedap) dah sibuk nak buat plan nak jumpa. Yelah, dah hampir dua tahun tak jumpa maa. Aku balik Swak bukan balik kat hometown, tapi balik kampung. N dah lama gak la aku menghilangkan diri dari Bumi Kenyalang tuh. Memang tak patut...

Sebenarnya, bila sebut pasal balik nih, aku mesti jadi fening2 sket. Satu, duit abis giler2 la nak beli tiket. Kedua, bila aku dah bersemangat sampai kat tanah pusaka tercinta, soklan pertama orang tanya,

'Waah, orang Johor dah sampai...'

Moi? Johorean? Excuse moi?? Tapi begitulah hakikatnya. Bila aku di sini, orang gelar aku 'budak Sarawak'. Kalau aku dah kat sana, orang gelar aku 'orang Johor'. Hinhs. Masing2 tak nak mengaku aku nih warganegara depa. Hampeh la.

OK la. Arinih angin lagi kat Chairman. Sejak akhir2 nih, Chairman selalu buat aku naik angin. Semalam sebab dier sepatutnya fax layout plan kat satu kompeni plasma tv nih hari Isnin lepas, tapi dier tak buat. Bila aku mintak dier fax cepat2 sket coz depa dah mintak, sorang exec nih plak naik angin sebab dier cakap aku ganggu Chairman siapkan keja depa. Hampeh. Takkan aku suka2 suruh Chairman buat kalau tak kerana tu keja dier?? Last2 aku tarik muka masam, aku cakap, 'Yelah, I buat.' Chairman tak bersuara pun. Walhal tu keja dier. Bengang tak? Nak wat camane. Nilah 'teamwork'. (Teamwork sangat la....)

Arinih plak, Chairman tak buat lagi minit meeting hari Isnin jugak. Manager dah suruh antor arinih. Bila aku tanya,

'Chairman, dah buat tak minit tu?'
'Tak lagi. Kena hantar arinih ke?'

Aku dah malas nak layan. 'Biar I je buat.' Aku jawab ringkas. Lepas nih aku tak nak wat keja 'teamwork' lagi. Banyak energy terbuang tensen ngan team mate tak wat keja. Besa la, macam wat assignment kat uni dulu. Aku memang pantang teammate tak buat keja assignment. Sama ada aku sound masa meeting, or aku blacklist nama dier dari group assgt aku seterusnya. Quality control maah. Satu lagi nak jaga persahabatan. Jangan sebab assignment dah tak bertegur-sapa lagi lepas tuh. That's why aku ngan kawan baik aku, Agath jarang sama group assignment. Kitaorang ada different style of tackling our assignments.

Lastly, tak sabar nye nak balik!!!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .