• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, August 19, 2005

Hari nih dah selamat pindah ke department baru. Sempat lagi last minute kena bawak gi tour around perimeter, naik land rover. Fascinating. Then, aku balik opis & kemas barang untuk angkut gi opis baru. Tak de la susah sangat, sebab aku just angkut pc, & stationery. Buku2, dokumen sumer aku tinggalkan aje.

First day je aku dah kelam-kabut. Since esok cuti, bos nak pamphlet design ready by today gak. Chairman pun kena sekali, gelabah check invitation dah setel ke tak for Monday event. Bengang sket kat dia sebab tengahari dier tinggalkan je presentation yang tak siap, gi praktis bowling. Aku kena take over, setelkan bendalah tu sementara dia gi main bowling. Hampeh. Bila dah fed up sangat, aku pun hantar mesej - 'Wey, u balik kul baper? i dah terguling2 buat keja u nih.'

Last2, dah setel everything, mak cik aku plak call, nak mintak aku check tiket AirAsia gi Sibu ada lagi ke tak, sebab cousin nak balik besok. Tak jadi balik awal. Huhu...! aku dah la tak sabar2 nak nengok citer Full House!

Wey, bila training nak abis nih??
Read more »
on Friday, August 19, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 18, 2005

Full House

Image hosted by Photobucket.com

Sekarang nih, pukul 8.30 mlm je aku dah tercongok depan tv. Tgk citer nih 'Full House'. Best giler la! Aku nih dah la bukan hantu tv, tetiba je boleh melekat tgk citer nih :p Malam semalam citer nih dah semakin 'serius'. Hero & heroin dah bercerai, tapi dieorang still suka each other. Tapi malam nih, hero tu nak propose balik kat heroin nih, so hehe, tak boleh miss la ;) 8.30 mlm je, aku kompem nak tengok.

Sinopsis citer tu:


Image hosted by Photobucket.com

Terasa nak beli cd citer nih. Ada 16 episod sumernye. Kalau tengok citer nih, mesti gelak bersungguh2. Hilang tension woo... Tapi ex-housemate aku cakap cd dier tak de subtitle :( Huhu... Lagipun dekat RM100 gak la. Klu nak tengok, tak de vcd player. Uwaa!! Miskinnya aku!

Apa2pun, memang citer yang best...

Lepas tengok citer nih, takde apa nak buat. Bilik dah kemas. Kemas rumah je la. Did laundry. Dah setel, baru masuk bilik. Bosan giler... Bila dapat msg, waliow! Excited giler...

'Smile owez :) U dun want the next prince to see u looking teary-eyed & sad... so smile owez'

Cukup membuatkan aku tido ngan senyuman. Hopefully, one of these days I will dream of my prince (where art thou?) & I together, like the picture above, head on his shoulder, watching the sun goes down :) Ah, mimpi je...

Read more »
on Thursday, August 18, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 18, 2005

Pindah Department (Lagi??)

Pepagi lagi Chairman dah hantar mesej,

'When u going to GH'

Peh... naper? Orang kat GH dah panggil ke? Bila aku datang nak tengok kat mane tempat aku, sumer dieorang tengah wat malu2 kucing.

'Akak, saya nak report ke GH nih. Where am I going to sit?' aku tanya kat Kak Eyna.

'You've got two choice, either share tempat ngan Chairman, atau kat hujung tu,' she pointed at the corner of the room.

'Or with me,' ada suara yg berkata. Aku buat2 tak dengar.
'Kat hujung sana la, kak. Mana2 je, tak kisah...'

'Azim cakap, dia nak dok ngan you...' Kak Eyna usik. Just buat muka bodoh, tanya kat Azim,
'Kenapa nak dok ngan kite?' Budak2 GH yg lain dah gelak. 'Dia tanya kenapa...'

'Azim, Carneyz cakap dier tak suka dok ngan orang smoking...' Kak Eyna bagitau mamat tu. 'A'ah.' Aku angguk kepala.

'Oh, klu mcm tu, esok saya berenti merokok...' Sekali lagi depa gelak ramai2. 'Sanggup tu...'

Ah, sudah la aku lepas nih... Tapi Jen cakap dieorang ok. Suka menyakat je. Alah, klu boleh survive masuk Engineering, takkan GH tak boleh? Hehe. Caiyok2!
Read more »
on Thursday, August 18, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 17, 2005

Gurisan Jiwa

Seperti malam2 sebelumnya, dah abis je drama tu pukul 9.30 mlm, aku tutup tv & masuk bilik. Belek2 magazine dalam 15 minit. Siap rekod masa belek magazine. Result, purata masa belek magazine dari kulit ke kulit memang tak lebih 15 minit. Sapalah ngajar aku baca dengan lajunya nih.

Malam semalam, tak de entry baru dalam diari. Tak de baju nak dilipat. Bilik dah kemas. Baju dah iron. Kira petak kat siling. Belek2 buku pulak.

Terasa nak sms orang plak. Orang yang mula2 aku nak sms ialah... dia. Tapi. Ahhhh..... hmmm... not a good idea. Siang tadi pun dia busy. Malam, mesti busy jugak. Lagipun, takut nak kacau dia. Takut dia rimas. Takut kredit dia abis. Takut aku akan sentiasa bergantung kat dia lepas tu. Macam2 perasaan takut. Akhirnya tak jadi. Ada suara dalam diri yang remind aku - whatever had happened between both of you, it was in the past. Forget about it. You're no one special to him now.

Yep. Betul jugak. Ok la. Aku batalkan hasrat tu. Mencari nama lain dalam phone book hp. Tetiba terjumpa nama lain yg buatkan dahi aku berkerut. Teringat balik time 2nd year, 3rd year & finally, 4th year yg bersejarah. Gile... Suke gelak terbahak2 ngan dia. Time ada problem, suka sembang2 ngan dia. Penah study sesama, buat assignment sesama & merepek2 sesama. Kalau ada apa2 yg buat aku gembira, dia antara yang pertama aku carik untuk share the news.

Walaupun dia ramai peminat, aku sikit pun tak penah ada perasaan kat dia. Sabar menunggu lelaki senegeri. Sebab tu, aku je yg jadi kaunselor nasihatkan dia pasal psikologi perempuan. Bila dia tanya bila nak ada 'abe', aku jawab, 'Bila jumpa abe Sarawak la. Dah, jangan tanya soklan merepek2. Aku smack down karang!' Then 4th year, tetiba ada krisis yang aku tak boleh maafkan. Kesudahannya, dia jadi kawan biasa, tak lagi kamceng rapat. Aneh, camane rapat pun kiteorang, tak penah sekalipun kuar sesama. Setakat jumpa kat kelas, kat fakulti, kat kawasan apartmen aku dulu. Tupun beramai2 ngan member2 yg lain.

So malam semalam aku hantar msg kat dia. Simple, mcm tiap2 kali aku antar msg dulu - 'A'kum. wey, aku tgh sedih la :( Cuba ko citer, camane nak buat aku hepi?'

Tak sangka plak dier reply. 'Ko jangan fikir sangat la pasal tu. Keluar ngan member2, jangan dok sorang2 je.' Tak banyak yang aku kongsikan kat dia, cuma nak dia nasihatkan aku camane aku boleh improve mood aku yg kejap2 ok, kejap2 tak ok. Last2, dia cakap,

'Aku dpt rasakan ko tgh sedih giler2 skrg. Klu ko perlu someone to share it, aku bersedia nak tolong.'

Agak terhibur bila aku baca mesej tu. Ko memang sahabat sejati aku. N... pepagi lagi dah kejutkan aku untuk Subuh.

Sebelum tertido (& tak sempat pun nak reply msg die!), merenung kejap nasihat dia, 'Jangan terlalu mengagungkan yang lepas. Sampai bila pun ko akan stay macam ni.'

Ko tak faham. Perasaan ni tak penah pudar. It's just that all these responsibilities that I cannot give up now. Bila mereka dah mampu berdiri sendiri, aku akan menarik nafas lega. Saat itu, barulah terlerai tanggungjawab yang terpikul atas bahu aku & kakak. Mungkin 2-3 tahun lagi. Yang pasti bukan sekarang.

Ya Rabb, sungguh ini dugaan-Mu yang paling menyakitkan. Moga Kau kurniakan ketabahan, setabah Ayub A.S.
Read more »
on Wednesday, August 17, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 16, 2005

Aku tak nak terus-terusan macam nih.
Sekejap gembira, sekejap sedih.
Penuh harapan, penuh kecewa.
Penuh keyakinan, penuh kekeliruan.

Memang aku tau manusia ada pasang surutnya... tapi nih dah terlalu cepat & pantas. Bila aku ketawa, aku akan menangis. Hey, this doesn't feel right. Bukannya nak kena PMS pun. Lalu kenapa???

Aku pernah mendoakan:

'Dear God,
Please let me meet someone to catch my fall...

'Y r u sad? Tell me. I wanna help to make you not sad anymore.'

... someone who's happy when I'm happy...
'I understand what you feel. I dun want anyone of you to go, but I can't be selfish as to stop any of you from going. So, I wish u all the best of luck :) I'm happy if you're happy.'

... & someone who'll wipe away my tears.'
'Go back. Sleep. Rest. Everything's gonna be ok tomorrow.'

'Love me, someone.'

I promise, that I will not cry in front of you anymore. I will always laugh & we will stay this way. Until the day I go. My friend, thank you.
Read more »
on Tuesday, August 16, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Inilah Shaizhar
    29 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    33 minutes ago
  • Hidup Itu Indah
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Miles of smiles
    4 hours ago
  • Blog Anamizu™
    5 hours ago
  • KakmimDotCom
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    12 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    16 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    16 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    19 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    20 hours ago
  • Drawing the Words
    22 hours ago
  • My Small World
    22 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    23 hours ago
  • Anies♥You
    23 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • a m m i
    2 days ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Ainihalim
    4 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    4 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    5 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.