How To Say?

Tadi gi surau, terjumpa DQ.

'Oi, Carneyz. Orang hari Sabtu, Ahad dok kat umah. Rehat. Yg ko gi opis, buat apa? Tak reti rehat?'
Sedap, lemak berkrim betul ayat tu.

Aku pun tau rehat. Tapi bos aku tak tau aku nak rehat. Dia tau nak news release before hari Isnin. Tu pasal la aku buat2 tak tau arinih sepatutnya rehat.

Nasib baik NR tu dah siap. Dah email pun kat dia. Tapi aku tak puas hati pasal info yg manager tu kasi kat aku ada yg tak betul.

'Amende IATA code nih? Sejak bila Yemen nyer code SAA? Kurang ajaq betul kasi info salah kat aku. Nih Islamabad punyer code pun salah. ISD tu Iscuande punyer la.... bla2...' sambil wat keja, aku membebel. Biasalah. Perut meragam. Kepala fening. Membebel la jadinya.

Lepas nih aku nak blah la. Nak pi Taman U. Lepak kat rumah depa la, sapa lagi. Huhu, Shell tak refund lagi duit aku. Dah tahap kritikal dah balance akaun aku tuh. Uwaa!! Tensen, tensen.

Sakit Gastrik

Sakit perut. Buat pertama kali dalam sejarah hidup, aku diserang gastrik masa bulan pose.

Ni sumer gara2 makan tomyam. Huhu...! Hari Khamis tu, aku diserang sakit perut yg menyebabkan aku terpaksa berulang-alik ke toilet. Tak tau la apa yg aku makan sampai sakit perut tu. Jen cakap aku dah 'risked ur life for 3 days, Carneyz.' Ye ke? Anyway, aku tracked balik apa yg aku makan sepanjang minggu nih. Yg aku highlight warna merah tu mungkin menyebabkan aku sakit perut masa hari Khamis & Jumaat:

Isnin: Tak sure la. Makan apa ek? Nasi ayam kot.

Selasa: Makan nasi beriani gam 'plastik'. Kisahnya aku masukkan nasi beriani ni ngan bekas2 polisterin nyer sekali dalam oven. Ngan happily ever after nya aku set 5 minit, bancuh air & 'ting!' aku bukak oven & bau polisterin menusuk hidung. Tapi aku melantak gak sebab dah beli kan. Sedap.

Rabu: Makan nasi ambang + kek besday Jen (yg dah berusia 3 minggu terperuk dalam peti sejuk. Tapi Ainie ngan Jen pun makan kek tu jugak, tak de apa2 pun. Jen makan dadih, pun sihat walafiat jugak).

Khamis: Setelah seharian membuang sumer isi perut aku, aku makan kuih dulu (share ngan Jen. Tapi Jen sekali lagi membuktikan dia bayi sihat). Pas tu makan tomyam + nasi.

Jumaat: Sakit perut macam nak pitam, bawak motor gi klinik macam nak pengsan, then lepas tu balik rumah, guling2 atas katil macam nak mati. Sakit woo... nak muntah2 pun ada, nangis2 pun ada gak. Begitulah azabnya sakit gastrik nih.

Ah, well. Salah aku gak. Tak jaga kesihatan. Apa2 pun, arinih dah rasa sihat sket. Kene masuk opis sbb bos nak news release tu sebelum hari Isnin nih. Huhu... Uwaa!! Tgh sesorang kat opis sambil buat news release + dgr cd.

Notis Pekeliling

Perhatian kepada semua Staff , Diharap anda semua baca dengan tenang.

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari Sabtu dan Ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT: Mulai 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan tersekat, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN : Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET: Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Yg benar,
Pengurus Sumber Manusia
Syarikat Ntah Haper2.

Type of Girls

HARD DISK GIRLS: She remembers everything, FOREVER.

RAM GIRLS: She forgets about you, the moment turn her off.

WINDOW GIRLS: Eeveryone know that she can't do a thing right, but no one can live without her.

SCREENSAVER GIRLS: She is good for nothing but at least she is fun.

INTERNET GIRLS: Difficult to access.

SERVER GIRLS: Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS: She makes horrible things look beautiful.

CD-ROM GIRLS: She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS: Every ten things she says, eight are nonsense .

VIRUS GIRLS: Also known as "wife" when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if don't try to uninstall her you will lose everything...

Kerana aku perempuan

Hari ni tak tau nak celoteh pasal aper. Semalam agak tensen sket la, sebab nak plan raya celebration. Fening oo... Pastu aku tak paham apsal dapatkan quotation paper bag raya yang mahal? Boleh dapat lagi murah aper? Aku pun gi check ngan Didiz. Petang tu jugak Didiz bagitau yang dia boleh kasi quote RM0.60 lebih murah dari harga asal. Aku kira2. Kalau order 1000 paper bags, dapat jimat RM600. Boleh bayar tambang aku nak balik ke Sarawak tanahair tercinta (piraah, tercinta sangat la... soh balik tak nak plak :p)

Sebenarnya malam semalam lepas buat apa2 yang patut, aku membelek buku yang aku baru je beli hujung minggu tu. Khusyuk membacanya sampaikan tak sedar jam dah pukul 11.30 sebelum telefon aku merengek mintak diangkat. Laa.. ingatkan dah tido, rupa2nya boleh terbangun sebab nak call. Saspek la.

Balik kpd buku yang aku baca. 'Ciri2 Wanita Ahli Syurga' (atau yg sewaktu dengannya). Bila aku belek2 4-5 halaman pertama, muka aku terasa panas sebab tahan marah. Aku spontan katakan, 'Ini tak adil!' before aku sedar yg aku tak boleh jatuhkan hukuman sampai aku selidik betul ke tak perkara tu. Isunya terlalu sensitif pada aku. Isunya menyebabkan aku dilanda konflik luaran & dalaman. Isunya menyebabkan aku sakit kepala, dada terasa sebak & mempersoalkan, 'Benar ke ini hukum Tuhan?'

Tapi mungkin apa yang tak disukai tu la yang membawa kebaikan. Contohnya kita tak suka bersenam, tapi senaman tu yang mencergaskan badan.

Tapi adakalanya kita perlu berhemah juga, tengok pada keadaan. Kewajipan sebagai anak, sebagai isteri, sebagai muslimah, tak selalunya seiring. Bila terjadi mcm nih, memang pening kepala. Kena pandai2 la buat keputusan. Yang pasti, tujuan hidup ialah utk cari kebahagiaan yang kekal abadi.

-Kalau dimakbulkan Tuhan, biarlah dia orang yang dapat menundukkan hati aku dengan penuh kasih sayang & iman sebab asal kejadian aku dari tulang rusuk kejadiannya. Jika dia terlalu keras, aku akan patah dan memberontak. Kalau dia terlalu lembut, aku selama2nya akan terus bengkok. Jika dia langsung tidak membimbing aku, moga Tuhan bersifat belas kasihan kepada aku. Masuk hari ke-6, itulah doaku.-