Hari ni tak tau nak celoteh pasal aper. Semalam agak tensen sket la, sebab nak plan raya celebration. Fening oo... Pastu aku tak paham apsal dapatkan quotation paper bag raya yang mahal? Boleh dapat lagi murah aper? Aku pun gi check ngan Didiz. Petang tu jugak Didiz bagitau yang dia boleh kasi quote RM0.60 lebih murah dari harga asal. Aku kira2. Kalau order 1000 paper bags, dapat jimat RM600. Boleh bayar tambang aku nak balik ke Sarawak tanahair tercinta (piraah, tercinta sangat la... soh balik tak nak plak :p)

Sebenarnya malam semalam lepas buat apa2 yang patut, aku membelek buku yang aku baru je beli hujung minggu tu. Khusyuk membacanya sampaikan tak sedar jam dah pukul 11.30 sebelum telefon aku merengek mintak diangkat. Laa.. ingatkan dah tido, rupa2nya boleh terbangun sebab nak call. Saspek la.

Balik kpd buku yang aku baca. 'Ciri2 Wanita Ahli Syurga' (atau yg sewaktu dengannya). Bila aku belek2 4-5 halaman pertama, muka aku terasa panas sebab tahan marah. Aku spontan katakan, 'Ini tak adil!' before aku sedar yg aku tak boleh jatuhkan hukuman sampai aku selidik betul ke tak perkara tu. Isunya terlalu sensitif pada aku. Isunya menyebabkan aku dilanda konflik luaran & dalaman. Isunya menyebabkan aku sakit kepala, dada terasa sebak & mempersoalkan, 'Benar ke ini hukum Tuhan?'

Tapi mungkin apa yang tak disukai tu la yang membawa kebaikan. Contohnya kita tak suka bersenam, tapi senaman tu yang mencergaskan badan.

Tapi adakalanya kita perlu berhemah juga, tengok pada keadaan. Kewajipan sebagai anak, sebagai isteri, sebagai muslimah, tak selalunya seiring. Bila terjadi mcm nih, memang pening kepala. Kena pandai2 la buat keputusan. Yang pasti, tujuan hidup ialah utk cari kebahagiaan yang kekal abadi.

-Kalau dimakbulkan Tuhan, biarlah dia orang yang dapat menundukkan hati aku dengan penuh kasih sayang & iman sebab asal kejadian aku dari tulang rusuk kejadiannya. Jika dia terlalu keras, aku akan patah dan memberontak. Kalau dia terlalu lembut, aku selama2nya akan terus bengkok. Jika dia langsung tidak membimbing aku, moga Tuhan bersifat belas kasihan kepada aku. Masuk hari ke-6, itulah doaku.-

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .