Yang Paling Aku Sayang...

Di tengah2 kesibukan aku semenjak kebelakangan ni, hampir terlupa nak citer pasal benda yang boleh merehatkan otak. Mana tak, projek aku sokmo postponed. Tensen betul. Tapi nak wat camane, itulah asam garam keja ngan orang. Kalau keja tu boleh disetelkan sendiri, Insya Allah boleh deliver on time. Tapi kalau dah memerlukan kerjasama orang, kena pulak tunggu dia ada masa nak setelkan projek tu. Sabar ajelah.

So kali nih aku nak citer pasal insan2 yang paling aku sayang :)

My sisters. These gorgeous ladies flanking me are my lovely sisters. Sorang masih belajar kat sekolah asrama, sorang lagi keje kat Miri. Sekarang ni aku cuma jumpa dieorang tetiap kali raya je. Huhu..! Sebab tu kakak aku selalu mintak aku keja kat sana tapi aku degil. Memang macam tulah pe'el anak ke-2. Degil benor...

P/S: Both my sisters are very much available... ;) Muahaha!


The apple of my eyes, my sweet, little cousins & sisters. Balik kampung je, mesti nak main kat jambatan. Ada2 aje aktiviti dieorang. Bosan2, gi la teman dieorang kat tepi sungai. Hobi dieorang memancing. Hari raya ke-3 tu, adik sedara aku, Min & Zarif dapat 5 ekor ikan sembilang! Excited giler la sumer dieorang. Malam tu, ikan2 tu jadi lauk ikan sembilang masak lemak. Bukan main berselera dieorang makan. Tau ajelah, budak2 kan tak suka makan.

Then, there's cute little Nana. Masa kecik2 dulu, takut ngan orang. Tapi bila dah besar nih, dier manja pulak. Kalau nampak aku, dia lari kat aku dan peluk pinggang. Tengoklah posing manja Nana. Comel, kan? :)

Rasanya, korang mesti dah agak aku sayang kat budak2 kecik :p Dieorang tak complicated macam orang besar, lebih2 lagi cam aku. Muahaha! Kalau kat opis, tak de orang sangka the other side of me (me!) ialah yang lagu nih. Hehe. Masa outstation arituh, sempat lepak rumah Bib. Bib ada anak sedara baru. Nama dia Athirah, 8 bulan. Mula2 aku sampai, Athirah tengok aku ngan mata besar (mata dier memang besar macam mata Bib). Bib angkat anak sedara dier, letak kat pangku aku. Lepas acah2 dier, terus dier tak nak ngan Bib lagi dah! :p Best la gak dapat main ngan baby last week. Cuma nak ada baby sendiri tu yang tak bersedia lagi. Muahaha! Cukup la main ngan baby orang...

Pastu, minggu nih, adik Survivor bawak baby dia, Hariz gi opis. Dah lama tak jumpa Hariz! Kali terakhir, masa dia baru lahir. This time, dier dah besar. Tak takut pulak bila aku dukung dia :) Hariz macam mak sedara dia gak, muka senyum sokmo. Mesti encem bila besar nanti...

Hehe. Harap2 aku pun dapat baby yang cute gak, cam Athirah & Hariz.

'Ainie, kalau u jadik ngan Chairman, nanti mesti anak u cute giler. Mata besar, pipi chubby, rambut ikal, kulit putih...'

... :p

Sibuks!

I'm barking mad. Mad to stay at the office until the wee hour last nite. Needless to say, I'm going to KL again later today. Nasib baik everything dah setel malam tadi. Meeting material. Printed e-mails. Et cetera, et cetera.

Aku rasa dah nak time la. Sebab angin aku pun macam angin kus-kus. Sekejap sejuk, sekejap panas. Mintak maaf, yang. Terkasar bahasa pulak petang semalam :( Nasib baik dia dah semakin memahami. Selera makan pun bertambah jugak. Pantang-larang, diet sumer redah aje. Yang penting nafsu makan tu puas. Itulah petandanya aku akan dilanda... (dot, dot, dot.)

Mungkin jugak sebab aku tensen. Aku betul2 nak tengok projek aku 'live' on time. Kalau boleh, comes New Year 2006 je, dah launch la projek aku nih. Amin. At the same time, aku nak kena setelkan urusan berpindah-randah ni. Maklumlah, nomad. Ke mana2pun bawak segulung tikar buruk aku tu je (best la pulak guna ayat 'segulung tikar buruk'. Next entry nak buat 'Carneyz & Segulung Tikar Buruknya'. Haha! >gelak evil<).

Then nak kena attend meeting kat KL. Sabtu nih dah dapat assignment baru pulak. Boleh tak kalau aku propose kat bos aku supaya keja aku blogging je?? Boleh tak??

Antara nak setelkan projek nih, bos suruh revise design signage yang aku buat tu. Nasib baik minor changes je. Cuma bila discuss ngan Chairman on my design, dia propose buat something yang even better. Chairman nih nak kene cekik jugak! Cakap last minute, haku jugak yang, 'Ala... naper u tak bagitau awal2??! Kalau tak I dah revise awal2 cam idea u tu...' Tau tak dia jawab aper??

'You tak tanya pun.'

Uish Chairman. Gigit karang! Kenapalah ke'poyo'sanmu itu cukup menguji kesabaran aku. Nasib baik ur one of my good friends. Sudah, sudah. Daripada aku makan orang, baik aku revise design sebelum tunjuk kat Trump, Inc.

... kisah seorang graphic designer tak bertauliah. Sekian.

I have approximate 10 days to complete my part of the project.

...

Relax. Take a deep breath. Exhale. Relax. Take life one day at a time. Finished about 40% of the project, kan? Apa nak risau?

Pagi tadi:

Me : Roy, how's the task? What's the update?
Roy: Yeah, working on it.
Me : 7 Dec, kay?
Roy: Yup. Can, la...

Me : Chairman, you're working on that task right?
Chairman : Uhuh.
Me : Would you be able to deliver it by 7th?
Chairman : Uhuh (nak keluarkan sepatah perkataan dari Chairman nih memang memerlukan usaha gigih. 'Uhuh' yg tak tersenarai dalam mana2 kamus Dewan atau Oxford dah cukup bagus la)

Property department dah submitted bahagian dieorang. Cuma tinggal BD department je lagi. Tapi bahagian BD nih represent 50% of the project.

Hmm. Sabar, sabar...

Motor Kesayanganku Selalu...

Motosikal Kriss 1 ialah satu2nya harta paling mahal penah aku miliki dalam dunia nih. Oleh sebab aku beli ngan titik peluh aku sendiri, jadi aku memang sayang giler ngan motor nih. Kalau Kak Eyna ada CLK nya sendiri (Cute Little Kancil), aku pun ada gak CLK versi 2-roda - 'Cute Little Kriss'.

Tapi motor Kriss aku nih memang suka menguji tahap kesabaran aku. Aku beli motor nih second hand (yalah, aku cuma mampu beli yang tu je, selain dari segulung tikar yang buruk buat alas tido & solat...) n benda second hand nih, faham2 jelah.

Bayangkan, time tu aku tak reti bawak motor. Nak start motor pun berpeluh2. Ingatkan start motor nih memang susah giler, rupa2nya lepas beberapa insiden yang bukan setakat memalukan (motor mati kat lampu trafik) tapi buatkan aku panik giler (Yana selalu jadi tukang rescue), spark plug aku dah nak kena tukar. Hampeh betul. Tak pe. Baru RM4.

Lepas tu, satu demi satu masalah menimpa aku, tapi sebab aku sayang giler ngan motor Kriss warna biru aku nih, aku tak penah pun terfikir nak jual balik. Tayar pancit la, enjin rosak la... you name it, you got it. Atas nasihat somebody, aku pun bawak la motor aku nih gi servis (first time gi buat full service).

Nak menangis aku bayar RM200! Gila seyy! RM200... Sumer benda kat dalam tu dia tukar. Lepas tu bagitau aku tak bley bawak lebih dari 60km/j selama 2 bulan. Sakit jiwa aku dengar arahan tu. Tapi demi memastikan motor aku 'sembuh', aku pun ikut je la arahan tu. Dua bulan kemudian, pecut lagi motor cam kena kejar hantu.

Sekali lagi motor aku buat hal tak lama kemudian. Dan RM200 lagi melayang... Tapi al-hamdulillah, kali nih ok. Enjin tak mati2 je kalau berenti kat traffic light. Perasaan sayang kat motor tu bertambah2. Lepas 4 bulan tak gi buat servis (motor elok lagi, takpe...), aku pun bercadang nak buat servis full sekali lagi (hehe. Ada duit lebih sket bulan nih. Gi la buat servis).

6 jam 1/2 kemudian, aku ternganga di depan tauke kedai motor tu bila dia cakap aku kena bayar RM115.50! 'Tauke! Arituh dah tukar sumer kan, apsal rosak lagi? Lu betul2 cakap la, ini macam saya mau heart attack la!' Jadi dia pun buat cost breakdown utk aku:

Full service = RM18
Top Casket = RM24.50
Plag = RM4 (gila haper, tukar plag aku???! Plag aku baru lagi maahhh...)
Minyak 4T = RM10
Filter oil = RM8
Granpur (amende nih??) = RM25
Waf apekebenda = RM13 x 2 = RM26

Aku bukak wallet, merenung sayu kat duit dalam dompet, bagi dier RM105 ('Ngengada la nak mintak banyak sangat. Arituh dah tukar sumer, lagi mau charge saya ini macam!'), bayar & blah. Sedeyyy! Kechiwa!! Uwaaa!!! Tupun balik je rumah member, tengok2 dieorg adjust brek kaki aku sampai lampu belakang tak nyala. Terpaksa la aku gi pinjam spanar adjust sendiri brek. Huhu...! Aku rasa, baik la aku belajar teknik2 menservis motor sendiri nih. Hampeh. Taubat aku nak buat full servis lagi pas ni...
Tapi demi motor kesayanganku. Apa saja untukmu. Huhu...