Breaking The Silence Before Another

Hep!

Aku sekarang dalam keadaan hiatus memandangkan aku terlalu busy di pejabat + hidup aku agak mendatar sejak akhir-akhir ini. Tak de idea! Kering-kontang! Workaholic + gameholic!

Kerana aku sangat busy di ofis, bila balik rumah aku sangat busy melepaskan tension dengan addiction terbaru aku, iaitu game Diner Dash. Bukan setakat Diner Dash, aku try gak game seperti Dream Day Wedding & Cake Mania. Sampaikan suami terchenta merungut-rungut di sini tentang kegilaan aku yang tak semena-mena ni. Kesian suami terchenta sebab dapat isteri sengal macam aku.

Dah pukul 1 pagi. Suami terchenta dah tertido di pangkuan. Besok kerja lagik! Aiseymen... Mencik pergi ofis. Tak mencik dpt gaji tapi kalau tak perlu ke ofis lagi bagos. Aku pasti sangat gumbira kalau hanya perlu kerja dari rumah.

Menginap di Genting Happy Inn di Pulau Tioman

Percutian yang menarik ialah bila ada kombinasi elemen-elemen ini: pemandangan yang best, aktiviti yang best, makan yang best dan penginapan yang best (dan murah!). Kalau pergi ke Mersing, tempat yang memenuhi ciri-ciri di atas ialah di Pulau Tioman yang terkenal seantero dunia.

Maka, lepas kami check out dari resort, kami segera ke Jeti Mersing. Konon-kononnya untuk meninjau kos cuma. Kami seperti orang kena hipnotis apabila tiba-tiba sahaja dah berada di atas feri menuju ke Tioman!

Sempat berposing di belakang feri

Tempat yang kami tuju ialah Kampung Genting dan chalet yang kami sewa ialah Genting Happy Inn.

Welcome to Kampung Genting, Tioman Island!

Kami mula-mula sangat teruja bila dapat tahu harga bilik ialah RM80 saja. Walioweihh... Tapi bila kami masuk bilik, semangat teruja menurun sebanyak 50%:

Seb baik RM80 je

Pemandangan chalet dari luar. Sapalah jemur bantal kat luar tuh?

Tapi tak pelah. At least ada aircond dan hot shower. Lagipun kami bukan ke sana untuk tido. Kami ada misi yang lebih penting. Mandi laut lagi! Yeaay!

Air laut yang jernih boleh tengok ke dasar

I like...

Dalam pukul 5 petang, kami dah salin pakaian dan pergi ke sebelah kiri jeti dari pulau sebab di sebelah kanan, pantainya agak berbatu-batu. Tak de orang yang mandi kat situ.

Pemandangan di tepi pantai Pulau Tioman

Aku merengek-rengek tak hengat dunia bila tengok orang pakai snorkelling goggle. Nak jugak! Uwaa! Maka, terpaksalah Suami Terchenta pergi menyewa goggle demi melihat isteri terchentanya gembira. Isteri-isteri di luar sana, tolong jangan ikut contoh aku.

Jaket keselamatan dan goggle snorkel boleh disewa di sini

Sedang bergumbira bersama goggle yang disewa suami terchenta

Pada waktu malam, kami pergi makan malam di gerai tepi jeti. Makan malam agak expensive. Tapi agak sedap jugak. Lepas makan, kami bersiar-siar di tepi pantai sambil bercerita tentang macam-macam perkara zaman dulukala. Agak-agak dah penat, barulah kami balik ke bilik.

Next day, mandi di tepi pantai lagi. Aku hampir lemas kerana mandi terlalu jauh sampai tak jejak dasar laut. Suami terchenta pulak sedang mengatur goggle jadi dia tak perasan aku yang terkapai-kapai menggelupur minum air laut. Tapi nasib baik dia perasan time aku tenggelam dan tak timbul-timbul. Aku rasa segalanya macam slow motion je - aku menggapai lalu mencapai tangan Suami Terchenta dan dia menarik aku. Lalu aku cepat-cepat memijak lututnya dan naik ke permukaan air. Nasib baik air laut jernih, so boleh la nampak tangan Suami Terchenta masa tu. Ngerinya pengalaman tu. Lepas tu aku fobia sket. Aku berenang sambil pegang tangan Suami Terchenta setiap masa.

Pukul 3.30 petang, kami bertolak balik ke Mersing. Aku dah mula rasa tak sihat lagi. Feri pulak sangat sesak dengan orang. Akhirnya kami naik speed boat sahaja. Tu pun tak selesa. Sampai di Mersing, hujan turun dengan lebatnya. Suami Terchenta yang drive dari Mersing ke KL ikut arah Kuantan dan keluar ke Lebuhraya Karak memandangkan aku demam terkejut sebab hampir lemas.

Ramai orang tengah menunggu feri balik ke Mersing

Kesimpulannya, trip ke Pulau Tioman sangat best sebab dapat mandi laut. Tapi, hopefully next trip ke pulau kami dapat stay tempat yang lebih best dan dapat buat aktiviti snorkelling tengok terumbu karang dan ikan berwarna-warni.

Rating:
Chalet: 4/10
- Chalet ada 2 katil queen-sized, aircond dan hot shower. Tapi tak de tv! Bosannya! Pastu ada bau hapak semacam je dari toilet. Good thing is, biliknya + bilik air bersih (takde tahi cicak yang paling utama).

Makanan: 5/10
- Nasi goreng ialah RM5 ke atas. So korang boleh agak sendiri la. Agak sedap la masakannya cuma agak mahal.

Aktiviti: 7/10
- Air laut nya sangat jernih, udara sangat segar dan kami sangat gumbira!

Harga: 7/10
- Within budget kami.

Bajet untuk trip (utk 2 orang, 2D1N): Expect to spend RM220 untuk feri (RM70 pergi-balik seorang dan RM80 untuk bilik semalam) dan RM60 untuk makan tengahari, malam dan breakfast keesokan hari. Total expenses, RM280 untuk 2 orang.

The Trip To Mersing

Aktiviti kekeluargaan yang paling menyeronokkan lepas kawen ni ialah berjalan-jalan melihat alam. Minggu lepas, dalam usaha keras kami menakluk semenanjung tanahairku, kami membuat keputusan ke Mersing. Sebenarnya, atas ajakan kawan-kawan aku di JB. Mereka punya plan yang sangat fantastik:

1. Bercuti ke Pulau Pinang - kensel sebab member yang kami nak lawat tu pergi ke Singapore pulayks...
2. Bercuti ke Genting - kensel sebab hotel dah fully booked...
3. Bercuti ke Pulau Redang - sama la dengan alasan di atas...
4. Bercuti ke Langkawi - 'ala.. tak de duit la..' 'ala.. dah penah pegi la...' 'hmm.. hotel full'
5. Bercuti ke Pulau Tioman - 'asyik tukar je plan!'
6. Tak jadilah ke mana-mana! - final decision! (Ainie, u memang patut kene gigit tau!!)

Tapi aku dan Survivor telah membuat keputusan sehidup semati untuk holiday di Endau, Mersing walaupun yang lain menarik diri dari plan 'over' bersemangat tu. So, hari Ahad tu, walaupun aku kurang sihat, kami memandu selama 5 jam ke Endau. Dari KL, kami masuk exit ke Kluang dan drive jalan yang macam ular kena palu.

Jalan yang penuh berliku... Jangan memandu sorang2 waktu malam di kawasan ni

Akhirnya kami pun sampai ke resort tempat yang kami tuju tu dalam pukul 1 tghr:

Endau Beach Resort
Endau Beach Resort: Kadar bilik ialah RM140nett 1 malam, Astro+aircond, takde breakfast


Sampai di sana, Survivor sekeluarga baru nak bertolak ke Melaka. Aiseh... Apa ni, Surv?? Kata nak bercuti sama-sama. Penat je drive dari KL, tau? Tapi fikir-fikirkan balik, bukannya ada aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama-sama di sini. Tapi, demi pengalaman, aku tabahkan diri (chewah, ayat yang sungguh menggelikan pankreas aku!)

Lepas check-in, kami berehat-rehat sambil menonton kartun. Tiba-tiba hujan lebat pulak! Alamak! Maka, aktiviti seterusnya ialah mendodoikan mata diri-sendiri. Kepenatan sebab drive selama 5 jam + kena bangun awal siapkan barang.

Petang tu, barulah kami dengan teruja, pergi ke Pantai Pasir Lanun kira-kira 500m dari resort untuk aktiviti yang diidam-idamkan - mandi laut!

Pantai Pasir Lanun
Dua orang kanak-kanak riang yang dah lama tak bertemu air laut

Pantai Pasir Lanun
Pantai Pasir Lanun

Agak lama kami berendam macam badak sumbu kehausan sambil membuat pelbagai aksi kuak lentang, kuak tak lentang, menyelam sambil minum air masin dan sebagainya. Sampai perit tekak aku. Dekat-dekat nak senja, barulah kami reti balik ke resort.

Malam pulak, kami pergi makan ikan bakar di satu warung bernama 'Mama Bedah'. Makan ikan pari bakar. Yummy! Tapi servis, ya Allah, hampir tertidur-tidur kami menunggu. Mahu saja aku suruh mereka hantar makanan yang kami pesan tu ke bilik kami sambil kami baring-baring tonton tv.

Then, next day, bangun awal pagi untuk berjalan-jalan di Jeti Penyabong menghirup udara segar. Sempat lagi meniti tambak batu ke pulau kecil pastu panjat batu-batu untuk duduk menikmati pemandangan laut China Selatan di atas batu:


Pantai Pasir Lanun
Muka tak mandi pagi

Kesimpulannya, tercapai la jugak hasrat kami untuk mandi laut di sini. Secara overall, aku telah kasi rating untuk percutian kami kali ini:

Hotel : 6/10 
Bilik cukup selesa & sangat bersih, cuma dalam selimut aku ada tulang ikan (??) dan bilik air kurang memuaskan walaupun bersih.

Aktiviti: 5/10 
Mandi laut, jalan-jalan di jeti & pulau

Makanan: 4/10 
Ada tiga warung makan beroperasi pada siang hari dan jual lauk-pauk tengahari tapi tak banyak pilihan. Waktu malam pulak, tempat makan terdekat ialah Mama Bedah yang servis nya agak memberi stress kepada aku.

Harga: 7/10 
Berpatutan


Bajet untuk trip: Expect untuk spend dalam RM200 untuk dua orang (hotel dan makan minum sahaja)

Home Economics Lesson - Part 1

This is an example how we settle debts between us:

'Hubby, after I calculated our trip's expenses, it stands to an amount of RM303 which, after we divide equally between us, the amount one has to bear is RM151.50.'
'....'
'Since you've paid RM100 for the fuel, you only have to pay another RM51.50. And since I have incurred RM203 on my side, to balance it out, I ought to be getting that RM51.50.'
'...'
'The conclusion is, please pay me out by paying this month's 3G bill, ok?'
'Yes, dear. I'll pay once the bill arrives.'

Masuk Duit, Keluar Duit...

Hari yang paling bahagia selain dari hari lahir bagi kebanyakan orang seperti aku ialah hari gaji. Tapi seperti mana kisah cinta tragis, aku tak punya masa banyak untuk bermesra-mesra dan berkasih-kasihan dengan gaji hasil dari titik peluh yang tak seberapa dan sakit jiwa yang teramat gila akibat kerja. Selalu ada ending yang menyayat hati.

Mana taknya, masuk-masuk gaji, duit gaji hampir menjadi angka bulat seperti mana bulat muka aku akhir-akhir ini. Lantaran membayar bil saja ganjaran titik keringat aku kering-kontang macam dilanda kemarau. Hari akaun bank 'basah' dengan duit ialah hari pertama gaji dan seterusnya, ia kering seperti selalu. Bulan ini dijangka merekah dan mengeluarkan lava gunung berapi gamaknya.

Hari ini saja defisit akaun aku berlaku dengan mendadak kerana:

#1: Bayar bil letrik & Astro
#2: Bayar ansuran kereta
#3: Masukkan duit ke dalam akaun mak (ingat ya anak-anak, walaupun segunung hutang keliling pinggang, memberi sebahagian duit gaji kepada orang tua di kampung adalah yang paling utama sekali)
#4: Bayar hutang top up dengan member sebanyak RM50

Dan ia akan terus defisit untuk menyelesaikan hutang-hutang ini:
#5: Bayar hutang tambang kapal terbang untuk balik raya hujung tahun ni
#6: Bayar hutang study - nasib baik tak de interest!
#7: Bayar bil 3G

Adeh... ini belum lagi ada anak. Kalau tak mahu menceceh-ceceh lagi benda yang perlu dibayar:

- Beli stok pampers
- Beli stok susu
- Imunisasi bayi
- etc.

Tapi walau macamanapun miskin dan kering-kontang, tahun ni perlu enjoy sepuas-puasnya bercuti-cuti Malaysia! Yeaah! Jadi lebih baik ketepikan sedikit bajet / masa untuk menghiburkan hati sambil meng 'install' Holiday.exe :p Hehe.