Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)

Sempena cuti merdeka dan mak berada di KL, kami bawa mak jalan-jalan ke Cameron Highlands. Kali terakhir kami pergi ialah semasa Khadeeja berusia 6 bulan. Sekarang Khadeeja dah darjah 4, maksudnya dekat 10 tahun jugak la tak ke sana.

Aku share kat sini itinerari yang aku buat untuk trip kali ni:



Haha! Gigih kan nak buat lawa2. Bila datang mood rajin tu, terlebih rajin pulak 🙊

Hari Pertama:

Gerak pukul 8 dari rumah. Ikutkan Waze, perjalanan mengambil masa 3 jam dari KL ke Cameron Highlands melalui Tapah. Tapi kami pilih laluan Simpang Pulai sebab kurang berliku-liku. Pernah sekali kami ikut Tapah, memang muntah teruk aku masa tu. Lepas tu memang kami akan exit di Simpang Pulai je la kalau nak ke Cameron Highlands.

Sebelum meninggalkan KL, singgah di R&R untuk sarapan pagi dan mak ke tandas. Lepas tu memang next stop cuma di Cameron Highlands je.

Aktiviti pertama kami nak buat ialah petik anggur di Lembah Bertam. Oleh sebab tu, kami plan berhenti makan di Cameron Valley Tea House 2 di Tanah Rata (dalam itinerari tu sepatutnya CV Tea House 2 tapi aku terletak Tea House 3 hehe).


Cameron Valley Tea House 2
Hujan renyai-renyai di luar membuatkan udara terasa lebih sejuk

Cameron Valley Tea House 2
Mestilah ke sini untuk merasa keenakan teh panas sambil menikmati pemandangan ladang teh


Cameron Valley Tea House 2
Pilihan makanan

Cameron Valley Tea House 2
Datang sini wajib minum teh tarik dan makan scones panas

Cameron Valley Tea House 2
Kalau dulu2 gigih turun ke bawah nak bergambar di celah-celah daun teh tapi sekarang dah tak gigih 😅

Selesai mengisi perut di CV Tea House 2, kami pun gerak ke Lembah Bertam berpandukan artikel tentang ladang anggur di sana. Menurut artikel tu, laluan masuk ladang anggur tu terletak di belakang Joo Huat Nursery. Malangnya bila sampai di Lembah Bertam, kami tak jumpa pulak ladang tu. Bila kami tanya orang local di sana pun dieorang kata takde ladang anggur di situ.

Hmm... Mungkin ladang anggur tu dah tutup. Jadi kami teruskan ke aktiviti kedua iaitu jalan-jalan di Centrum Mall. Tapi on the way tu, singgah jugak ke Big Red Strawberry Farm, konon-kononnya nak mengubat kekecewaan tak dapat petik anggur jadi petik strawberry je la! Tapiiii... kami kecewa lagi buat kali kedua. Di Big Red Strawberry Farm tu takde strawberry untuk dipetik huhu...


Big Red Strawberry Farm
Ambik gambar je la sebab takde strawberry untuk dipetik

Big Red Strawberry Farm
Muka kecewa Khadeeja tak dapat petik strawberry

Rasanya mak seorang je enjoy di Big Red Strawberry Farm ni sebab dapat menikmati pemandangan bunga-bungaan di kiri kanan laluan ke ladang strawberry.

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm

Nasib baik parking dan masuk ke sini percuma, cuma kena gigih panjat bukit yang curam nak balik semula ke kereta!

OK, next trip ke Centrum Mall pulak.


Cameron Highlands

Apa yang menarik di mall ni ialah pemandangan di tengah-tengah mall ala-ala kat Eropah dengan pelbagai kiosk yang unik dan menarik. Ditambah dengan suhu sejuk di Cameron Highlands, memang layan feel kat negara Eropah!


Centrum Mall

Centrum Mall

Centrum Mall

Centrum Mall
Ada tempat duduk untuk ambik gambar kenangan di sini

Centrum Mall
Kedai makan ni nampak menarik tapi kami masih lagi kenyang jadi tak singgah

Lepas puas berjalan-jalan di sini, sepatutnya kami singgah ke The Lord's Cafe untuk minum petang. Tapi perut masih lagi kenyang jadi kami teruskan perjalanan ke Kea Garden Guest House iaitu penginapan kami sepanjang di Cameron Highlands. Sengaja pilih Kea Garden Guest House sebab lokasinya yang strategik, boleh jalan kaki je ke tempat-tempat dalam bucket list / itinerari kami.

Kea Garden Guest House
Taman depan Kea Garden Guest House ni memang cantik & jadi tumpuan ramai pelancong

Total belanja hari pertama di Cameron Highlands (tak termasuk minyak, hotel dan aktiviti steamboat malam tu):
Cameron Valley Tea House 2 - RM71.50 (5 orang)
Big Red Strawberry Farm - RM0 (masuk dan parking percuma, tak beli apa2 pun)
Centrum Mall - anggaran RM40 (beli jajan dan makanan ringan, parking berbayar RM1)

Next entry aku sambung pasal Kea Garden Guest House dan aktiviti steamboat di sini ye.

Wordless Wednesday: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65, Malaysia!

Hari Kebangsaan Malaysia 2022
Sumber imej: https://wartaoriental.com/
 

Kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana berada,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65! Tak kira apa pun yang berlaku, aku tetap bangga jadi anak Malaysia.

Doa aku sempena hari kebangsaan hari ni,

Semoga negara kita akan teguh berdiri sampai bila-bila. 
Semoga Allah pelihara perpaduan antara kaum di negara ni. 
Semoga Allah pelihara kedaulatan undang-undang negara kita yang sedang diuji dengan kontroversi-kontroversi yang menyesak hati.
Semoga ekonomi kita akan kembali kukuh dan makmur.
Semoga negara kita akan bangkit semula di mata dunia, sebagai negara yang tersohor dan gemilang di rantau ini.
Ameen, ameen ya Rabbal Alamin.

Singgah di Kafe Homebaker@Clover Damansara Uptown

Awal bulan lepas, kawan kami masa sama-sama buat MBA di UM 10 tahun dulu bukak kafe Homebaker@Clover cawangan Damansara. May ialah kawan sekelas dalam subjek Asas Pemasaran dan kami berkenalan semasa sama-sama tengah mencari lokasi surau di bangunan fakulti masa tu. 

Lepas dari tu kami selalu buat kerja kumpulan bersama-sama. Bila dah grad, kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar. Sekarang dia tengah sibuk menyiapkan projek PhD pulak. Wah, kelas kau May! Macam la sambung PhD tak cukup sibuk, pegi bukak kafe pulak sekarang!

Jadi sebagai tanda sokongan, minggu lepas since anak-anak cuti peristiwa, aku bawak la anak-anak pegi ke kafe May. Lagipun sejak pindah KL kiteorang belum sempat lagi berjumpa. Aku pergi ni konon-konon nak buat surprise la tapi hampir-hampir tak menjadi sebab May takde kat kafe.

Kafe ni terletak di Menara TH Uptown, nak senang parking je kat basement. Kalau hujung minggu tempat ni agak sesak jadi aku memang tunggu peluang untuk datang hari biasa dengan anak-anak terutama Khadeeja yang sememangnya peminat cinnamon roll.


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Dalam kafe agak luas jugak dengan dekor minimalis. 


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Apa yang menarik di kafe Homebaker@Clover ni ialah ada lebih dari 20 jenis cinnamon roll dijual kat sini. Semuanya nampak menarik dan sedap!


Cinnamon roll


Peminat cinnamon roll mesti rambang mata nak pilih yang mana satu sebab kalau ikutkan hati nak borong semua je hehe.


Cinnamon roll
Terdapat lebih dari 20 jenis cinnamon roll yang ada di Homebaker@Clover

Bagi yang tak gemarkan kayu manis, boleh pilih sama ada nak cuba sejenis roti atau kek dari Timur Tengah dipanggil ‘babka’ atau ‘bagel’.


Babka
Ejaan yang betul sebenarnya ‘babka’

Homebaker@Clover ni milik sepenuhnya pengusaha Muslim, Rosli Jaafar. Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang teknologi maklumat, minatnya ‘baking’ mendorong dia untuk beralih ke bidang bakeri pada usia 54 tahun. Sekarang dia ada beberapa buah cawangan Homebaker@Clover dan beberapa francais, termasuk yang diuruskan oleh kawan kami, May.  Wow, it’s not too late to pursue your passion, guys!


Cinnamon roll
Khadeeja pilih cinnamon roll original dengan aising krim keju

Cinnamon roll
Khayla & aku mencuba chocolate roll

Dekat kafe ni pun ada nasi lemak daun pisang kalau tak rasa nak makan roti.


Nasi lemak

Sedang menghabiskan makanan, tiba-tiba May muncul. Alhamdulillah, ada jugak rezeki berjumpa dengan May. Lama kami bersembang bertanya khabar tentang pensyarah dan kawan-kawan sama kursus dulu. Sempat lagi May bergosip siapa yang tak terkandas tengah-tengah buat Masters, siapa yang dah migrate overseas dan macam-macam lagi topik hihi.

Anyway tahniah buat May atas pembukaan cawangan Homebaker@Clover di Damansara Uptown. Semoga kafe makin maju dan mampu bersaing dengan kafe-kafe di luar sana!


Homebaker@Clover Damansara Uptown

Nota kaki: Sedang berusaha menjadi seorang blogger yang berjaya sebab passion aku ialah menulis hehe.

Lirik Lagu Selagi Bernyawa (OST Filem Air Force The Movie)

Sejujurnya aku belum move on lagi dari filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Apa lagi bila layan lagu tema OST filem ni, memang rasa bersemangat habis! Memang sesuai sangat filem ni keluar seminggu sebelum Hari Kemerdekaan, sebab automatik menyuntik semangat patriotik dan cintakan tanahair.

Jom layan lirik lagu 'Selagi Bernyawa' oleh kumpulan band The Penthemix:


"Selagi Bernyawa" (The Penthemix)


Beri masa hadapi semua
Halangan dunia
Dihimpit realiti yang menggila
Hanya sementara
Percayalah jiwa berkata...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa


Tenangkan segala ketakutan
We have to let it go
Jatuh bangun teruskan berjuang
Believe it's the only hope
Percayalah, dengarkan
Jiwa berkata...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa


ooo...ooo...ooo...


[korus]
Hapuslah gelisah
Apa yang menghantuimu
Bukan selamanya
Tetaplah percaya
Takkan ada memisahkan
Selagi bernyawa



Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Setanding Paskal - Wajib Tonton!

Air Force The Movie
Sumber imej: imdb.com

Hanya satu perkataan cukup untuk memberi gambaran filem ni - hebat!

Kalau korang peminat filem Paskal The Movie, korang wajib tonton filem ni tau. Jalan ceritanya sangat mencengkam dari awal sampai akhir, memang tak berkedip mata aku tonton babak-babak yang penuh aksi. 

Filem aksi ni memaparkan kehebatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang merupakan salah satu pasukan elit Malaysia yang terlibat dengan pelbagai misi pertahanan dan kemanusiaan.

Mengisahkan dua sahabat baik, Kapten Adib (Nas-T) dan Zafran (Aiman Hakim Ridza) yang memasang impian menjadi juruterbang pesawat jet SUKHOI dengan TUDM dari kecil. Namun Kapten Adib kemudiannya memilih untuk menyertai PASKAU.  Kapten Adib seterusnya menyertai pasukan PASKAU yang diketuai oleh Mejar Adnan (Adi Putra) dalam misi kemanusiaan di negara Namburi, sebuah negara yang mengalami pergolakan. Bila genjatan senjata diumumkan, pasukan mereka bertindak meninggalkan pangkalan udara Namburi untuk pulang ke Malaysia. Tapi malangnya pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh tentera gerila. Mereka yang terselamat termasuk Mejar Adnan kemudiannya menjadi buruan tentera gerila. TUDM bertindak menghantar misi menyelamat iaitu Misi Hornbill diketuai oleh Zafran untuk membawa mereka keluar dari zon konflik dan pulang ke tanahair.

Bagi aku jalan cerita memang best, watak pasukan PASKAU pun hebat-hebat semuanya. Adi Putra macam biasa bawak watak apa pun memang buat orang rasa kagum. Tapi macam jugak filem Paskal, ada watak yang buat aku rasa macam annoyed giler haha! Dalam cerita Paskal, aku sangat la menyampah dengan watak mak Komander Leftenan Adnan yang bagi aku tipikal mak yang cepat sentap, nak anak dia ikut jari telunjuk dia aje. Awal jalan cerita, penampilannya macam opah-opah kat kampung, tapi tengah-tengah filem tiba-tiba penampilannya moden pulak. Sebab tu la aku menyampah haha.

Dalam filem Air Force The Movie ni pulak, aku rasa geram dengan watak Natrah (Sara Ali) seorang wartawan yang ikut sama untuk buat liputan tentang misi di Namburi ni. Dia ni wartawan yang tak faham skop tugas ketenteraan dan selalu tulis artikel yang mengkritik tentera. Walaupun Mejar Adnan ni dah selamatkan dia, dia punya sombong tu boleh pulak dia salahkan Mejar Adnan hanya sebab Mejar Adnan berjanji akan bawak semua orang balik tapi malangnya lepas tu ada yang mati ditembak oleh tentera gerila masa dieorang kena kejar. 

Ada beberapa babak dalam cerita ni buat aku bengang, tapi di akhir-akhir atau kemuncak jalan cerita aku terus terlupa rasa bengang tu dan teruja dengan taktik dan kepakaran pasukan penyelamat masa misi Hornbill. Last sekali, aku turut menitiskan air mata semasa upacara penghormatan untuk wira-wira yang terkorban di Namburi. 

Betapa hebatnya filem ni sebab mampu buat aku dari rasa bengang kepada rasa teruja dan akhirnya terharu sepanjang menonton. Takde satu minit pun yang aku rasa bosan, sampai sanggup tahan rasa nak buang air semata-mata taknak terlepas satu pun babak dalam filem ni tau! Haha!

Kalau dulu masa filem Paskal The Movie ditayangkan, kami sekeluarga menonton filem ni sampai 3x repeat sebab anak-anak aku memang teruja sangat dengan babak-babak aksi ketenteraan. Filem Air Force The Movie ni pun rasa nak repeat tengok sebab tak puas, walaupun kena tengok balik watak si Natrah tu pun aku sanggup kihkih... That's how good it is ok.

So siapa yang minat Paskal The Movie, aku memang highly recommend filem ni. Aku yakin korang takkan menyesal! Kawan-kawan yang dah tengok, sapa geng menyampah dengan Natrah sila angkat tangan!