Wordless Wednesday: Kisah Barang Tertinggal di Stesen LRT

Sumber foto: Etsy

Orang kata kalau dah rezeki memang takkan ke mana. Walau jauh di perut bumi atau tinggi di langit biru kalau Allah dah tetapkan itulah rezeki kita, Insha Allah akan sampai ke tangan kita jugak.

Minggu lepas aku pergi ke Sunway Putra Mall naik LRT sebab ada barang yang aku kena beli untuk Khadeeja. Aku singgah di Bath & Body Works dan beli sabun tangan jugak. Dua-dua barang ni aku masukkan dalam paperbag BBW. Sebelum balik aku singgah pulak di supermarket beli barang dapur sikit. Selesai shopping aku gerak ke stesen Titiwangsa dan ambik MRT ke stesen HKL sebab nak ambik Khadeeja di sekolah. Sebab barang dapur tu agak berat jadi aku mintak Khadeeja pegang paperbag BBW berisi barang Khadeeja dan hand soap. Lepas tu kiteorang naik MRT dan tukar pulak ke laluan LRT untuk pulang ke Sentul.

Sampai di stesen Sentul, baru aku perasan yang Khadeeja berjalan dengan tangan kosong. Aku tanya kat mana paperbag tadi? Terus cuak mukanya sebab dia baru perasan yang paperbag tu takde! Bila aku tanya last sekali pegang paperbag kat mana? Dia kata mungkin di stesen MRT. Apa lagi terpaksa patah balik ke stesen MRT Titiwangsa.

Tapi cari-cari kat situ tak jumpa paperbag tu. Dalam hati dah pasrah bukan rezeki kiteorang la nampaknya. Rasa sedih dan terkilan pun ada. Sampai di stesen LRT Titiwangsa, aku tergerak hati pergi ke kaunter LRT kot-kot ada sesiapa terjumpa paperbag berisi barang yang aku beli tu. Alhamdulillah! Ada orang yang jumpa dan serahkan paperbag tu dekat staff kaunter LRT.

Terima kasih honest stranger yang serahkan paperbag tu dekat kaunter LRT, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah murahkan rezeki you. Dalam hati syukur tak terhingga sebab barang-barang tu masih lagi rezeki kiteorang. 

What is meant for you will not pass you by

Pergi Healing di Sojuk Riverside Lagi

Bulan lepas, Suami Terchenta ajak pergi camping lagi. Dia ni asal stress dengan kerja je pergi camping. Cuba ajak pergi Langkawi ke, tak pun pergi jalan-jalan overseas ke hihi. Takpe, tahun ni kita layan je request dia nak pergi camping tapi tahun depan nak buat proposal gi jalan-jalan pulak. Doakan sis berjaya! 😂

Plan asal nak try camping di PD Mayang Sari Campsite sambil layan view laut tapi dah penuh la pulak sampai hujung bulan Julai tu. End up kiteorang pun decide nak repeat camping di Sojuk Riverside memandangkan trip camping lepas kiteorang memang enjoy suasana tepi sungai kat sini.

Memandangkan ni kali ke-2 ke sini, jadi aku malas nak ambik gambar banyak-banyak. Cukup ambik gambar aktiviti memanggang dan makanan kiteorang time camping. Malam sebelumnya aku dah siap-siap memasak dan standby bahan-bahan memasak dalam peti sejuk. Bahan-bahan kering pulak aku dah pack dalam kotak makanan, esok paginya tinggal nak pack bahan mentah, ayam yang dah diperap dan bahan-bahan dalam peti sejuk ke dalam ice box

Pagi tu aku sibuk sikit jadi Suami Terchenta la yang keluarkan bahan-bahan dari peti sejuk dan masukkan dalam ice box. Tengah-tengah perjalanan menuju ke Sri Gombak, aku tanya dia ada keluarkan sambal petai dari dalam peti sejuk. Boleh pulak Suami Terchenta lupa... Terpaksa la patah balik ambik sambal petai tu sebab menu aku dah plan guna sambal petai.

Lepas set up khemah, mulalah aktiviti memanggang ikan untuk makan tengahari. Menu tengahari ialah ikan bakar sambal petai. Sebab tu la kena ada sambal petainya hehe.


aktiviti camping
Ikan siakap bakar dengan sambal petai. Sambalnya menyorok bawah tu

aktiviti camping
Petang, bakar sayap ayam, sosej dan udang pulak sambil enjoy view sungai

aktiviti camping
Khadeeja tolong bakar udang lepas 2 jam berendam dalam sungai

aktiviti camping
Nampak je macam takde bara api tapi rentung jugak la sayap ayam tu dari haba arang tu

aktiviti camping
Makan malam kiteorang - roti sosej, nasi, telur rebus, timun dan ayam bakar

aktiviti camping
Esok paginya buat nasi lemak dengan lauk sambal petai, telur goreng, sosej lebih bakar malam tadi dan telur rebus

aktiviti camping
Nasi lemak

Kali ni kurang enjoy masa packing nak balik sebab banyak semut masuk celah-celah batang khemah jadi kena betul2 pastikan takde semut baru boleh packing. Kalau tak berkampung la semut kat rumah kiteorang pulak. Nak bunuh, berdosa sebab Nabi pernah bersabda semut ialah antara binatang yang tak boleh dibunuh secara sengaja. Jadi memang ambik masa sikit nak ketuk2 batang-batang khemah bagi semut tu semua jatuh keluar. Agaknya kiteorang tak sengaja set up khemah atas rumah dieorang kot.

Bila pergi camping sehari je, aku rasa macam tak berbaloi pulak hahaha! Sebabnya bukan release penat, tapi tambah penat lagi ada. Sekurang-kurangnya pergi 2 hari baru la betul-betul dapat enjoy suasana santai kawasan perkhemahan tu. Tapi dah Suami Terchenta busy sokmo, nak tunggu dia dapat cuti dua hari tu memang payah la. Yang penting dapat spend quality time dengan keluarga. Betul tak?

Makan Malam di Restoran D'Lala

Minggu lepas malam minggu aku dengan Suami Terchenta pergi keluar makan berdua di Kampung Baru.  Anak-anak taknak ikut jadi order pizza untuk dieorang berdua makan sebelum kiteorang keluar.

Restoran yang kiteorang nak pergi ni namanya D'lala Seafood. Percaya tak kali terakhir kiteorang makan kat sini ialah sebelum kiteorang kawen?

Aku tak tau kenapa lepas tu aku boleh terlupa kewujudan restoran ni padahal makanan kat sini sedap. Tapi satu hari ni masa kiteorang balik dari Pasar Chow Kit lalu la jalan ni dan aku terpandang kedai makan ni. Terus memori tu menerpa balik dalam kepala otak hahaha!


D'lala Seafood Kampung Baru
Restoran D'Lala Seafood @ Kampung Baru

Kiteorang pesan tomyam ayam, sayur kailan ikan masin, kerabu mangga dan kerang bakar. Teringat bulan Disember tahun lepas sepupu aku tanya kat mana nak cari restoran yang ada menu kerang bakar. Lepas ni boleh la aku rekemen restoran D'Lala ni.

D'lala Seafood Kampung Baru
Antara menu yang kiteorang pesan. Suami Terchenta jugak pesan bingsu mangga untuk dikongsi

D'lala Seafood Kampung Baru
Hidangan makan malam kami. Sambal belacan tu memang dieorang akan hantar dengan setiap pesanan. 

Servis dan makanan kat restoran ni masih lagi macam dulu - cepat dan sedap. Kiteorang suka sangat kuah tomyam tu, cukup pekat, masam manis pedas semuanya. Tak terlalu pedas memang sesuai dengan selera aku. Tomyamnya masih lagi sesedap 17 tahun lepas masa kiteorang mula-mula mencuba restoran ni!

Sos cicah kerang bakar tu pun sedap yakmat. Sayangnya ada kerang yang tak segar, masa kerang sampai kat meja aku dah terhidu bau busuk. Yang tak best, termakan yang busuk pulak tu! Nasib baik ada kuah tomyam untuk hilangkan rasa dan bau kerang busuk tu. Tak boleh nak salahkan kedai jugak sebab mungkin kat pasar lagi dah dapat kerang busuk tu tapi memang tak best bila tengah sedap-sedap makan tetiba termakan benda busuk. Hmm.

Overall kiteorang berpuas hati dengan makanan kat restoran ni (kecuali kerang busuk tu) especially menu tomyam. Worth untuk repeat makan kat sini.

Doa Perlindungan Untuk Anak-anak

Salam Jumaat semua,

Hari ni aku nak kongsi satu doa yang aku pun baru jugak belajar. As parents, kita ada sifat melindungi anak-anak dari segala bahaya dan ancaman. Masa anak kita masih baby, kita sanggup tunggu sebelah anak kita masa dia tidur sebab nak pastikan nyamuk tak menggigit anak kita. Kita beli pagar untuk elak dieorang dari panjat tangga supaya dia tak terjatuh, pimpin tangan anak masa melintas jalan dan bagi anak makan makanan yang berkhasiat supaya dieorang tak jatuh sakit.

Tapi kita kena ingat bahaya jugak wujud walaupun tak nampak pada pandangan mata kita. Bahaya dari virus, binatang berbisa dan yang paling aku takut, bahaya dari penyakit 'ain. Penyakit 'ain boleh berlaku bila orang dengki dengan anak-anak kita sampai akhirnya anak kita jatuh sakit. Na'uzubillah... Semoga kita semua terhindar dari bahaya-bahaya dan hasad dengki orang lain.

Ada satu doa yang Nabi Muhammad S.A.W. sering bacakan untuk cucu-cucunya Hasan dan Hussain. Doanya ialah:


Kredit foto: Muslim.sg

'Aku memohon perlindungan untukmu (anak) dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari gangguang pandangan mata ('ain) yang membuatkan sakit.'

Amalkan doa ni lepas solat, sebelum anak-anak turun sekolah atau sebelum hantar anak-anak ke daycare/pengasuh. Insha Allah, anak-anak kita akan terlindung dari segala bahaya kecuali ajal. Semoga bermanfaat 💕

Singgah di Gerai Laksa dan Cendol Durian Tak Jauh dari Rumah

Petang semalam cuaca agak panas. Balik dari ambik Khadeeja dari sekolah, kiteorang singgah di gerai cendol tepi jalan. Dah terbayang-bayang cendol yang sejuk tu lalu kat tekak!

 
cendol bandar baru sentul
Dari jauh lagi nampak papan tanda cendol durian ni. 

Mula-mula kena tanya dulu boleh guna QR pay ke, sebab aku keluar memang tak pernah bawak cash. Nasib baik adik tu kata boleh.

Kat sini pun ada jual laksa jugak. So aku pun pesan laksa semangkuk dan cendol durian untuk kami berdua. Semuanya RM36. Mungkin sebab cendol durian jadi harganya mahal sikit.


laksa utara
Laksa utara

Kuah laksanya sedap, cukup rasa. Cuma cair sikit, dan isi ikan pun tak banyak. Kalau kuah pekat dan isi ikan banyak mesti bertambah semangkuk lagi hehe. Tapi masam, masin, manis tu semua cukup dan seimbang. Aku bagi 4/5 bintang.


cendol durian
Cendol durian dengan pulut

Lepas pekena laksa yang pedas, barulah pekena cendol untuk hilangkan rasa pedas tu. Durian dalam cendol ni memang besar dan tebal isinya, puas hati makan. Tapi cendol tu agak manis bagi aku jadi aku tak dapat nak habiskan. Aku bagi 4/5 bintang jugak.


cendol durian
Khadeeja menikmati cendol durian

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Boleh la repeat gerai ni lain kali.