Macam biasa, setiap kali aku pregnant mulalah timbul simptom-simptom GDM ni. Bila ko ada PCOS, diabetes ni memang susah nak dielakkan. Apa lagi bila sejenis yang suka makan macam aku ni 😅

Walaupun selepas aku keguguran, result HbA1c aku masih lagi tak cantik. Sudahnya doktor suruh aku monitor bacaan gula dalam darah selain aku dah start kena makan ubat diabetes (metformin) dalam dos yang rendah. Hmm. Ikut je la nasihat doktor kalau tak nak melarat kan.

10 tahun lepas masa aku pregnant dengan Khadeeja, aku memang kena monitor gula tiap-tiap hari tapi syukurlah masa tu aku tak payah cucuk insulin. Glukometer ni aku beli masa tu untuk monitor bacaan gula, tapi dah hilang masa kiteorang berpindah-randah tiga kali dalam 10 tahun ni.


Glukometer yang aku guna 10 tahun lepas

Memandangkan glukometer lama dah hilang, aku pun cari glukometer baru dan terjumpa yang ini:


Accu-chek Guide Me (dari kiri: pen cucuk, test strip, glukometer)

Apa yang menarik perhatian aku ialah glukometer ni siap ada apps yang boleh sync dengan Apple Health. Apa-apa gajet kesihatan yang boleh sync dengan Apple Health sebagai central database tentang maklumat kesihatan memang a plus point untuk aku. Senang bila jumpa doktor untuk routine checkup bukak je maklumat semua ada kat situ. 

Aku masih ingat lagi houseman kat wad hospital hari tu sangat impressed bila aku tunjuk period cycle aku setahun dengan cuma bukak Apple Health je. Aku tunjuk pun sebab dia houseman yang keberapa entah singgah kat katil tanya benda yang sama (kak, last period bila? Average period cycle akak berapa lama? blabla...). Bosan pulak kena repeat jawapan banyak-banyak kali. 

Anyway, back to Accu-chek Guide Me. Gajet ni datang memang dah pre-set up (tak perlu nak set tarikh, masa dsb.), senang tinggal tekan butang ON dan masukkan test strip je.

Langkah-langkah sebelum guna:

  1. Muat turun apps mySugr (kod QR ada dalam leaflet instructions)
  2. Daftar akaun. ON bluetooth dan tambah glukometer dalam apps.

Langkah-langkah pemakaian:

  1. Sanitize hujung jari yang nak cucuk tu dengan alcohol swab (selalunya seller bagi sekali bila beli set lengkap glukometer ni)
  2. Masukkan test strip dalam glukometer
  3. Cucuk hujung jari dengan pen cucuk
  4. Letak sampel darah dekat hujung test strip
  5. Tunggu glukometer proses bacaan gula dalam darah
  6. Glukometer akan sync rekod bacaan di apps

Accu-Chek Guide Me
Bacaan gula 3 jam lepas sarapan

Accu-Chek Guide Me
Bacaan gula sebelum makan tengahari


Sebelum ni pun aku pakai jenama Accu-chek tapi model lain (Accu-chek Performa). Lancet (jarum) kena masukkan dan tukar setiap kali sesi mencucuk jari ni. Accu-chek Guide Me ni pulak pakai FastClix lancet macam kartrij. Dalam satu kartrij ni ada 6 bilah jarum. Setiap kali lepas cucuk, leretkan butang putih dekat batang pen tu untuk tukar jarum kat dalam. Lepas 6x cucuk, barulah tukar kartrij yang baru. Senang dan selamat sebab jarum tu tak terdedah. 


Accu-Chek Guide Me
Kartrij FastClix

Accu-Chek Guide Me
Aku beli kartrij ekstra sebab set glukometer tu cuma bagi satu kartrij percuma

Dalam apps MySugr kita boleh rekod apa makanan yang kita ambik hari tu. Tak nak tulis pun tak pe, ambik gambar je lepas tu pilih kategori masa makan (sarapan / makan tengahari / snek / makan malam). Tapi kalau rajin nak tulis dan Google jumlah nutrisi dipersilakan. Aku rajin awal-awal je lepas tu aku dah malas, setakat ambik gambar je hehe.


Accu-Chek Guide Me

Apps ni boleh generate report lepas tu boleh muat turun report bacaan gula kita tapi aku rasa report tu macam tak berapa terperinci. Tak tau la, tu pendapat aku, mungkin doktor rasa ok je kot sebab mesti syarikat ni develop format ni lepas dapatkan pandangan pakar perubatan ye tak?

Accu-Chek Guide Me
Rekod bacaan gula dalam seminggu

Yang bawah ni pulak rekod dalam Apple Health. Sebenarnya doktor nak tengok seimbas lalu je range bacaan gula dalam darah kita, kalau tak cantik barulah dia tanya. Contohnya dia nak tau apa yang aku makan sampai bacaan gula aku 8.49 mmol/L (5.0 mmol/L ialah bacaan normal) dan kenapa aku hampir hypo (3.9 mmol/L ialah paras hypo).

Accu-Chek Guide Me


Kenapa kena ambil ubat diabetes?

Bila tengok bacaan ni memang patut kena pantau sebab tak stabil. Selalu aku baca kat socmed orang mengelak dari ambik ubat kencing manis sebab takut jadi bergantung dengan ubat tu seumur hidup. Ni tanggapan yang SALAH. Contoh terbaik ialah mak aku. Bertahun-tahun dia kena ambik ubat kencing manis. Tapi sejak dia kena kanser 2 tahun lepas, banyak benda dia tak boleh makan sebab tekaknya masih tak boleh terima. Lepas sembuh dari kanser, berat badannya susut mendadak dan bacaan gula pun jadi elok balik. Alhamdulillah, kiranya ni hikmah di sebalik ujian kanser tu. Sekarang mak dah TAK PERLU makan ubat kencing manis. Tapi ubat darah tinggi dia still kena ambik.

Ubat metformin (ubat diabetes) ni aku kena ambik untuk bantu tubuh aku handle insulin dengan baik. Bila ambik ubat ni, bacaan gula jadi lebih rendah dan terkawal. Tapi tak bermaksud lepas tu boleh la makan benda-benda tinggi gula sewenang-wenangnya sebab kalau tak jaga pemakanan, dos ubat ni makin tinggi sampai satu tahap ubat ni mungkin jadi tak berkesan lagi. 

Satu lagi kesan sampingan pengambilan ubat metformin ni ialah bantu tekanan darah aku jadi normal. Kalau sebelum ni aku ambik ubat darah tinggi, tekanan darah aku turun sikit tapi masih kategori tinggi walaupun stabil pada tahap 1 hipertensi. Stage 3 dah tahap krisis dan perlu dapatkan rawatan kesihatan dengan segera sebelum berlakunya risiko pembuluh darah pecah dan mengakibatkan strok atau pendarahan otak. Masa aku keguguran tempoh hari, tekanan darah aku sampai stage 3 sebab tu aku terus pergi wad kecemasan. Tekanan darah ni jangan buat main-main.

Barulah aku sedar yang gula dalam darah ni boleh trigger tekanan darah tinggi, bila gula dalam darah tak terkawal automatik tekanan darah pun jadi tinggi. Tapi punca utama ialah STRESS. Bila asyik stress je, hormon badan boleh jadi insulin resistance, lepas tu gula dalam darah tinggi dan tekanan darah naik. Tekanan darah naik, pembuluh darah mengeras lepas tu efek kat jantung pulak sampai ada yang kena serangan jantung. Pendek kata, jagalah kesihatan emosi dan kawal tahap STRESS dalam hidup kita ye. 



Kesimpulannya bila aku dah kena start monitor kesihatan di usia 40-an ni, gajet-gajet kesihatan ni memang membantu sebab kadang-kadang aku tak sempat pun nak catat bacaan gula / tekanan darah dalam buku. Bila nak jumpa doktor, barulah nampak rongak sana-sini rekod tu. Accu-Chek Guide Me ni memudahkan bagi aku sebab siap tolong sync terus bacaan tu dalam handphone jadi bila pergi jumpa doktor untuk routine checkup maklumat tu semua dalam handphone tinggal nak bukak kat apps dan tunjuk dengan doktor je.

Aku beli glukometer Accu-Chek Guide Me ni kat Shopee, boleh klik LINK INI. Harga dalam RM139.90 untuk satu set termasuk FastClix pen, 50 test strip dan glukometer, sekali dengan beg. Tidaklah mahal sangat jika dibandingkan dengan kesihatan pada usia aku sekarang.

15 comments:

  1. Senang ye, boleh check gula sendiri. Semoga kesihatan Carneyz baik-baik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mula2 guna ni seriau jugak takut sakit nak cucuk jarum kat jari sendiri. Tapi lama2 ok je, rasa mcm kena cucuk dgn hujung pen je. Ameen YRA, teringin nak sihat & fit macam dulu.

      Delete
  2. Tak apa invest sikit untuk kesihatan, dari nak berubat nanti lagi banyak pakai duit. Thanks for sharing. Zaman sekarang mudah, boleh link dengan apps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal, ni dah kena makan ubat baru tau ubat tu mahal. Cari alat yg link dgn apps gerenti tak lupa nak rekodkan bacaan tiap2 hari.

      Delete
  3. alat pun kecil je. yg penting portable. skrg peralatan sebegini kiranya dah wajib ada di setiap rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata wajib tu tak jugak, tapi bagus klu ada terutama klu dah didiagnosis ada penyakit 3 serangkai (diabetes / darah tinggi / penyakit jantung). Bila selalu buat monitoring kesihatan sendiri, kita lebih beringat dan ambik langkah2 berjaga2 contohnya jaga makan dan senaman.

      Delete
    2. betul... 'wajib' ada utk rumah (penghuni) yg ada penyakit berkaitan. dan 'harus' utk mereka yg pentingkan kesihatan ;-)

      Delete
  4. moga kesihatan senantiasa terkawal senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Alat pemeriksaan kesihatan mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Moga kita terus istiqamah amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni la akibatnya tak menjaga kesihatan dgn baik masa muda, bila umur 40an menyesal pun tak guna. Mampu ambik tindakan preventive je.

      Delete
  6. Betul..bila dah menginjak 40an dan 50an perlu ada alat untuk check tekanan darah dan gula. Tambah pula mak dan ayah pun highrisk. odometer, termometer, semua ada. Ok juga kartrij sekali dalam tu. Kalau tak jenuh nak tukar..lepas tu lupa jarum tu jarum baru atau dah pernah guna. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah yg ni once dah guna mmg tak boleh tekan lagi dah. klu dah abis guna satu kartrij tu terus tukar yg baru

      Delete
  7. Replies
    1. mmg bgs sbb tu saya buat review in case ada yg mencari alat ni :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .