Sumber imej: FB Sofea Channel


Membaca Al-Quran sangat dianjurkan ke atas umat Islam kerana Al-Quran ialah kalam Allah dan panduan hidup yang telah diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk disebarkan ke seluruh alam.

Al-Quran ialah syafaat kepada orang-orang yang membacanya, apatah lagi buat orang-orang yang menghafaz dan mengamalkan ajaran terkandung dalam kitab suci Allah ini. Orang-orang yang beramal dengan Al-Quran akan didatangkan Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat (Hadis Nabi riwayat Imam Muslim).

Sangat besar ganjaran membaca Al-Quran kerana orang yang baru mempelajari Al-Quran dan yang tidak bertutur dalam bahasa Arab apabila mereka berusaha membaca Al-Quran dengan susah-payah pun akan mendapat pahala berganda seperti hadis Nabi di atas.

Marilah kita membaca Al-Quran, mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan dan kelebihan dari amalan membaca Al-Quran.

22 comments:

  1. Salam Jumaat Carneyz...perkongsian yang sangat bermakna...semoga semua urusan hari ni dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat SA. Semoga urusan SA hari ni pun dipermudahkan jugak :)

      Delete
  2. dah tua2 ni barulah rajin semula nak baca Quran setelah sekian lama lalai. Mujur sempat tersedar sebelum mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mudah2an kita semua terus istiqamah :)

      Delete
  3. Ikutkan...wajibkan diri baca setiap hari walaupun sikit, tapi nak istiqamah itu satu cabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca selembar sehari pun dah ok kak Ujie. tapi klu saya kat luar mcm skrg ni staycation di hotel, balik rumah baru qada' baca hehe.

      Delete
  4. syukran for the reminder...mukjizat hingga akhir zaman........

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita semua mendapat kelebihan dan pahala membaca Al-Quran.

      Delete
  5. Terima kasih ingatkan kami semua. Semoga kita terus istiqomah baca Al Quran setiap hari sehingga akhir hayat kita.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Bila difikir balik memang lagi kerap tengok handphone dari baca Quran. Haih malunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Takpe, mulakan dgn sehari selembar Al-Quran pun dah ok.

      Delete
  7. Insya Allah. Saya akan cuba banyakkan baca al-Quran.

    ReplyDelete
  8. pahala bukan ikut perktaan tp ikut huruf yg disibaca. bayangkan baca Basmallah je dah berapa pahala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies, baca je dah dapat pahala apa lagi bila mengajarkan & mengamalkannya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .