Pernah dengar tak terma keldai dadah (drug mule)? Keldai dadah ni ialah pengembara yang biasanya tak tahu apa-apa tapi dijanjikan duit atau kena scam untuk bawa beg / bungkusan asing mengandungi dadah ke negara lain. Apabila tertangkap, barulah sedar yang dia telah diperangkap oleh pengedar dadah dan sudahnya terpaksa menanggung akibatnya. Bagi mangsa-mangsa yang tertangkap di negara-negara yang mengamalkan hukuman mati mandatori, ada juga yang tak pasal-pasal kena hukuman mati. Terlalu banyak kes yang berlaku sehingga membuka mata orang awam untuk berhati-hati dengan tipu daya scammer di lapangan terbang.

Ramai orang dah sedar tentang keldai dadah, tapi macamana pulak dengan keldai akaun?

Keldai akaun ni satu lagi bentuk scam yang semakin berleluasa. Modus operandi mereka senang - janjikan wang kepada mangsa untuk pinjam akaun bank. Apa yang scammer buat ialah contact mangsa dan minta akses kepada akaun mangsa untuk memasukkan dan memindahkan wang ke atau dari akaun mangsa. Dengan cara ni, scammer dapat melakukan aktiviti penggubalan wang haram tanpa mendedahkan identiti mereka sebab akaun yang digunakan bukan atas nama mereka.

Apa implikasinya kepada pemilik akaun?

  1. Ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat
  2. Disaman, dipenjarakan 5 tahun atau kedua-duanya sekali
  3. Disenaraihitamkan (blacklisted) oleh pihak bank
  4. Tidak dibenarkan membuka akaun di bank yang sama selama-lamanya

Ada kemungkinan juga bank-bank yang lain pun tak bagi buka akaun sebab biasanya bank akan buat background check sebelum berurusan dengan pelanggan. Bila dah tak boleh buka akaun, gaji tak boleh masuk, tak boleh buat pinjaman bank sebab syarat pinjaman kena buka akaun dan akhirnya menyusahkan hidup sendiri. Maka berhati-hatilah jangan jadi keldai akaun.


4 taktik scammer untuk mendapatkan keldai akaun

1. Iklan kerja palsu

Lepas pandemik, ramai yang terdesak mencari kerja. Scammer menggunakan keperluan seseorang untuk memancing mereka yang terdesak ni untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Sekarang ni buka je media sosial memang berlambak iklan-iklan yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam sehari dengan hanya bekerja di rumah tanpa memerlukan sebarang pengalaman. Kadang-kadang iklan ni dihantar ke SMS atau Whatsapp dari nombor-nombor yang tak dikenali, menawarkan peluang pekerjaan mudah dengan gaji lumayan.

AWAS! Jika pekerjaan yang dijanjikan nampak terlalu mudah dan gaji yang ditawarkan tak masuk akal, besar kemungkinan itu ialah iklan palsu. Apa yang berlaku seterusnya ialah mangsa akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan untuk pembayaran gaji yang hakikatnya palsu.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

2. Ah Long

Sindiket ah long biasanya memburu mangsa yang memerlukan pinjaman wang dengan cepat dan mudah. Mangsa yang menghubungi ah long akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan 'memeriksa wang di dalam bank'. Ah long kemudiannya menggunakan akaun peminjam untuk memindahkan wang haram supaya identiti mereka dirahsiakan dari pihak berkuasa.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

3. Penyewa akaun bank

Kalau nampak sebarang iklan yang menawarkan wang yang banyak untuk menyewa akaun, terang-terang itu ialah scammer. Dulu-dulu scammer ni akan hantar email dengan cerita tak masuk akal (datuk dia Perdana Menteri atau Presiden negara benua Afrika nak seludup keluar wang sebelum dirampas lepas tu siap offer nak transfer separuh dekat orang yang sanggup bagi akaun bank / dia menang duit loteri lepas tu kononnya bermurah hati nak bagi dekat sesiapa yang nak bagi akaun bank, dsb.). Sekarang dia tau orang takde masa nak layan junk email, so dia pun buat iklan short & simple.


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

4. Kaum-kerabat dan sahabat-handai

Yang ni paling buat aku speechless. Sanggup ye, scam kawan-kawan / saudara-mara sendiri. Kalau korang scroll ke bawah aku share cerita sadis pernah aku jumpa pasal scam kawan-kawan ni. 


keldai akaun
Kredit imej: Maybank2u.com.my

Contohnya kita ada akaun bank Rimau. Satu hari saudara kita hantar mesej mintak pinjam akaun bank dengan alasan ada kawan nak hantar duit kat dia tapi kawan tu cuma boleh transfer kat akaun dari bank Rimau sebab kawan pakai akaun bank Rimau. Bila kita tanya kenapa tak hantar je kat akaun sendiri, saudara ni bagi alasan dia takde akaun bank Rimau sebab tu terpaksa mintak pinjam akaun kita. So kita pun baik hati sebab alasan dia nampak legit. Padahal sekarang ni interbank transfer duit tak dikenakan sebarang caj pun. Sepatutnya kita tak boleh dedahkan maklumat akaun bank kita (username, password, nombor PIN dan apa-apa akses ke akaun kita) kepada orang lain. Apa-apa yang berlaku sekiranya duit kita dicuri / akaun disalahguna ialah kesalahan kita sendiri bila kita dedahkan maklumat akaun kepada pihak ketiga.


Kisah Kawan Scammer

OK ni cerita masa aku kat universiti dulu. Dalam course aku tu, ada dua orang sahabat baik aku gelarkan A dan B la ye. Kemana-mana bersama-sama dari tahun 1 sampai tahun 4 mereka ni tak boleh berenggang langsung. Duduk pun bilik yang sama, tidur sebantal, makan sepinggan nasib baik mandi tak sekali. Sampai tahap A dengan B ni takde rahsia antara mereka - A selalu mintak tolong B untuk withdraw duit dari bank sebab mereka berdua siap share nombor PIN akaun masing-masing. B pun kadang-kadang ada jugak mintak tolong A. A ni mak bapak dia kerja kerajaan dan senang sikit, selalu masukkan duit sebab duit dia cepat habis. A pun tak tau kenapa, yalah jenis orang yang belanja lepas tu lupa apa yang dia belanja macam tu la kot. Keluarkan 200, tup-tup 3 hari kemudian dah tinggal 50 je.

Minggu terakhir sebelum masing-masing meninggalkan universiti, tiba-tiba A dengan B putus kawan. Mula-mula aku tak ambik port sangat, tapi lepas tu mulalah ramai yang bercerita. B ni diam-diam habiskan duit A. Bila A mintak tolong keluarkan 200 dari bank, B akan masukkan terus duit dalam dompet A sambil bagitau dia dah masukkan duit dalam dompet. A ni mati-mati percaya kat B jadi dia tak pernah check betul ke ada 200 dalam dompet dia. A tak sedar yang B masukkan 150 je, 50 lagi dia ambik. Pernah satu hari A hilang kad ATM, bila dia pergi ke bank untuk buat kad ATM baru, menangis dia dapat tau habis licin duit 500 dalam akaun dia. Masa tu dia pun pelik macamana orang yang jumpa kad ATM tu boleh ambik duit dia. Dia langsung tak terfikir B yang curi kad ATM tu dan sapu licin duit dalam akaun dia. B ni konon-konon simpati dekat A, siap bagi pinjam duit 100 (padahal tu duit A ye).

Bertahun-tahun B senyap-senyap songlap duit A, A cuma sedar bila satu hari handphone A hilang. Handphone tu warna kuning memang jarang-jarang orang pakai. 2 bulan kemudian, ada orang nampak B pakai handphone yang sama (dia sorok-sorok dari A, depan A dia kata dia takde handphone). So A dan kawan-kawan serumah yang lain confront B dan terbongkarlah rahsia B selama ni. Tu pun B mula-mula taknak mengaku, dia claim handphone tu pakwe dia yang hadiahkan, tapi A kenal sangat handphone dia sebab ada tanda calar kalau tak silap. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Lepas tu satu course tahu yang rupa-rupanya satu rumah tu dah kena scam dengan B (sebab pernah bagi nombor PIN dekat B mintak tolong B withdraw duit). 

Eh panjang pulak kisah budak U aku ni kan. Tapi kesimpulannya tetap sama - jangan dedahkan maklumat peribadi bank pada orang lain, walau baik macamana sekali pun orang tu dengan kita. Ingat, rambut sama hitam, hati lain-lain.


Sumber maklumat: https://www.maybank2u.com.my

28 comments:

  1. risaukan..semoga kita2 semua tak terpengaruh dengan "wang segera" dan juga tak terlalu kesian sangat kat orang. nak buat baik pun jadi takut sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Ammi, buat baik berpada-pada zaman skrg ni.

      Delete
  2. Memang menakutkan!
    Scammer ada di mana-mana dengan pelbagai taktik yang diguna.
    Kenalah sentiasa berhati-hati walau dengan sesiapa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie, kalau tak berputih mata la hujung2nya. Kalau tak hilang duit, hilang kredibiliti. Bukan senang bila tak boleh buka akaun bank, ada syarikat taknak ambik bekerja pun kalau takde akaun sendiri.

      Delete
  3. Kesian kawan tu. Janganlah share pin number kita dengan orang lain. Sebab duit, boleh putus kawan.

    ReplyDelete
  4. aduh risau juga macam tu...memang jangan mudah percaya dengan sesiapa pun kalau bab duit ni...walau kawan rapat sekalipun, sebab syaitan ni bila2 masa aje boleh seru buat kejahatan..

    ReplyDelete
  5. macam2 skrg ni..biasa baca kisah orang lain minggu lepas salah sorang keluarga kami yang kena scam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke, tumpang simpati dgn ahli keluarga awak. scammer skrg mmg licik, sebab tu kita kena tingkatkan kesedaran bab2 keselamatan duit ni.

      Delete
  6. keldai akaun pun ada yer..adoi la, mcm2 sekarang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. scammer selagi boleh nak tipu, mmg rancak berdosa nak menipu org ramai ni kan MA.

      Delete
  7. Replies
    1. Scammer Uncle, mmg otak dieorg ligat je nak tipu org.

      Delete
  8. Perkongsian kisah yang bagus ni Carneyz, buat pengajaran semua. Tentu kecewa sangat kawan yang tertipu, boleh trauma nak ada kawan baik lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simpati dengan kawan A ni, bayangkan 4 tahun anggap macam adik-beradik sendiri tapi ni balasan yang dia dapat. Sekarang dia dah move on kot Kak Ujie, nampak happy je kat socmed.

      Delete
  9. bahaya kan, yang paling haru bila kawan2 & saudara mara yg jd scammer, mmg putus kwn/saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak percaya lagi bila sekali dah kena scam.

      Delete
  10. wahh parah ni kene scam dgn member sendiri., huhu

    ReplyDelete
  11. Kmk tauk pasal keldai akaun tok sbb pernah join webinar pasal tok dolok... masa ya br tauk paduhal mcm ya duhal modus operandi scammer... sampei ada yg fresh grad x dpt nk keja sbb acc bank blacklisted.... ne ndak yg muda² suk share jak no acc tp income dpt tiap bulan bah komisyen sidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah pelik sidaknya sik terfikir kah kenak org mok sewa akaun sidaknya, mesti la untuk tujuan yg salah. Susah juak biak kinek tok common sense ya sik berapa nak ada.

      Delete
  12. kalau dulu keldai dadah.... mmg ramai yg terpedaya... skrg masih ada cuma tak seteruk sblm ni. skrg scammer guna tektik lain. kadang selamba je iklan kat socmed. bunyi mcm sopan je. ada tu jenis direct "nak pinjam akaun bank" bla bla bla. macam tak bersalah. yg jenis naif trs je klik atau respon. sy rs dah sampai masanya kempen besar-besaran diadakan utk menyedarkan org ramai akan bahaya scammer ni. kita tak boleh harapkan iklan di media massa esp tv shj. kempen2 begini perlu 'masuk' sekolah2 agar generasi kita alert / berwaspada. tak lupa jg msk ke kg2 beri pencerahan kpd mereka agar tak mudah jd sasaran scammer

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn anies. kena ada banyak lagi inisiatif untuk dedahkan taktik2 scammer supaya golongan yg selalu jadi mangsa ni lebih peka & berhati2. Scammer ni mmg licik, klu tak takkan golongan profesional mcm guru2 pun ada yg kena scam jugak (Macau scam tu ramai je golongan professional yg kena).

      Delete
  13. Yang no 4 tu paing jahat pada Sha.. Saudara mara sendiri, kawan-kawan sendiri.. Tak baik sungguh..

    ReplyDelete
  14. Yang nombor 4 tu kadang-kadang scammer juga. tu kalau dapat wasap or telegram dari orang kita kenal cakap nak pinjam duit, kena siasat dulu. yang kisah A dan B tu haih, speechless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal, ada jugak kes wassap / telegram kena hack oleh scammer. Biasalah scammer zmn skrg mmg takde hati perut selagi dpt scam mmg dieorg akan cuba mcm2.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .