Aktiviti Green Living Day Anjuran Pengurusan Kondo

Throwback masa sebelum kena influenza. Pihak pengurusan kondo tempat kiteorang duduk ni kadang-kadang ada buat aktiviti komuniti untuk penduduk. Aktiviti terakhir yang kiteorang join ialah Green Living Day. Antara acara yang berlangsung sempena Green Living Day ni ialah ceramah tentang amalan kitar semula, pengumpulan bahan-bahan kitar semula (baju lama, surat khabar lama, botol plastik dan tin aluminium), dan jualan bahan-bahan mesra alam sekitar. 


Aktiviti Green Living Day yang dibuat di dewan serbaguna dekat bawah bangunan kondo

Sehari sebelum join aktiviti ni, aku dah siap-siap kumpulkan buku-buku latihan sekolah anak-anak yang terpakai, kertas terpakai dan baju-baju lama untuk dikitar semula. Yang best tu lepas serahkan barang-barang terpakai ni, kiteorang boleh pilih sayur-sayuran sebagai ganjaran (terhad kepada 500g untuk setiap rumah). Since tak banyak boleh ambik, aku ambik sayur yang kecik-kecik je - bendi, cili dan timun kecik. Jimat duit tak payah beli sayur minggu tu hihi.


Antara barang-barang yang diterima untuk kitar semula

Boleh jugak beli sabun mesra alam sekitar, cuma kena bawak botol sendiri

Ada jualan kain lap kayangan jugak. Aku sekadar tengok je la. Dulu zaman PKP viral kain lap kayangan ni tapi aku tak pernah terjebak hihi

Anak-anak pulak join aktiviti membuat helikopter berasaskan tenaga solar. Setiap peserta yang berdaftar akan menerima kit membuat helikopter berasaskan tenaga solar.


Anak-anak dan helikopter masing-masing

Khayla dan helikopter yang dah siap dipasang

Helikopter Khadeeja

Macam biasa, bila join aktiviti pengurusan kondo akan dapat makanan percuma - sandwich dan jus buah-buahan. Sedap jus tu, botol pun unik 😃

Aktiviti macam ni memang best tapi aku harap lepas ni pihak pengurusan kondo akan buat aktiviti yang lebih merapatkan hubungan sesama jiran contohnya aktiviti sukaneka ke. Setakat ni aku cuma bertegur-sapa dengan jiran yang aku selalu bertembung dekat lif je - makcik rumah hujung yang selalu turun mengaji di Ampang, pakcik Cina yang petang-petang hantar cucu dia pergi tuisyen dan parent yang sama-sama hantar anak ke sekolah Khayla. Biasanya warga emas ni lebih friendly dari warga yang muda dan sebaya aku. Mungkin sebab kat ofis dah penat menghadap pe'el orang kan, balik rumah dah malas nak bertegur dengan orang yang tak dikenali kot 🤭. Macam tu la kehidupan berjiran di KL ni hihi.

Lepas Kena Influenza, Kena Food Poisoning Pulak...

 Wahh... dah lama betul aku tak update blog ni. Dah bersawang blog ni, kesiannya hmm... 

Kisahnya, lepas kena influenza A, mood blogging tu menurun sikit sebab seminggu lepas tu masih rasa takde tenaga, batuk-batuk dan pening kepala. Dahsyat kan kena influenza A ni? Anyway, baru nak baik, aku kena food poisoning pulak! Mak aih... Yang ni memang berguling-guling dibuatnya. Mula-mula aku sangkakan kena gastrik sebab pedihnya dekat bahagian atas perut, tapi at the same time, perut rasa sebu jugak. Aku telan Gaviscon pun tak reda jugak pedih mencucuk-cucuk tu. Lepas beberapa jam menahan rasa sakit mencucuk-cucuk tu, tetiba rasa loya pulak. Lepas tu bermula la episod ulang-alik masuk tandas membuang 😮‍💨. 3 hari jugak la aku dilanda food poisoning. Syukur la aku sorang je yang kena, yang lain-lain tak kena. Tak pasti apa yang aku makan sampai kena keracunan makanan. Apa pun, benda nak jadi kan, mungkin ada dosa aku yang Allah nak angkat 😉.

The good thing is bila kena influenza lepas tu food poisoning, berat pun turun sikit. 3 hari membuang tak henti-henti, aku turun 1kg. Nampak tak degil betul lemak aku ni, orang lain agaknya hilang la 3-4kg kalau kat tempat aku, tapi aku turun 1kg je 🤪. Hakikatnya, itulah cabaran bila ada PCOS. Berat tu susahhhhh sangat nak turun. 

Lepas sembuh dari keracunan makanan dan influenza A, mood nak blogging tu terus menjunam. Ditambah lagi dengan berita dunia semasa ni yang buat darah aku naik (pilihanraya US, g*n*s*d dekat G4z4 & L3b4n0n) memang takde mood nak online! 😔. Nak blogwalking pun takde mood jugak. Huhu... Insha Allah lepas ni aku cuba cari balik mood nak blogging dan blogwalking ni ye. 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah di blog ni 🫶🏻. Nanti dah ada mood aku pergi blog korang pulak ye. Jom sama-sama kita amalkan doa untuk kesihatan ni, semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik 🤲🏻.


doa kesihatan