Wahh... dah lama betul aku tak update blog ni. Dah bersawang blog ni, kesiannya hmm...
Kisahnya, lepas kena influenza A, mood blogging tu menurun sikit sebab seminggu lepas tu masih rasa takde tenaga, batuk-batuk dan pening kepala. Dahsyat kan kena influenza A ni? Anyway, baru nak baik, aku kena food poisoning pulak! Mak aih... Yang ni memang berguling-guling dibuatnya. Mula-mula aku sangkakan kena gastrik sebab pedihnya dekat bahagian atas perut, tapi at the same time, perut rasa sebu jugak. Aku telan Gaviscon pun tak reda jugak pedih mencucuk-cucuk tu. Lepas beberapa jam menahan rasa sakit mencucuk-cucuk tu, tetiba rasa loya pulak. Lepas tu bermula la episod ulang-alik masuk tandas membuang 😮💨. 3 hari jugak la aku dilanda food poisoning. Syukur la aku sorang je yang kena, yang lain-lain tak kena. Tak pasti apa yang aku makan sampai kena keracunan makanan. Apa pun, benda nak jadi kan, mungkin ada dosa aku yang Allah nak angkat 😉.
The good thing is bila kena influenza lepas tu food poisoning, berat pun turun sikit. 3 hari membuang tak henti-henti, aku turun 1kg. Nampak tak degil betul lemak aku ni, orang lain agaknya hilang la 3-4kg kalau kat tempat aku, tapi aku turun 1kg je 🤪. Hakikatnya, itulah cabaran bila ada PCOS. Berat tu susahhhhh sangat nak turun.
Lepas sembuh dari keracunan makanan dan influenza A, mood nak blogging tu terus menjunam. Ditambah lagi dengan berita dunia semasa ni yang buat darah aku naik (pilihanraya US, g*n*s*d dekat G4z4 & L3b4n0n) memang takde mood nak online! 😔. Nak blogwalking pun takde mood jugak. Huhu... Insha Allah lepas ni aku cuba cari balik mood nak blogging dan blogwalking ni ye.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah di blog ni 🫶🏻. Nanti dah ada mood aku pergi blog korang pulak ye. Jom sama-sama kita amalkan doa untuk kesihatan ni, semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik 🤲🏻.
Moga cepat sembuh Carneyz. Memang kalau tak sihat ni mood menulis semua tak berapa nak ada.
ReplyDeletetertanya2 juga mana Carneyz ni..moga sentiasa sihat ye Carneyz...
ReplyDeleteSemoga dikembalikan keafiaatannya, Carneyz. Patut lama tak nampak, memang sakit hati sgt tengok berita dunia tu.
ReplyDeletesemoga terus diberi kesembuhan buat kak Carneyz, tu yang linda pun teringat2 je..dah lama tak baca entry baru akak...
ReplyDeletehave a good rest & semoga cepat sembuh sepenuhnya key.. take it slow....
ReplyDeletesemoga kita semua beroleh kesejahteraan...lebih sihat
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh Carneyz...sabar ok...SA pun on and off kejap sihat kejap x sihat
ReplyDelete3 hari berulang alik ke tandas, memang badan jadi sangat-sangat lesu.
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan kesihatan buat Carneyz.
Take care tau, moga cepat sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteshafakillah
ReplyDeletemoga cepat sembuh., aminn
ReplyDeleteLaaa tak sihat rupanya kamu Karni. Sis pun lama tak BW, kalau update blog guna iPad then terus tutup settlekan kerja lain, nak membaca blog orang pun tak sempat² huhuhu.. moga Karni sekeluarga sentiasa sihat yaa ..
ReplyDeletePantesan saya sering mampir ke blog Carneyz tp kemarin2 tak ada update . Ternyata memang masih belum full recovery yaaa.
ReplyDeleteSeramnya food poisoning ini. Apalah agaknya yg salah dimakan. Pasti tak nyaman kalo sampai ke toilet setiap saat, apalagi sampai muntah2.
Saya pun kalo dah baca berita2 global nih, rasa bad mood langsung. Jadi tak semangat nak buat apapun 😔. Kenapalah dunia makin jelek beritanya. Dah dekat kiamat rasanya 😔
Harap2 Carneyz dah makin membaik saat ini, juga dah semangat lagi buat blogging ☺️
Semoga lekas sembuh ya Mbak.
ReplyDeleteDan kembali semangat update blog...
Salam,
bersambung2 sakit ye....ptt la senyap je tkde entry...smoga sembuh sepenuhnya
ReplyDeleteSemoga kembali sihat amin..
ReplyDeleteKena food poisoning sakit nak menahan ragam perut.. tak apa la ada masa bdn kena rehat dri beberapa aktiviti.. nanti mood dah kembali boleh la berblogging semula..