• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, November 15, 2005

Balik Kampung (3)

Image hosted by Photobucket.com

Berlanggar meja...

Nilah aktiviti tahunan di kampung aku. Nampak macam kenduri kawen, tapi rupa2nya tak de sapa yang kawen. Sesaja nak makan sekampung ;) Berlanggar meja nih ialah adat resam kampung aku dari dulu2 lagi. Ia diadakan bermula dari hari raya ketiga / keempat di mana semua kampung akan bergilir2 mengadakannya.

Setiap tahun, penduduk kampung akan mengadakan mesyuarat utk menentukan kampung mana yang akan buat berlanggar meja nih dulu. Katakan ada empat kampung. Kampung A diputuskan mengadakan berlanggar meja dulu. Jadi penduduk kampung A akan buat preparation dan setiap rumah dikehendaki menyediakan satu juadah. Pada hari berlanggar meja tu, meja2 akan disusun di sepanjang jalan di kawasan kampung tu dan juadah dihidangkan. Penduduk kampung A akan jemput penduduk kampung B, C, D (etc...) utk datang & makaaannn! Keesokannya, penduduk kampung B pulak akan buat berlanggar meja & penduduk kampung lain akan datang pulak menjamu selera hinggalah semua kampung dah buat berlanggar meja nih. Meriah, kan?

Tapi seperti yang aku penah cakap, masyarakat Melanau nih ialah masyarakat patriach, so cuma orang lelaki sahaja yang datang ke majlis berlanggar meja nih. Tapi orang perempuan pun boleh merasa gak juadah yang dihidangkan bila orang lelaki bawak balik juadah tu. So, tak yah la org perempuan dok di bawah bahang cahya matahari sebaliknya boleh dok dan makan sedap2 di rumah sambil bukak kipas. Muahahaha!

Pada tahun 2003 (tahun tu aku tak balik raya), semua kampung buat berlanggar meja serentak so dari hujung kampung ke hujung kampung, meja disusun di jalan utama (adalah dalam 1 km lebih kot). So nilah acara yg ulung lagi terunggul di kampung aku tapi sayangnya, tak de orang dari Malaysia Book of Recods atau orang TV3 atau NTV7 yang datang buat liputan :p Apapun, syabas kat penduduk kampung Igan yang bergotong-royong menjayakan acara nih!

Read more »
on Tuesday, November 15, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, November 11, 2005

Balik Kampung (Part 2)

Image hosted by Photobucket.com


Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Selamat... Hari Raya... Hari untuk kita bersuka-ria...

Oleh sebab aku ber'cuti', jadi aku tak ikut family aku pegi ke masjid untuk bersembahyang raya & menziarahi kubur arwah Wa perempuan (isteri Wa, kakak bapak aku), Adam (anak ketiga Wa) dan arwah nenek (Mak Yeng) yang sememangnya sampai sekarang aku masih rindu ngan lawak jenaka & citer2 zaman silam Mak Yeng.

Aku ngan sepupu2 perempuan yang lain sibuk potong kek lapis untuk diisi ke dalam bekas kuih, dan isi biskut2 raya & manisan yang lain ke dalam balang. Adik2 sepupu perempuan plak bertugas membawa balang & bekas kuih yang dah diisi ni ke ruang tamu untuk dihidang kat tetamu. Mak & Ngah pulak menyiapkan hidangan hari raya (rendang, lemang, ketupat, kari & ayam kurma) untuk hidangan kiteorang sekeluarga.

Bila semua dah bersiap, kiteorang satu family berkumpul kat ruang tamu. Bermulalah sesi bersalam2an & bermaaf2an... Dulu yang selalu syahdu ialah Mak Ngah, mak & Udak. Tapi tahun nih nampaknya semua kontrol feeling je. Then, sepupu aku yang tak dapat balik sebab exam pulak telefon ayah dia (Wa). Tengok la gambar kat atas tu. Suasana macam kat pasar je - mana yang tak bersalam lagi mencari orang yang nak disalam, mana yang tak dapat duit raya lagi pun sibuk nak bersalam.

Selesai bersalaman, sesi bergambar. Gambar first kat bawah tu ialah gambar aku, adik aku & adik sepupu aku yg berumur 2 tahun. Masa kecik2 dulu, muka adik aku tu sebijik macam muka adik sepupu aku yang aku dukung tu. Pastu, gambar kedua tu ialah gambar kaum lelaki dalam family aku. Then bawah lagi, gambar sepupu2 perempuan ngan Pak Yeng. Lastly, gambar aku & anak aku... :p Anak aku? Muehehe...! Adik sepupu kecik yang ada iras ngan muka aku masa kecik2 dulu (nasib la dia tak de macam aku dulu, tak suka pakai baju kurung).

Bila dah penat bergambar, sumer pakat serbu meja makan utk mengisi perut yang memang lapar. Dah tu, baru la turun semula untuk sambut kedatangan sanak-saudara dan tetamu. Betapa meriahnya suasana raya di rumah aku tahun ni :)

Lepas nih nak citer plak pasal aktiviti 'berlanggar meja' yg menjadi tradisi kampung aku sejak dari dulu lagi ;)

Bersambung...


Image hosted by Photobucket.com

Read more »
on Friday, November 11, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, November 10, 2005

Balik Kampung (Part 1)

Image hosted by Photobucket.com

'Perjalanan jauh tak kurasa, kerna hatiku melonjak sama...'

Dah seminggu tak hapdet blog. Yelah, aku balik kampung, nun jauh di Sarawak. Dengan diiringi lagu pakcik Chairman nih aku bersemangat je menempuh perjalanan yang ala2 iklan 'Pandu, Tunggang, Berjalan & Melintas Ngan Selamat'. Tapi tak de lah naik keta lembu sebab tak de lembu nak ditumpang!

2 November. Aku terbangun lambat sket, dlm pukul 5.10 pagi baru bangkit nak sahur. Nasib baik dah kemas barang2 nak bawak balik. Lepas sahur, mandi, solat subuh, & kemas bilik sepantas kilat, aku pun sarungkan jaket kesayangan aku & meredah angin subuh yang sejuk giler. Flight pukul 7 pagi. Jadi kena check in pukul 6.15 pagi lagi. Flight transit di Kuching. Then dari Kuching, aku naik plak flight ke Sibu. Sesampainya di Sibu, sepupu aku dah tunggu. Mulanya aku plan nak balik kampung naik bot ekspres dari Sibu. FYI, kampung aku terletak di tengah2 Mukah & Sibu. Kalau naik bot ekspress, dalam 3-4 jam dah sampai. Tapi bila dah sampai kat wharf ekspres, bot dah tak de. So, balik rumah sepupu aku & tido kat rumah dia je.

3 November. Pukul 10 pagi, Pak Long (tapi bagi orang Sarawak, kiteorang panggil Wa utk pakcik / makcik paling sulung) dah bising ngan kiteorang suruh cepat sket bersiap. Kiteorang singgah kat rumah Pak Uda (tapi kiteorang panggil Long pulak, muahaha! Mesti korang kompius tapi tak pe) sebab dia nak konvoi sekali balik kampung. Long bawak Pajero, Wa bawak Waja. Long bawak laju giler sampai Wa berleter sebab dia tak suka bawak laju2 tapi kene kejar Long jugak. Hehe.

Jalan tak yah cakap la. Nasib baik aku tak pose, boleh gak aku makan gula2 berangin kasi kurang sket mual & fening2 sepanjang perjalanan. Lubang sana sini, jalan berbatu2, tanah pasir la... patut la kadar eksiden kat Sarawak jauh lebih rendah dari di Semenanjung Malaysia. 3 jam kemudian, sampai kat Mukah. Long ajak singgah kat pasar tamu, nak beli ikan & 'umai'. Sebagai orang Melanau, wajiblah makan umai. Gambar no. 1 tu ada tunjuk 'umai' (ikan mentah yg dihiris halus2, cuci sebersih2nya, taruk cili, limau, halia, bawang, garam & gula secukup rasa). Dari Mukah ke kampung aku plak amik masa 2 jam. Nasib baik jambatan Mukah dah siap, so tak yah nak tunggu feri macam tahun2 sebelumnya. Long aku sempat bawak kiteorang singgah kat tepi pantai la, kat kebun la, baru la sampai ke rumah.

Seronoknya bila dah sampai kampung. Hilang rasa penat & fening2 dalam keta bila tengok rumah kampung aku (Gambar No. 3). Lepas angkut barang masuk rumah, kene carik mak ayah aku nak bersalam. Tengok ayah aku ngan Pak Su (Usu pakai baju belang merah & putih) tengah bakar ikan kat belakang rumah (gambar no. 2). Bagi hilangkan fening2, aku gi lepak jap kat jambatan kat belakang rumah. Tengok Sungai Batang Igan yang airnya macam teh susu. Lega & segar rasa badan bila dah menghirup udara segar kat jambatan (gambar no. 4 & 6).

Agak2 dah hilang penat, aku pun naik ke dapur. Tolong la apa2 yg patut sebab dah nak bukak pose. Rumah kampung aku nih didiami oleh atok aku (kiteorang panggil Pak Yeng, Mak Yeng dah meninggal dunia) & mak sedara aku (Udak). Kalau Usu balik dari UiTM, Usu pun dok kampung jugak. Tapi kalau raya, sumer adik beradik ayah aku akan balik. Tahun ni je, ada 26 orang berkumpul kat rumah. Dari setua2 Pak Yeng (72 tahun), ke semuda2 adik sepupu aku (2 tahun). Untuk hari terakhir bulan pose tahun nih, lauk yang dimasak ialah:

1. Ikan bakar (orang S'wak panggil 'ikan tunuk')
2. Umai
3. Sagu (sagu nih bukan la sagu yang campur dalam air / bubur tu, tapi sagu dari tepung sagu, bentuk dier bulat2 & warna dier kelabu-coklat. Ni makanan ruji orang Melanau, makan ngan umai)
4. Linut (ganti nasi, buat dari tepung kanji digaul ngan air panas sampai dier jadi macam gam) - makan ngan apa2 yang berkuah / sambal belacan
5. Sambal belacan & ulam2
6. Sayur nangka masak lemak (makan ngan linut)
7. Ayam masak merah
8. Sayur campur
9. Air kelapa

Tengoklah gambar family aku berbuka pose. Tak cukup meja, sampai kena makan kat lantai. Biasanya yang lelaki akan makan di meja. Mengikut kajian tesis aku, nih memang budaya orang Melanau sebab orang Melanau ialah masyarakat bersifat 'patriach'. Maksudnya, meletakkan status orang lelaki tinggi sedikit dari orang perempuan.

Malam tu, bila diumumkan je besok raya, semua buat tugas masing2. Lelaki akan kemas rumah, sapu2 & bentang tikar, susun pasu bunga etc. Perempuan akan sibuk kat dapur, masak2. Mak Ngah masak kari ayam. Mak masak rendang daging, ayam kurma, & laksa Sarawak. Adik aku & adik sepupu aku yang Tingkatan 1 & 2 disuruh basuh bekas2 letak biskut & kuih supaya besoknya tak kelam-kabut sangat. Kiteorang kene sediakan bahan2 nak masak. Ada yang iron baju raya untuk sumer orang. Memang havoc la rumah aku malam sebelum raya. Sepupu2 and adik2 aku yang kecik pulak main bunga api kat luar. Seronoknya dieorang. Malam sebelum raya, tido pukul 1 pagi. Letih giler! Tapi seronok :)

Hehe. Lepas nih, citer pulak suasana raya di rumah aku ;) Memang best. Mana tak. Macam nak roboh rumah papan kat kampung tu. Tapi Pak Yeng tak kesah. Dia hepi je kiteorang balik.

Bersambung...

Read more »
on Thursday, November 10, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, October 28, 2005

Salam Aidilfitri

Image hosted by Photobucket.com

Minggu nih aku teramat busy plak. Mana dengan kapal masuk lagi, buat news lagi, pastu kena organize ngan invite orang gi majlis buka puasa. Part tu yang leceh giler. Malas betul nak kena follow up ngan dieorang, macam anak raja plak. Tapi terpaksa la. Nanti dieorang tak datang, penat je aku siapkan gift pack untuk dieorang.

Hari nih relax sket. Aku dah setelkan apa2 yang patut. Tgk la task aku yg aku sepit kat paper holder bunga tu. Baper helai dah aku taruk kat situ. Tapi sekarang dah cross out sumer. Senang hati aku. Boleh la gi melepak sat lagi.

Raya tahun nih, macam tahun2 sebelumnya, aku tak buat preparation sangat. Seperti biasa, belikan biskut batang buruk untuk mak aku. Awal2 puasa lagi dia dah pesan batang buruk. Aku beli sepasang baju raya yg dah siap je. Malas la aku nak sibuk2 tanya apa fesyen terkini, kain apa nak beli, nak hantar kat mana, nak beli tudung sedondon ke tak. Tak kuasa. Seingat aku dari kecik2 lagi, aku tak gemar sangat nak melawa time raya.

Waktu kecik dulu, lagi dahsyat. Aku tak suka pakai baju kurung. Dari seorang anak kecik yang jarang merajuk & tak banyak karenah, aku boleh mengamuk kalau mak pakaikan baju kurung. Sebab tu, kalau tengok gambar raya, aku sorang je yang tak pakai baju kurung. Pakai t-shirt ngan shorts. Ada ke patut? Nasib baik mak aku penyabar orangnya. Kalau aku jadi mak aku, agak2 nya dah kena lempang kot.

Tapi bila dah besar nih, dah ok la kot. Tak de la jadi tomboy. Cuma suka aktiviti lasak je, tapi tak selalu ada peluang nak melasakkan diri. Ciri2 keperempuanan tu masih ada. Contohnya, aku suka benda2 cute macam teddy bear. Comel tak teddy bear tu? Siap pakai baju & bawak beg sandang lagi :p Tu kawan baik aku, Eva yang kasi waktu besday aku yang ke-20. Dia cakap teddy bear tu serupa macam aku (erk?)... suka bawak beg sandang.

Hehe. Ya betul. Orait apa, dari bawak beg tangan muat2 handphone ngan beg duit je. Cuma dulu aku ingat kawan2 yg suka bawak beg tangan nih, kalau kuar gi outing sesama, asal time solat je, mulalah tersengih2 nak mintak pinjam kain telekung. Pastu aku sindir balik, 'Tulah, aku bawak beg sandang, korang gelakkan aku. Macam nak gi sekolah la, nak gi panjat gunung la. Tapi beg sandang aku yg gedabak ni la yg boleh sumbat kain telekung!'

Tapi sekarang dah rindu kat dieorang. Especially budak2 Raub - Haiza, Nonet & Fiza. Tak luper kat Bib jugak. Aku penah sekali beraya kat Raub masa tak dapat balik final year dulu. Seronok juga, tapi lebih seronok kalau beraya ngan keluarga sendiri kan?

Apa2pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua pengunjung blog :) Maaf Zahir & Batin kalau aku penah terkasar bahasa kat korang!

Salam Aidilfitri

Read more »
on Friday, October 28, 2005 0
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 25, 2005

Kehilangan

Sepenuhnya aku ingin memelukmu,
Mendekat penuh harapan untuk mencintaimu,
Sepenuhnya aku akan terus menunggu,
Menanti sebuah jawapan untuk memilikimu.

Tadi aku call dia. Dia tengah menangis. Katanya, dia sedih tinggalkan aku.

Aku tergamam sekejap. Selama nih dia tak penah tunjuk muka sedih. Dia sentiasa ceria. Aku tau perpisahan kiteorang kali nih betul2 meninggalkan kesan kat dia. Aku pun sama. Semalam, tengah sibuk buat keja, tetiba air mata boleh bergenang. Aku tertunduk sembunyikan muka.

Aku sudah kehilangan dia. Kehilangan besar, sebab dia satu2nya sahabat yang betul2 memahami aku. Dia tahu bila aku perlukan teman, dan bila aku lebih suka bersendiri. Dia tak penah berkecik hati kalau aku terkasar bahasa dengannya. Aku terasa bersalah jugak bila terfikir balik.

Mungkin hati kecil penah berkata, 'Bawaklah saya sekali, Kak Za.' Aku dah penat ditinggalkan & disalaherti. Aku nak gembira dan bergelak ketawa dengan seseorang seperti Kak Za, menghiburkan hati aku yang tak penah surut sedihnya. Kalau diturutkan hati, aku mahu pergi jauh dari sini. Jauh, jauh. Bukan di Johor, bukan di Sarawak juga. Di mana tiada apa yang memberi kenangan kepada aku.
Read more »
on Tuesday, October 25, 2005 0
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Amie's Little Kitchen
    13 minutes ago
  • a m m i
    1 hour ago
  • orangbukit
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • My Small World
    3 hours ago
  • Miles of smiles
    4 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    12 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    19 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    19 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    19 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    19 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    21 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    22 hours ago
  • Anies♥You
    23 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.