• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Friday, April 06, 2007

Apple Pie Ala McD & Gathering Msjbox

Cerita #1: Kisah Apple Pie
Para pembaca yang budiman,

Minggu ni aku kerap mengeksperimen toaster oven hadiah perkahwinan kami. Aku sungguh teruja dengan oven tu akhir ini. Teruja untuk menghasilkan makanan yang enak-enak untuk santapan suami terchenta. Semoga dia akan bawa aku bercuti-cuti Malaysia lepas ni (mata bersinar-sinar dengan harapan) Huhu.

Dan semalam, aku teruja sekali lagi untuk cuba buat apple pie yang macam kat McD. Dengan berbekal semangat waja dan Google, aku carik resipi apple pie yang lazat, lemak berkrim & disukai ramai. Akhirnya aku terjumpa:

Apple Pie

Kulit / Crust:
  • 2 cawan tepung multi-purpose (aku guna tepung gandum je sbb tu je ada kat rumah)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 6 sudu besar mentega
  • 6-8 sudu besar air ais (sejuk)
*Gaul semua sampai jadi doh yang tak melekat / lembik, pastu balut dalam plastik & simpan dalam peti sejuk selama 20 minit

Apple pie
Isi / filling:
  • Epal sebiji dua - dipotong dadu (aku potong sesuka hati sambil sekejap2 berlari ke ruang tamu tengok rancangan kesukaan aku, CSI)
  • Sepatutnya rendam dalam air + 1 sudu jus lemon tapi aku takde jus lemon so aku tak rendam.
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar cuka (rumah kami takde cuka, jadi aku gantikan dengan jus limau nipis)
*Gaul semua bahan2 termasuk epal
  1. Keluarkan doh, bahagi dua dan leperkan dengan roller. (Sekali lagi, tiada perkakas seperti itu di teratak miskin kami jadi aku terpaksa guna gelas je. Doh aku memang fail tapi aku teruskan jugak hasrat buat pai epal)
  2. Taburkan epal dan bahan2 atas doh, tutupkan dengan doh satu lagi tapi sebelum tu taruk la 4 sudu teh mentega di atas inti untuk menambahkan kesedapan. Last sekali, bakar dalam oven sampai masak. Tapi tolong jangan tiru aku ya puan-puan, bakar pai sampai terbakar kulitnya.
apple pie
Apple Pie aku yang hangus!


Jadi, lepas ni kalian semua tak perlu berebut-rebut beli apple pie di kedai roti / McD, sebab resipi ni setanding rasanya dengan apple pie di luar! Marveles, kan? ;)

Cerita #2: Gath Terkejut

Hari Selasa lepas, sedang aku berhempas-pulas menyiapkan design corporate brochure, suami terchenta telefon.

Suami Terchenta: Petang ni kita pergi Kajang, geng Msjbox buat gath sempena Fysal datang.
Aku: OK - ( jawapan skema seorang wife yang taat tapi dalam hati: Uwaa! Mesti tak sempat nak tengok Ugly Betty, Supernatural & Desperate Housewives!)
Suami terchenta: Abang datang amik pukul 6 tau?

Petang tu, Suami Terchenta datang amik di ofis sebelum bertolak. Kata suami terchenta, 'Dah tukar tempat gath pulak. Sekarang kat KLCC.' Maka berlari lah si Sang Kancil kami ke KLCC. Lepas masuk parking yang mahal tu, Suami Terchenta dapat tahu pulak gath bukan di KLCC! Tidaak! Ditukar ke Wisma Central pulak. Ni ialah gath yang sangat full of surprise.

Sampai di Pelita, dari jauh nampak tiga jejaka mengangkat tangan macam nak jawab soalan cepumas. Rupa-rupanya tu ialah Sodep, Azkam dengan Chot. Kami join dan borak-borak sementara tunggu yang lain-lain datang (Kak Retna, Shai, Umie & Kak Shida).

Dipendekkan citer, borak-borak di situ sampai pukul 10 malam. Lepas tu baru semua bersurai. Aku & Suami Terchenta offer diri hantar Fysal ke rumah pak sedaranya.

Chot ada amik gambar. Dalam banyak-banyak gambar, aku paling berkenan gambar di bawah. Sebab apa? Sebab Suami Terchenta tengah gelak macam ni la masa aku mula-mula terjatuh chenta sama itu suamiku 3 tahun lepas:

Suami Terchenta

Apapun, terima kasih kepada semua pengguna Msjbox kerana menyokong titik peluh Suami Terchenta yang banyak berkorban demi Msjbox nya ini! ;)

P/S: Tido lambat lagi sebab hapdet blog. Huarrghhh... zzzz...
Read more »
on Friday, April 06, 2007 0
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 05, 2007

Saturday Window Shopping + Sunday Picnic

Sebenarnya bersusun2 entri yang perlu dihamburkan di sini. Sejak akhir-akhir ini, aku sangat hiperaktif pada hujung minggu. Mengalahkan kanak-kanak Ribena. Tapi bukan selalu kan? Selagi aku masih terdaya (walaupun sangat mengantuk ni!), aku akan cuba untuk memuntahkan peristiwa bersejarah dalam hidup aku di sini. Walaupun sejarahnya cuma makan sandwic ayam.

Sandwic ayam itu ialah resipi pada hari Sabtu. Para isteri, walaupun aku seorang yang ganas, tapi aku sangat gemar ke dapur. Especially lepas kawen ni. Tak hairan la aku semakin comel (dalam erti kata lain). Tapi Suami Terchenta, entah apa vitamin yang dia makan, tak jugak naik2 berat badannya. Musykil aku. Walaupun lepas makan malam dan terus tergolek di sisi aku yang sibuk membuat design ni, dia tetap me 'maintain'kan berat badan idealnya tu. Huhu. Aku sangat dengki.

Prolog Jumaat malam. Kami pergi menonton cerita Mr Bean yang sangat bodoh tapi kelakar. Sebelum tu, aku merengek2 nak makan nasi di KFC sebab tak makan tengahari. Kami pun order 2 set. Lepas tu ayam seketul tak abis. Maka aku pun bungkus bawak balik. Besok paginya, aku keluarkan ayam untuk dipanaskan. Tapi ayam cuma seketul je! Suami Terchenta sekali ngap! je mesti dah abis... Akhirnya aku buat sandwic, biar sama-sama dapat makan. Sama-sama gembira.

Sandwic ayam ialah resipi yang simple dan sedap. Isi ayam KFC dicarik2 halus, lepas tu tabur atas roti, tambahkan hirisan tomato dan kepingan keju + mayonnaise (tapi sebab aku tak gemar mayonnaise, aku cuma sediakan utk Suami Terchenta). Lepas tu bakar selama 5 minit. Tadah! Seketul ayam KFC tu boleh menghasilkan 6 keping sandwic! Sangat mengenyangkan.

Pada hari Sabtu, Suami Terchenta meninggalkan aku demi tugas untuk negara projek ofis. Dulu dia penah sound kaw-kaw sebab aku suka masuk ofis hari Sabtu tak keja. Itu dulu, zaman hamba-abdi di Johor. Sekarang, aku sudah persetankan semua itu! Muahaha! Tido adalah aktiviti yang tak boleh digantikan oleh apa2 sekalipun (melainkan blogging).

Nasib baik kawan serumah masa di UTM dulu ajak aku beronggeng2 di Sogo. Mahu beli perfume mahal katanya. Aku pun setuju. Dah lama tak melepak bersama kanak-kanak periang. Lalu, sebelum drop Suami Terchenta di ofis, aku amik kawan-kawan di Pandan Indah. Dan bermulalah jalan2 bersukaria bersama kawan-kawan.

Hari Ahad pulak, Suami Terchenta konon-kononnya nak menyambung tugas negara untuk projek ofis. Aku mula-mula nak cadangkan berjalan-jalan di Melaka. Tapi pagi-pagi lagi dah tercongok layan Smallville depan laptop. Aku pun join sekali. Last-last dua-dua plan pun tak jadi!

Tapi petang tu Suami Terchenta ajak berpiknik di tasik. Sebelum tu waktu pagi, kami sibuk experiment buat muffin coklat. Berjaya jugak! Tapi sebab perut dah berkeroncong, muffin tu tak menyelerakan di mata kami jadi aku pun buat nasi goreng dan bakar sosej. Suami Terchenta sangat suka! Sampai licin nasi goreng yang dibekal. Makaceh Suami Terchenta! Aku sangat bertuah dapat suami yang sangat suka masakan aku :)



Jadi, tu lah aktiviti kami pada hujung minggu lepas... Pasal gath terkejut tu, aku akan story next time. Huaargh! Good nite everyone ;)
Read more »
on Thursday, April 05, 2007 0
Share this!
Tags
Marriage
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 04, 2007

Pursuits of Happiness (Not a Movie Review)

Everyone has something that they enjoy to do and they make it their pursuits.

Some, like my friend, Magic, likes to travel because she likes discovering new things / uncovering the history. She will save up and earn extra cash for her trips and I must admit, I am really in awe with her because she has the courage to go places tainted by war or touched by poverty in her search for humanity. Currently, she's somewhere in Vietnam, wondering about the famous Vietnam war that happened in last three decades.

Some, like my sister, enjoys her job. She works with a multinational company who knows better than just sesuka hati slash another department's budget by half, and hope we'll manage to squeeze thru our way. I've never met anyone more enthusiastic about work than she does. Or more focused and clear about her work goals. I am very certain that in 15 years time (or even less), she'll be made a Senior Manager or even Managing Director and earns 20 times more than I do now, or even 15 years from now. I am nowhere near envy because I'm proud of my high-achiever sister, but I just wish I know how she keeps up her motivation when I barely could hang on to the idea that I could only leave work in another 3 hours (which equals to another 180 minutes or 10,800 seconds more) and return to office 12 hours later.

Some, like my ex-housemate / coursemate, Syani, likes being married and having a family. Ever since we were housemates during our student days, she had planned how to be a good wife and a good mother. She was married 3 weeks before I did, and now is expecting her first child. No one can argue that she works hard to be what she wants to be.

These are just some inspirational stories. Whatever you want to be, you go for it. You want to travel? Do a bit of research on places you want to go, save up and go. Want to love your job? Find what you love, plan it and work at it. Want marital happiness? Prepare for sacrifices and love every bit of it.

Most importantly, we must know what we want to be and how we can be it. We must love it so much that we will not mind spending the rest of our lives with it. And that thing we want to do give us a purpose in life and make us feel enthusiastic about getting up and starting the day.

Are you ready to go after your pursuits?
Read more »
on Wednesday, April 04, 2007 0
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, April 02, 2007

Bukit Tinggi

Masa berlari dengan sepantas-pantasnya. Di balik kesebokan bangun tido-pergi keja-balik kerja-tido-bangun tido yang infiniti, sudah seminggu berlalu dengan takde maknanya. Maka, sudah seminggu jalan-jalan bersama my sister tak dihapdetkan!

Hmm... apakah aku dah hilang minat berkobar-kobar untuk menulis blog? Aku sudah semakin malas mencoret-coret di sini akhir-akhir ni.

Anyway, minggu lepas ada sedikit kelainan dari rutin hidup yang gila-gila bosan. Minggu lepas dan awal minggu ni, kakak aku datang ke KL dan ajak tido di Hotel Mutiara. Hotel Mutiara, tau? Hotel Mutiara ialah hotel idaman kami. Maka hari Ahad hingga malam Selasa, kami bersuka-ria di hotel Mutiara.


Ini ialah kakak aku yang chumell...

Kami ambil dia di KL Sentral, breakfast di Bangsar dan kemudian pergi ke hotel untuk check in. Bila masuk ke dalam bilik, ada sebuah bakul sarat makanan sedang menanti di atas meja tulis. Di meja tepi pulak ada sebuah kotak berisi coklat yang sedap! Marveles!

Kami tak berlengah-lengah menikmati coklat Tiffins tu. Mmm... Sedapnya. Tapi baru nak attack bakul tu pulak, kakak aku tetiba nak check dulu sama ada bakul tu memang patut ada di situ atau dah silap bilik?? Rupa-rupanya, bakul tu dengan coklat Tiffins tu adalah untuk orang lain. Hehe. Tapi dah ngap dah, so tak boleh buat apa la yek. Sapa suruh letak di bilik kami??

Bakul misteri yang menjadi topik hangat pada pagi tu

Ini ialah coklat yang paling sedap penah aku rasa


Bakal hadiah hari lahir aku yang akan datang *mesej bermakna utk Suami Terchenta*


Sebelum tu, mari aku ceritakan kisah lucu. Suami terchenta telah pergi meletak kereta sebelum naik ke bilik. Aku telefon dan mengatakan, 'Bilik sembilan belas-tiga belas ya?' dan dia pun repeat sambil kata 'OK'. Lima belas minit berlalu. Aku sudah risau. Mesti dia sudah ketuk pintu bilik yang salah dan seorang perempuan cantik membuka pintu lalu menarik suamiku yang hensem itu lalu dia tak boleh buat apa-apa (atau tak mau buat apa-apa). Aku telefon sekali lagi.

'Abang kat mana?'
'Tak jumpa bilik.'
'Kenapa?'
'Salah bilik.'
'Bilik 1913 la sayang...'
'Ye ke? Abang dah pergi bilik 1903...' Ada nada kesal di corong telefon.
'Sapa yang bukak pintu?'
'Perempuan...'
'Cepat ke sini.'
'OK.'

Akhirnya Suami Terchenta sampai. Petang tu, kami dapat tau rupa-rupanya bilik yang diketuknya tu ialah bilik kawan kakak aku. Sungguh malu! Sungguh lucu jugak! Muahaha! Bayangkan kawan kakak aku tu ingat suami terchenta nak amik gambar dia sebab suamiku yang blur itu tengah bawak kamera. Huhu..! Lain kali aku cuma akan sms untuk mengelakkan kesilapan kronik ni.

Lepas berehat sekejap, kami pun keluar. Destinasi ialah ke Bukit Tinggi Resort, tempat yang ala-ala kat negara France tu. Perjalanan ke France mengambil masa 1 jam lebih. Kena bayar RM16 seorang. Huhu..! Kami dilanda kemelesetan ekonomi sekejap. Bila sampai di sana, kami parking dan terus berjalan-jalan sambil amik gambar:

Posing dengan matahari terpacak di kepala ala-ala di Paris

Paris sungguh panas...

Welcome to Paris, Malaysia

Kami sempat singgah makan di salah sebuah restoran pizza di bandar France tu sebelum meneruskan perjalanan ke haitt! Jepun. Ni pulak ialah gambar-gambar di Jepun (aku sudah semakin malas + mengantuk untuk buat liputan lanjut perjalanan luar negara kami):

Viva el Japan! *Apa-apa je la...*

Anggun dengan busana biru

Bagi ikan makan ialah aktiviti pastime kegemaran aku *yummy!*

Last sekali, ini ialah aksi ganas aku yang tidak boleh ditinggalkan. Para isteri, tolong jangan ikut aksi ini ya!

Tendangan Super Saiya!
Read more »
on Monday, April 02, 2007 0
Share this!
Tags
Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, March 27, 2007

The Point of Reflection

Last week, I cleared off most of the memos. All the memos are important. Department lain dah bising mintak itu ini. We have approximately 5 weeks to prepare an event. Yet, only 1 memo was signed. Last week, I sent a draft SOP to be cleared off. I never got any reply despite several reminders I sent.

It's really frustrating to work like this, isn't it? I have my own deadlines to achieve and it takes a helluva of a time to get past the approval phase. Tell me why I shouldn't get frustrated.

My boss is the most de-motivated person around. I do understand & I sympathise with the circumstances. But please la. While my assistant handles everything he is supposed to handle (including his travel claims, etc), I have to handle my assistant's work AND my work, on top of it. Tell me why that should not make me irritated with my boss.

Even the Finance Manager once, in a berrated way told us, 'I have 3 staffs over there, you have three staffs over here. Why can't you help us?' We start to do head-count and concluded he counted my boss' staffs as my assistant+me+me. Apparently, I'm a double-entry. Then I start to worry about how the company is faring when the Finance Manager can't even do head-count properly.

I guess this is the point of reflection. I am in the worst spot in my life - stuck with the work I love in a place I hate. Tough choice, Carneyz. Still, as I say - even the exit is forward.
Read more »
on Tuesday, March 27, 2007 0
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Krabat Kramat
    38 minutes ago
  • KasihkuAmani
    1 hour ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 hour ago
  • Miles of smiles
    3 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 hours ago
  • My Small World
    4 hours ago
  • KakmimDotCom
    4 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    4 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    5 hours ago
  • Travel My Way
    7 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    7 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    15 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • mrhanafi.com
    17 hours ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Inilah Shaizhar
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • Sunah Sakura
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Drawing the Words
    3 days ago
  • Anies♥You
    4 days ago
  • Aku Sis Lin
    4 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    4 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    5 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    5 days ago
  • Mreneyoo
    5 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.