So I bought this:
Having this means I don't have to dig into my pile of headscarves anymore, i.e. no more messy wardrobe :)
Dah seminggu lebih blog ni bisu. Kaku. Pekak. Ini ialah perkara yang sangat dikesali, tapi memandangkan Suami Terchenta tak menghiraukan permintaan saya untuk buat programming yang membolehkan blog dihapdet secara telepati, maka perkara ni tinggal perkara yang dikesali. Ada sesiapa yang boleh tolong saya? Hahaha! Kamu memang super programmer!
Ok, sekali lagi ditekankan di sini, bahawa saya:
- Seboks! Saya terpaksa kerja siang dan malam demi mencari rezeki. Walaupun saya teringin nak bersenang-lenang macam orang lain hapdet blog setiap hari di pejabat, saya tak punya waktu yang banyak. Walaupun saya bakal berhenti kerja, saya tetap kena selesaikan pekerjaan ni. Nama pun mencari rezeki kan?
- Saya sebok sampai kena masuk ofis pada hujung minggu. Ini ialah puncak kesebokan saya. Selalunya saya benci dermakan waktu senang-lenang saya utk pekerjaan (sebab saya tak boleh claim OT! Huh! Siapa yang buat peraturan tak munasabah ni!) tapi ni ialah kes luar tabii. Eh. Jangan guna perkataan sesuka hati boleh? Nanti kamu semua yang otak kaler2 akan fikir yang bukan2. Hoho.
- Saya sebok sampai saya terpaksa membakar minyak waktu malam (burn the midnight oil) sampai pukul 3 pagi. PADA HARI AHAD, tau! Ini ialah tahap kebizian di luar dunia.
So, sampai sini saja saya membebel. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian.
Dunia gelap. Lepas tu cerah. Lepas tu CPU hang.
Hari ni saya rasa nak pitam je. Mungkin sebab otak saya terkejut. Baru hari Jumaat tu gumbira bagi ikan makan di Pulau Manukan. Hari Sabtu pulak gumbira menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu dan cicah kaki di Poring Hot Spring. Hari Ahad, bersuka-ria projek shopping mania dan cuci mata (sampai Suami Terchenta ‘ikat’ tangan sebab tak kasi masuk Pasar Filipin lagi).
Tiba-tiba hari Isnin menyerang. Surat jemputan Exco! Teks ucapan Menteri Besar! Artwork dah siap ke belum! Senarai jemputan dah finalize ke belum! Meeting 8hb di Johor! Huha huha huha!
Mana tak sel2 otak dari happy-happy terus macam kena renjatan letrik.
Sepatutnya saya ambil cuti sehari, tukar program ‘Holiday.exe’ ke ‘Work.exe’. Tapi, saya tahu kalau saya ambil cuti, takde sapa yang akan buat kerja. Huwaargghhh! Kenapa saya macam bos merangkap kuli eh?