Dah seminggu lebih blog ni bisu. Kaku. Pekak. Ini ialah perkara yang sangat dikesali, tapi memandangkan Suami Terchenta tak menghiraukan permintaan saya untuk buat programming yang membolehkan blog dihapdet secara telepati, maka perkara ni tinggal perkara yang dikesali. Ada sesiapa yang boleh tolong saya? Hahaha! Kamu memang super programmer!

 

Ok, sekali lagi ditekankan di sini, bahawa saya:

 

-          Seboks! Saya terpaksa kerja siang dan malam demi mencari rezeki. Walaupun saya teringin nak bersenang-lenang macam orang lain hapdet blog setiap hari di pejabat, saya tak punya waktu yang banyak. Walaupun saya bakal berhenti kerja, saya tetap kena selesaikan pekerjaan ni. Nama pun mencari rezeki kan?

-          Saya sebok sampai kena masuk ofis pada hujung minggu. Ini ialah puncak kesebokan saya. Selalunya saya benci dermakan waktu senang-lenang saya utk pekerjaan (sebab saya tak boleh claim OT! Huh! Siapa yang buat peraturan tak munasabah ni!) tapi ni ialah kes luar tabii. Eh. Jangan guna perkataan sesuka hati boleh? Nanti kamu semua yang otak kaler2 akan fikir yang bukan2. Hoho.

-          Saya sebok sampai saya terpaksa membakar minyak waktu malam (burn the midnight oil) sampai pukul 3 pagi. PADA HARI AHAD, tau! Ini ialah tahap kebizian di luar dunia.

 

So, sampai sini saja saya membebel. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .