• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, January 06, 2009

Jen's Wedding

Jen ialah sahabat baik saya. Walaupun dia seorang yang suka membebel, tapi hati dia sangat baik. Gila baik punya. Dulu, masa saya takde rumah, Jen la yang berbaik hati menumpangkan saya (dan tikar buruk saya) di rumahnya. Hahaha! Kami sama2 lompat & histeria bila ada lipas gatal yang lalu-lintas di depan bilik saya. Lipas sengal. Tak lama kemudian, lipas tu telah menjadi arwah dengan selamatnya.

Sabtu lepas, sahabat baik saya Jen telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan dia. Hoye! Jen, tahniah! Kamu pengantin amoi yang sangat cantek!

Mr & Mrs Chen

Buat pertama kali dalam hidup saya, pergi majlis perkahwinan Cina. Buat pertama kali jugak, kami datang pukul 8.00 pagi. Woah, sungguh teruja. Pergi kenduri kawen sama macam pergi kerja. Keluar rumah dengan mata sembap, terpaksa la saya cover dengan make up tebal. Suami Terchenta pun menguap2x. Macam kami pulak yang nak kawen.

Singgah mengambil Aini si budak comel sekejap. Dia lagi lambat bersiap walaupun kami terpaksa pandu lalu dengan perlahan-lahan cari pintu pagar kayu (hampeh betul). Sampaikan pengantin baru telefon tanya dah sampai ke belum. Hahaha. Pengantin baru ni. Buat2 macam pengantin, boleh tak?

Saya dan Aini si budak comel sementara menunggu rombongan pengantin lelaki dan kawan2 pengantin perempuan selesai berunding

Bila kami sampai, rupa2nya rombongan pengantin lelaki dah sampai dulu. Pintu pagar dah dikunci. Kami terpaksa la tunggu di luar sambil tengok pengantin lelaki dan kawan2 didera. Owh, sesiapa yang rasa nak kawen tu susah, cubalah kawen dengan amoi! Kamu akan disuruh:

Pumping, ok!

Tampal pelekat wax di kaki dan cabut! Nasib baik kawan pengantin perempuan yang bawak stiker wax ni datang lambat. Terselamat la rombongan pengantin lelaki dari 'penyeksaan' ni...

Bayar tol kepada penjaga pintu... Kalau Suami Terchenta terpaksa buat semua ni, agaknya dia dah balik awal2. Susah betul nak kawen kan. Apa nak buat. Cinta punya pasal.

Akhirnya, berjaya! *pumps fist*

Pasangan yang sangat secocok, En. & Puan Chen

Wife: 'What do you mean??? You forgot to bring the ring???' Hubby: 'Oh, crap.'

Malangnya, En. Suami terlupa bawa cincin kawen. Nasib baik Jen tak histeria.

Acara seterusnya ialah menghidangkan teh kepada orang yang lebih tua sebagai tanda hormat:

Mengingatkan saya peristiwa semasa saya & Suami Terchenta masih pengantin baru. Suami Terchenta menghidangkan 'teh cina' kepada tetamu2 kami. Tak de siapa pun yang berani tegur.

Tahniah Jen! Kamu dapat hadiah voucher

Suami Terchenta, saya, Aini si budak comel, Encik & Puan Chen

Di rumah pengantin lelaki pulak. Sekali lagi, upacara hidang teh kepada saudara-mara pengantin lelaki.

Ini ialah anak kepada abang ipar Jen. Budak ini sangat comel. Hopefully, Little Junaidix nanti akan memiliki pipi yang tembam macam budak ini.

Bila kami dah berjumpa, ni lah yang berlaku:

Ha-ha-ha sana sini... Tak pedulikan tetamu2 yang lain.

Aini sebok bercerita sesuatu

Cerita Aini sangat panjang sampai Jen tarik kerusi dan duduk sambil dengar Aini bercerita.

Jen: ' This is where it's going to happen.' Us:'What will happen Jen?' (Ini ialah rekaan semata2)

Sebenarnya Jen sedang menerangkan adat-resam Cina di bilik pengantin. Lagaknya macam pemandu pelancong di muzium pulak. Muahaha!

Akhir sekali, mari ambil gambar bertiga pulak:

Selamat pengantin baru, Jen!

Sebenarnya kami nak buat lambang bintang 5-bucu, tapi kekurangan dua tangan yang lain i.e. tangan En. Chairman & Survivor yang ganas. Kamu berdua, saya terasa nak gigit kamu (Aini boleh gigit En. Chairman bagi pihak saya) kerana sekarang dah buang persahabatan Fab5 kita jauh2x...

Apapun, diucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jen! :) May you be happy together, forever my dear-rie... Don't forget us after you got hitched, or I will also gigit you ok!
Read more »
on Tuesday, January 06, 2009 0
Share this!
Tags
Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, January 01, 2009

A Recap of 2008

January:

1. We went to Penang for Msjbox Holiday trip
2. We bought our first house!
3. The giant MNC called me for interview (yikes!)

February:
1. I nearly went crazy preparing for a big event, going back & forth KL & JB almost every week!
2. We went to Madrid, Spain! :)

March:
1. Despite my busy-ness, we went for an unplanned trip to Pulau Pangkor. Fantastic! Will definitely go there again.

April:

1. We rescued a cute little kitten from the drain, later named 'Rio' a.k.a. Mr Smelly!
2. Rio went MIA! Huaargh!! I miss you, smelly kitten!
3. I got a new job with the giant MNC!
4. I tendered my resignation. Bye, bye Mr Trump (but actually, I felt sad to leave).

May:
1. The event took place AT LAST!
2. My last day at my old office.
3. We went to KK for a holiday!

June:
1. I started my new job.

July:
1. Went to Miri for work, visit my sisters & missed my flight back to KL. Typical me.

August:
1. I discovered that I got pregnant... with possibility of twins.
2. I had to be kept at home for 2 weeks and it drove me crazy.

September:
1. I don't remember September that much, because I was too sick.
2. One of the babies did not develop. We're left with only one.

October:
1. We lost the other baby. Al-Fatihah to our little one.

November:
1. I had to attend orientation course for 2 weeks in Bangi!
2. Ainie, Jen & I finally met up again after 2 years!

December:


1. We went to Cameron Highland for our 1st celebration of our 2nd anniversary!
2. We went to Singapore for our 2nd celebration of our 2nd anniversary!
3. Msjbox Holiday is back, this time at Sedili, Johor!

- Phew! What a year...
Read more »
on Thursday, January 01, 2009 0
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, January 01, 2009

2009 Resolutions

....

To have more fun.

How about that?
Read more »
on Thursday, January 01, 2009 0
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, December 31, 2008

Jalan2 di Singapore - Part 2

Lepas lunch, Kak Moralle & family balik sebab suami Kak Moralle kena masuk kerja. Kami pulak meneruskan sesi cuci2 mata di Singapore. Mula2 kami berjalan2 di sekitar Arab St (serupa Jalan TAR, tapi omigod, saya sangat berkenan dengan kain2 yg dijual di sini, ok! Sangat cantek!)

Jalan2 di SingaporeMasjid Sultan

Jalan2 di SingaporeMula2 kami teringin nak naik bas ni, tapi harga tiketnya membantutkan hasrat kami. Lebih baik jalan kaki saja

Jalan2 di SingaporeLalu saja di bawah ni, anda akan dicaj! Lebih kurang macam Smart Tag la

Dari Arab St, kami bergerak ke Bugis St:

Jalan2 di SingaporeBugis Square

Jalan2 di SingaporeSempat singgah di Bugis Street beli souvenir utk kawan2 & diri-sendiri

Jalan2 di SingaporeBangunan yang unik

Dari Bugis St, kami naik MRT ke Orchard Road yang femes sebab banyak shopping complex:

Jalan2 di SingaporeSuami Terchenta posing depan Orchard Road

Jalan2 di SingaporePokok Krismas yang bengkang-bengkok

Jalan2 di SingaporeTempat P Ramlee berlakon dulu2

Dari Orchard Road, kami naik pulak MRT ke Choa Chu Kang (bukan Pua Chu Kang ok) sebelum ambik bas ke Night Safari.

Jalan2 di SingaporeDi Choa Chu Kang Station nak pergi ke Night Safari (tiket bas lebih kurang SGD1.50 sorang)

Jalan2 di SingaporeSila naik bas ini nak ke Night Safari

Dulu saya pernah pergi dengan kawan2 seofis, memang seronok. That's why la saya beria2 ajak Suami Terchenta ke sana sekali lagi. Tapi...

Jalan2 di SingaporeTengok jelah queue nak beli tiket pun dah panjang!

Jalan2 di SingaporeQueue nak naik tram 10x lebih panjang! Kami beratur dari pukul 8pm smp 9.45pm!

Jalan2 di SingaporeSampai Suami Terchenta berubah jadi Hulk. Huhu.

Memandangkan kami kesuntukan masa dan sangat penat, kami bercadang nak naik Tram saja.

Jalan2 di SingaporeEntrance tiket + tram ride = SGD32 seorang.

Bila dah bayar untuk 2 orang, duit kami tinggal 4 dollar je. Sadis.

Jalan2 di SingaporeTengok duit Singapore puas2 sebelum ia habis dibayar untuk masuk Night Safari

Jalan2 di SingaporeAKHIRNYA! Tram kami sampai. Tunggu tram sampai lenguh2 kaki

Sepatutnya, pihak management Night Safari bagi warning kat semua tourists yang queue nak naik tram sgt panjang supaya tourist macam kami yang kena balik ke JB sebelum midnight tak perlulah bersusah-payah beratur lebih sejam. Nampak sangat mereka tak bertimbangrasa kepada tourists. Huhu.

Jalan2 di SingaporeDi kedai souvenir Night Safari

Jalan2 di SingaporeSebelum balik, sempat bergambar lagi

Itu jelah cerita jalan2 Singapore kami. Kecuali pengalaman bosan beratur panjang di Night Safari, yang lain memang indah2 belaka. Tak rugi kami habiskan SGD100 untuk ronda2 di sana. Thanks sekali lagi kat Kak Moralle yang datang ambik & hantar kami ke Raffles St & Kranji MRT Station sebelum balik, dan belanja kami makan lagi :) Lain kali turun ke Singapore, mungkin kami akan berjalan2 di Sentosa Island pulak.

p/s: Rosli (Tuah), jangan nak ngelat dari tugas sbg tour guide kami! :p Hehehe.
Read more »
on Wednesday, December 31, 2008 0
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, December 30, 2008

Cuti2 Singapura - Part 1

Suami Terchenta sudah ketagih.

Sejak balik dari Madrid beberapa bulan lepas, Suami Terchenta sudah bersemangat waja. Nak bercuti2 di luar negara. Apa nak buat. Suami Terchenta sudah jadi international. Salah siapa? La~la~la~la~la~....

Demi memenuhi impian Suami Terchenta, saya ajak dia ke luar negara. Susah apa? Passport dah ada. Tinggal nak tukar duit je. Tiket kapal terbang? Tak payah. Sebab apa? Sebab luar negara itu ialah SINGAPURA.

Oh my God, nak ke seberang tambak pun nak kecoh seluruh dunia. Apa nak buat. Kami bukan selalu pun makan angin di seberang laut. Walaupun saya sudah banyak kali juga masuk ke Singapura atas urusan2 kerajaan (kerjalah, apa lagi).

Nasib baik ada Kak Lin. Kak Lin bermurah hati hantar kami ke Larkin supaya kami tak perlu risau tinggalkan kereta di JB. Sebelum bertolak ke Singapore, wajib isi white form dulu:

white form SingaporeSalinkan maklumat di dalam passport ke dalam white form

white form SingaporeJangan lupa isi kat sini ye bang...

Kami naik Bas SBS 160 ke Queen Street tapi kami berhenti di Kranji MRT Station. Kak Moralle sekeluarga berbaik hati nak hantar kami ke Raffles Street, iaitu ke tempat landmark Singapore yang paling femes - singa berbadan ikan duyung (a.k.a. Merlion). Suami Terchenta lah yang beria2 nak bergambar dengan binatang aneh tu. Saya iyakan aje.

Sebenarnya, saya nak tengok wajah baru CIQ complex Johor. Dulu, bangunan imigresen Tg Puteri tu mak aih, buruk lagi usang! Saya sebagai warganegara Malaysia pun rasa malu dengan Singapore. Sekarang tidak lagi. CIQ complex tu sangat cantek! I loike! (Tapi nak berjalan ke terminal bas, sangat la jauh!)

CIQ JohorWajah baru terminal bas di kompleks CIQ Johor yang baru. Cantek, seyh...

Sampai2 di Woodland, Suami Terchenta call Kak Moralle. Rupa2nya mereka lambat lagi. So, kami pun decide meneruskan perjalanan ke Kranji MRT Station. Ingatkan nak pergi ke Raffles St tu naik MRT saja. Tapi, Kak Moralle call dan suruh tunggu di situ. Dia akan hantar kami ke sana.

SingaporeSignboard di Kranji MRT Station. Lebih kurang naik subway di Madrid, tapi tak sekompleks di sana

SingaporeWelcome to Singapore, bebeh!

SingaporeSuami Terchenta posing depan Merlion muntah air

SingaporeHoneymoon kali ke-??? di depan Merlion lagi

SingaporePosing depan Theatre on The Bay

SingaporeJalan2 di Esplanade Park

SingaporeNo parking or dropping passengers di line zigzag ok!

SingaporeEn. Suami posing di depan Cavenagh Bridge & Fullerton Hotel (rasanya)

SingaporeBoat Quay ya, tuan2 & puan2...

SingaporeIni pulak ialah Clarke Quay, tempat aku meeting dulo2

SingaporeAda air pancut di Clarke Quay. Clarke Quay pon sangat menarek hati kami, tapi menurut org Singapore, tempat ni lebih happening waktu malam
SingaporeSiapa nak naik Duck tours, kenderaan yang boleh jalan atas darat dan juga dalam air, sila angkat tangan & kaki!

Tengahari pulak, Kak Moralle call tanya kiteorang kat mana. Kami pergi makan bersama2 di Restoren Zam-Zam di Arab St. Lunch kami ditaja oleh Kak Moralle (Makaceh, Kak Moralle!)

SingaporeJalan2 cari makan di Singapore Zam Zam

nasi briyani SingapuraNasi beriani Singapore yang sedap

Murtabak SingapuraMurtabak kambing Singapore

Kak MoralleKak Moralle dan keluarga yg bermurah hati belanja kami makan di Singapore

Oleh sebab entri ini sangat panjang, cerita selanjutnya i.e. jalan2 ke Night Safari saya akan sambung esok. Sebab. Sekarang saya sangat mengantok. Esok pun kena bangun awal, nak kerja. Ok, jangan nakal2 & selamat malam!
Read more »
on Tuesday, December 30, 2008 0
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    5 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    6 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    7 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    9 hours ago
  • SURIA AMANDA
    9 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    12 hours ago
  • KakmimDotCom
    14 hours ago
  • Blog Anamizu™
    14 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    15 hours ago
  • My Small World
    15 hours ago
  • Miles of smiles
    16 hours ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Asa Blog
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • a m m i
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • Anies♥You
    3 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    3 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    3 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Ainihalim
    5 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Amie's Little Kitchen
    5 days ago
  • orangbukit
    6 days ago
  • Mreneyoo
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 weeks ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    4 weeks ago
  • Afzan Sidi
    4 weeks ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.