• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, September 05, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian Akhir)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 4)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 5)

Hari terakhir di Cameron Highlands, pagi-pagi lagi kami berjalan-jalan di Pasar Brinchang sementara tunggu pukul 9.30 pagi untuk ke pick up point Taman Flora.

Banyak benda menarik kami jumpa di sini. Anak-anak pulak sibuk nak beli buah tangan untuk rakan-rakan sekelas. Apa lagi kalau bukan keychain.

Pasar Brinchang
Walaupun cuaca pagi sejuk, tapi ramai je yang beli aiskrim popstick ni

Pasar Brinchang
Ada banyak perisa yang dijual di sini

Pasar Brinchang
Perisa strawberry antara yang paling popular

Pasar Brinchang
Tengok, gembiranya makan aiskrim pagi-pagi yang sejuk tu!

Selain dari aiskrim, aku jugak beli kek dalam cawan dari Ori Cake House ni:


Pasar Brinchang

Pasar Brinchang
Ada tiga perisa kek - tiramisu, coklat Nutella dan kek keju strawberry

Pasar Brinchang
Yang ni lebih sesuai untuk bawa balik sebagai buah tangan atau dikongsi beramai-ramai

Kami memang tak plan memborong sayur-sayuran Cameron Highlands sebab peti sejuk di rumah kecik je, cukup sekadar beli jagung mutiara dan jagung susu 8 ketul dan 3 jenis sayur-sayuran.


Pasar Brinchang
Jagung Cameron Highlands ni memang manis dan juicy

Pasar Brinchang
Cili paling besar aku pernah jumpa!

Pasar Brinchang
Sayur pucuk labu Siam

Mak macam biasa, cuci-cuci mata tengok bunga-bunga dan kaktus yang dijual di sini:


Pasar Brinchang
Comel-comel belaka kaktus mini ni

Pasar Brinchang
Ni kalau sepupu aku yang gila kaktus mini nampak mesti dia rambang mata!

Pasar Brinchang
Kaktus berwarna-warni

Pukul 9.30 je, kami terus gerak ke pick up point Flora Park. Jalan kaki dalam 5 minit je dari guest house. Nak ke sana, kena naik trak 4WD sebab jalannya tak sesuai untuk kereta masuk, lagipun takde tempat letak kereta pun kat situ.


Flora Park Cameron Highlands
Naik trak ni percuma je

Sampai di Flora Park, kami terus terpesona tengok dinding kiri kanan dihiasi dengan bunga-bunga petunia berwarna-warni di sepanjang laluan masuk ke tempat masuk Flora Park. Tiket ke sini memang agak mahal - RM50 untuk dewasa manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak dikenakan bayaran.


Flora Park Cameron Highlands

Flora Park ni dibahagikan kepada beberapa bahagian. Lepas bayar harga tiket, kami diberi satu peta susun atur Flora Park untuk rujukan. Yang penting kena tau kat mana tandas! 😂


Flora Park Cameron Highlands
Bahagian pertama lepas masuk ke taman

Flora Park Cameron Highlands
Purple Wall

Flora Park Cameron Highlands
Sekejap-sekejap berhenti ambik gambar bunga cantik

Flora Park Cameron Highlands
Subhanallah, cantiknya bunga ni!

Bahagian Hobbit House ni hanya boleh dimasuki oleh pengunjung yang ambik pakej minum petang. Bagi aku pakejnya sangat mahal (RM388 untuk 2 orang) untuk set minum petang. Mungkin Instagrammers, influencers atau honeymooners je yang sanggup nak ambik pakej dengan harga tu.


Flora Park Cameron Highlands
Hobbit House

Kami berhenti rehat di Kafe M sambil menikmati hiasan-hiasan menarik di kafe ni.


Flora Park Cameron Highlands

Flora Park Cameron Highlands

Flora Park Cameron Highlands
Beli aiskrim yogurt perisa Sakura dan Belgium Chocolate

Flora Park Cameron Highlands
Bahagian hujung sekali indoor garden

Kami ambik masa sejam lebih jugak berjalan-jalan di indoor garden, lepas tu patah balik ke tempat masuk sebelum menuju ke outdoor garden.

Outdoor garden ni sebenarnya banyak juga tempat menarik untuk ber photo shoot tapi itulah, kadang-kadang bosan jugak tunggu pengunjung lain yang ambik masa bergambar di tempat-tempat menarik contohnya di tangga putih ni.


Flora Park Cameron Highlands
Khayla bosan tunggu couple kat bawah ambik gambar lama sangat, dia pergi duduk kat tangga atas tu!

Macam biasa, bab yang leceh ialah memanjat tangga nak ke puncak dalam keadaan cuaca panas terik. Last-last aku cuma mampu sampai ke tempat duduk bulat ni je, ambik gambar dengan Suami Terchenta.


Flora Park Cameron Highlands

Lepas tu aku turun balik dengan mak sebab takut dia terjatuh. Lagipun aku malas nak tunggu giliran ambik gambar, lebih-lebih lagi kalau yang ambik gambar tu ialah Instagrammer. 10 kali posing belum tentu dia puas hati dengan gambar sendiri, lepas tu kita ni pulak tercongok je tunggu sampai dia puas hati baru bagi laluan kat orang lain. Begitulah ragam manusia yang melatih kita bersabar kan.

Dengan tu berakhirlah catatan perjalanan kami di Cameron Highlands tahun ni. Semoga ada lagi rezeki untuk ke sana Insha Allah.

Read more »
on Monday, September 05, 2022 22
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, September 04, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 5)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 4)

Sebenarnya niat asal nak makan kat 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Tanah Rata, tapi memandangkan ramai sangat yang pergi situ kami pun tukar plan makan kat Opah Strawberries & Jams. Restoran dua ni bersebelahan je pun.

Jalan nak ke sini memang sesak, jangan harap dapat parking depan-depan restoran. Sudahnya Suami Terchenta drop off kami depan restoran lepas tu pusing taman cari tempat parking. 


Ramai jugak yang masuk ke sini tapi nasib kami baik ada meja kosong

Nampak tak kod QR atas meja tu. Scan lepas tu order la makanan

Aku tak galakkan korang bayar online sebab time aku tengah-tengah bayar tiba-tiba takde line pulak. Adeh... Mujur masuk jugak order tu dekat cashier kat depan.


Ni la rupanya nasi lemak sambal strawberry. Ada telur goreng, ayam goreng, serunding dan sambal strawberry

Lepas makan tengahari, moh le kita pegi bakar lemak panjat tangga ke Boh Tea Centre.


Tangganya pendek-pendek, jadi tak de la semput sangat nak panjat!

Boh Tea Centre
Kalau bawak baby kecik, orang tua, perempuan mengandung atau orang yang sakit lutut, disarankan drop off dieorang kat puncak sebab naik tangga ni mencabar jugak

Boh Tea Centre
Khayla sempat bergambar sementara tunggu aku dan neneknya gigih panjat tangga 😂

Boh Tea Centre
Dah sampai!

Boh Tea Centre
Bergambar kenang-kenangan denga mak kat atas ni

Boh Tea Centre
Dah penat memanjat tangga, terus lapar balik jadi kami minum petang kat sini. Pelbagai kuih-muih yang menarik dijual kat sini

Boh Tea Centre
Antara perisa kek yang unik di sini - kek keju cendol

Boh Tea Centre
Baca review dulu ada kek nasi lemak tapi agaknya sebab tak dapat sambutan sekarang dah takde

Boh Tea Centre
Salted egg pineapple cheese cake - apa agaknya rasanya.

Boh Tea Centre
Pilihan minum petang kami - teh tarik seteko, scones dan donut mini gebu-gebas

Boh Tea Centre
Selfie dulu

Boh Tea Centre
Sambil makan, sambil menikmati view yang cantik dan redup mata memandang

Boh Tea Centre
Lepas makan, kami ke bilik AV untuk menonton video tentang proses pembuatan teh

Boh Tea Centre
Alat mengisar daun teh satu masa dulu sebelum digantikan dengan alat moden

Boh Tea Centre
Mak dan bakul daun teh

Boh Tea Centre
Sebelum balik singgah dulu di kedai cenderahati barangan teh

Boh Tea Centre
Aku beli sekotak teh Earl Grey (RM9++)

Boh Tea Centre
Sebelum balik sempat lagi mak berangan-angan berlakon cerita Hindustan! 😂

Total belanja keseluruhan:
Makan nasi lemak di Opah Strawberries & Jams termasuk minuman utk 5 orang: anggaran RM150
Makan dan minum di Pusat Teh Boh: anggaran RM50.
Read more »
on Sunday, September 04, 2022 14
Share this!
Tags
Dining, Malaysia, Restaurant and Outlet, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, September 03, 2022

Kempen derma pakaian terpakai di Masjid UPM Serdang

Bulan Julai lepas, aku ada share pasal kempen derma pakaian terpakai di Masjid UPM Serdang.

Derma pakaian Masjid UPM

Bukan setakat baju, malah kasut dan permainan terpakai pun boleh dihantar ke sini.

Aku memang dah siap-siap asingkan baju ikut condition baju - yang dah koyak dan lusuh aku hantar ke H&M untuk dikitar semula.


Kitar semula pakaian H&M

Setiap penghantaran satu bakul penuh baju dapat baucer diskaun 15%, lain kali boleh gunakan untuk beli baju di H&M. Maklumlah anak-anak cepat membesar sekarang.


Kitar semula pakaian H&M

Ok, back to kempen derma di Masjid UPM Serdang.

Hari ni aku dan Suami Terchenta angkut semua baju-baju yang masih elok dan kasut-kasut ke dalam kereta. Kasut-kasut tu semuanya elok-elok lagi - kasut anak-anak yang dah tak muat dan juga kasut-kasut pejabat yang aku memang tak akan pakai lagi. Kebanyakan kasut aku tu berjenama Hush Puppies sebab tu sayang nak buang walaupun dah bertahun-tahun guna (kasut Hush Puppies ni alah membeli menang memakai). Harapnya akan diberikan kepada para pelajar yang baru nak memulakan alam pekerjaan dan masih belum mampu membeli kasut berjenama.

Bila kami tiba di pekarangan masjid UPM, memang ada polis bantuan yang menunjuk arah ke tempat pengumpulan baju-baju terpakai. Yang bagusnya, semuanya teratur dan sistematik. Kami tak payah turun dari kereta dan angkut keluar barang-barang terpakai tu sebaliknya para mahasiswa yang ada kat situ tolong keluarkan dan masukkan ke dalam guni putih tu.


Derma Pakaian Masjid UPM

Derma Pakaian Masjid UPM

Tak sampai 5 minit dah selesai. Sangat efisyen.

Lepas hantar baju-baju terpakai, Suami Terchenta nak cari tempat makan tengahari. Kami pun cari tempat makan terdekat melalui Waze dan terjumpa Kafe Beriani Gam Putrajaya dalam 3km dari UPM:


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafenya agak terpencil sikit tapi ada banyak juga kereta-kereta yang parking di tepi kafe.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Ada beberapa pilihan beriani kat sini - beriani ayam, daging dan kambing. Manakala lauknya pulak ada lauk beriani dan lauk kuzi.


Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kafe Beriani Gam Putrajaya

Kami berdua sama-sama pilih nasi beriani kambing dan teh o ais. Harga kesemuanya RM49.20.

Kafe Beriani Gam Putrajaya
Nasi beriani kambing

Bagi aku kuah berianinya agak manis dan isi kambingnya agak liat. Cukuplah sekali je kami singgah makan di sini.

Perjalanan balik ke rumah dirasakan sangat panjang sebab trafik sesak dan jugak macam biasa, lepas makan beriani mata jadi berat sangat. Terpaksa ajak Suami Terchenta berborak-borak sepanjang perjalanan supaya kami berdua sama-sama tak terlelap!

Read more »
on Saturday, September 03, 2022 10
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 02, 2022

Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 4)

Sambungan dari entri ni:

  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 1)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 2)
  • Itinerari ke Cameron Highlands 2022 3 Hari 2 Malam (Bahagian 3)


Hari kedua:

Aktiviti pertama kami nak buat ialah melawat Sheep Sanctuary kat sebelah Pasar Brinchang. Jalan kaki 5 minit je nak ke sini.


The Sheep Sanctuary
Bayaran masuk - dewasa (RM8), kanak-kanak (RM5)


The Sheep Sanctuary
Masuk-masuk je nampak Shaun the Sheep


The Sheep Sanctuary
Suami Terchenta gigih habiskan ubi keledek sebab tak dibenarkan bawak masuk beg plastik ke dalam 

The Sheep Sanctuary
Pukul 9 pagi, kambing biri-biri ni dilepaskan dan dieorang terus meluru ke arah pengunjung-pengunjung!

The Sheep Sanctuary
Tapi ada jugak yang masih terkurung dalam kandang, mungkin kena ikut giliran untuk keluar

The Sheep Sanctuary
Comel je mintak makanan, tak bagi tak sampai hati pulak...

The Sheep Sanctuary
Mak aku terjerit-jerit bagi makan kambing sebab geli katanya

The Sheep Sanctuary
Dalam banyak-banyak biri-biri tu, ada seekor yang bulunya dah dicukur. Memang sedap je nak pegang!

The Sheep Sanctuary
Datang mintak dibelai sambil cuba usha makan kertas kat tangan aku

Biri-biri kat sini semuanya jinak-jinak cuma jangan expect la dieorang reti nak bertimbang-rasa. Jadi kalau sesiapa yang bawak anak-anak kecik bawah 3 tahun tu kenalah pegang tangan setiap masa sebab kalau kambing ni dah nampak makanan, silap-silap boleh tergolek tangga budak tu kena langgar dengan kambing-kambing ni huhu...

Setiap pembelian tiket akan dapat kupon RM1 x 3 keping untuk beli makanan / minuman kat Puku Cafe.


The Sheep Sanctuary
Satu kupon cuma boleh guna untuk setiap pembelian makanan

Ice cream croissant
Kami beli croissant sebab tak breakfast lagi

Sementara kami makan anak-anak sambung layan kambing biri-biri. Dah kenyang dieorang duduk diam-diam. Sambil makan, aku perhati ada jugak budak-budak kecik yang memang takut dengan kambing. Menangis-nangis kena paksa mak ayah beri makan kambing. Mana la budak-budak tak takut, kambing tu sama besar dengan dieorang. Patutnya mak ayah dukung sambil bagi makan kambing, mungkin kurang sikit takut anak tu.

Khadeeja pun takut jugak nak bagi makan kambing tapi korang tengok la ni...


The Sheep Sanctuary
Sesi luahan perasaan dengan kambing ke dik?

Total belanja kat Sheep Sanctuary:
Tiket - RM34 (3 dewasa, 2 kanak-kanak)
Makan/minum kat Puku Cafe - anggaran RM50

Selesai sesi beramah mesra dengan biri-biri, kami meneruskan perjalanan untuk misi mencari ladang strawberry. Raju's Hill Strawberry Farm takde strawberry, EQ Strawberry Farm pulak tutup sampai Jumaat. Alhamdulillah akhirnya dekat Healthy Strawberry Farm, barulah ada strawberry untuk dipetik!


Healthy Strawberry Farm

Kami diberitahu dekat sini ada 2 jenis strawberry - strawberry Jepun dan Korea. Strawberry Jepun lebih besar tapi kurang manis. Strawberry Korea pulak kecik-kecik tapi manis.


Healthy Strawberry Farm
Teknik petik strawberry - pegang tangkai dan patahkan, kalau pegang buahnya habis hancur je.

Healthy Strawberry Farm
Ni kali pertama kami dapat petik strawberry di CH. Trip2 sebelum ni memang tak pernah berpeluang, asyik habis je

Healthy Strawberry Farm
Alhamdulillah, dapat jugak merasa pengalaman petik strawberry

Petik satu bekas strawberry dikenakan bayaran RM30 (2 orang). Kalau datang dalam nombor ganjil (berlima atau bertujuh dsb), dia bagi satu bekas kongsi 3 orang. 

Pekerja Bangladesh kat sini pun baik, dia ajar tips camane nak penuhkan bekas supaya dapat petik banyak lagi strawberry. Kami ingatkan dah penuh habis tak boleh nak isi lagi dengan strawberry. Rupa-rupanya banyak lagi ruang yang boleh diisi!

Budak-budak berdua tu enjoy sebab boleh petik strawberry sepuas-puas hati. Bila bekas dah penuh, kami basuh mana yang nak dimakan dan makan di kafe kat ladang tu. Yang nak bawak balik jangan dicuci takut tak tahan lama. Alhamdulillah, manis-manis buahnya.

Next entry, aku sambung pasal makan tengahari di Opah Strawberries & Jams dan melawat ke Pusat Teh Boh (Boh Tea Centre) di Sungai Palas.

Read more »
on Friday, September 02, 2022 12
Share this!
Tags
Family Activities, Lifestyle, Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 02, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Berkata Baik atau Diam

bercakap baik atau diam
Kredit Imej: art4islam.blogspot.com

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” 

(HR Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Ghazali, anggota tubuh yang paling derhaka kepada kita ialah lidah. Pernah dengar tak peribahasa, kerana mulut badan binasa? Bila kita gagal menjaga percakapan kita, dengan senangnya kita boleh terjerumus ke neraka.

Zaman media sosial ni, percakapan bukan sahaja terhad kepada lidah (lisan), malah apa yang kita komen / tulis di media sosial juga merupakan percakapan. Makna percakapan ni ialah berkomunikasi iaitu menyampaikan ayat atau mesej kepada orang lain, jadi apa-apa yang kita taip di Facebook / IG / blog / media sosial lain merupakan percakapan yang memerlukan kita berhati-hati dan berfikir dulu sebelum disampaikan.

Percakapan yang menyakitkan hati orang lain boleh mendatangkan mudarat ke atas diri-sendiri. Ini ialah kerana setiap tutur kata dan bicara kita akan dipersoalkan Allah SWT pada hari pembalasan kelak. Adakah kita sanggup menjawab kenapa kita mengutuk / menghina si polan walaupun sememangnya si polan berbuat salah?

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” (HR Bukhari)

Jadi hendaklah kita berkata baik atau diam kerana dosa lisan ialah dosa yang paling senang terjadi. Sekiranya kita berdepan dengan seseorang jahil, hendaklah kita menyampaikan kebenaran tapi sekiranya si jahil terus berdegil membantah atau menegakkan benang yang basah, maka lebih baik kita pilih untuk diam sebab berdebat dengan orang jahil yang degil memang tak akan menang. 

Namun, ada juga situasi yang memerlukan kita bersuara contohnya menyebarkan ilmu bermanfaat, menjadi saksi yang benar dan memberikan nasihat-nasihat yang baik. Sekiranya kita diam dalam situasi-situasi ini tanpa sebab munasabah, maka kita menidakkan kebenaran dan juga dipertanggungjawabkan atas perbuatan menyembunyikan ilmu / kebenaran.

Pokok pangkalnya, sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Nota kaki: Dulu aku selalu meluahkan perasaan di FB / IG tanpa memikirkan kesannya. Sejak awal tahun ni, aku dah stop update status di FB dan bila ada isu-isu hangat pun aku tahan diri dari meninggalkan komen. Bagi aku FB sekarang lebih bersifat toksik dan mudah menjerumuskan aku untuk berkata perkara yang sia-sia. Aku harap penulisan blog aku cuma menyampaikan perkara yang baik-baik aje. Kalau aku menulis perkara yang menyinggung perasaan, harap kawan-kawan boleh tegur aku ya.

Read more »
on Friday, September 02, 2022 10
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • anajingga
    5 hours ago
  • KasihkuAmani
    5 hours ago
  • orangbukit
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    7 hours ago
  • SURIA AMANDA
    9 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    11 hours ago
  • Miles of smiles
    12 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    13 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    14 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    15 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    15 hours ago
  • Blog Anamizu™
    17 hours ago
  • a m m i
    17 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    18 hours ago
  • My Small World
    18 hours ago
  • KakmimDotCom
    18 hours ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • Ainihalim
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Drawing the Words
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    3 weeks ago
  • Krabat Kramat
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    4 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.