Setiap pagi bila aku bukak IG nak tengok perkembangan terbaru di G4z4 mesti bergenang air mata walaupun dah beberapa bulan berlalu. Aku tak tau la tahap kesabaran orang-orang di G4z4 ni macamana... kalau aku kat tempat dieorang, mungkin aku dah mental kot hari-hari kena hadap kekejaman tentera laknatullah, tiap-tiap har hidup dalam ketakpastian hari ni adakah ajal akan menjemput atau kalau ya, adakah sebab kebuluran, dahaga atau ditimpa runtuhan dari bom Z*on*s.

Setiap hari dieorang menderita, setiap hari dieorang melalui kehilangan yang sangat besar dan ramai kanak-kanak yang hilang keluarga, ramai ibubapa yang hilang anak-anak, tapi kalau tengok video dieorang, dieorang tak sempat nak menangis pun. Dieorang bercerita tentang kehilangan, tentang keluarga yang syahid, tapi air mata dieorang dah kering.

Sometimes kan, aku rasa nak hulur tangan dalam skrin telefon dan peluk anak-anak yatim tu. Kalau la boleh. Take them in my arms and heal their wounds.


"Berlembutlah dengannya wahai bumi, kerana langkahnya sudah lemah, berlembutlah dengan zaman kanak-kanaknya yang rapuh dan sedang dia menginjak dewasa... Berlembutlah, kerana orang-orangnya sedang dahaga, dan kerana penindasan ke atas mereka belum pernah berhenti lagi." (Sumber: IG)


Bila dengar lagu ni, aku cuba selami perasaan orang-orang G4z4 dan rasa... aku tak sekuat dieorang. Sesungguhnya rakyat G4z4 dan P4lestin ialah ahli-ahli syurga sebab walau sekuat manapun tentangan yang dieorang hadap dan satu dunia tak mampu tolong dieorang sebab ada kuasa-kuasa besar yang menghalang, dieorang terus teguh dengan keimanan kepada Allah SWT. Dieorang terus yakin dan percaya Allah sentiasa bersama mereka dan terus bergantung harapan kepada Allah.

Teruskan berdoa dan bantu rakyat P4lestin, kawan-kawan. Semoga kemenangan berpihak kepada orang-orang yang beriman 🇵🇸. Ameen Ya Rabbal Alameen...



 

Take Me In Your Arms

خذني بحضنك
khuzhni bahdanik 
Take me in your arms and embrace me

ابي اغفى آه 
abaghfaa ah
I would like to fall asleep so deep

مبطي ماغفيت
mabti maghafat
Haven't fall asleep for too long

وإن لمحت دموع عيني
w'ii-lamahta dumu 'aini
And if you see my tears

سوي نفسك ما لمحت
sawiun nafsak ma lamaht
Pretend that you didn't

خذني بحضنك
khuzhni bahdanik 
Take me in your arms and embrace me

وبعثر في جروحي وانقضيت
wabaethar fi juruhi wanqadayt
And heal my wounds, and when you finish

هزلي كتفي
hazli katfi
Nudge me and tell me

 وكلي عيب تبكي لو سمحت
wakuliy eayb tabki law samhat
It's shameful to cry