Semalam kan aku share yang aku serabut tengok lambakan barang-barang dan kotak-kotak di rumah.

Sampai penuh dah balkoni rumah sebab stor sekangkang kera tu pun penuh dengan kotak.

Tak lama lepas tu lalu kat IG pasal perkhidmatan remove dan jual semula barang-barang terpakai.

OK back to declutter rumah.

Unearth tolong klien untuk declutter rumah dan pada masa yang sama jual perabot dan barang-barang rumah. Hasil jualan akan dibahagi sama rata dengan klien (tertakluk terma & syarat). Paling best, kos mengangkut barang-barang dari rumah klien adalah PERCUMA!


Unearth Store

Cara-cara nak menggunakan servis Unearth pun mudah:

1. Isi borang di website Unearth dan ambik gambar barang-barang dan perabot yang tak dipakai lagi. Sarah dari Unearth akan contact melalui Whatsapp untuk aturkan slot dan masa pengambilan barang-barang dan perabot tu.

2. Kalau duduk di kondo, dapatkan kelulusan dari pihak pengurusan kondo untuk benarkan lori Unearth masuk dan angkut barang dan perabot korang. Korang tak perlu angkut pun barang-barang dan perabot ni, pekerja Unearth akan buat semuanya.

3. Sekiranya barang dan perabot korang dapat dijual dalam masa 3 bulan, Unearth akan kongsi hasil jualan 50% tolak RM100 caj perkhidmatan dan kos sampingan (contohnya upah dismantle perabot). Tapi kalau perabot dan barang-barang tak dapat dijual dalam 3 bulan, sama ada korang boleh ambik balik atau biarkan Unearth untuk lupus barang-barang atau perabot korang (biasanya kalau dah angkut ke gudang Unearth tu memang niat nak lupuskan je).

Tapi kalau barang-barang sikit sangat, Unearth cadangkan kita jual sendiri je melalui platform macam Carousell atau Mudah.my. Masalahnya kena cari pengangkutan sendiri pulak kalau nak jual cepat.

Alternatifnya ialah korang derma je barang-barang tu dekat Unearth. Unearth akan tolong ambik barang-barang di rumah secara PERCUMA. Tak de la rasa bersalah dan membazir buang barang-barang yang masih elok (tapi dah tak pakai lagi). 

Dan hari ni pulak kawan aku pulak post IG story pasal donation drive baju-baju dan kasut-kasut terpakai di UPM hujung minggu ni.

Alhamdulillah, syukur Allah bantu selesaikan masalah kecik aku.


UPM donation drive
Kalau sesiapa ada baju-baju, beg, kasut, alat mainan yang terpakai boleh la hantar kat Masjid UPM hujung minggu ni

OK la, aku nak declutter baju-baju dan kasut-kasut terpakai untuk hantar ke Masjid UPM Sabtu ni.

8 Comments

  1. Dekat dengan rumah sy ada recycle bin untuk pakaian terpakai, biasanya kalau dah kumpul2, saya masukkan aje dalam recycle bin tu. Tapi baju kena pacl lecik sebab drawer dia tak besar sangat nak sumbat.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, drawer kecik nak sumbat barang besar2 mmg tak muat. Dekat rumah saya pun ada recycle bin tapi orang biasa letak kotak2 kosong, tin2 kosong dan plastik (dah nama recycle bin kan). Nak letak baju2 dan kasut2 terpakai yg masih elok pun rasa sayang. Bagus ada donation drive macam ni sbb baju2 dan kasut yg didermakan akan diberi kepada org kurang berkemampuan.

      Delete
  2. bagus ada servis mcm ni...share 50 : 50 ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, klu tak dapat jual pun sekurang2nya rumah kita dah tak semak lagi dan kita tak menyumbang kepada pertambahan sampah di tapak pelupusan sampah.

      Delete
  3. Kat sinun best macam-macam servis ada... mcm bj prelove ya kmk suka berik dgn org yg dikenal tp mmg berik yg bagus ajaklah.. suk bila nangga nya makei brg diberik kita... nektok kmk mcm nk kurangkan tupperware gik... tp xtauk nk berik ngn sapa tupperware lamak... nk jual prelove x sampei hati jak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun di Swk biasanya mun ada kes kebakaran then ada org request derma barang-barang terpakai, kmk kumpul bekas2 tupperware, tipuware, ellenware, baldi, tuala, etc. nok sik pakai gik utk derma sbb sidak mesti perlukan benda-benda tok.

      Baju2 preloved biasa sedekah di masjid atau mcm mak kmk kenal dgn org2 kampung nok susah mmg nya akan sedekah dgn sidak juak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .