Tiba-tiba Teringin Makan Shawarma!

Malam Sabtu, tiba-tiba aku teringin nak makan shawarma. Terus ajak Suami Terchenta merempit ke Bukit Bintang. Suami Terchenta tempelak, ‘Awak dah kenapa? Ada isi ke tu?’ Alamak, asal nak makan benda pelik sikit dia kata aku ni mengidam isk2… Tapi Suami Terchenta macam biasa sporting layan je anak tekak isteri ni (semoga terus murah rezeki Suami Terchenta, ameen2x!). Terus kiteorang bersiap-siap keluar. Since naik motor, anak-anak tinggal di rumah bagi peluang kiteorang dating kejap!

Macam biasa, ramai giler umat manusia di Bukit Bintang. Kiteorang pilih kedai Halab Gate sebab nampak ramai yang berkerumun di situ. Tapi ok la, takde la kena beratur lama sebab pekerja kat sana ambik order masa kiteorang tengah beratur. Aku pilih satu shawarma ayam dan satu lagi mix daging dengan ayam. Masa bayar, dapat nombor giliran 319. Nombor yang tertera di kaunter pulak 302. Ada 17 orang di depan kami. Sementara tunggu shawarma siap, aku pesan jugak jus buah mangga dan tembikai dari kedai sebelah. Agak mahal - RM19. Cemas sikit sebab terlupa mintak nombor giliran masa pekerja tu bagi baki bayaran tapi mujurlah bila ke kaunter ada pesanan kami. Cuma kena tunggu 5 minit je.


bukit bintang KL
Selfie depan kedai shawarma


Dah alang-alang di Bukit Bintang, kiteorang pergi pulak ke kedai Kunafa Crisp di sebelah kanan kedai shawarma ni sebab nak tapau kunafa cheese untuk Khayla. 


Kunafa
Kunafa

Kedai ni ada menjual bermacam-macam baklava tapi kiteorang tak berapa minat manisan kekacang ni:


Baklava
Baklava

Kunafa Crisp
Aku rasa ni owner kedai tapi yang pekerja yang buat makanan dari negara Timur Tengah

Teringin jugak nak beli aiskrim madu untuk Khadeeja tapi takut tak sempat sampai rumah dah cair tengah jalan, sebab masa ni shawarma tak siap lagi. Tak pelah, lain kali boleh bawak anak-anak ke sini.

Bila dah dapat order shawarma, terus gerak balik ke rumah. Mujur la kiteorang merempit ke sini sebab jalan sesak yakmat malam tu! Alhamdulillah berbaloi dan puas hati dapat makan shawarma yang dihajatkan. Sedap! Lain kali boleh repeat order kat sini lagi.

Bawak Louis Main di C-A-T Playground Sunway Putra

Teringat beberapa bulan lepas, aku berminat dengan seekor kucing Parsi ni sebab sebijik sama dengan kucing Parsi kami masa di Bintulu dulu. Kucing ni belum sunat dan belum vaksin. Tuan dia nak let go dengan alasan takde masa nak main dengan kucing ni. Jadi aku offer nak adopt. Tapi bila aku sampai rumah tuan dia, dia bagitau boleh adopt tapi kena bayar RM500, sebab dia nak orang yang betul-betul mampu je boleh adopt kucing ni. 

Aku taknak la involve jual-beli kucing, jadi aku offer dia datang melawat rumah kami untuk tengok keadaan rumah dan apa yang kiteorang sediakan untuk Louis. Bukan apa, RM500 tu sebenarnya boleh buat sunat dan vaksin, atau beli makanan untuk kucing yang dia nak let go. Tapi kesudahannya dia tak jadi nak let go sebab kiteorang taknak bayar RM500 tu. Mungkin dia ingat kiteorang ni tak mampu tapi ada hati nak bela kucing Parsi.

Dia tak tau kucing kiteorang si Louis ni bukan main lagi dimanjakan anak-anak macam adik bongsu! Siap bawak pergi playground kucing di Sunway Putra lagi 😆


C-A-T Playground Sunway Putra
C-A-T Playground terletak di sebelah pintu masuk dari stesen LRT PWTC

C-A-T Playground Sunway Putra
Selain ada playground kucing, tempat ni jugak ada menjual barang-barang keperluan kucing

C-A-T Playground Sunway Putra
Cantik-cantik lakaran kucing di sini

First time aku tau tempat ni, aku ingatkan tempat ni cuma untuk pengunjung datang bermain dengan kucing-kucing kat sini. Kebanyakan kucing kat sini ialah baka kucing bulu tebal la.

Rupa-rupanya kat sini pun boleh bawak kucing peliharaan datang bermain:


C-A-T Playground Sunway Putra


Apa lagi anak-anak pun pujuk bapak dieorang bawak Louis ke sini:


C-A-T Playground Sunway Putra

Siap tolong sponsor Louis masuk main kat playground guna duit upah buat kerja rumah. Budak bertuah ni dapat main kat playground kemain happy dia ye, merayap sana-sini masuk lubang, panjat cat tree house, berlari-lari all over the playground!


C-A-T Playground Sunway Putra
Kucing kat sini perhati je perangai Louis yang jakun kat playground

Bila dah habis masa, punya la taknak balik si Louis tu sampai kena kejar 10 minit baru dapat tangkap dan masuk balik dalam pet carrier! Meraung-raung dia taknak balik! Amboi, sakan kau Louis ye!

Nota kaki: Kat sini Louis tak kena layan dengan kucing-kucing lain mungkin sebab kucing-kucing kat sini pilih bulu (eh? ye la, ekor Louis je tebal, dieorang pulak bulu tebal satu badan hehe). Kat Meraki Jelatek je dia jumpa kawan baru sakan berkejar-kejaran dengan kawan baru tu sampai taknak balik. Lain kali kita cari tempat outdoor free je bawak Louis bermain ye. Kesian kat kakak-kakak sanggup berhabis duit nak bawak Louis main kat playground berbayar ni. 

Review Movie: The Womb (Netflix)

 Netflix

Jumaat lepas aku tak tau nak tengok filem apa di Netflix, jadi aku decide nak tengok filem ni sebab masuk dalam carta 10 filem teratas di Malaysia. Di Indonesia, filem ni judulnya 'Inang' tapi di luar Indonesia, judul filem diubah kepada 'The Womb'.


Sinopsis:

Mengisahkan tentang Wulan, seorang pekerja di pasaraya yang ditinggalkan oleh teman lelakinya apabila dia hamil di luar nikah dan enggan menggugurkan kandungannya. Dalam keadaan terdesak, Wulan menghubungi group "Support Bumil" (singkatan dari Ibu Hamil) melalui Facebook untuk mencari jalan penyelesaian kepada kehamilannya yang tidak dirancang. Atas nasihat kaunselor yang dihubunginya dan disebabkan Wulan dihalau dari rumah sewanya, Wulan memutuskan untuk menyerahkan anak dalam kandungan kepada keluarga Santoso yang kaya tapi sudah berusia. Wulan tinggal bersama keluarga Santoso di rumah mereka sepanjang tempoh hamil. Pada mulanya Wulan berasa gembira kerana pasangan tersebut mengambil berat dan melayan Wulan dengan baik, tapi lama-kelamaan Wulan merasakan sesuatu yang aneh tentang pasangan tersebut dan rumah mereka. 

Selepas menjalani satu ritual tradisi yang didakwa untuk melindungi kandungan Wulan dari malapetaka, Wulan mengalami beberapa mimpi buruk yang menguatkan lagi perasaannya terhadap keluarga Santoso. Wulan menghubungi kawan baiknya untuk menjemputnya pergi dari rumah itu tapi pada hari yang ditetapkan, kawannya tidak muncul-muncul. Tanpa pengetahuan Wulan, pasangan Santoso ialah dalang yang mengendalikan group support bumil dan menyamar sebagai kaunselor untuk menjerat Wulan demi melaksanakan niat jahat mereka.

Apakah sebenarnya niat pasangan Santoso terhadap bayi Wulan? Berjayakah Wulan dan bayinya melepaskan diri dari keluarga Santoso? Siapakah wanita-wanita mengerikan yang muncul dalam mimpi-mimpi Wulan?


Ulasan:

Cerita ni tak seseram yang aku sangkakan. Lebih kepada menimbulkan tanda-tanya sebab banyak benda dalam filem ni yang tak dijelaskan atau di hujung cerita baru tahu kenapa. Contohnya, aku masih tak faham apa signifikan babak-babak tikus dalam filem ni? Tikus masuk perangkap, tikus berlari di taman, tikus mati dilenyek tayar dan bunyi tikus dalam sesetengah babak. Berkenaan Rabu Wekasan pulak, lepas Google baru aku faham tradisi Rabu Wekasan. Asal-usul Rabu Wekasan kerana dipercayai Nabi Muhammad SAW jatuh sakit pada hari Rabu terakhir di bulan Safar selama 12 hari berturut-turut sehingga baginda SAW wafat. Selain itu, mereka percaya dakwaan bahawa pada bulan Safar diturunkan lebih dari 500 penyakit. Sebab tu la masyarakat di sana mengadakan upacara tradisional Rabu Wekasan atau Rebo Pungkasan bertujuan untuk menolak bala. 

Penghujung cerita ni agak mengejutkan. Nak tau kenapa, korang kena la tengok sendiri. Bagi aku cerita ni biasa-biasa je, so peminat cerita seram mungkin akan rasa bosan sikit menonton cerita The Womb ni.

Aktiviti di Dapur Dengan Keluarga

Hari ni aku dan Suami Terchenta pergi ke Pasar Chow Kit membeli barang-barang basah. Balik dari pasar, terus panggil anak-anak tolong bersihkan barang-barang basah dan simpan sayur dan buah-buahan dalam peti sejuk. Sambil-sambil tu aku keluarkan bekas-bekas plastik untuk simpan lauk-lauk yang dah dibersihkan dan disiang. Ikan yang nak digoreng terus dilumur garam dan kunyit sebelum disimpan dalam peti ais. Nanti nak goreng, tinggal defrost dalam microwave dan goreng je. Ayam dan daging aku asingkan dalam bekas lain-lain ikut menu. Macam tu la rutin bila lepas balik pasar.

Anak-anak memang dah diajar cara-cara siang ikan dan sotong. Jadi aku cuma fokus untuk siapkan bahan-bahan untuk memasak.

Hari ni Sabtu, jadi giliran Khadeeja untuk tanak nasi. Aku dah plan lauk siput sedut, ikan goreng untuk Khayla (dia sorang je tak reti makan siput sedut) dan sayur pucuk paku. Sementara aku siapkan bahan-bahan memasak, Suami Terchenta bersihkan siput seduk dan potong ekor siput. Khayla pulak siang pucuk paku.


siang ikan
Khadeeja tolong siang ikan dan sotong

sayur pucuk paku
Khayla tolong siang pucuk paku

Dah setel semua bahan-bahan, Suami Terchenta ambik alih tugas memasak. Dia paling suka bila kena masak menu yang guna api besar sampai kadang-kadang api tu menyambar masuk dalam periuk! Fefeeling chef kat restoran agaknya suami aku ni! 😂

Ni la hasil kerjasama anak-beranak di dapur untuk makan tengahari ni:


siput sedut
Siput sedut masak kicap

pucuk paku
Pucuk paku tumis belacan

ikan bawal goreng
Ikan bawal goreng

Alhamdulillah, aktiviti memasak jadi seronok bila ada ramai assistant di dapur 😅 

Lunch Ikan Bakar di Medan Selera Taman Desa Keramat dan Pisang Goreng Cheese Sedap!

Semalam Suami Terchenta off half day sebab malam sebelumnya dia ada kerja sampai pukul 2 pagi. Tengahari, tiba-tiba kiteorang rasa nak makan ikan bakar. So kiteorang gerak la ke Medan Selera Taman Desa Keramat.

Medan Selera Taman Desa Keramat
Bukan setakat ikan bakar, ayam dan kambing bakar pun ada

Aku pilih ikan keli, Suami Terchenta pulak ambik ikan pari dan anak-anak nak makan ikan tilapia. Boleh pilih sama ada nak air asam atau sambal kicap untuk dimakan dengan ikan bakar. Aku pilih air asam. Menyesal pulak ambik semangkuk kecik je sebab sedap dan tak berapa pedas jadi anak-anak pun boleh makan sekali.


Medan Selera Taman Desa Keramat
Ikan tilapia, pari dan ikan keli bakar


Lepas pilih ikan yang kiteorang nak, lepas tu beratur pulak ambik nasi dan lauk lain. Aku macam biasa la, aim siput sedut masak cili api.

Medan Selera Taman Desa Keramat
Pilihan lauk yang ada

Medan Selera Taman Desa Keramat
Sayur pun ada banyak pilihan

Medan Selera Taman Desa Keramat
Variasi sambal yang ada

Medan Selera Taman Desa Keramat
Nasi tu nampak je banyak tapi sikit je sebenarnya

Alhamdulillah, masing-masing makan dengan berselera sampai licin pinggan! Ikan pun tinggal tulang je. Harga keseluruhan makan tengahari kami termasuk 3 gelas air kelapa dan 1 gelas milo ais ialah RM47.

Dalam perjalanan pulang sempat lagi singgah ke gerai pisang cheese. Dah lama tak makan pisang cheese, jadi aku beli la RM10. Masa adik tu tengah siapkan pesanan, aku tengok dia susun 5 ketul je pisang goreng lepas tu dia parut cheese, letak susu manis dan tabur coklat urai. Dalam hati aku, eh dah mahal harga pisang goreng cheese sekarang banyak tu je harga RM10… 😳

Sekali tengok, tu baru lapisan pertama. Mak aii, rupa-rupanya dia buat satu layer lagi kat atas 😂. Cheese parutnya bukan main lagi melimpah-ruah. Memang tak kedekut cheese la gerai ni. 


Pisang cheese coklat

Pisang cheese coklat

Minum petang tu kiteorang rasa la pisang cheese tu. Alhamdulillah sedap. Lain kali boleh singgah beli lagi kat sini.

Malam semua kekenyangan lagi makan pisang cheese. So masak bubur secawan je la buat syarat. Tu pun licin anak-anak makan! Kan aku dah kata, cuti sekolah banyak betul dieorang makan hehe.