• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, March 20, 2023

Khayla dah masuk tingkatan 1

Khayla
Hari pertama Khayla di sekolah menengah 

Hari ni Khayla memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah. Alahai, mommy masih tak boleh terima hakikat yang anak sulung mommy ni dah masuk tingkatan satu! Sekelip mata zaman kanak-kanak berlalu, sekarang dia dah di alam remaja.

Pagi ni anak-anak bangun sendiri tak payah dikejutkan pun. Biasalah, hari pertama sekolah memang bersemangat! Aku buat nasi goreng dan kukus mantou bun untuk bekal Khayla dan sarapan pagi ni. Sepatutnya Suami Terchenta yang hantar anak-anak ke sekolah tapi malam tadi dia tiba-tiba kena panggil masuk ofis, Subuh baru balik. Jadi terpaksalah aku mengharung traffic jam ke sekolah Khayla. Nak dekat setengah jam jugak la sangkut dekat 2 lampu trafik baru jalan clear sikit.

Aku hantar dia sampai depan pagar sekolah, terpaksa call cikgu yang uruskan borang dia minggu lepas sebab tak diberitahu Khayla masuk kelas apa. Bila dah tau kelas apa, barulah dia gerak ke dewan sekolah. Muka dia cemas sikit sebab dia tak tau kat mana dewan, tapi biarlah dia belajar berdikari.

Memandang Khayla dari jauh bergerak ke dewan, dalam hati aku rasa bersyukur tak hantar dia ke sekolah berasrama. Baru hantar ke sekolah harian aku dah rasa sebak! Kalau hantar sekolah berasrama penuh, aku rasa bukan Khayla yang menangis hari-hari sebab rindu. Tapi mak dia ni ha, sejenis hati tisu! Bila anak 2 orang je, seorang takde dah rasa kehilangan sangat. Tabik kat ibubapa yang cekal hantar anak-anak ke sekolah berasrama demi masa depan. 

Bagi aku, biarlah susah sikit hantar dia ke tuisyen dan teman dia buat kerja rumah asalkan anak depan mata. Ish, teruk kan mak macam aku ni? 😅 Sampai bila nak clingy dengan anak. Satu hari nanti kena belajar melepaskan dia jugak ke universiti / bila jodoh dia dah sampai, tapi biarlah masa tu panjang lagi. Sekarang ni aku masih nak luangkan masa setiap hari dengan anak-anak depan mata. 

Selamat memulakan alam persekolahan menengah, Khayla sayang! Mommy doakan Khayla jumpa kawan baik, Khayla sentiasa happy dan cemerlang di sekolah baru. 💝

Read more »
on Monday, March 20, 2023 16
Share this!
Tags
Journal, Motherhood & Pregnancy
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, March 17, 2023

Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 1)

Tahun ni Suami Terchenta bersungguh-sungguh nak pergi camping. Siap beli khemah besar, boleh muat satu tilam saiz Queen dan bila berdiri kat dalam pun tak perlu terbongkok-bongkok. Bukan setakat beli khemah, dia beli jugak tilam angin, power station, kipas siling USB dan lampu rechargeable. Hihi. Kemain semangat dia nak pergi camping. Suami Terchenta kata, bila pergi camping ni dia teringat kenangan manis aktiviti camping dengan kawan-kawan Msjbox dulu. Kalau boleh dia nak repeat kenangan tu tapi yelah, masing-masing dah ada hobi baru 😅 So repeat dengan family je la.

Bila barang-barang dah sampai, kiteorang pun terus tempah tapak perkhemahan di Stellar Goldenhill Cameron Highlands. Tempat ni viral sebab ada sediakan karavan untuk disewa dan tempatnya pun lawa macam kat negara 4 musim:


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Glamping dalam karavan 

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Entrance ke tempat daftar masuk

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Close up ofis pengurusan camping

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Ofis tempat daftar masuk dan bayar deposit

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Waktu malam ada tayangan movie kat sini, boleh datang tengok movie ramai-ramai

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Ni pulak dieorang tengah buat dome camping - pengalaman camping yang unik sebab boleh tengok langit sebelum tidur

Stellar Goldenhill terletak di Tanah Rata Cameron Highlands. Pakai Waze confirm tak sesat. Mula-mula sampai, kiteorang singgah ke pejabat pengurusan tapak khemah untuk daftar masuk dan ambik kunci auto-gate. Kena bayar deposit RM50.

Kiteorang sewa tapak khemah dengan harga RM120 semalam. Kalau hujung minggu rate nya RM160 semalam. Kat sini kemudahannya boleh dikira lengkap - bilik air dengan air panas, pengering rambut, sinki dengan pencuci pinggan mangkuk, penapis air Coway, tong sampah dan troli untuk bawak barang-barang turun ke tapak khemah. Di tapak khemah takde disediakan soket elektrik, jadi power station ni memang kena ada. Tapi kalau nak charge power station, soket elektrik disediakan di luar tandas. Selain tu, tempat letak kereta pun dalam kawasan berpagar dan setiap tetamu diberi kunci autogate. Jadi selamat la sikit.

Aku terlupa nak ambik gambar tapak khemah, tapi macam ni la rupanya. Memang luas dan kemas je petaknya.


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Kredit foto: Stellar Goldenhill website

Kat sini jangan risau, tandas memang bersih dan ada lampu setiap masa. Nak mandi pun tak payah takut sejuk menggigil, sebab tandas lengkap dengan air panas:


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Bangunan menempatkan tandas dan ruang shower. Ada soket elektrik dan penapis air Coway

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Tandas bersih dan tak berbau. Shower gel pun disediakan

Dari tempat letak kereta, kena guna wagon / troli untuk bawak turun barang-barang. Kat sini, tapak khemahnya first come first served basis. Kalau sampai awal, boleh pilih lot tapak yang kita suka. Masa kiteorang sampai, ada satu family je jadi memang banyak option. Kiteorang pilih tapak kat hujung dekat dengan pagar sebab view menghadap bukit yang cantik. Tapi yang kelakarnya masa setup khemah tak teringat nak letak pintu khemah menghadap view tu, end up depan khemah menghadap tapak kat seberang! 😂  Alahai, nampak sangat noob!

Aku lupa ambik gambar sebab sibuk setup khemah. Nasib baik Suami Terchenta ada ambik rakaman video, so korang maafkan la ye kualiti gambar grab dari video ni: 😅


payung.camp Village M 2.0
Bekerjasama setup khemah. Sebab first time setup, end up 2 jam jugak terkial-kial pacak khemahnya 😜

payung.camp Village M 2.0
Dah pacak khemah, tetiba perasan awning kat depan tu tak bukak habis lagi. Dah kena angkat khemah adjust ke belakang sebab nak bukak awning depan tu supaya ada ruang memasak! 😂

payung.camp Village M 2.0
View khemah dari depan. Keliling memang kosong tak ramai orang hari pertama sampai

Sekali lagi, lupa nak ambik view dalam khemah. Serius la, kiteorang ni kekok betul sebab dah lama tak camping kan 😅 Macamana nak jadi blogger berjaya ni? Hehe. Tapi ada satu je gambar waktu malam cuma kurang jelas disebabkan efek lampu lip-lap yang kiteorang pasang dalam khemah:


payung.camp Village M 2.0
Khemah ni boleh muat tilam angin jenama Naturehike saiz Queen dan satu tilam single 

payung.camp Village M 2.0
Pemandangan khemah waktu malam

By the way, khemah ni kiteorang beli dari payung.camp di Shopee sebab ada kawan yang cadangkan khemah ni kat kiteorang. Khemah ni jenama Malaysia, jadi harganya jauh lebih murah dari jenama overseas macam VIDALIDO dan Naturehike. Sebenarnya kiteorang nak khemah versi Village L 2.0 sebab ada 2 bilik, tapi dah habis dan kena tunggu stok baru sampai. So terpaksa la ambik Village M 2.0. Not bad jugak, cuma nak letak 2 tilam angin saiz Queen memang tak muat. 

Yang best khemah ni ada pintu depan dan belakang dan tingkap di semua sisi jadi kurang sikit rasa panas kat dalam khemah. Khemah ni tinggi silingnya 190cm, jadi solat berdiri dalam khemah pun selesa.

Bahagian 2 nanti aku sambung cerita aktiviti kiteorang malam tu. Stay tuned!

Read more »
on Friday, March 17, 2023 18
Share this!
Tags
Camping, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, March 14, 2023

Hiatus Mode

Salam Selasa semua,

Dah nak berakhir pun cuti sekolah ni, tapi kiteorang baru nak pergi bercuti-cuti Malaysia hihi... better late than never, betul tak?

Kali ni kiteorang akan pergi camping trip ke Stellar Golden Hill di Cameron Highlands. Memang dah lama teringin nak camping kat tempat sejuk-sejuk ni! 

Insha Allah kalau ada masa aku update blog. Tapi buat sementara waktu, aku on hiatus mode.

Cerita percutian akan menyusul kelak. Nantikan ye semua!


Kredit foto: Google


Read more »
on Tuesday, March 14, 2023 26
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, March 11, 2023

Biasakan diri mengemas meja selepas makan

Semalam di SOGO KL, aku dengan anak-anak singgah makan tengahari di foodcourt. Foodcourt SOGO KL sesak dengan orang ramai memandangkan sekarang cuti sekolah. Mujur kiteorang dapat meja kosong dekat dengan air terjun tak payah tawaf 2-3 kali. Selepas makan, kiteorang kemas meja dan gerak ke tingkat atas.

Apa yang menarik perhatian aku ialah bila lalu sebelah beberapa meja yang ditinggalkan selepas makan dalam keadaan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan


Dan begini:


Biasakan diri mengemas meja selepas makan

Apa kata ubah tabiat tinggalkan meja dalam keadaan kotor / bersepah dan biasakan diri mengemas meja selepas makan? Sebenarnya ini sifat orang yang kemas meja selepas makan:

  • Mempunyai peribadi yang sukakan kekemasan (tidiness). Biasanya orang yang kemas ni dia terbawa-bawa tabiat yang kemas dari rumah. Nak tau orang tu jenis macamana kat rumah, tengok apa dia buat selepas makan. Kalau sejenis yang tinggal je macam tu, besar kemungkinan di rumah pun lepas makan sama ada dia tinggal je meja makan bersepah atau longgok je pinggan kotor dalam sinki. Selalu tak dengar kisah horror rumah sewa? Keluar rumah bukan main lawa, makeup tebal dan wangi menusuk hidung tapi sebenarnya pengotor? Nak ke dicop orang yang macam ni bila tinggalkan meja makan dalam keadaan bersepah?
  • Melambangkan didikan ibubapa yang baik dan berdisiplin. Pernah sekali aku terpandang sekumpulan remaja lelaki selepas makan dieorang bangun dan kemas meja sendiri. Aku rasa kagum sebab nampak kan didikan mak ayah dieorang macamana di rumah?
  • Hatinya baik. Walaupun dia tau akan ada pekerja yang akan datang kemas meja, tapi dia masih nak tolong kemaskan jugak. Dia jugak nak pastikan meja yang ditinggalkan bersih untuk keselesaan orang selepas dia. Kan kebersihan ni sebahagian dari iman?

Di sesetengah tempat contohnya di IKEA, ramai yang dah mula kemas meja selepas makan. IKEA tampal notis besar-besar dalam restoran mohon kerjasama supaya kemas meja sendiri dan sambil makan pun pengunjung akan dengar pengumuman yang sama. Lama-lama kita nampak orang mula ikut dan kemas meja sendiri subconsciously. Pandai kan IKEA psycho pelanggan?

Sebenarnya mengemas meja selepas makan ni tak susah mana pun. Memandangkan sekarang dah masuk tahun 2023, apa kata kita ubah mentaliti dan tabiat kita bila makan di tempat awam? Barulah terserlah imej rakyat Malaysia as first world citizen. Setuju tak?

Read more »
on Saturday, March 11, 2023 18
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, March 10, 2023

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL

Psst... ada tak orang macam aku ni yang belum lagi beli barang sekolah anak? Mana yang duduk di KL / Selangor boleh la pergi ke Members' Day SOGO KL hari ni sampai 19 Mac untuk dapat lebih banyak diskaun di promosi kembali ke sekolah yang berlangsung dari 6 - 19 Mac.

Kat mana tu? Haa... korang naik je ke tingkat 7 atas food court SOGO lepas tu korang akan terus nampak.

Menyesal aku tak tau awal-awal, sebab aku datang semalam belum start lagi Member's Day. Kalau tak aku datang hari ni boleh dapat lebih banyak diskaun huhu... Tapi dah alang-alang ke sini, jom tengok jenama baju sekolah dan harganya:


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Outpost

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Canggih

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Professor

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Professor (baju sekolah agama dengan pinafore sekolah)

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Kiko


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Othello

Selain dari uniform sekolah, kat sini pun ada barang-barang sekolah yang lain:


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Beg sekolah

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Beg sekolah dan pakaian badan beruniform

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Kasut sekolah

Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Bekal sekolah

Berair jugak mata tengok harga uniform sekolah selepas 3 tahun tak membeli uniform sekolah. Semalam aku survey baju kurung sekolah menengah (jenis kain licin sebab anak aku kata sejuk sikit bila pakai), baju kurung je rata-rata dalam lingkungan RM30-50 ke atas, kain pulak harga lain dalam lingkungan RM40 - RM51. Belum lagi kasut dan stokin sekolah, sekurang-kurangnya 2 pasang. Tudung sekolah pun kena beli 2 pasang jugak.


Promosi Kembali ke Sekolah di SOGO KL
Harga keseluruhan barang-barang sekolah Khayla

Setiap pembelian RM200 ke atas dapat baucer RM10 boleh redeem semasa pembelian seterusnya. Jadi korang kira la dulu cukup RM200 pergi bayar dulu dapatkan baucer lepas tu guna untuk bayar yang selebihnya. #tipsjimat

Oh ya, semalam aku pergi ambik result penempatan sekolah Khayla sebab Pejabat Pendidikan call bagitau dah ada result. Dan keputusannya... Khayla tak dapat sekolah yang dia nak pergi 😢 Mungkin sebab sekolah ni di kawasan padat penduduk dan keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar dari SK. Sekolah yang dia dapat tu jauh sikit di Jalan Ipoh, pagi-pagi memang sesak kat situ. Aku pujuk Khayla, mungkin Allah letak Khayla di sekolah satu lagi tu sebab future best friend dia di sekolah tu. Adalah hikmahnya, Allah kan sebaik-baik perancang. #thinkpositive 

Lepas aku cakap macam tu, barulah dia ceria dan tak sabar-sabar nak ke sekolah baru. Aku doakan Khayla akan jumpa kawan-kawan yang baik dan dia boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah menengah, Ameen Ya Rabbal Alamin...

Read more »
on Friday, March 10, 2023 24
Share this!
Tags
Places, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • KakmimDotCom
    5 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    7 hours ago
  • Warisan Petani
    7 hours ago
  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    11 hours ago
  • Miles of smiles
    16 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    18 hours ago
  • a m m i
    19 hours ago
  • My Small World
    19 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    19 hours ago
  • Blog Anamizu™
    20 hours ago
  • orangbukit
    20 hours ago
  • Sunah Sakura
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Drawing the Words
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Asa Blog
    1 week ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 week ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 week ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.