Sesekali Teringin Makan Burger Tepi Jalan

Dah lama tak makan burger tepi jalan, jadi malam tadi aku ajak Suami Terchenta pergi beli burger. Yang paling dekat dengan rumah ialah Burger Bad Songkok, tak jauh dari UTC Sentul.

Masa kiteorang sampai, gerai agak lengang tapi lepas buat pesanan, tiba-tiba ramai pulak yang datang beli burger kat situ. Nasib baik sampai awal hehe 😅.

Aku pesan burger daging special taknak bawang sebab aku tak gemar bawang mentah yang ditabur atas burger. Untuk anak-anak pulak, aku pesan hotdog ayam tambah cheese tapi kosong (takde sos, mayonnaise, sayur dan lain-lain). Adik yang ambik order tu 2x tanya betul ke taknak letak apa-apa? Mungkin first time dia dapat pesanan yang betul-betul 'kosong'! 😝


burger sentul
Gerai Burger Bad Songkok

Sambil menunggu, aku perhati je pelanggan-pelanggan lain yang datang buat pesanan. Rata-rata pesan burger biasa atau burger oblong. Takde pulak yang pesan roti john walaupun yang terpampang kat gerai tu specialty nya ialah roti john sebenar. Sempat lagi Suami Terchenta buat lawak, 'Abis tu orang lain jual roti john olok-olok ke?' 😂 

Lepas 20 minit, akhirnya pesanan siap dibungkus. Jumlah kesemuanya RM19 - walaupun hotdog kosong tapi takde diskaun di situ ye.


burger daging special
Burger daging special

Sampai di rumah, aku agak kecewa sikit sebab telurnya digoreng dan diletak atas daging. Selalu aku beli burger special dari gerai lain, daging burger tu bersalut telur. Lepas tu, takde mayonais. Jadi makan dengan kurang perasaan.

Kesimpulannya, lain kali aku cari gerai burger lain je la sebab burger kat sini kurang menepati citarasa aku.

Aktiviti Cuti Sekolah: Khadeeja Masuk Kelas Programming di Kidocode

Orang kata, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dalam kes kiteorang ni, Suami Terchenta boleh rasa bangga sebab Khadeeja ikut jejak langkahnya iaitu coding skill. Di sekolah lama Khayla dulu pernah diajar coding menggunakan aplikasi Scratch Junior. Bila Khadeeja tengok kakaknya buat coding, dia pun nak tiru jugak dan sejak tu beberapa kali dia develop permainan ringkas yang dia mintak kiteorang test. Permainan yang aku paling suka ialah permainan kuiz. Kakaknya pulak lebih berminat dengan digital art dan kurang minat dengan programming. Sebab tu kiteorang cuma enrol Khadeeja seorang je untuk mengasah bakatnya dalam programming memandangkan cita-citanya nak menjadi seorang engineer


Kidocode
Kelas programming di Kidocode
 

Semalam kiteorang pun hantar Khadeeja belajar programming di Kidocode yang terletak di Solaris Dutamas. Bila kiteorang sampai, ramai jugak parents lain yang dah sampai dan sedang menunggu anak-anak habis kelas. 


Kidocode
Bila tengok setup kelas macam ni, menggamit memori ke kafe Internet semata-mata nak chatting dengan Suami Terchenta masa mula-mula kenal dulu... 

Kidocode
Cabaran teka-teki untuk mak bapak sementara tunggu anak-anak habis kelas


Bagusnya kat sini, setiap seorang pelajar akan di assign seorang trainer.Mula-mula sekali, trainer bagi penerangan dekat Khadeeja tentang platform yang akan digunakan. 


Kidocode
Khadeeja khusyuk dengar penerangan dari trainer

Selepas berpuas hati yang Khadeeja dah biasa dengan platform tu, barulah trainer ajar Khadeeja buat aktiviti coding. Kat sini Kidocode menggunakan konsep gaming iaitu setiap kali pelajar menghabiskan satu lesson dengan betul, akan dapat bit dan coin. Jumlah bit menentukan kedudukan ranking pelajar dengan pelajar-pelajar lain dan coin pulak boleh digunakan untuk 'beli' sesuatu dari platform tu untuk memudahkan aktiviti coding.


Kidocode
Khadeeja mula belajar asas bahasa pengaturcaraan Python

Suami Terchenta bagitau yang dia pun tak biasa dengan Python programming ni sebab Python ialah the next programming language memandangkan pada masa hadapan semua aplikasi akan menjadi cloud-native. Cloud-native ni bermaksud aplikasi tu boleh diakses dari mana-mana tempat menggunakan mana-mana device. Setakat tu je la yang aku faham sebab aku ni bukan dari bidang IT hehe. Kalau nak bercakap pasal Akta Kerja atau Akta Perhubungan Perusahaan tu memang bidang aku. Bab IT ni aku serahkan dengan Suami Terchenta je.

By the way, parents pun boleh pantau progress anak-anak dalam kelas ni sebab setiap parent diberi ID dan password sendiri untuk akses platform ni:


Kidocode

Apapun aku doakan skill coding ni akan membantu Khadeeja mencapai cita-citanya menjadi seorang engineer. Caiyok Khadeeja!

Lepak di Kafe Donutes @ Solaris Dutamas

Hari ni lepas hantar Khadeeja ke kelas programming, kiteorang duduk lepak di kafe kat bawah sementara tunggu kelasnya habis. Ternampak kafe Donutes yang nampak menarik je jadi kiteorang pun masuk dan pesan minuman.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Donutes Solaris Dutamas


Bila aku Google, rupa-rupanya jenama kafe ni berasal dari Taiwan. Sekarang memang banyak kafe dari negara belah sana yang masuk ke Malaysia kan.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Kafe dari Taiwan rupa-rupanya

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Tiba-tiba berkenan pulak tengok mesin kopi ni

Konsep kafe ni ialah cafe bakery, jadi separuh kedai ada pelbagai jenis roti dan kek. Aku ambik gambar kek je la sebab roti macam tak banyak sangat.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Keknya macam kek yang biasa kita jumpa di kedai kek

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Swiss roll nampak menarik

Lama jugak kiteorang nak pilih air sebab ada banyak menu minuman kat sini. Selain dari kopi dah teh, ada jugak smoothie, jus soda dan kopi+soda pun ada. Boleh eh air jadian. Entah macamana la rasanya.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Suami Terchenta tengah baca menu minuman yang dijual kat sini

Lepas 10 minit bersoal jawab dengan pekerja yang sabar je melayan karenah kiteorang ni, akhirnya kiteorang pilih mangsa juice dan mango smoothie. Khayla pulak macam biasa nak makan croissant.


Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Mencuba mango smoothie dan mango juice di sini. Mango smoothie takde beza dengan mango juice dari segi rasa cuma lebih banyak ais je

Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Duduk menunggu Khadeeja habis kelas

Bagi aku biasa je la makanan dan minuman kat sini. Harga minuman kiteorang dalam lingkungan RM18.80, tapi ada promo diskaun 15% sebab guna kad debit CIMB. Agak mahal bagi aku. Lain kali duduk menunggu di sini beli satu minuman dan kongsi lebih jimat.

Kenapa Nakal Sangat Ni Louis??

Pagi semalam, lepas Khadeeja ke sekolah aku pun masuk bilik semula nak berehat sekejap. Tengah berehat tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi yang kuat dari ruang makan, 'Paaannngggg!'

Terus aku meluru ke depan dan tengok si Louis atas meja sambil tengok ke bawah. Rupa-rupanya dia pergi tolak mangkuk yang Khadeeja tinggalkan atas meja sampai jatuh terhempas dan berderai atas lantai! Caught in the act!

Hish, anak bulu seekor ni dah makin nakal sekarang. Yang kakaknya pun satu, kalau lewat pun kenapa la tak letak mangkuk dalam sinki je.


Louis the Chonky Cat
Mommy, pecah la mangkuk Louis tolak tadi...
  

Lepas tu, konon-konon rasa bersalah kot, aku sibuk kutip serpihan mangkuk tu dia pun menyibuk sama tolak-tolak serpihan kaca. Habis kena bebel, yalah nanti luka kaki siapa susah? Mommy jugak susah kena hantar pergi vet...

Louis the Chonky Cat
Louis tolong mommy kemaskan ye...

Lepas kejadian tu, terus dia jadi budak baik duduk diam-diam tak panjat meja lagi. Tau insaf lepas kena marah ye Louis.

Sebab tu la aku bising bila budak-budak ni letak Louis atas meja. Sebelum ni dia behave je tak pernah panjat meja makan, main kat sofa pun tak (cuak jugak masa mula-mula adopt Louis, takut sofa baru kena cakar 😂). Kalau dia nak mencakar, dia cakar tiang scratcher. Lepas tu satu lagi perangai Louis yang aku puji, kalau kiteorang bagi sisa ayam, Louis tak makan kalau letak atas lantai. Dia cuma akan makan bila ada alas contohnya letak plastik atau kain. Senang cerita, Louis ni kucing yang pembersih la! 😹

Cuti Sekolah Mei 2023



Jom tengok aktiviti menarik masa cuti sekolah:


Nak tengok lebih banyak aktiviti menarik musim cuti sekolah dalam Malaysia, klik di pautan 'Travel' > 'Malaysia':



Selamat bercuti, anak-anak!