Sejak dua menjak ni seronok je tengok gambar kawan-kawan bercuti di Kundasang, Sabah. Macam-macam benda baru dah ada kat sana, contohnya bila pergi blog Syuhada Salleh baru tau di Kundasang dah ada tempat glamping. Tapi kalau sebut pergi Kundasang dekat anak-anak, satu je dieorang ingat - Desa Cattle Dairy Farm. Pergi ke sana feel nya ala-ala ke New Zealand dengan suhu sejuk di kawasan gunung. Seronok.

Mujur kat Semenanjung ni dah ada tarikan ladang lembu jugak, tak lain tak bukan Ladang Farm Fresh UPM. Semalam walaupun cuaca panas terik, ramai jugak yang datang bawak keluarga ke sana termasuk la kami.

Ladang Farm Fresh UPM

Ladang Farm Fresh UPM ni terletak di UPM, Serdang. Dari awal sampai time gerak balik, aku puji pengurusan tempat ni sebab semuanya teratur dan lancar je flow nya. Parking luas, entrance satu je tapi ada 2 lorong (satu untuk cashless payment, satu lagi untuk bayaran tunai). Cuma biasalah bila ramai orang ni, nak tak nak kena beratur la kat certain tempat dalam ni.

Bayaran masuk untuk dewasa RM15 manakala untuk kanak-kanak RM10. Tapi kalau datang weekdays, murah sikit.

 
Farm Fresh Farm UPM

Tempatnya memang cantik, sesuai sangat untuk sesiapa yang suka ber OOTD. Kat sini bukan setakat boleh tengok lembu malah macam-macam binatang lain seperti arnab, ayam, ikan laga, ikan koi, rusa dan kuda pun ada. 



Ikutkan hati memang nak je teroka semua tempat dalam ni tapi banyak masa dah terbuang kena beratur (beratur beli makanan, cari meja makan, naik kuda, naik traktor dan beli aiskrim. Mujur la anak-anak dah besar kalau tak kena beratur lagi nak naik kids' barrel). 


Ladang Farm Fresh UPM
Macam-macam tarikan ada...

Kalau datang sini lagi, aku akan bawak makanan sendiri dan tikar piknik sebab kat dalam ni susah sangat nak cari tempat untuk duduk dan makan, lepas tu kena beratur lama pulak tu. Nak cari makanan kat susah, masuk-masuk je akan jumpa restoran The Acre @ Farm Fresh. First come first serve basis. Satu lagi, ada gerai makanan menjual mihun goreng dalam bekas, cendol, nasi kukus ayam goreng berempah, burger dan kentang goreng). 

Kalau pilih beli kat gerai, pandai-pandai la cari port nak makan. Adapun meja dan bangku dah di 'conquer' oleh parents yang tunggu anak-anak beratur nak naik kuda ataupun yang dah malas berjalan sebab cuaca yang panas. Siapa yang datang dari pagi, memang banyak masa untuk melawat semua tempat tarikan sini.

Korang layan je la gambar-gambar yang ada ye!

Tak susah cari tempat kat dalam ni sebab ada papan tanda yang membantu

Arnab-arnab ni cuma boleh tengok je kot sebab nak belai tangan tak sampai pulak

Lembu hidup dalam kandang, jadi boleh ambik gambar dengan lembu patung je

Terowong bunga ni tempat berteduh dari panas terik
Pekena aiskrim time panas-panas ni memang awesome


Comel je barrel car untuk kanak-kanak ni

Lepas makan anak-anak nak tunggang kuda pulak

Bayaran dikenakan seorang ialah RM10, tapi kuda pusing dekat-dekat je tak sampai 5 minit pun

Line beratur nak naik traktor

OK, tractor dah sampai jom beratur

Makcik tour guide ni fasih berbahasa Melayu dan tak habis-habis buat jenaka

Posing jap atas bukit

10 Comments

  1. Cantik tempatnya. Macam-macam boleh buat, yek. Wah, ada tour guide. Macam lawatan pergi zoo pula. :)

    ReplyDelete
  2. Kejap jew naik kuda ye. Kena naik kali kedua tu hhihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali pusing tu RM10 Amie... bapaknya kalah dgn rayuan gegirls ni hihi

      Delete
  3. wah menariknya mama xpenah sampai lag. bolehlah masuk dlm wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la mama, mmg best utk budak2. Better pergi masa cuaca elok tapi bawak payung & topi, pakai sunscreen sbb panas sgt kat situ.

      Delete
  4. eh baru pasan entry ni.. alamak kita pun baru plan nak gi tp baca review mcm penat nya nak jelajah hahahah, nnt la one sweet day kita nak jejak jgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenjalan Korea lagi penat Kak Ret hahaha! Tapi better pergi masa cuaca redup. Kalau pergi time cuaca panas huiii…. Dengan hati2 rasa terbakar haha!

      Delete
  5. Menarik ni...nanti nak bawak anak dara tu yang suka posing ngan bakal anak tiri ke sini...mesti dia teruja nanti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nak gambar cantik kena pilih hari yg cerah SA. klu pegi musim hujan skrg, takut gambarnya kurang cantik. tapi budak2 mmg teruja pegi ke sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .