Sambungan dari sini:
- Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)
- Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 2)
Sebaik-baik senja berlabuh, kiteorang bergilir-gilir turun ke sungai untuk ambik wuduk dan solat Maghrib. Sejuk air sungai melegakan sikit rasa panas di siang hari. Sementara tunggu giliran solat, aku pasang ubat nyamuk plug in dekat power station sebab bila senja je, nyamuk pun keluar berpesta. Lepas pasang ubat nyamuk tu baru la aman sikit tak dikacau oleh nyamuk!
Khemah ni cukup tinggi sebab Suami Terchenta pun boleh solat tanpa tertunduk-tunduk |
Lepas solat, Suami Terchenta mula membakar arang untuk aktiviti BBQ.
![]() |
Sayap panggang in progress |
Sementara Suami Terchenta membakar ayam, aku pulak masak spaghetti aglio olio. Sebab nak jimatkan ruang dalam kotak, jadi aku cuma bawak spaghetti dan buat 2 jenis pasta berasaskan spaghetti untuk trip camping kali ni (spaghetti bolognese siang tadi dan malam pulak, spaghetti aglio olio).
Lepas makan malam, anak-anak ada aktiviti sendiri iaitu bakar marshmallow. Dah jadi macam aktiviti wajib camping pulak. Tapi nak bagi anak-anak rasa seronok ikut camping, kiteorang layan je la request dieorang.
![]() |
Bakar marshmallow |
![]() |
Siap bawak biskut - buat s'mores versi dieorang |
Akhir sekali, sebelum dapur 'ditutup', aku buat popcorn dalam periuk untuk aktiviti kiteorang yang seterusnya - movie night.
Buat popcorn untuk movie night |
Syok layan movie Angry Bird kat projektor ni |
Selesai menonton movie, kiteorang pun kemas-kemas kat luar khemah dan bawak semua periuk, pinggan dan cawan kotor ke sinki membasuh yang terletak di sebelah ruang mandi. Nasib baik ada bawak pencuci pinggan-mangkuk dari rumah sebab kat sini tak disediakan. Lepas tu aku ikat kemas plastik sampah dan masukkan dalam troli (atas troli ada meja jadi sampah tu tersorok) takut diselongkar oleh monyet malam-malam. Lampu mentol rechargeable kat luar khemah kiteorang pasang supaya monyet tak berani datang dekat.
Alhamdulillah, malam tu cuaca dingin dan syok je tidur. Tingkap kiteorang bukak sepanjang malam supaya tak rasa kedap je dalam khemah (ada jaring jadi tak risau dengan nyamuk). Mula-mula aku tak pakai selimut tapi tengah-tengah malam boleh pulak berebut selimut dengan Suami Terchenta sebab kesejukan! Rasa macam tidur dalam aircond.
Sepanjang malam, cuma bunyi cengkerik je yang kedengaran. Tapi sekali-sekala ada jugak aku terdengar bunyi durian jatuh, sebelum akhirnya dibuai mimpi.
Bersambung aktiviti esok pagi di entry seterusnya!