Sambungan dari sini:

Petang tu aktiviti kiteorang ialah explore kawasan dusun. Di bahagian dalam dusun ada teratak dan jugak pondok gazebo untuk pengunjung yang datang berkelah di tepi sungai. Setiap pondok ni dilengkapi dengan tikar getah dan ada jugak plug point. Memang selesa kalau nak berkelah sambil ber BBQ kat sini.


Sojuk Riverside
Meneroka bahagian tepi sungai

Sojuk Riverside
Boleh tengok air sungai di sini yang jernih

Sojuk Riverside
Air sungai kat sini cetek dan arusnya tak terlalu deras, selamat untuk budak-budak mandi-manda

Lepas explore kawasan sungai, kiteorang berjalan-jalan pulak dalam dusun. Seronok rasanya dikelilingi pokok-pokok buah-buahan - ada pokok rambutan, cempedak, durian, pisang, kelapa dan lain-lain yang aku tak berapa kenal. Oh ya, kat sini pun ada hammock, so kalau nak healing petang-petang boleh baring-baring dalam hammock sambil menikmati suasana tenang tepi sungai.

Nasib baik sebelum bersiar-siar dalam dusun ni, aku dah sembur cecair mosquito repellant kat satu badan. Sepanjang dalam dusun tu, bingit telinga aku dengan bunyi nyamuk yang terbang di tepi telinga. Tapi nyamuk kat sini tak sebanyak nyamuk di kebun ayah mertua. Kalau ke kebun ayah mertua tak pakai mosquito repellant, alamatnya bersusun-susun nyamuk hinggap atas permukaan kulit menghisap darah berjemaah! 😂


Sojuk Riverside
Khadeeja berlari bebas dalam dusun

Bila kiteorang lalu di kawasan pokok durian, kiteorang ternampak beberapa biji durian yang jatuh, tapi kebanyakan buahnya kecik dan belum masak lagi. Tapi ada jugak terjumpa buah durian yang dah masak (sebab ada aroma durian yang dah masak). Kiteorang tak ambik sebab belum mintak kebenaran dari owner dusun lagi.


Sojuk Riverside
Khadeeja posing dengan durian kecik yang belum masak

Petang tu, owner singgah bertegur-sapa dengan kiteorang. Apa lagi, terus kiteorang tanya boleh ke nak ambik durian yang jatuh (eh, ambik kesempatan kita 🤭). Owner kata kalau ada terjumpa yang masih elok, ambik je la. Sebab cuma kiteorang je yang tinggal. Tapi hujung minggu kalau ada ramai tetamu yang menginap di sini, then owner tak kasi ambik sebab bimbang tetamu bergaduh sesama sendiri gara-gara berebut durian (mungkin berdasarkan pengalaman sebenar kot). 

Lepas owner dah beredar, apa lagi terus la Suami Terchenta dan Khadeeja pergi kutip balik durian yang kiteorang jumpa tadi 😂. First time dapat makan durian yang fresh jatuh dari pokok hihi. Tapi kiteorang ambik sebijik je la, sekadar nak merasa.


dusun durian
Gigih Suami Terchenta bukak durian guna pisau yang kontot

Alhamdulillah rezeki dapat makan durian fresh. Walaupun isinya tak tebal, tapi manis dan lembut.

Next entry, aku akan update pasal aktiviti camping sebelah malam pulak ya.

16 comments:

  1. Best eh. Lagi² dengan kawasan kacak kedak tok. Nang healing habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, boleh hilang stress pegi tempat2 mcm tok.

      Delete
  2. wah..rezeki la yer.. seronok & tenang je tempatnya..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok MA. Lagi2 takde orang lain, kiteorang je yg conquer tempat tu hehe

      Delete
  3. nampak sungai macam tu rasa macam best je kalau bawa jala untuk menjaring ikan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde ikan la anies. Kalau ada pelampung besar best duduk dalam tu sambil dihanyutkan air sungai 😁

      Delete
  4. Rasa tenang baca. Dikelilingi pokok² dan sungai. Rezeki, dapat makan durian kampung. 😋

    ReplyDelete
  5. Yah rezeki dpt mkn durian pas gugok.. xda bergambar dgn ownernya tek? 😅

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Sejukkkk! Sampai ke sumsum tulang rasa dingin tu mama hehe. Tapi sekejap je la pastu rasa taknak keluar lagi2 time cuaca panas.

      Delete
  7. Bagus bila ada owner dusun yang jadikan kawasan dusun diorang tempat riadah macam ni....x sure kat NS ada ke tak..tapi rasa macam ada je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure ada tu. Kiteorang cari tempat berkhemah ni dekat website Camping Malaysia. Macam2 info ada kat situ.

      Delete
  8. Aissssh, airnya jernih yaaa 😍😍. Dah terbayang pasti sejuk kak 👍.

    Saya sukaaa sangat dengan tempat macam nih, beneran bisa refresh kalo liburan di sana.

    Saya pun belum pernah liat durian langsung dari pokok 😄. Kemarin di Melaka tak banyak liat durian. Dan harganya masih mahal. Mungkin Krn Melaka bukan penghasil utama ya kak? Tak sabar makanya ke Penang nanti, nak puaskan makan durian 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk airnya, jadi asyik sekali berendam dalam air dalam cuaca panas. Tempatnya tenang, boleh la sesi 'healing' di sini 😅

      Masa Fanny di Malaysia, musim durian baru nak mula. Mungkin duriannya belum sampai lagi ke Melaka. Sekarang di KL dah meriah tepi2 jalan kalau lalu memang terhidu bau durian je 😂

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .