Makin terserlah kenakalan dua ekor kucing ni. Yang si abang ni pulak, siap mengajar si adik panjat meja TV. Cuma satu je aku puji perangai depa berdua ni - tak mencakar perabot dalam rumah ni. Harapnya macam tu la sampai bila-bila.
Makin terserlah kenakalan dua ekor kucing ni. Yang si abang ni pulak, siap mengajar si adik panjat meja TV. Cuma satu je aku puji perangai depa berdua ni - tak mencakar perabot dalam rumah ni. Harapnya macam tu la sampai bila-bila.
Drama Revenant ni dah hampir sampai kemuncak cerita. Episod ke-9 keluar hari Sabtu lepas tapi sebab kiteorang pergi camping jadi tak sempat la nak tengok. Malam semalam sambil lipat baju aku pegi gatal bukak cerita ni. Sudahnya aku mengigau si roh jahat ni masuk rumah! Terbangun dari mimpi buruk bila Suami Terchenta sapu muka aku sambil baca selawat. Hahaha! Lawak pun ye jugak. Tu la lain kali jangan la tengok cerita seram sebelum tidur kan dah mendapat. Huhu...
![]() |
Part rambut mengerbang ni yang masuk dalam mimpi aku. Cis! |
Episod ke-4, San-yeong dan Professor Hae-sang mengkaji asal-usul perhiasan rambut yang dipegang oleh seorang budak perempuan dalam flashback sebelum ni. Dieorang dapat tahu pada tahun 1958, seorang budak perempuan bernama Lee Mok-dan dibunuh oleh seorang bomoh dalam satu upacara menyayat hati iaitu yeommae, di mana seorang budak perempuan dibiarkan kebuluran sebelum dibunuh untuk menjelma sebagai roh jahat. Roh jahat ni fungsinya menolong orang yang membuat upacara yeommae untuk menjadi kaya, tapi sebagai balasan dia akan membunuh ahli keluarga dan orang tersayang sebagai membalas dendam. Dalam episod seterusnya, Professor Hae-sang dapat tau yang orang yang bertanggungjawab membuat upacara yeommae ni ialah datuk dan neneknya sendiri!
Episod ke-5-8, San-yeong dapat tau punca maknya berpisah dengan ayahnya sebab roh jahat yang merasuk ayahnya mengugut nak bunuh adik San-yeong dalam kandungan maknya. Disebabkan takut, mak San-yeong lari balik ke rumah nenek San-yeong di Bakchaegol tapi roh jahat tu mengekori mak San-yeong dan menyebabkan mak San-yeong keguguran. Tak cukup dengan tu, roh tu jugak bunuh nenek San-yeong di depan mak San-yeong. Mak San-yeong kemudiannya bawak San-yeong lari dari rumah sebab dia ingat ayah San-yeong yang jahat.
Professor Hae-sang terus mencari jalan untuk menghalau roh jahat dalam badan San-yeong. Dia menemukan objek sama yang ditanam oleh mak Hae-sang waktu dia masih kecil sebagai ikhtiar untuk menghapuskan roh jahat dari merasuk Hae-sang. Berpandukan penulisan dari Professor Gu Gangmo (ayah San-yeong), dia buat kesimpulan yang dia kena cari 5 objek sumpahan (cursed objects) dan nama roh jahat tu. Dia berjaya menjumpai 3 objek dan kena cari 2 lagi objek tu.
Dalam episod ke-9, penyiasat Mun-chun dibunuh oleh roh jahat sebelum sempat mendedahkan kebenaran tentang roh jahat tu dekat Professor Hong-sae. San-yeong mendapati makin lama roh jahat tu makin kerap merasuk San-yeong sampai dia tak tau sama ada diri dia masa tu ialah San-yeong atau roh jahat. San-yeong terbangun dari tidur dan mendapati roh jahat melukis gambar bulan mengambang pada perabot bilik. Dalam ingatan San-yeong/roh jahat, dia dibunuh sewaktu bulan mengambang.
San-yeong lari ke rumah mendiang ayahnya dan mengurung dirinya dalam bilik ayahnya yang dikelilingi oleh tali jampi untuk menghalang roh jahat dari keluar dari bilik tu. Masa dalam bilik tu, San-yeong terfikir nak check tarikh Lee Mok-dan dibunuh dalam upacara yommae dan kedudukan bulan pada waktu tu. Dia terkejut bila dapat tau yang Lee Mok-dan mati waktu bulan sabit, jadi Lee Mok-dan bukanlah roh jahat yang merasuk San-yeong!
Dalam episod ke-10, makin terserlah yang watak jahat dalam cerita ni ialah nenek Professor Hae-sang. Dia sanggup mengorbankan suami, anak, menantu dan cucu ke-2 dalam kandungan mak Professor Hae-sang sebab nak mengekalkan kekayaannya. Bila datuk dan ayah Professor Hae-sang cuba untuk menghapuskan roh jahat dalam badan dieorang, dia bagi nama palsu roh jahat tu. End up, semua yang cuba menghapuskan roh jahat ni iaitu datuk, ayah, mak Professor Hae-sang dan ayah San-yeong semuanya mati di tangan roh jahat ni.
Walaupun seram, tapi aku tak sabar nak tau berjaya ke tak dieorang korek identiti roh jahat ni dari nenek Professor Hae-sang dan selamat ke mak San-yeong dari dibunuh oleh roh jahat. Jeng.. jeng.. jeng! Suspen betul.
Siapa lagi layan drama Revenant ni? Korang rasa cerita ni seram ke tak? Ke aku sorang je penakut sampai mengigau tengok cerita ni? Hihi.
18 Julai lepas, genap sebulan Kiera dengan kiteorang. Mula-mula sampai rumah ni, punyalah takut dia nak keluar dari tempat menyorok, sanggup berlapar & dahaga sepanjang hari. Waktu malam lepas kiteorang masuk tidur baru dia keluar cari makanan, minum air dan pergi ke toilet. Tu pun kiteorang tau sebab tengok rakaman CCTV besoknya.
Sejak kiteorang guna taktik mengumpan dengan banyak wet food dan snek kucing, barulah Kiera mula berani keluar dari tempat menyorok. Wet food tu kiteorang hulur dalam paket supaya Kiera makan dari tangan, so takde la asyik lari menyorok bila nampak kiteorang. Lama-kelamaan Kiera nampak kiteorang je terus ingat nak bagi wet food, berlari-lari keluar dari tempat menyorok sambil mengiau-ngiau mintak wet food. Comel sungguh. Cuma nak pegang dan belai tu je la dia masih lagi mengelak-elak dan lari. Kalau mood dia bagus, boleh la kiteorang belai dia. Kalau tak, biarkan je nanti tak pasal-pasal kena cakar.
Sejak minggu lepas dia dah berani lepak dalam rumah. Dia paling suka lepak dekat hall. Gaya duduk tu tak boleh tahan, dah macam arnab pulak! Kalau dulu Louis la tak menyabar-nyabar nak masuk rumah pagi-pagi. Sekarang ni dah terbalik, Kiera pulak yang selalu mengiau-ngiau mintak dibukak pintu supaya dia boleh duduk lepak dekat hall.
![]() |
Suami Terchenta kata Kiera nak sejukkan badan sebab tu duduk macam ni |
Nampak tak betapa selesanya dia lepak-lepak sekarang ni?
Syukurlah Kiera dah selesa dengan kiteorang. Mula-mula risau jugak Kiera depression lepas kehilangan kakak Kiyomi. Louis pun banyak tolong Kiera menyesuaikan diri kat rumah ni. Kadang-kadang aku senyum sendiri tengok Kierra dan Louis berkejar-kejaran dalam rumah. Semoga Kiera jadi jinak dan boleh dibelai lepas ni.
![]() |
Throwback masa awal-awal Kiera kat rumah ni, keja dia menghadap dinding je taknak tengok kiteorang langsung |
Masa kiteorang pergi camping hujung minggu lepas, boleh pulak cermin mata Suami Terchenta tercicir dalam sungai. Puas la kiteorang cari tapi tak jumpa. Sadaqallahul 'azim je la. Sudahnya balik dari camping kena singgah ke Sunway Putra Mall sebab nak ke kedai yang biasa kiteorang buat cermin mata. Dalam setengah jam jugak nak pilih bingkai, check power mata dan bayar. Cermin matanya akan sampai besoknya, kata tauke kedai.
Dah setel tempah cermin mata, tiba-tiba rasa lapar sebab tak makan tengahari lagi. So singgah makan di kedai Pop Meals ni. Dah lama lalu-lalang depan kedai ni tapi tak pernah singgah.
![]() |
Pop Meals @ Sunway Putra terletak di tingkat LG |
![]() |
Belek-belek menu dulu sebelum masuk |
Menu kat sini nampak menarik jadi kiteorang pun masuk ke kedai dan buat pesanan di kiosk pesanan makanan kat kaunter.
![]() |
Lepas bayar, boleh tengok status pesanan kat skrin ni |
![]() |
Pick up station untuk food rider dan takeaway |
![]() |
Ruang makan kedai ni kecik je - cuma ada 3 buah meja dalam kedai dan 2 buah meja di luar |
Akhirnya pesanan kiteorang pun sampai. Aku pesan nasi geprek dan Suami Terchenta pulak pesan buttermilk chicken. Walaupun kiteorang dine-in, tapi makanan tetap sampai dalam kotak dan diberi sudu/garpu plastik. Terkial-kial jugak aku nak potong ayam goreng guna sudu plastik, dah la ayam tu keras sikit. Mungkin ni cara dieorang nak jimatkan kos / kurangkan pekerja sebab guna bahan pakai buang je dalam kedai. Tak perlu nak cuci perkakas lepas makan.
![]() |
Nasi geprek (tak ingat harga) |
![]() |
Salted egg buttermilk chicken (RM16.99) |
Suami Terchenta komen makanannya boleh tahan sedap. Bagi aku nasi geprek pulak biasa-biasa je, rasa cili padi dalam sambal gepreknya tu agak overpowering jugak.
Untuk anak-anak pulak, kiteorang bungkus bawak balik Super Creamy Mac & Cheese (RM17.99) dengan Spaghetti Chicken Bolognese (RM16.99). Dieorang bagitau sedap mac & cheese dan spaghetti tu dan sebab anak-anak aku ni jenis picky eaters, so aku buat kesimpulan memang sedap la kot 2 menu ni. Boleh la repeat beli makanan kat sini tapi lebih baik takeaway dan makan di rumah je.
Sekarang ni cuaca kerap panas disebabkan fenomena El Niño. Setiap kali keluar rumah, kenalah berjaga-jaga supaya kulit tak terbakar akibat terdedah lama bawah cahaya matahari. Apa lagi kulit aku ni jenis berminyak dan kulit Khayla pulak sensitif, jadi kiteorang perlukan perlindungan kulit bila berada di luar rumah.
Berbicara soal menjaga kulit berminyak, mencari sunscreen atau sunblock yang betul boleh menjadi satu cabaran. Kulit berminyak cenderung menghasilkan sebum yang berlebihan, yang boleh membuatkan sunscreen/sunblock tradisional terasa berat dan menyumbat liang-liang pori. Walau bagaimanapun, melindungi kulit daripada kesan merbahaya matahari adalah penting, tanpa mengira jenis kulit. Di sini aku nak share beberapa tips pemilihan sunscreen yang terbaik untuk kulit berminyak dan kulit sensitif:
Apabila mencari sunscreen untuk kulit berminyak, pastikan anda menyemak label untuk produk yang dirumus khusus untuk jenis kulit ini. Cari istilah seperti "sunscreen untuk kulit berminyak" (sunscreen for oily skin) atau “sunscreen yang tidak berminyak" untuk memastikan produk itu tidak akan memburukkan lagi minyak kulit anda.
Untuk mengelakkan pori tersumbat dan pori terbuka, pilih sunscreen yang dilabelkan sebagai "bukan komedogenik" atau sunscreen yang tidak akan menyumbat pori. Ini akan membantu mencegah jerawat dan memastikan kulit anda bersih dan sihat.
Satu kebimbangan biasa dengan sunscreen ialah lapisan putih yang ditinggalkan pada kulit, yang boleh menjadi lebih ketara pada warna kulit yang lebih gelap. Cari sunscreen yang mempunyai formula tidak berwarna untuk memastikan penggunaan yang lancar dan tiada penampilan kulit pucat.
Jika anda mempunyai pori terbuka, pilih sunscreen yang direka untuk meminimumkan penampilannya. Cari produk yang menawarkan kesan menghaluskan liang roma atau blurring effects untuk menghasilkan kulit yang lebih licin dan kelihatan sekata.
![]() |
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen |
Pertama kali aku mencuba Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni, aku sangat tertarik sebab teksturnya yang sangat-sangat ringan (lightweight), sangat-sangat melembapkan (moisturizing effect) dan senang sebati (blend well) dengan kulit serta tak melekit disebabkan ianya bebas minyak (oil-free). Best thing is, sunscreen ni mampu memberi perlindungan SPF 50+ PA+++ untuk menangkis dari bahaya sinaran UV matahari pada cuaca panas sekarang.
![]() |
Tekstur sunscreen seakan-akan memakai krim pelembap, sangat-sangat ringan dan senang disapu pada kulit tanpa meninggalkan rasa lekit dan berminyak |
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen mengandungi ekstrak aloe vera untuk melegakan kerengsaan kulit dan memberikan kesan menenangkan pada kulit selepas terdedah lama dengan cahaya matahari. Selain itu, ia turut diformulasikan dengan tumbuhan semulajadi iaitu Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract dan Orchid Extract serta bahan-bahan utama lain seperti sodium hyaluronic, glycerin dan allantoin yang melembap, menghidrat dan melindungi dari iritasi kulit. Sebab tu Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sesuai untuk orang yang mempunyai kulit yang sensitif kerana mengandungi bahan-bahan yang melindungi kulit. Selalunya orang yang mempunyai kulit sensitif ada masalah untuk menggunakan sunscreen sebab kulit akan jadi berminyak dan senang breakout, tapi Aloe Vera Sunscreen ni sangat sesuai dan sunscreen yang tidak menyumbat pori.
Selain ringan, senang disapu dan diserap oleh kulit, Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni juga tak meninggalkan kesan putih / white cast pada kulit seperti kebiasaannya memakai sunscreen tradisional. Paling tak suka kalau kesan putih ni melekat pada tudung tau!
![]() |
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang tiada white cast dan tak melekit |
Sejujurnya aku jarang-jarang pakai sunscreen sebelum ni sebab bau sunscreen yang kuat kadang-kadang membuatkan aku pening kepala. Kadang-kadang bila pakai telekung kat surau, bau sunscreen yang orang lain pakai sebelum ni melekat kat bahagian muka telekung! Jadi bila aku dapati Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni mempunyai bau yang lembut macam bau losyen, aku terus tak teragak-agak pakai sunscreen setiap hari.
Sunscreen ni juga senang dibersihkan hanya menggunakan air. Jadi kalau kita singgah solat di surau luar dan terlupa bawa pencuci muka pun tak perlu risau, sebab bilas dengan air je untuk bersihkan.
![]() |
Sunscreen yang boleh basuh dengan air - cuma bilas sampai air tidak lagi berwarna putih susu |
Satu ciri keselamatan yang aku suka pada sunscreen ni ialah rekabentuk muncung tiub yang selamat dari bocor. Sebabnya pernah terjadi sunscreen lama bocor dan tumpah dalam beg sewaktu pergi mandi-manda di tepi pantai - habis berbau tuala mandi yang aku letak dalam beg tu dan membazir macam tu je.
Akhir sekali, sunscreen ni boleh dijadikan sebagai asas solekan (makeup base), jadi tak perlulah nak guna makeup base yang lain. Kadang-kadang bila aku nak cepat, aku terus je sapu Aloe Vera Sunscreen ni sebelum guna bedak muka, sebab ianya bukan setakat melindungi kulit dari sinar UV tapi turut melembapkan kulit. Betul-betul multi-tasking ye sunscreen ni.
![]() |
Sunscreen yang bertindak melindungi dari sinar UV, melembapkan dan mencerahkan tona kulit tanpa kesan putih ‘white cast’ |
Nak tak nak, kita memang terdedah dengan sinar UV dari cahaya matahari setiap hari apa lagi masa cuaca panas sekarang ni. Untuk perlindungan optimum, pastikan korang masukkan sunscreen/sunblock dalam rutin penjagaan kulit harian korang. Sapukan ia sebagai langkah terakhir rejimen penjagaan kulit korang. Rutin harian aku ialah selepas membersihkan muka menggunakan pencuci muka, toning dan memakai Aqua Whitening Cream, langkah terakhir ialah menyapu sunscreen pada semua kawasan yang terdedah, termasuk leher, belakang tapak tangan dan mana-mana kawasan lain yang mungkin terdedah kepada matahari.
Untuk mengekalkan perlindungan yang mencukupi, kena ingat untuk reapply sunscreen setiap dua jam atau lebih kerap jika berpeluh atau terdedah kepada air. Aloe Vera Sunscreen ni sangat ringan dan boleh reapply dengan mudah tanpa mengganggu solekan. Tak perlu basuh muka sebelum nak reapply sunscreen ya.
Kalau korang nak tau, sunscreen ni kita kena pakai pada waktu siang tak kira la kita berada di luar atau dalam rumah / pejabat. Ini disebabkan waktu siang cahaya UV boleh menembusi tingkap. Aku gunakan Aloe Vera Sunscreen ni sebagai krim muka dan ianya krim siang terbaik untuk orang yang ringkas macam aku kerana ianya berfungsi melembapkan tanpa menyebabkan kulit muka berminyak (bebas minyak) selain dari melindungi dari cahaya UV matahari yang merbahaya.
![]() |
Hantar anak ke sekolah pun pakai sunscreen, tak melekit dan mudah meresap. Sis suka! |
Kesimpulannya, menjaga kulit berminyak tak bermakna kena berkompromi dengan perlindungan matahari. Dengan mengikuti tips ini dan memilih sunscreen yang betul, korang boleh menyelamatkan kulit daripada sinaran UV matahari yang merbahaya tanpa memburukkan lagi minyak atau menyumbat pori-pori. Jangan lupa untuk masukkan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit harian korang, reapply sunscreen dengan kerap, dan pilih produk yang direka khusus untuk kulit berminyak. Dengan sunscreen yang betul, korang boleh mencapai kulit yang sihat, dilindungi dan bebas minyak.
Dapatkan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dari laman web Hansaegee Nature:
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop