Pernah tak korang terjumpa singkatan-singkatan yang digunakan di sosial media atau perbualan di media sosial di kalangan golongan muda sekarang? As a parent, agak challenging jugak nak memahami mesej dari anak-anak guna bahasa singkatan 🤣. Nampak nau dah tua!
So dekat sini aku senaraikan maksud dari singkatan yang kita jumpa di media sosial:
- FYP = For Your Page. Merujuk kepada laman utama di akaun Tiktok atau bahagian 'Explore' di Instagram. Konten video atau IG posting yang dipaparkan ialah hasil dari algoritma aplikasi Tiktok / IG berdasarkan video / posting yang pernah disukai ('liked') sebelum ni. Selalunya pembikin konten dan pempengaruh media sosial berusaha untuk menjadikan video / posting IG dieorang muncul di FYP akaun pengguna lain dengan menggunakan hashtag yang popular, membuat konten berdasarkan isu yang trending / viral.
- DM / PM = Direct Message / Private message. Merujuk kepada permintaan atau perbuatan menulis mesej yang dihantar terus ke inbox pemilik akaun dan bukannya di bahagian komen.
- RN = Right now. Contoh ayat - 'Boleh turun ke bawah rn?'
- AFK = Away from keyboard. Merujuk kepada pesanan buat pengguna / kawan-kawan lain yang dia sedang offline. Contoh ayat - 'Aku nak AFK kejap sebab mak panggil makan.'
- POV = Point of view. Merujuk kepada sudut pandangan seseorang contohnya pembuat konten semasa melakonkan senario dalam video konten dieorang.
- SMH = Shake my head. Merujuk kepada ekspresi susah nak percaya.
- ASMR = Autonomous Sensory Meridian Response. Merujuk kepada rangsangan deria penonton bila mendengar efek bunyi dari aktiviti harian contohnya memasak, unboxing produk, makan (mukbang) dll.
- ALR = All right. Bermaksud baiklah atau OK.
- GRWM = Get ready with me. Merujuk kepada konten video tentang seorang pempengaruh sosial sewaktu bersiap-siap keluar rumah dengan fokus kepada fesyen baju yang dipakai, produk muka dan kosmetik yang digunakan, dll.
Tu la antara singkatan perkataan yang digunakan dalam media sosial sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi sebab bahasa anak-anak zaman sekarang berevolusi dengan cepat sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya ni bahasa apa yang dieorang pakai ye.
Apa lagi singkatan yang anak-anak / adik-adik korang gunakan yang boleh kongsi di komen?