Apa Maksud FYP dan Singkatan Lain Dalam Media Sosial


Pernah tak korang terjumpa singkatan-singkatan yang digunakan di sosial media atau perbualan di media sosial di kalangan golongan muda sekarang? As a parent, agak challenging jugak nak memahami mesej dari anak-anak guna bahasa singkatan 🤣. Nampak nau dah tua!

So dekat sini aku senaraikan maksud dari singkatan yang kita jumpa di media sosial:

  • FYP = For Your Page. Merujuk kepada laman utama di akaun Tiktok atau bahagian 'Explore' di Instagram. Konten video atau IG posting yang dipaparkan ialah hasil dari algoritma aplikasi Tiktok / IG berdasarkan video / posting yang pernah disukai ('liked') sebelum ni. Selalunya pembikin konten dan pempengaruh media sosial berusaha untuk menjadikan video / posting IG dieorang muncul di FYP akaun pengguna lain dengan menggunakan hashtag yang popular, membuat konten berdasarkan isu yang trending / viral.
  • DM / PM = Direct Message / Private message. Merujuk kepada permintaan atau perbuatan menulis mesej yang dihantar terus ke inbox pemilik akaun dan bukannya di bahagian komen.
  • RN = Right now. Contoh ayat - 'Boleh turun ke bawah rn?'
  • AFK = Away from keyboard. Merujuk kepada pesanan buat pengguna / kawan-kawan lain yang dia sedang offline. Contoh ayat - 'Aku nak AFK kejap sebab mak panggil makan.'
  • POV = Point of view. Merujuk kepada sudut pandangan seseorang contohnya pembuat konten semasa melakonkan senario dalam video konten dieorang.
  • SMH = Shake my head. Merujuk kepada ekspresi susah nak percaya.
  • ASMRAutonomous Sensory Meridian Response. Merujuk kepada rangsangan deria penonton bila mendengar efek bunyi dari aktiviti harian contohnya memasak, unboxing produk, makan (mukbang) dll.
  • ALR = All right. Bermaksud baiklah atau OK.
  • GRWM = Get ready with me. Merujuk kepada konten video tentang seorang pempengaruh sosial sewaktu bersiap-siap keluar rumah dengan fokus kepada fesyen baju yang dipakai, produk muka dan kosmetik yang digunakan, dll.

Tu la antara singkatan perkataan yang digunakan dalam media sosial sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi sebab bahasa anak-anak zaman sekarang berevolusi dengan cepat sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya ni bahasa apa yang dieorang pakai ye.

Apa lagi singkatan yang anak-anak / adik-adik korang gunakan yang boleh kongsi di komen?

Menyesal Beli Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor!

Bila diet kan, janganlah beli sambal tumis instant sebab nanti menyesal bila diet ke laut! Konon-konon bila beli sambal tumis ikan masin ni, tak payah la susah-susah buat sambal bila masak nasi lemak tapi end up bertambah-tambah nasi bila makan dengan sambal ni. Lagi-lagi ada ikan masin dalam tu, aduiiii habis la naik BP lepas ni!

Sambal ni aku beli dekat pasaraya SOGO minggu lepas. Tertarik sebab ada perkataan ikan masin tu 😂. Padahal sepatutnya dah tak boleh makan benda-benda masin ni.


Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor
Sambal tumis ikan masin Che Nor yang pedas tapi sedap giler!

Sambal Tumis Ikan Masin Che Nor
Sambal ni memang kena dengan tekak aku sebab tak terlalu manis dan tak terlalu pedas

Aku tak ingat berapa harganya, dalam belas-belas kalau tak silap. Kalau kat Shopee, harganya dalam RM13.50. Tapi memang sedap. Tak de la masin sangat. 

Lepas ni aku taknak beli dah sebab nanti hancuss diet! 🤭

Wordless Wednesday - Ada Sesiapa Nak Bawak Louis Jalan-Jalan Ke?

Louis nak jalan-jalan ~

Tapi takde siapa nak bawak Louis jalan-jalan... huhu

Hari tu kan, bapak, mommy dan kakak-kakak tiba-tiba hilang dari rumah. Mesti dieorang pergi jalan-jalan tempat best tapi tak nak bawak Louis sekali. Louis merajuk dengan dieorang jadi Louis berak dalam rumah padan muka kena basuh berak Louis! 😼

Dieorang dah balik, tapi Louis nak duduk dalam beg supaya bila dieorang pergi jalan-jalan lagi, dieorang kena bawak Louis sekali muahaha! Bosan la asyik kena tinggal jaga rumah (walaupun Louis takut dengan kereta, motorsikal, basikal, burung, pokok, kucing lain kat luar sana, semua benda la Louis tachooodddd!). 

Ada tak achik / uncle yang nak bawak Louis jalan-jalan beli wet food dengan snek kucing? 😽 Kalau tak pun, belanja Louis makan ayam kepci ke. Louis sukaaaa makan tulang ayam! Tapi mommy tak bagi sebab mommy kata Louis kena diet. Mana ada Louis gemuk sampai kena diet! Louis memang dilahirkan comel 🥹. Achik dan uncle setuju tak??

Mamee Jonker House

Ingat tak iklan snek Mamee Monster dengan tagline - Renyuk, Goncang, Makan yang popular masa kecik dulu? Kalau korang ingat iklan ni, bermakna korang dah tueeeee macam aku hehe.

Snek Mamee Monster ni ialah salah satu jajan feveret dari kecik dulu. Sekarang pun masih tumpang makan snek ni bila Suami Terchenta belikan untuk anak-anak cuma aku dah tak letak serbuk sebab masinnn! Tapi memang best la layan snek ni kruppkrappkruppkrappp je sambil layan Netflix.

Sebelum ni pernah terbaca pengalaman Kak Ana Jingga singgah di Mamee Jonker House. Jadi bila dah di Melaka, aku pun masukkan dalam plan lawatan kiteorang.


Mamee Jonker House
Mamee Jonker House di Jonker Street

Benda pertama yang kiteorang perasan bila sampai di Melaka ialah billboard Mamee Monster "Selamat Datang ke Kampung Saya". Baru kiteorang tau jenama Mamee ni berasal dari Melaka. Fenomena snek Mamee Monster tercetus apabila anak kepada pengasas Mamee mi segera iaitu Tan Sri Pang mendapati ramai penoreh getah di Melaka menikmati mi segera yang belum dimasak dari dalam paket disebabkan takde dapur untuk memasak mi segera ni di ladang getah, timbul idea untuk menukar produk jualan dari mi segera kepada snek mi kering. Jadi dieorang pun memasarkan produk mi Mamee sebagai snek yang boleh dimakan terus dari paket. Asal jenama Mamee pulak ialah dari perkataan "Mommy" sebab ibu ialah figura yang paling disayangi. Nak tau sejarah yang lebih detail boleh baca dekat sini.


Mamee Jonker House
Pelbagai produk makanan segera yang dihasilkan oleh kilang Mamee dijual di sini. Ada jugak cenderamata dan barangan merchandise yang comel

Selain dari kedai snek dan makanan segera, ada jugak kafe dan booth minuman Tealive di bahagian dalam. Ramai yang duduk di kafe ni sambil menunggu anak-anak yang join aktiviti mewarna cawan mi. Yang ni nanti aku cerita dekat entry lain. Kiteorang tak cuba makanan di kafe Mamee sebab baru je lepas makan tengahari. Suami Terchenta cuma beli teh boba dari Tealive sambil menunggu anak-anak habis aktiviti mewarna.


Mamee Jonker House
Bahagian luar dan dalam kafe yang menarik

Mamee Jonker House
Bangunan yang menampilkan ciri oriental

Dekat bahagian atas pulak ada Monster Kitchen di mana kanak-kanak boleh belajar cara-cara buat mi segera dan design sendiri paket mi segera. Sayangnya kiteorang terlambat setengah jam, sesi terakhir untuk aktiviti di Monster Kitchen ni ialah pukul 3 petang.


Mamee Jonker House
Monster Kitchen terletak di tingkat atas

Mamee Jonker House ialah destinasi yang sangat sesuai untuk parents bawak anak-anak bercuti ke sini sebab bukan setakat menawarkan pelbagai produk Mamee dalam premis dieorang, tapi jugak menawarkan aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Highly recommended! 👍🏻

Staycation di Courtyard by Marriott Melaka

Ada 4 malam lagi kena complete untuk kekalkan status ahli Silver Elite Marriott Bonvoy tahun ni. Jadi bila Suami Terchenta ajak pergi Melaka, laju-laju aku book penginapan satu malam di Courtyard by Marriott Melaka selepas diluluskan oleh Suami Terchenta.


Courtyard by Marriott Melaka
Courtyard by Marriott Melaka ialah hotel ketiga dari jenama Courtyard by Marriott yang dibuka di Malaysia selepas Courtyard by Marriott Penang (2018) dan Courtyard by Marriott Setia Alam (2022), menjadikan ianya sebagai hotel ke-40 dari portfolio Marriott Bonvoy di Malaysia

Benda pertama aku perasan bila masuk hotel ni ialah lobi di luar dan dalam bangunan hotel sangat luas mata memandanggg... Sesuai la dengan nama hotel Courtyard. Jom tengok apa kemudahan yang ada di hotel 4 bintang ni:


Courtyard by Marriott Melaka
Lobi dalam hotel

Courtyard by Marriott Melaka
Kaunter front desk

Courtyard by Marriott Melaka
Antara kemudahan yang disediakan ialah kafe Courtyard Cafe, bar 1939 Lounge, lobi luar yang sangat luas, dan tempat letak kereta (ticketless parking) percuma untuk tetamu hotel dengan teknologi kamera pengimbas nombor plet kereta

Courtyard by Marriott Melaka
Di tingkat 8 pulak ada kolam renang infiniti bersaiz sederhana dengan pemandangan bandar Melaka yang cantik, ruang santai dan gimnasium

Proses daftar masuk agak lambat, mungkin sebab hotel ni masih baru jadi ada la beberapa hiccups. Kiteorang sampai pukul 4 petang (daftar masuk pukul 3 petang), tapi diberitahu bilik yang bersambung (connecting room) masih belum siap dikemas. Mula-mula front desk staff bagi option kiteorang masuk dulu bilik yang dah siap dikemas, tapi aku tak setuju sebab pernah mengalami ambik 2 bilik tapi end up bilik kedua cuma ready sebelah malam (di hotel lain). Lepas tu dia bagi option bilik di aras berlainan. Suami Terchenta tak setuju, dia taknak anak-anak duduk dekat floor lain for safety reasons

Lepas beberapa minit berbincang, akhirnya staff tu dapat cari bilik bersebelahan cuma bukan bilik bersambung. Nak tak nak ambik je la, sebab itu je option yang terbaik. Since setiap bilik dapat 2 kad akses, kiteorang swap kad bilik - satu kad bilik anak-anak kiteorang pegang dan kad kiteorang yang satu lagi bagi dekat anak-anak supaya masing-masing boleh masuk dua-dua bilik bila-bila masa.


Courtyard by Marriott Melaka
Koridor hotel ke bilik

Jom tengok bilik hotel pulak:


Courtyard by Marriott Melaka
Dua-dua bilik dapat katil king-sized dengan pemandangan bandar (city view)

Courtyard by Marriott Melaka
Dalam bilik ada seterika, papan seterika, selipar hotel dan non-woven laundry bags 

Courtyard by Marriott Melaka
Kopi, teh, air minuman dan cerek dalam laci

Courtyard by Marriott Melaka
Bilik air yang luas dan hotel toiletries dari jenama Nirvae

Dari segi kemudahan dalam bilik, semuanya standard macam di hotel Marriott yang lain - ada seterika, papan seterika, selipar hotel, peralatan mandi, peti besi, peti sejuk mini, cerek, beverage station, TV plasma, ruang meja bekerja dan beberapa soket elektrik cukup untuk mengecas beberapa peralatan elektronik serentak.

Tetamu jugak boleh request bantal dari menu bantal yang disediakan. Aku dah test medi + health aloe vera soft memory pillow dan buckwheat pillow. Antara dua ni, yang first tu agak selesa dan sesuai untuk orang yang kejap-kejap tidur mengiring dan kejap-kejap terlentang (aku la tu).


Courtyard by Marriott Melaka
Menu bantal untuk keselesaan tidur yang optimum

Overall dari segi keselesaan bilik, Courtyard by Marriott Melaka menawarkan ruang bilik yang luas dan katil yang empuk untuk rehat yang mencukupi. Biliknya cukup luas dan boleh solat berjemaah 3 orang dengan agak selesa. 

My only suggestion for the hotel to deliver a more superior guest experience ialah untuk sembur wangian signature hotel dalam bilik seperti di rantaian hotel jenama Le Meridien dan The Westin so that bilik sentiasa berbau wangi. Kalau sesiapa yang dah pernah menginap di rantaian hotel Le Meridien, perkara pertama yang korang akan perasan ialah bau hotel yang wangiiiii. Then bau ni sama je dekat mana-mana hotel Le Meridien sebab tu ialah dieorang punya signature hotel scent tak kira la di Le Meridien KL, Le Meridien Putrajaya atau Le Meridien KK. Sebab tu kot aku suka tidur di hotel, bilik hotel selalunya bau wangi yang buatkan aku rasa tenangggg ribut jiwaaaa...  

Satu perkara yang aku puji ialah tahap layanan oleh staff hotel dari bell boy, front desk staff sampai la ke guest service staff, semuanya tip top macam di hotel 5 bintang. Mula-mula sampai, bell boy tolong keluarkan luggage dari kereta dan lepas assigned nombor bilik terus hantar luggage kiteorang ke bilik. Front desk staff pulak aku respect sebab walaupun mula-mula suasana agak tegang bila bilik belum ready, tapi dia tetap maintain sikap profesional. Akhir sekali, guest service yang efisyen bila aku request sejadah dalam masa 5 minit je dieorang hantarkan sejadah ke bilik. Kesimpulannya, tahap layanan di hotel ni boleh dikatakan sangat memuaskan 👍🏻.

Nanti aku sambung pulak tentang sarapan pagi hotel di Courtyard Cafe.