Makan Tengahari Versi Makanan Jepun

Semalam berbuka IF dengan sup miso dan telur & tofu steam. Pes miso aku beli versi halal di Shopee. Semua resipi ni senang dan cepat disediakan. Anggaran masa penyediaan dalam 10 minit je.

 
Sup miso yang sedap dihirup panas-panas

Resipi sup miso

Bahan-bahan:
  • Setengah ketul tofu lembut - potong dadu
  • 1-2 sudu bonito flakes - aku beli yang jual dalam paket kecik-kecik, so aku pakai satu paket je.
  • 1L air
  • 2 sudu besar pes miso
  • Rumpai laut / seaweed
  • 1 sudu besar sos mirin halal
Cara-cara: 
  1. Dalam periuk sup, didihkan air yang sudah dicampur dengan bonito flakes.
  2. Masukkan pes miso ke dalam penapis dan rendam penapis dalam air yang dididihkan tadi, sampai pes larut dan sebati dalam sup.
  3. Masukkan sos mirin dan kacau.
  4. Masukkan tofu dan rumpai laut. Renehkan sup selama 5 minit atas api sederhana / kecil.
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Boleh tabur hirisan daun bawang kalau suka.

Steamed egg & tofu

Resipi steamed egg & tofu

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur - dipukul dengan sedikit air (ratio air dengan telur 1:2 - guna kulit telur untuk sukat air)
  • Setengah ketul tofu lembut - potong dan susun rata di dasar mangkuk
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • Topping - bawang goreng (aku guna bawang merah dan bawang putih goreng) dan bonito flakes

Cara-cara:

  1. Tuang telur yang dipukul atas tofu yang dah disusun di dasar mangkuk, sampai menutupi permukaan tofu
  2. Kukus selama 5 minit atau sampai telur nampak masak dan licin
  3. Tuang kicap cair dan minyak bijan atas telur
  4. Taburkan bawang goreng dan bonito flakes sebagai topping. Boleh hias dengan taburan daun bawang jugak.


Makan dengan buah naga potong dan daging bakar yang bungkus bawak balik dari D'Lala Seafood tempoh hari

Wordless Wednesday: Pemandangan Sekitar Jonker Walk

Jonker Walk Malacca
Gerbang Jonker Walk

Jonker Walk Malacca
Kedai-kedai menarik di Jonker Walk dengan seni bina tradisional Baba Nyonya


Chinese temple
Tokong Cina

Jonker Walk Malacca
Antara produk makanan yang menarik

Jonker Walk Malacca
Cenderahati barangan seramik

baba nyonya beaded shoes
Dulu suka tengok drama The Little Nyonya memaparkan cara hidup masyarakat Baba Nyonya zaman dulu. Anak-anak gadis diajar seni sulaman manik untuk kasut manik. 

Berry's chocolate
Kedai coklat Berry's pun cantik dengan lantai bercorak

Dah Lama Tak Beli Minuman di Mesin Layan Diri...

Semalam Khayla dapat cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah Sabtu lepas. Jadi kiteorang pun keluar tengahari tu naik MRT. Balik tu, kiteorang sekali lagi naik MRT dan singgah di MRT Hospital KL untuk jemput Khadeeja pulang dari sekolah.

Dalam perjalanan pulang Khadeeja tanya boleh ke dia nak beli minuman sebab tekaknya rasa haus sangat. Mula-mula nak singgah di Kafe Mesra tapi takde minuman botol dijual di situ. Terpandang vending machine kat sebelah Kafe Mesra so end up beli air di vending machine je la.

Tak ingat bila kali terakhir beli air di mesin layan diri ni, rasanya masih pakai duit kertas lagi kot masa tu. Sekarang dah ada yang bayar guna kod QR rupa-rupanya. Senang macam tu, takde la kita kena pecahkan duit bagai semata-mata nak beli air. Tapi harga air sekarang - erk, setin air Milo tu RM3.50 ok. Mahal nau huhu...


mesin layan diri
Menu paparan sentuh, lepas pilih minuman yang kita nak tekan 'Buy' dan keluar arahan untuk imbas kod QR e-wallet di tepi mesin

MRT Hospital KL
Boleh bayar guna mana-mana e-wallet dengan kod QR

MRT Hospital KL
Lepas bayar boleh ambik minuman kat bawah mesin macam biasa

Banyak jugak minuman yang out of stock masa kiteorang belek menu di paparan sentuh tu. Bermakna walaupun harga mahal tapi ramai jugak yang sanggup beli. Untung siapa yang buat bisnes vending machine ni.

Koc khas wanita dalam MRT laluan Kajang mulai bulan Oktober 2023

koc wanita MRT
Koc khas wanita

KLANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperkenalkan koc khas transit aliran massa (MRT) untuk wanita dengan permulaan membabitkan laluan Kajang bulan depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah itu berikutan pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan dibangkitkan penumpang wanita dengan risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak.

Beliau berkata, ia juga mengambil kira kadar aduan diterima Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkaitan gangguan seksual dalam MRT yang semakin meningkat.

Selain MRT, katanya MOT turut merancang untuk memperkenalkan koc khas untuk wanita dalam kemudahan transit aliran ringan (LRT) memandangkan ia berdepan cabaran besar kerana jumlah pengguna lebih tinggi.

"Koc ini (khas untuk wanita) adalah yang pertama membabitkan pengangkutan awam dalam bandar dan untuk percubaan, kita akan mulakan pertengahan bulan ini.

"Kami faham perasaan pengguna wanita...walaupun tiada desakan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita akan sediakan koc wanita Laluan MRT Kajang sebagai percubaan dan diikuti laluan lain selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Wanita DAP 2023 di Grand Centrio Mall, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Loke mengakui isu gangguan seksual adalah masalah besar dalam sistem pengangkutan awam dan ia bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara lain termasuk Jepun.

"Ini (pengenalan koc khas untuk wanita) dilakukan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna wanita dan saya mengambil tanggungjawab ini, walaupun saya lelaki dan ramai lelaki yang marah serta persoalkan perkara ini," katanya.

Setakat ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) satu-satunya pengangkutan awam yang memperkenalkan koc wanita yang menggunakan label warna merah jambu yang dilaksanakan pada 28 April 2010 .

Langkah itu dibuat bagi menarik perhatian penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus pengguna pengangkutan awam itu.

Sumber berita: Berita Harian


Nota kaki: Idea ni aku rasa bagus, tapi kurang praktikal. Pertama, kalau wanita ialah 60% dari pengguna MRT bermakna wanita ialah majoriti pengguna MRT jadi kenapa khaskan satu koc je? Kalau macam tu masih akan ada masalah gangguan seksual dalam MRT sebab pengguna wanita ramai tapi koc khas wanita sikit. Tempoh percubaan pun kena siap-siap khaskan lebih banyak koc khas wanita barulah boleh tengok berjaya ke tak. Kedua, boleh ke pastikan tahap penguatkuasaan tu setiap masa dekat koc wanita dalam MRT?  Dulu seingat aku ada je lelaki yang selamba naik koc wanita tren KTM. Sekarang dah lama tak naik tren KTM jadi tak tau masih sama macam dulu ke atau dah ada polis bantuan ditugaskan menjaga koc wanita. 

Dinner di D'Lala Seafood Lagi

Hujung minggu biasanya aku skip IF, sebab kadang-kadang Suami Terchenta akan ajak makan kat luar. Kalau dia tak ajak, aku pulak mengajak hehe. Minggu lepas, kiteorang teringin nak makan tomyam yang sedap di D'Lala Seafood jadi lepas maghrib terus bersiap-siap. Kali ni anak-anak sekali ikut. 

Aku order tomyam ayam, telur dadar dan sayur kailan ikan masin. Lepas tu teringin pulak nak cuba daging bakar, so order la sepinggan. Khadeeja nak udang butter sebab dia bab seafood ni minat udang je. Suami Terchenta pulak pesan ikan siakap steam kicap untuk Khayla, tapi yang sampainya siakap steam halia. Hmm. Hentam je la Labu.  


D'Lala Seafood Kampung Baru
Kongsi makan dengan Suami Terchenta. Macam biasa, tomyam kat sini tak mengecewakan


D'Lala Seafood Kampung Baru
Sedap, tapi tak habis sebab banyak sangat lauk jadi bungkus bawa balik untuk makan tengahari esoknya

D'Lala Seafood Kampung Baru
Khayla makan separuh ikan siakap, selebihnya Suami Terchenta yang habiskan

D'Lala Seafood Kampung Baru
Udang butter ni Khadeeja sorang je habiskan

Anak-anak request nak bingsu seorang satu - Khayla macam biasa hantu Oreo so order bingsu Oreo, dan si adik pulak nak bingsu strawberry. Suami Terchenta layan je la - dia bab-bab makan ni memang tak berkira dengan family.


D'Lala Seafood Kampung Baru
Bingsu Oreo dan strawberry

Alhamdulillah semua lauk yang dipesan kena dengan selera kiteorang. Harga bagi aku berpatutan tapi lupa nak tanya Suami Terchenta berapa jumlah semuanya. Cuma parking je la masalah sikit sebab kedai ni betul-betul tepi jalan besar, kena pandai-pandai la parking dekat bahu jalan.