Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun sempena mengiktiraf dan meraikan insan mulia yang memberikan pengaruh yang mendalam, pengorbanan tanpa batas dan kekuatan yang tidak terhingga kepada kita sehingga menjadi manusia yang berjaya. Bila sebut pasal ibu je, mesti kita akan terbayangkan pengorbanan yang tak terhingga dilakukan oleh ibu kita dalam membesarkan kita -sanggup bersengkang mata jaga kita masa masih kecil dulu, berkorban wang ringgit dan tenaga untuk kita dan sanggup buat apa saja untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sebab tu orang kata kasih sayang seorang ibu tiada bandingannya di dunia ini.
Kepada semua ibu, nenek, makcik atau kakak yang mengambil alih tugas seorang ibu, semoga korang diraikan, dihargai, dan dihormati tidak hanya hari ini tapi setiap hari sebab peranan luar biasa korang dalam membentuk dunia anak, cucu, anak buah atau adik-adik dengan kasih sayang. Selamat Hari Ibu!
Selamat Hari Ibu buat Puan Sainah, my mom. Emak yang mengajar kami adik-beradik membaca sampai kami celik huruf sebelum masuk darjah satu. Setiap kali balik cuti semester, emak akan menghidangkan juadah kegemaran untuk menyambut anak-anak pulang. Sepanjang kami anak-anak berjauhan dari emak, emak sentiasa mendoakan keselamatan kami. Banyak kali aku accident motor masa bujang dulu tapi alhamdulillah, asbab doa mak, aku terpelihara dari kecederaan teruk. Bila anak-anak aku lahir, emak la yang paling gembira menjaga cucu-cucu setiap kali aku kena outstation. Dari meningkat remaja sampai sekarang, mak selalu jadi pendengar setia kepada setiap luahan masalah (setiap masalah aku cerita dekat mak kecuali masalah rumahtangga je). Dan paling best, mak sporting bila aku ajak keluar berjimba - selain dari seorang emak, mak jugak ialah BFF aku.
Kadang-kadang I wish boleh balik jenguk mak setiap bulan sebab mak dah semakin berusia. Kalau boleh nak habiskan banyak masa dengan mak. Kalau boleh nak ajak mak duduk dengan kiteorang di KL ni tapi mak lebih selesa di rumah sendiri di Sarawak. Aku doakan mak sihat-sihat selalu dan usia mak panjang sebab tak sanggup rasanya kehilangan mak 😢. Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻