Makan Tengahari di Restoran Sambal Sarimah

Salam Jumaat semua,

Terasa cepat je masa berlalu minggu ni. Tiba-tiba dah hari Jumaat hihi... Kisah birthday staycation di Pulau Perhentian aku tangguhkan dulu sebab banyak sangat gambar nak kena edit dan pilih. Aku sejenis tak suka tepek je gambar banyak-banyak sebab takut pembaca blog bosan asyik kena scroll gambar je. Nak tulis caption satu hal lagi haha. Jadi biasanya aku akan pilih gambar yang paling bagi impak dengan mesej yang nak disampaikan. Mungkin dah terbiasa sebab dulu pernah bertugas dalam bidang Corporate Comm dan dah jadi tugas aku menyampaikan maklumat yang ringkas, tepat dan padat haa gituuuu....

Sementara nak mengeluarkan post birthday staycation tu, aku share dulu la pasal kedai makan yang kiteorang pergi minggu lepas. Masa tu Suami Terchenta ambik cuti ganti, jadi apa lagi ambik kesempatan la ajak dia keluar makan berdua. Kalau bawak anak-anak ke kedai makan macam ni memang confirm dieorang tak minat. Kena pergi berdua je huhu...

Kedai makan ni sekarang agak famous dekat IG reel bersepah orang buat review makan kat sini. Kedai ni terletak di Taman Selaseh, Batu Caves, tak jauh dari rumah kiteorang. Menariknya dekat sini ada banyak pilihan lauk-lauk kampung, menu masakan padang dan pelbagai pilihan sambal.


masakan kampung, sambal dan menu padang
Restoran Sambal Sarimah


Dah namanya benda viral, memang ramai la pelanggan yang datang makan tengahari kat sini, termasuk aku dan Suami Terchenta hihi. Meja makan dalam kedai agak padat dan memang kena berhimpit-himpit sikit.


masakan kampung, sambal dan menu padang
Macam-macam menu ada...

Masuk-masuk je aku terus rambang mata weyh... Betul la macam kedai ni claim - ada pelbagai jenis sambal dekat sini semuanya nampak menarik. Sambal bilis kantan, sambal tempoyak ikan bilis, sambal bilis petai, sambal hijau ikan masin, eh banyak la jenis sambal yang ada!


masakan kampung, sambal dan menu padang
Nak pilih sambal apa pun dah pening kepala sebab banyak jenis sambal...


Dah settle masalah pilih sambal, satu lagi masalah timbul - nak pilih lauk apa. Tak pernah-pernah aku sepening ni nak makan tengahari ye! 🤣


masakan kampung, sambal dan menu padang
Masakan padang dan masakan kampung yang lain. Sambal goreng jawa pun ada jugak.

masakan kampung, sambal dan menu padang
Ulam-ulaman, sup bebola ayam (untuk budak-budak kot), sambal bilis tempoyak daun, daging salai masak lemak cili api, dan gulai tunjang

Akhirnya lepas dah melalui semua kepeningan memilih lauk, ni la pilihan muktamad aku:


masakan kampung, sambal dan menu padang
Sambal goreng jawa, sambal ikan bilis kantan, sambal hijau ikan masin, sambal bilis tempoyak daun dan gulai tunjang. Nampak tak aku gelap mata bila pilih sambal?

Tak sempat ambik gambar pilihan lauk Suami Terchenta sebab by the time aku sampai meja dia dah habis makan separuh pinggan. Nampak tak betapa lamanya aku memilih lauk? 😅 Yang aku ingat dia ambik daging salai masak lemak, tapi dia kata daging tu liat sikit.

Overall aku rasa ok la sedap boleh repeat dan satu lagi sebab lauk-lauk kampung, sambal-sambal dan menu padang kat sini semua yang aku minat.

Cuma bagi aku servis dieorang kena improve sebab pelanggan kena tunggu lama untuk ambik nasi (kat sini pekerja restoran yang kena kautkan nasi). Dieorang letak 2 orang je pekerja restoran untuk serve customers, which aku rasa tak cukup lagi-lagi time peak hours dengan pilihan lauk yang banyak tu. 

Oh ya, konsep kat sini lepas ambik pinggan nasi dan pilih lauk, kena pergi ke kaunter dan tunjuk pinggan kita untuk pekerja kat kaunter kirakan harga. Kalau nak makan berhidang pun boleh tapi aku rasa tu sesuai kalau pergi satu keluarga atau lebih dari 2 orang.


Sambal Sarimah
Alamat: 10, Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh, 68100 Batu Caves, Selangor
Masa Operasi: 10 pagi - 7 malam (setiap hari)

Birthday Staycation 2: Perhentian Marriott Resort & Spa

First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada kakak aku yang telah menaja staycation kali ni hehe. Kisahnya dia wish birthday kat IG aku dengan caption 'We need new vacay pics. Langkawi, Tioman or Redang waiting for us'. Haa apa lagi aku terus la ajak 'ok jom Perhentian!' Kau jangan tau kak, adikmu pantang diajak kihkih...


Perhentian Marriott Resort & Spa
Welcome to Perhentian Marriott Resort & Spa...

Dia tanya berapa total cost kalau ke Pulau Perhentian. So dengan pantas aku pun bagi breakdown harga tiket return flight KL-KB, Grab dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke Kuala Besut (pergi/balik) dan harga hotel semalam di Kota Bharu dan semalam di Pulau Perhentian (trip kiteorang ni 2 hari 2 malam). Siap bagi weather forecast untuk tarikh yang kiteorang plan tu hihi. Tak lama lepas aku share info tu, terus kakak aku balas - ok onz. Untuk booking dekat resort tu, dia kata dia bayar. Alhamdulillah!


Jeti Kuala Besut
Know-know dah sampai Kuala Besut...

 

Ni kali pertama kiteorang ke Pulau Perhentian sebenarnya, dan kali pertama jugak jejakkan kaki di Kuala Besut. Kiteorang ambik flight AirAsia awal pagi pukul 7.25 pagi dan sampai di Kota Bharu dalam pukul 8.25 pagi. Sampai di Kuala Besut terus cari tempat untuk sarapan pagi. Pakcik teksi dropped kiteorang dekat T'kafe ni. Pagi-pagi ramai orang yang datang bersarapan kat sini tapi nasib baik ada meja kosong. Aku pesan roti kosong dengan teh tarik kurang manis, tapi bila sampai kat meja, mak aihhhh... manis leting teh tarik tu. Nasib baik aku memang angkut botol air kemana-mana boleh la top up air untuk hilangkan rasa manis tu.


sarapan pagi Kuala Besut
Sarapan di T'kafe. Total damage untuk sekeping roti canai, sekeping roti telur dan 2 gelas teh tarik ialah RM8.50.

Lepas sarapan, kiteorang check balik confirmation email dari hotel. Rupa-rupanya kiteorang silap tengok - ingatkan feri dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian pukul 10.30 pagi, rupa-rupanya pukul 12.30 tengahari. Banyak masa lagi. Pastu satu lagi kiteorang ingatkan ambik feri di Jeti Kuala Besut, tapi rupa-rupanya tak. Kena pergi ke hotel Fairfield di seberang, sebab feri akan ambik di Jeti Fairfield. Tapi tak pelah, sempat la kiteorang jalan-jalan sekitar kawasan Jeti Kuala Besut tu, sambil tu survey souvenir t-shirt untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Kakak aku pulak beli seluar cotton untuk tidur dan sepasang baju untuk anak buah kiteorang. 

Walaupun beg aku tak sampai 5kg, tapi bila kena angkut ke sana-sini, terasa penat la jugak. So lepas beli souvenir untuk family (tak boleh beli banyak-banyak sebab tak beli luggage untuk trip ni), kiteorang ambik kereta sapu ke hotel Fairfield di seberang. Hotel ni belum bukak lagi sebenarnya, bulan Ogos baru bukak.

Pakcik kereta sapu tu hantar kiteorang sampai ke jeti sebab dalam email tak bagitau pulak ada tempat menunggu selain dari arahan ambik feri di jeti. Dalam 10 minit menunggu, datang seorang pekerja kontraktor tegur kiteorang bagitau kenapa tak tunggu dekat bilik menunggu di tepi bangunan hotel? Oh ada rupa-rupanya. So patah balik ke bangunan hotel, dan baru perasan lounge khas untuk tetamu resort menunggu feri.


Fairfield Jetty
Papan tanda ke jeti dan ke lounge menunggu feri

Aku dan kakak aku rasa dari segi komunikasi hotel, banyak benda resort kena perbaiki sebab maklumat yang mengelirukan contohnya info dekat apps kata kena ambik teksi dari airport KB ke Kuala Besut Jetty. Sebab tu la kiteorang ingat feri tu dari Jeti Kuala Besut. Maklumat yang betul ialah ambik teksi dari airport KB ke hotel Fairfield. Satu lagi hotel tak mention ada tempat menunggu lounge di hotel Fairfield. Nasib baik ada pekerja kontraktor yang datang bagitau kiteorang. Kalau tak 2 jam la kiteorang menunggu dekat jeti dalam keadaan panas dan takde tempat duduk proper!


Fairfield Kuala Besut
Marriott Lounge tempat tetamu resort menunggu feri. Kerusi dan sofa lounge selesa dan ruang dalam lounge ada aircond, tapi banyak lalat. Nak caj h/p pun boleh sebab ada plug di dinding

Tak terasa pun 2 jam tu berlalu sebab kiteorang menghabiskan masa berborak dan layan IG. Pukul 12.30 tengahari, feri pun sampai.


Marriott ferry Pulau Perhentian
Feri luas, selesa dan ada aircond

Dari Jeti Fairfield ke Pulau Perhentian Kecil iaitu lokasi Perhentian Marriott Resort & Spa ni mengambil masa lebih kurang sejam. Sempat la lelap mata sekejap sebab kena bangun awal pagi nak ambik flight pukul 7.25 pagi tu kan.

Bila feri dah nak sampai ke jeti Perhentian Marriott, dari jauh kiteorang nampak staff hotel lengkap berpakaian tradisional sambil bawak bunga manggar dan kompang menunggu kedatangan tetamu resort. Wah, rasa diraikan gitu! Keluar je dari feri, kiteorang disambut oleh pengurus resort, seorang minah salleh yang sebaya my mom. Dia sambut kiteorang sambil ucapkan selamat datang. Lepas tu kiteorang pun naik buggy hotel yang bawak kiteorang ke lobi hotel. Di lobi hotel pulak, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk bila melangkah kaki masuk ke ruang menunggu. Nampaknya dieorang memang betul-betul praktiskan tagline 'Wonderful Hospitality. Always' dengan para tetamu.


Perhentian Island Malaysia
Kedatangan tetamu resort disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar (atas), tetamu dijemput ke lobi hotel menaiki buggy. Sampai di lobi, disambut lagi oleh staff hotel dan staff front desk (bawah)

First impression - hotel ni berkonsepkan alam semulajadi dan sekitar kawasan resort memang ditanam pokok-pokok yang membuatkan kita rasa macam back to nature, tapi pada masa yang sama kemudahan dan rekabentuk bilik hotel pun menerapkan ciri-ciri moden (modern comfort). Ia mengingatkan aku dengan Mulu Marriott Resort & Spa yang konsepnya menonjolkan kekayaan sumber alam semulajadi tapi bila masuk ke bilik, semuanya moden.


Perhentian Marriott Resort & Spa
Modern yet showcase nature's beauty.

Sementara tunggu proses check-in, tetamu dihidangkan dengan kuih ketayap comel ni dan minuman sejuk

Kakak aku ambik pakej A Serenade of Wellness - Spa & Stay Retreat. Bagi aku berbaloi la sebab pakej ni sekali dengan spa treatment 60 minit untuk dua orang (tapi sorang dapat massage dan seorang lagi dapat facial so kecewa sikit sebab ingatkan dua-dua akan dapat both massage dan facial, sarapan pagi dan makan tengahari dan complimentary round trip tambang ferry (kalau tak kena bayar RM200 seorang).


Perhentian Marriott Resort & Spa
Maklumat pakej yang kakak aku tempah

Next entry aku buat review pasal bilik hotel pulak. Stay tuned!

Makan Tengahari di Hardwood Kafe

Masa kiteorang hantar Khadeeja join Medical Spelling Bees di USIM, sebelum balik ke KL tengahari tu kiteorang sempat melencong ke sebuah kedai makan di Seremban untuk lunch. Aku tau pasal tempat ni dari mana lagi kalau bukan dari IG reel seorang foodie. Kalau dah ke Negeri Sembilan mesti la kita nak makan masakan nogori betul tak?


Hardwood Kafe
Lauk nogori yang kiteorang ambik -  gulai telur itik, sambal daun kayu tempoyak, ketam masak cili api, daging salai masak lemak cili api dan ayam goreng

Dari luar kafe ni nampak macam rumah kampung tradisional dengan atap rumbia dan dinding dari anyaman tikar. Suasana sekeliling kedai makan pun redup je dengan pokok-pokok tanaman dalam pasu. Dalam kedai makan pulak memanjang dengan perabot dari kayu jati dan corak anyaman di dinding dan siling. Walaupun menonjolkan ciri tradisional, tapi kedai makan ni ada aircond jadi pelanggan pun selesa bila duduk di tempat makan yang berhawa dingin.


Hardwood Kafe
Luar kafe

Hardwood Kafe
Ruang makan di dalam

Konsep kat sini kita pilih lauk mana yang nak ambik dan untuk berapa orang makan, lepas tu dieorang akan hantar ke meja makan.

masakan tradisional Negeri Sembilan
Pelbagai pilihan gulai

masakan tradisional Negeri Sembilan
Best nya makanan kat sini semua fresh

masakan tradisional Negeri Sembilan
First time jumpa gulai jangek. Orang Nismilan boleh explain ke gulai jangek tu apa?

Overall aku rasa makanan kat sini sedap dan memang menepati tekak aku - tak terlalu pedas jadi orang yang tak kuat makan pedas macam aku mesti suka tempat ni. Semua lauk yang kiteorang pilih tu, semuanya aku suka. Semua licin habis kecuali sambal daun kayu tempoyak sebab yang tu je Suami Terchenta tak tolong habiskan sebab dia tak gemar tempoyak.

Next time kalau ke Seremban lagi, aku rasa nak singgah makan kat sini lagi sebab tempat selesa, makanan semua sedap-sedap. Harga bagi aku agak pricey la tapi worth sebab makanan especially ketam tu fresh dan besar. Sis kasi 5 bintang!

Kau Dah Kenapa, Louis?

Korang tengoklah perangai si Louis ni, dah kesampukan ke apa? Tengah-tengah malam la dia nak terbaring mengerekot macam ni sambil merenung bapak dia:


funny cat
Kucing yang bakal diruqyah gamaknya

Terus aku terbayang Emily Rose dalam cerita 'The Exorcism of Emily Rose':


Sama tak dengan pose Louis kat atas tu? 😅 (Kredit foto: rottentomatoes.com)

Sejak akhir-akhir ni perangai dia menguji kesabaran betul. Ada sekali tu aku tengah solat di ruang tamu, dia boleh ek duduk depan aku, acah-acah tunggu aku habis solat kot. Tengah mak dia berjuang nak khusyuk dalam solat, tiba-tiba dia keluarkan kuku-kuku yang tajam tu dan cakar sofa! Beraninya kamu Louis, mencabar keimanan mommy yang tengah solat! Selama ni dia baik je patuh dan faham yang sofa tu ialah zon larangan mencakar. Ke dia tengah menginjak usia remaja, sejak tu dah makin berani melawan? Ada pakar psikologi kucing tak kat sini? Cuba korang komen sikit? 🤣

Selamat Kembali ke Sarang!

With my kakak - penaja utama weekend getaway kiteorang!
 

Alhamdulillah pagi tadi dah selamat balik ke KL selepas 2 hari 2 malam di luar kawasan. Selesai dah vacation dengan kakak aku ni sebelum dia mula sibuk dengan aktiviti audit (dia auditor).

To be honest, mixed reviews from both of us berkenaan percutian kali ni. Aku agak seronok dengan trip percutian kali ni tapi kakak aku pulak sebaliknya. Hmm... Nanti la aku cerita lanjut tentang percutian kali ni. Buat masa sekarang aku nak berehat kejap sebelum ambik Khadeeja balik dari sekolah.