Throwback - Staycation di Palm Garden Hotel, Putrajaya

Bila aku belek galeri foto hp, baru perasan yang aku tak up lagi entry pasal staycation di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Palm Garden Hotel ialah salah satu dalam kategori Tribute Portfolio Hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy. Macam biasa, tahun ni kena kumpul 10 malam untuk mengekalkan status Silver Elite Marriott Bonvoy supaya tak hilang keistimewaan sebagai ahli Silver Elite. Tak sabar nak capai 250 malam supaya keahlian ni bertukar status jadi kekal sepanjang hayat (Lifetime Awards) tak kira la tahun tu dah cukup kuota 10 malam ke tak. Dari mula-mula join sampai sekarang baru kumpul 90 malam, ada 160 malam lagi nak dapatkan Lifetime Awards tu 🤪. 


Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Lobi Palm Garden Hotel

Hotel ni tak jauh dari IOI Mall Putrajaya dan ada perkhidmatan shuttle bus untuk bawa tetamu hotel ke IOI Mall (shuttle bus ni berkongsi dengan Marriott Putrajaya jugak sebab lokasi hotel yang dekat dengan each other).


Palm Garden Hotel, Putrajaya
Bahagian courtyard di tengah-tengah bangunan hotel


Kiteorang staycation sini sebab ada promosi Palm Garden Family Retreat sepanjang tahun ni, di mana bilik kedua (untuk anak-anak) dapat diskaun 50% dari harga bilik penuh. Harga bilik pun dah termasuk breakfast

Bilik kiteorang dengan anak-anak sebelah-menyebelah je (connecting room) tapi masa kiteorang sampai bilik kiteorang tak ready lagi. Jadi aku nego esoknya check out lambat (pukul 2 petang). Sebenarnya tak kisah sangat pun sebab petang tu lepas check in kiteorang dah plan nak melawat kawan satu ofis Suami Terchenta yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Tapi sebab tanggungjawab hotel ialah memastikan bilik ready sebelum waktu standard check in pukul 3 petang, jadi dieorang kena la gantikan masa tu dengan waktu check out yang lewat, cari bilik lain atau offer room upgrade. Dalam kes kiteorang ni the only connecting room yang ada ialah bilik yang tak siap lagi dan bilik yang lebih mahal pulak dah fully booked.

OK, done membebel pasal bilik yang tak ready lagi yang penting lepas balik dari melawat member ofis Suami Terchenta bilik dah ready. So ni la rupa bilik di Palm Garden Hotel ni:


Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Bilik anak-anak dengan twin double bed. Dekat luar bilik ada balkoni

Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil king dan ada balkoni

Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Ruang sofa yang luas

Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Foyer bilik

Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Pemandangan dari sisi katil

Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Dapat snek tempatan (gula-gula kelapa dengan nenas kering) dan nota tulisan tangan dari pengurus hotel (aku rasa mesti intern yang kena tulis nota ni setiap hari, pengurus hotel tinggal sign nota je)

Bilik yang kiteorang ambik ni takde bathtub. Kalau nak bilik ada bathtub kena book bilik suite. Semua bilik menggunakan sabun dari jenama Guild+ Pepper. Aku Google kat Shopee ada jual, tapi import dari China. Tak pasti original ke tak.


Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Bilik air

Selain dari tu, kemudahan lain yang disediakan ialah bath robe, seterika dan papan seterika, tea and coffee facilities dan minibar fridge. Mesin kopi je takde tapi sebab tak minum kopi so aku tak kisah sangat.


Marriott Bonvoy Tribute Portfolio Hotel
Kemudahan dalam bilik yang lain

Puas hati sebab bilik luas dan bersih. Next entry, aku share buffet breakfast kat sini pulak.

Tips Sebelum Memulakan Senaman

Siapa kat sini suka workout? Aku semestinya tak la hahaha! Tapi terpaksa, sebab nak sihat kan. Pakar kata kalau nak cepat kurus sebenarnya kena jaga makan, kiranya effort kurus tu kena 80% jaga makan dan 20% workout. Tapi part jaga makan tu la adoi... macam-macam dugaan kiri kanan depan belakang. Contohnya minggu lepas je dua kali kawan-kawan ajak keluar makan hihi. Sebab dah lama tak jumpa dan jarang-jarang ada peluang berjumpa, jadi keluar la makan dengan dieorang. Lepas tu mula la diet ke laut sebab tergoda dengan menu menarik kat kafe tempat keluar makan tu huhu...

Eh, tu side story sebenarnya. Topik kali ni sebetulnya ialah tips sebelum memulakan senaman. Kenapa kena baca tips ni? Sebabnya taknak la otot kita terkejut dari mode rilek, chill2 tiba-tiba kena bekerja keras. End up dari niat nak sihat tiba-tiba jadi sakit sebab tercedera. Jadi apa perkara yang kita kena tau sebelum buat senaman? Boleh baca kat infografik ni.


Kredit: Etiqa

Kesimpulannya, kena buat senaman regangan otot sebelum dan selepas bersenam. Lepas tu tau la excited first time masuk gym tapi kena sentiasa beringat kemampuan diri-sendiri. Mula dengan senaman yang ringan dulu, contohnya kalau first time guna treadmill, mula dengan berjalan santai, lepas tu brisk walk dan bila dah build up stamina baru la mula berlari. Kalau strength training pun sama, pilih dumb bell yang ringan dulu dan bila otot dah makin kuat baru beralih ke dumb bell yang lebih berat. Bukan apa, selain dari mengelakkan kecederaan, taknak la motivasi nak bersenam tu terus terbantut bila kita mula dari level advanced tapi stamina ke laut. Sudahnya esok dah malas turun ke gym sebab sakit-sakit badan dan rasa terseksa nak buat senaman.

Selain dari tips di atas, aku suka dengar muzik masa berjalan / berlari atas treadmill. Jadi kena sediakan siap-siap playlist yang sesuai untuk pace berjalan / berlari. Pernah berlari sambil dengar lagu Bon Jovi "It's My Life" pastu semput mak sebab pace lagu ni rancak dan cepat weyh! 🤣 Untuk strength training, aku selalunya ikut video senaman, kalau tak baru 2 minit dah give up! Bila ikut gerakan dalam video senaman, aku paksa diri-sendiri ikut sampai habis. Lepas tu tangan gigil nak angkat botol air pun kena tongkat dengan tangan sebelah 😜.

Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara

Sempena Hari Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar pada hari Sabtu lepas, kiteorang keluar mencari sarapan pagi makanan dari Johor. Tapi kali ni tekak tak rasa nak makan laksa Johor sebaliknya kiteorang gigih naik motor jauh nun ke Ara Damansra mencari kedai Kacang Pool Haji Larkin.

Kacang Pool Haji ialah antara tempat wajib singgah kalau aku ke JB. Gigih tau paksa Suami Terchenta keluar sesudah Subuh semata-mata nak sarapan kacang pool Haji di Larkin / Taman Dato Onn, sebab kalau lambat memang penuh la kedainya. 

Bila dapat tau ada cawangan Kacang Pool Haji ni di Ara Damansara, rasa nak lompat bintang sebab dah tak payah tunggu trip ke JB, pergi ke Ara Damansara je dah boleh makan kacang pool kesukaan aku ni. Aku dah try tempat lain semua tak sesedap Kacang Pool Haji ni. Sebenarnya bila aku Google tempat ni rupa-rupanya dah lama bukak, aku je yang baru tau 🤭.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Gigih la laki bini naik motor dari Sentul ke Ara Damansara semata-mata nak breakfast kacang pool Haji di Ara Damansara


Masa kiteorang sampai penuh kedai ni. Tapi nasib baik kali ni anak-anak taknak ikut, jadi senang sikit nak dapat meja untuk dua orang. Mana yang datang angkut satu family tu kena tunggu giliran sampai pelanggan yang datang awal dah habis makan.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Kedainya memanjang ke belakang

Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
 Kalau tak silap ni tuan punya cawangan restoran kacang pool Haji sebab muka sama dengan muka dekat bunting depan kedai hehe. Nampak dia tengah sibuk menyiapkan pesanan kacang pool dengan roti bakar

Kali ni aku melanggar pantang doktor sebab kacang pool ni ada daging kisar. Ampunnnn Dr Sakinah! Sekali ni je, sebab dah terlalu excited bila dapat tau kacang pool Haji ada cawangan dekat dengan KL.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Kacang pool kambing ni sentiasa jadi pilihan. Perah limau lepas tu cicah dengan roti bakar tebal yang lembut tu, Masya Allah, sedapnya!

Dah jauh-jauh duduk atas motor tu, takkan pesan hidangan kacang pool je kan. Maka aku pun order la sekali nasi ambeng untuk kongsi dengan Suami Terchenta. Ni pun my favourite juadah. Tapi aku rasa so-so je la. Nasi ambeng yang aku biasa makan ada mee goreng berkicap dan ayam kicap. Tapi yang ni dia bagi ayam masak rendang kot. Lepas tu sambal goreng jawa nya macam tak cukup sifat sebab takde kacang panjang, carrot dan tauhu kering. Sambal jawa la biasanya aku paling suka dalam nasi ambeng.


Kacang Pool Haji Larkin @ Ara Damansara
Nasi ambeng yang aku pesan untuk kongsi makan dengan Suami Terchenta

Ni contoh nasi ambeng yang biasa aku makan (Sumber foto: mingguanwanita.com)

Walaupun pelanggan ramai, tapi masa menunggu pesanan tak terlalu lama. Cuma lain kali aku nak datang lewat sikit dalam pukul 11 pagi atau lepas waktu lunch sebab aku perasan time tu dah tak berapa orang. Tapi kena tunggu result buah pinggang bulan depan baru boleh pergi sini lagi! Korang yang tak pernah try lagi kacang pool Haji kena try tau.


Kacang Pool Haji Larkin JB (Cawangan Ara Damansara)
Alamat: Taipan 2 Damansara Block J, Taipan 2 Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Masa Operasi: 7 pagi - 12 malam
Waze: Kacang Pool Haji (Jalan PJU 14/1, Petaling Jaya)


Selamat Hari Sarawak 22 Julai 2024

Hari ini 22 Julai 2024, Sarawak menyambut hari kemerdekaan dari penjajahan British dan penubuhan kerajaan Sarawak pada tahun 1963.

Sebagai anak jati Sarawak, aku sangat bangga dengan pencapaian negeri Sarawak di bawah kerajaan negeri yang progresif sekarang ni. Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dan mula bersekolah di Selangor masa tu, masih ramai yang ingat orang Sarawak masih tinggal atas pokok dan bergerak ke mana-mana dengan sampan. Bila aku pindah balik ke Sarawak, kawan baik aku di sekolah lama hantar surat dan tanya macamana rasa kiteorang balik dari Semenanjung dan tinggal atas pokok balik? 😅 Padahal seumur hidup aku tak pernah pun tinggal atas pokok, malah lepas bapak balik dari sambung belajar, gomen bagi duduk rumah banglo lagi tu. Tapi itulah persepsi masyarakat satu ketika dulu.

Sekarang alhamdulillah, Sarawak dah pesat membangun. Ambik contoh bandar tempat aku membesar dan pernah bekerja beberapa tahun dulu. Masa aku mula-mula berhijrah balik ke Bintulu dari KL, Bintulu ada satu je shopping mall. Tu pun shopping mall yang takde apa-apa yang menarik. Kalau ada staff dari Semenanjung yang kena pindah ke Bintulu, ada yang sampai menangis ye sebab Bintulu takde apa-apa. Hospital swasta pun takde masa tu.

Lepas setahun dua, barulah Stabak masuk, kemudian ada Mekdi. Beberapa tahun lepas tu barulah ada shopping mall lain yang dibuka dan ada panggung wayang jadi tak payahlah kiteorang kena drive 3 jam ke Miri semata-mata nak tengok movie terbaru hihi. Sekarang dah ada GSC dan TGV, shopping mall pun sampai dah tak larat nak kira. Dari takde hospital swasta, dah ada dua hospital swasta untuk menampung keperluan untuk kemudahan perubatan di Bintulu. Bintulu sekarang dan Bintulu 10 tahun lepas masa aku mula-mula pindah balik ke sana sangat jauh berbeza. Semuanya sebab kerajaan Sarawak yang komited memastikan kekayaan hasil negeri dilaburkan untuk pembangunan negeri. Kalau tak, nama je bandar gas dan minyak tapi rakyat tak menikmati hasilnya. 

Fakta menarik tentang Sarawak:

Cogan kata negeri Sarawak ialah "Dum Spiro Spero" (Berharap Selagi Bernafas / While I breathe, I hope) melambangkan semangat rakyat Sarawak untuk terus berjuang demi tanah air tercinta selagi nafas di kandung badan. Slogan ni juga dilaungkan oleh pahlawan-pahlawan Sarawak - Agi Idup, Agi Ngelaban (Selagi hidup, selagi itu berjuang). 


Happy Sarawak Independence Day
Selamat Hari Sarawak! (Khadeeja mengenakan pakaian tradisional etnik Orang Ulu, Khayla mengenakan pakaian tradisional etnik Bidayuh dan aku & Suami Terchenta mengenakan pakaian etnik Melanau pada hari perkahwinan)

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL

Asalnya tak plan pun nak take up offer dari F&B Manager sebab masa staycation birthday aku bulan lepas, ada kekurangan jadi pihak hotel offer sesi hi-tea on the hotel.

Tapi akhirnya aku fikir balik eh, bukan selalu pun dapat peluang pergi hi-tea ni 🤭. Jadi aku pun ajak la kakak dan adik aku join sekali. Selalu dieorang belanja aku makan so apa kata kali ni aku pulak 'belanja' dieorang makan hehe.


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Muka senyum lebar dapat pergi hi-tea percuma di hotel lima bintang


Hi-tea ni bertemakan Sakura Garden. Sebenarnya setiap bulan dieorang tukar tema untuk event hi-tea. Berbalik kepada tema Sakura Garden, dari mula-mula melangkah masuk lagi dah rasa macam berada di bawah pokok sakura. Everything was so pretty!


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Sakura Garden at Living Room

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Posing ala-ala bawah pokok sakura

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Tempat makan pun lawa dan eksklusif

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Antara bahagian yang menarik - outdoor seating dengan background yang lawa

Lepas staff hotel bawak kiteorang duduk kat meja yang dah reserved atas nama aku, dia bagi menu minuman untuk kiteorang pilih sama ada nak kopi, teh atau mocktails. Kiteorang masing-masing pilih teh. Lepas tu dia suruh la kiteorang cuba mocktails jugak. Kiteorang pun cuba tapi - erk, tak sedap langsung! 😅 Mungkin taste bud kiteorang tak berapa sophisticated sangat kot 🤭.


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Mocktails yang rasanya pelik

Agak meriah jugak makanan hi-tea dekat sini. Ada pastries & desserts, makanan panas, sandwich, scones dan sushi. Sebelum ambik makanan, wajib la ambik gambar dulu.


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Pastries dan handcrafted chocolates

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Presentation pastries dan kek yang menarik

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Dari depan pulak

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Dessert bertemakan Jepun

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Adik aku sampai rambang mata tak tau nak ambik apa dulu. End up kiteorang ambik dessert dan pastries berbeza setiap seorang lepas tu kongsi supaya dapat rasa semua tanpa membazir makanan

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Di bahagian depan pulak ada bermacam-macam pilihan sushi, croissant sandwich, scones perisa matcha yuzu dan sakura raspberries, sandwich telur dan other savoury bites macam pai dan macam-macam lagi


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Di bahagian luar ada lagi stall menu fusion freshly made and prepared depan mata - satu stall buat waffle okonomiyaki dan satu lagi coffee toast kalau tak silap

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Waffle + okonomiyaki somehow matching pulak - aku ambik 2 kali sebab sedap 😋

Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Ni antara makanan yang kiteorang ambik. Yang savoury semua sedap, sushi tu berapa kali entah kiteorang ambik hehe 😜 Eh lupa ada aiskrim matcha jugak.

Aku dah check harga hi-tea ni - RM108++ seorang. Tapi dengan pilihan makanan yang banyak dan sedap-sedap semuanya (kecuali mocktails tu), aku rasa not bad la. Kot-kot ada yang nak sambut anniversary atau birthday orang yang tersayang, boleh la consider pergi ke Woobar @ W KL ni. Boleh buat reservation dekat link SINI.


Hi-Tea di Woobar @ Hotel W KL
Muka happy dapat makan free

Apapun, terima kasih kepada F&B Manager W Kuala Lumpur atas jemputan menikmati hi-tea di sini. Dari pengalaman pahit menginap di sini dah bertukar jadi pengalaman manis sebab dapat makan free hihi.